Vous êtes sur la page 1sur 3

ANALISIS ARTIKEL JURNAL PEMBANGUNAN MODUL PETA

PEMIKIRAN I-THINK BAGI MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 5


SEKOLAH RENDAH

Hasil dari pembacaan artikel jurnal ini, saya mendapati bahawa kajian
ini bertujuan meningkatkan penguasaan murid di dalam mata pelajaran sains
terutama soalan berasaskan KBAT dan dapat menjadi panduan kepada guru
dalam pengajaran menggunakan peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah.

Berdasarkan analisis pencapaian pelajar Malaysia dalam TIMSS 2007


dan analisis PISA 2009, pengkaji menyatakan bahawa pencapaian pelajar
Malaysia kurang memuaskan. Bahkan laporan kajian Kestrel Educatio (UK)
mendapati pemikiran aras tinggi guru dan murid malaysia amat rendah. Oleh
itu kerajaan memperkenalkan peta pemikiran i-Think yang ditukar nama dari
peta minda.

Peta pemikiran i-Think dikatakan mampu menjadi alat bantu berfikir


aras tinggi di mana peta pemikiran i-Think mempunyai 8 peta pemikiran yang
mempunyai maksud yang tersendiri dan bahan-bahan grafik dan gambar yang
dilukis mampu merangsang pemikiran, memudahkan pemahaman dan
mengukuhkan daya ingatan murid.

Kerangka konseptual menunjukkan pengkaji menggunakan teori


konstruktivisme sebagai asas pengajaran dan pembelajaran di mana pengajaran
adalah berpusatkan pelajar. Pembelajaran secara konstruktivisme memberi
penekanan kepada penglibatan aktif murid dan untuk mengstruktur semula
pengetahuan sedia ada pelajar. Manakala lembaran kerja peta pemikiran i-think
dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek sains.

Artikel ini menggunakan model ADDIE dalam pembangunan modul di


mana mempunyai lima peringkat iaitu yang pertama ialah analisis di mana
mereka membuat analisis permasalahan yang dialami oleh guru, menentukan
matlamat dan objektif modul, rasional penghasilan modul, skop modul dan
pengguna sasaran modul.

Kedua ialah fasa reka bentuk modul di mana dalam fasa ini pengkaji
menentukan rupa bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran
dan jenis media yang terlibat dan kemudiannya pengkaji terus kepada fasa
pembangunan di mana pengkaji menghasilkan modul peta pemikiran i-Think
dengan merujuk kepada proses pembangunan. Dalam fasa pembangunan ini
pengkaji melibatkan rancangan pengajaran harian, template peta pemikiran,
dan lembaran kerja untuk murid.

Pada fasa seterusnya iaitu pelaksanaan, pengkaji memberikan modul


kepada beberapa guru sains dan pensyarah bagi menguji keberkesanannya serta
melihat masalah yang tidak timbul dan seterusnya proses pembaikan akan
dijalankan sebagai persediaan sebelum modul ini digunakan secara rasmi.

Akhirnya adalah fasa penilaian di mana pengkaji membahagikan


penilai kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan sumatif di mana
penilaian formatif dilakukan pada setiap fasa, manakala penilaian sumatif
adalah untuk menguji keberhasilan modul pada akhir penghasilan modul. Fasa
ini dinilai melalui penyeliaan dan senarai semak yang dinilai oleh pengguna
terhadap isi kandungan, strategi, gaya persembahandan penggunaan Bahasa.

Dalam menganalisis artikel ini, saya telah menjalani beberapa proses


refleksi metakognitif. Pada mulanya saya cuba memahami artikel iaitu dari
tajuk artikel dan seterusnya membuat template ringkasan terlebih dahulu.
Template ringkasan ini disediakan terlebih dahula mengikut subtopik yang
terdapat di dalam artikel, agar isi penting yang akan dianalisis oleh saya nanti
tidak akan ketinggalan.

Subtopik Analisis isi penting


1) Pengenalan 

Seterusnya saya membaca isi kandungan secara seimbas lalu agar saya
dapat membayangkan artikel ini mengisahkan tentang apa dan apakah prosedur
yang terlibat. Selepas itu baru saya mula membaca isi kandungan secara
menyeluruh dan teliti. Bacaan isi kandungan diperingkat ini dibuat dengan
tumpuan yang tinggi dan saya membuat penandaan ke atas template
ringkasan yang telah disediakan sebelum ini. Setiap isi penting akan
dicatatkan agar tidak ketinggalan.

Semasa membuat pembacaan menyeluruh, saya mencari laman Web


berkaitan jika terdapat perkataan atau konsep yang tidak saya fahami.
Contohnya “penggunaa 5 fasa Needham”. Seterusnya saya membuat ulasan
ringkas bagi setiap bahagian sebelum membuat refleksi yang sebenar.

Dari ulasan ringkas yang dibuat, didapati artikel ini dilihat dapat
membantu guru dan pelajar dalam meningkatkan penguasaan pelajar dan guru
terhadap peta pemikira i-Think dan kemahiran berfikir aras tinggi.
Keberkesanan modul dapat dioptimumkan kerana dinilai oleh guru
sains,jurulatih i-think dan pensyarah yang sangat berpengalaman dan
kemudiannya ditambahbaik. Dapatan ini dapat dilihat dengan jelas di dalam
dapatan kajian dan perbincangan.

Modul ini juga mempunyai kelebihan tersendiri apabila


menggabungkan teori konstruktivisme dalam pengajaran. Bahkan RPH yang
disediakan juga menepati kehendak KSSR dan boleh diubahsuai mengikut
scenario sekolah masing-masing. Di samping itu, modul ini juga menyediakan
bahan bantu mengajar berbentuk peta pemikiran i-think yang dapat membantu
guru untuk menyampaikan maklumat kepada murid dengan lebih berkesan.

Kesimpulannya kajian ini Berjaya menghasilkan satu modul Peta


Pemikiran i-Think yang berasaskan teori konstruktivisme serta menggunakan 5
fasa Needham dalam RPH. Bahkan melalui artikel ini, diharapkan ia dapat
membantu guru dan pelajar seterusnya dapat meningkatkan penguasaan pelajar
terhadap subjek sains.

Vous aimerez peut-être aussi