Vous êtes sur la page 1sur 14

KEMATIAN ALEXANDER LITVINENKO DAN MUNIR SERINGKALI

DIKAITKAN DENGAN AGENSI PERISIKAN NEGARA TERTENTU.

BINCANGKAN PERKAITAN TERSEBUT.

PENGENALAN

Kes pembunuhan Alexander Litvinenko dan Munir Thalib merupakan salah satu kes

yang menunjukkan agensi perisikan dalam zaman moden terlibat dalam kes sebegini. Kes

kematian Alexander Litvinenko melibatkan agensi perisikan Russia manakala kematian

Munir Thalib melibatkan agensi perisikan Indonesia. Setiap Negara sama ada kecil atau besar

mesti mempunyai agensi perisikan masing-masing. Sesetengah Negara mempunyai sedikit

agensi perisikan dan terdapat sesetengah Negara lain mempunyai lebih daripada satu agensi

perisikan. Amerika Syarikat berkemungkinan mempunyai lima atau lebih agensi perisikan

manakala Malaysia berkemungkinan mempunyai dua atau lebih agensi perisikan. Agensi

perisikan adalah perkara paling penting yang perlu ada di dalam sesebuah Negara untuk

menjaga keselamatan Negara masing-masing.

Sejarah Perisikan melibatkan dan menekan dua aspek utama iaitu agensi perisikan

dan perisik itu sendiri. Kadang-kala aspek yang ketiga juga turut terlibat bergantung kepada

keadaan iaitu apa yang dilakukan oleh agensi perisikan dan perisik itu sendiri. Dalam banyak

keadaan, dua aspek tersebut saling berkaitan namun dalam keadaan-keadaan tertentu juga

hanya satu aspek sahaja yang terlibat. Kes kematian Litvinenko memperlihatkan penglibatan

kedua-dua aspek namun dalam kes kematian Munir, hanya memperlihatkan satu aspek atau

satu pihak sahaja terlibat. Hal ini kerana, Munir bukanlah merupakan seorang perisik namun

kes kematian Munir melibatkan agensi perisikan Indonesia sama ada secara langsung atau

tidak langsung. Kes Litvinenko melibatkan dua aspek utama perisikan ekoran Alexander

Litvinenko sendiri merupakan bekas perisik agensi perisikan Russia.


1
ALEXANDER LITVINENKO

i) Agensi Kepada Agensi Perisikan dan Negara

Alexander Litvinenko adalah merupakan seorang perisik Russia yang berkhidmat di

bawah KGB ( Jawatankuasa Keselamatan Negara ) yang telah digantikan dengan FSB

( Federal Security Bureau/ Federal’naya sluzhba bezopasnosti Rossiyskoy Federatsu ) atau


1
dikenali sebagai Biro Keselamatan Persekutuan. Alexander Litvinenko atau nama

gelarannya Sasha merupakan anggota division jenayah terancang FSB memegang jawatan

Let. Colonel dan merupakan antara penyokong Boris Berezovsky, seorang tokoh oligarki

yang terkemuka di Russia.2 Sasha atau nama sebenarnya Alexander Valterovich Litvinenko

dilahirkan di Nalchik, di bahagian Utara Caucasus, Selatan Russia dan dibesarkan oleh

datuknya.3 Sasha dilahirkan pada 4 Disember 1962.4 Beliau juga pernah menyertai tentera

pada usia 17 tahun dan kemudiannya beliau memasuk KGB dengan pangkat Lt. Muda. Sasha

ditempatkan di Bahagian Keselamatan Ekonomi sebelum dipindahkan ke Pusat Anti-Terrosi

(ATC) yang bertanggungjawab mengendalikan mengenai jenayah berkumpulan, pembunuh

upahan, penculikan dan kes-kes jenayah berat yang lain.5 Perkara ini turut dinyatakan seperti

“He kept secret files on mobsters, studying their personal affairs, their networks, their

contacts with businessmen and politicians…He solved crimes before charges were made. He

worked behind the scenes. He eavesdropped. He recruited and ran agents…[He] deals with

a would be criminal.”6

1
https://ms.wikipedia.org/wiki/Alexander_Litvinenko ( tarikh diakeses pada 18 Disember 2017)
2
Azharudin Mohamed Dali, ‘Perang Perisikan Pasca-Perang Dingin,’ Pemikir, Jil. 66, No. 1, Oktober-
Disember 2011. Hlm. 65.
3
Ibid., 64.
4
https://www.britannica.com/biography/Alexander-Litvinenko (tarikh diakses 18 Desember 2017)
5
Azharudin Mohamed Dali, ‘Perang Perisikan Pasca-Perang Dingin,’ Pemikir, Jil. 66, No. 1, Oktober-
Disember 2011. Hlm. 64-65.
6
Alex Goldfarb, Marina Litvinenko, Death of a Dissident, London: Pocket Booka, 2007, hlm. 23.
2
Perbalahan antara Soviet dan Chechnya turut membabitkan Litvinenko. Pada tahun

1991, KGB telah bertukar menjadi FSK sebelum bertukar kepada FSB yang kekal sehingga

ke hari ini ekoran kesan daripada perpecahan dalam Negara Russia. Meskipun nama agensi

perisikan ini berubah, namun objektif dan matlamat agensi perisikan ini masih dikekalkan.

FSB turut menjadi sebuah agensi perisikan yang berpengaruh dan bertanggungjawab

terhadap dasar dalam dan luar Russia.7 Setiap ahlinya mempunyai kemahiran yang tinggi dan

diberikan latihan mencakupi pelbagai bidang dan aspek. Apabila berlakunya perpecahan

dalam Negara-negara komunis yang diterajui oleh Soviet Union maka Negara-negara

tersebut dilihat mampu memberi ancaman kepada kedudukan Russia. Keadaan ini

memperlihatkan kebanyakan ejen-ejen FSB terlibat sama termasuklah Alexander Litvinenko.

Penglibatan Litvinenko dalam pergolakan politik di Soviet, FSB dan sebagainya telah

membolehkan beliau banyak menyimpan maklumat-maklumat penting yang tidak diketahui

umum. Perkara ini memberi kelebihan kepada Litvinenko untuk menggunakan maklumat-

maklumat tersebut sebagai senjata mahupun tiket untuk beliau mendapatkan suaka politik

daripada Negara lain terutamanya Negara-negara yang mempunyai kepentingan tertentu di

Soviet, mahupun Negara-negara bekas Soviet seperti Chechnya.8 Untuk mendapatkan suaka

politik, seseorang itu perlu memberikan sesuatu kepada Negara yang hendak diduduki sama

ada dari segi kemahiran, kepakaran dan maklumat-maklumat tertentu. Australia dan New

Zealand antara Negara yang sering menjadi Negara pilihan untuk mereka yang hendak

mendapatkan suaka politik. Dalam hal ini, Litvinenko mempunyai maklumat-maklumay

yang dikatakan boleh membantu beliau untuk kekal di Negara sebelah barat terutamanya

United Kingdom dan Amerika Syarikat. Pada asalnya, beliau merancang untuk melarikan

7
Alex Goldfarb, Marina Litvinenko, Death of a Dissident, London: Pocket Booka, 2007, hlm. 315.
8
Azharudin Mohamed Dali, ‘Perang Perisikan Pasca-Perang Dingin,’ Pemikir, Jil. 66, No. 1, Oktober-
Disember 2011. Hlm. 66.
3
diri ke Amerika Syarikat tetapi gagal kerana ditahan oleh pihak berkuasa di Turki kerana

telah menggunakan dokumen palsu menyebabkan beliau melarikan diri pula ke London.

Tindakan Litvinenko untuk lari dan menetap di London juga adalah atas desakan Akhmaed

Zakayev iaitu bekas Menteri Luar Chenchnya yang kini menetap di London dan juga Boris

Berezovsky sendiri. Malah Litvinenko turut tinggal berdekatan dengan Zakayev.

ii) Penglibatan FSB Dalam Kes Pembunuhan Alexander Litvinenko

Kes kematian seorang bekas ejen rahsia Russia bernama Alexander Litvinenko atau

Sasha mempunyai kaitan dengan FSB (Federal’naya sluzhba bezopasnosti Rossiyskoy

Federatsii). Litvinenko telah melarikan diri dari FSB dan Russia kerana bimbang dan khuatir

akan keselamatan dirinya dan menerima suaka politik di Britain. Walaubagaimanapun,

agensi perisikan Russia iaitu FSB berjaya menjejaki dan mengikuti segala langkah beliau

ekoran bimbang akan rahsia dan maklumat yang dimiliki oleh Litvinenko akan diserahkan

kepada agensi perisikan Britain.

Litvinenko dikatakan dibunuh oleh ejen FSB semasa di London. Oleh itu, kematian

Litvinenko ini telah menjejaskan hubungan antara Britain dan Russia. Kematian Litvinenko

di London menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perisikan sebagaimana yang dilakukan oleh

FSB masih terus berjalan di kawasan Eropah termasuk London walaupun setelah Perang

Dingin Tamat. Oleh kerana Litvinenko mempunyai maklumat-maklumat penting yang

dianggap sangat berbahaya kepada kedudukan Presiden Putin, Litvinenko dikatakan telah

diracun atas arahan langsung pihak berkuasa Russia. Tanggapan ini telah dilontarkan oleh

4
bekas ejen KGB yang berpaling tadah dan bermaustatin di United Kingdom, Oleg

Gordievsky. Usaha membunuh Litvinenko juga disifatkan sebagai ‘state-sponsored’.9

Alexander Litvinenko sendiri mengetahui bahawa beliau telah menjadi sasaran dan

target oleh ejen-ejen FSB. Namun, beliau tidak menjangka bahawa orang yang akan

membunuhnya adalah sahabat beliau sendiri iaitu Andrei Lugovoy. Hasil siasatan yang

dilakukan oleh pihak berkuasa Britain mendapati Andrei Lugovoy sebagai orang yang

bertanggungjawab membunuh dan menyebabkan kematian Litvinenko. Perkhidmatan

Pendakwa Raya Diraja (CPS) menjelaskan bahawa terdapat bukti-bukti yang mencukupi

untuk mendakwa Lugovoy dan satu perintah ekstradisi akan dilakukan bagi membolehkan
10
Lugovoy dibawa ke London untuk menghadapi perbicaraan. Walaubagaimanapun,

Lugovoy telah berjaya melepaskan diri dan berjaya keluar dari Britain sebelum pihak

berkuasa Britain mendapati beliau terlibat dalam kes kematian Litvinenko ini. Ekoran itu,

pihak Britain terpaksa mendapatkan perintah ekstradisi tetapi tidak dilayan oleh pihak Russia.

Anrdrei Lugovoy mempunyai kaitan dengan Litvinenko semasa hayatnya dan

merupakan seorang kenalan di mana mereka pernah bertugas be rsama-sama semasa

berkhidmat di bawah FSB. Andrei Lugovoy dikatakan berhenti kerja dari FSB dan menjadi

seorang usahawan yang berjaya dengan mengusahakan sebuah syarikat pengawal

keselamatan yang boleh disewa oleh mana-mana pihak. Beliau juga merupakan ketua

keselamatan dan kemudiannya berkhidmat untuk jutawan Boris Berezovsky dan bersama

dengan seorang ahli perniagaan Russia, Dmitry Kovtun.11 Selain itu, kisah Litvinenko ini

bukan sahaja melibatkan FSB sebagai agensi perisikan Russia tetapi juga beberapa pihak lain

9
“Bekas Ejen KGB Didakwa Bunuh Rakan di Britain”, Utusan Malaysia, 23 Mei 2007.
10
Azharudin Mohamed Dali, ‘Perang Perisikan Pasca-Perang Dingin,’ Pemikir, Jil. 66, No. 1, Oktober-
Disember 2011. Hlm. 63.
11
Ibid.
5
seperti golongan oligarki, golongan reformer, golongan autockrat, dan sebagainya. Kematian

Litvinenko yang berlaku pada tahun 2006 dikatakan mempunyai kaitan yang lebih mendalam

sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan beberapa pihak di Russia. Akhbar The

Times melaporkan hal ini mengatakan bahawa Alexander Litvinenko dibunuh kerana

menjadi duri dalam daging kepada Kremlin kerana kritikan dan serangan yang dilakukan

kepada Presiden Putin dan FSB.12

iii) Propaganda Yang Ditunjukkan Oleh FSB

Pada asalnya, Litvinenko merancang untuk melarikan diri ke Amerika Syarikat dan

mendapatkan suaka politik di negara tersebut. Namun, usaha Litvinenko untuk mendapatkan

status suaka politik di Amerika Syarikat gagal ekoran beliau telah ditahan di Turki kerana

menggunakan dokumen-dokumen palsu dan menyebabkan beliau akhrinya pergi ke London.

Tindakan Litvinenko untuk lari dan menetap di London juga adalah atas desakan Akhmed

Zakayev iaitu bekas Menteri Luar Chechnya yang kini telah menetap suaka politik di London

dan merupakan rakan Litvinenko.

Sejak 2004, isu politik di Moscow menjadi gawat ekoran isu Chechnya dan Ukraine

yang turut membabitkan Soviet agak kritikal di mana ia menyaksikan beberapa pembunuhan

berprofil tinggi. Dalam hal ini menunjukkan bahawa bukan Litvinenko seorang sahaja yang

telah menjadi mangsa tindakan-tindakan FSB kerana terdapat juga beberapa mangsa lain

yang turut menerima kesan langsung daripada tindakan yang dilakukan oleh FSB dan juga

Presiden Putin sendiri. Sebagai contoh, Presiden Ukraine iaitu Viktor Yushenko yang telah

12
“Kremlin Gave Order to Kill Dissedent and Former Spy, Claims Top Defector”, The Times, 20 November
2006.
6
diracun oleh ejen-ejen FSB hingga menyebabkan kesan racun itu masih kekal pada wajahnya

sehingga kini meskipun racun tersebut telah berjaya dikeluarkan. Viktor Yushenko telah

dikenakan tindakan-tindakan sedemikian kerana telah mencabar kedudukan Presiden Putin.

Selain itu, Anna Stepanova Politkonskaya turut menerima nasib yang sama. Beliau

merupakan seorang wartawan yang banyak mendedahkan keburukaan dan juga mengkritik

tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh Presiden Putin. Beliau dibunuh ketika balik dari

membeli-belah dan ditembak dari jarak dekat berhampiran rumahnya.13 Paling ironinya, tiga

minggu selepas kematian Anna, Litvinenko pula diracun di London.

Litvinenko telah diracun dengan sejumlah kecil bahan radioaktif yang dikenali

sebagai Polonium. Lugovoy telah bergiat dalam bidang perniagaan membabitkan hal ehawal

keselamatan kepada ahli-ahli politik dan perniagaan. Lugovoy turut mempelawa Litvinenko

untuk terbabit dalam perniagaannya dan menjadikan Litvinenko sebagai wakilnya di

London. 14 Pada 1 November 2006, Litvinenko menemui Lugovoy di Pine Bar, Hotel

Millennium, Picadilly bersama Dmitry Kovtun yang juga bekas ejen Soviet. Lugovoy dan

Kovtun dikatakan telah mengenali antara satu sama lain sejak remaja lagi. Dalam pertemuan

inilah Litvinenko dikatakan telah meminum teh yang telah dicampur dengan Polonium.15

Polonium merupakan satu unsur kimia yang mengandungi radioaktif yang telah membawa

kepada kematian Litvinenko. Oleh kerana perbuatan ini dilakukan di kalangan awam secara

terbuka menjadikan kes kematian Litvinenko ini tergempar di benua Eropah terutamanya.

Litvinenko mengalami sakit perut yang teramat sangat sehingga muntah-muntah yang

teruk selama tiga hari selepas pertemuannya dengan Lugovoy. Kemudian beliau dikejarkan

13
Alex Goldfarb, Marina Litvinenko, Death of a Dissident, London: Pocket Booka, 2007, hlm. 237.
14
Azharudin Mohamed Dali, ‘Perang Perisikan Pasca-Perang Dingin,’ Pemikir, Jil. 66, No. 1, Oktober-
Disember 2011. Hlm. 66.
15
Ibid., hlm. 68.
7
ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Namun, Litvinenko tidak dapat dirawat

dengan rawatan yang sepatutnya ekoran status dan jenis racun yang berada di dalam badan

Litvinenko tidak dapat dikenal pasti oleh pihak hospital. Ujian yang dijalankan oleh pihak

hospital ke atas Litvinenko menunjukkan bukan sembarangan racun yang telah dimakan oleh

Litvinenko dan disebabkan itu menyebabkan keadaannya bertambah teruk. Oleh itu, maka

satu ujian secara serius dilakukan bagi mengenal pasti jenis racun yang terdapat di dalam

badan Litvinenko. Dalam keadaan ini, kepakaran Prof. John Henry iaitu pakar toksilogis

menemui ‘breakthrough’ apabila mengatakan bahawa Litvinenko diracun. 16 Prof. Henry

adalah orang yang bertanggungjawab memastikan dan menyatakan jenis racun yang terdapat

pada Litvinenko. Litvinenko juga dikatakan mempunyai perubahan fizikal yang sangat ketara

di mana rambutnya mula gugur dan kemudian organ-organ dalamannya juga gagal berfungsi

dengan baik menyebabkan keadaan Litvinenko bertambah teruk dan parah. Melalui keadaan

inilah Prof. Henry dapat mengesahkan bahawa Litvinenko diracun dan jenis racun yang

dimakannya. Litvinenko ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mendapatkan

rawatan lanjut.

Racun yang dimakan oleh Litvinenko bukanlah merupakan sejenis racun yang biasa.

Berdasarkan penyiasatan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa racun yang telah

dimakan oleh Litvinenko adalah merupakan racun talium yang mengandungi radioaktif

yagng dikenali sebagai polonium.17 Litvinenko tidak mendapat rawatan yang sepatutnya dan

pihak hospital gagal untuk memulihkan keadaan beliau yang dianggap ‘tidak dapat

diselamatkan lagi’ menyebabkan Litvinenko akhirnya mati pada 23 November 2006.

16
Azharudin Mohamed Dali, ‘Perang Perisikan Pasca-Perang Dingin,’ Pemikir, Jil. 66, No. 1, Oktober-
Disember 2011. Hlm. 69.
17
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/antara-kes-racun-digunakan-senjata-pembunuhan-1.445603
( tarikh diakeses pada 22 Disember 2017 )
8
Keadaan Litvinenko yang mempunyai kesan radioaktif menyebabkan beberapa kawasan

dapat dikenal pasti mempunyai kesan radioaktif dan menjadi bukti dalam usaha menjejaki

peristiwa kematian beliau. Propaganda ini sengaja dilakukan oleh pihak FSB untuk

menunjukkan pihak FSB masih ‘capable’ seperti KGB sebelum ini.

MUNIR THALIB

i) Kegiatan Munir Sebagai Aktivis Kemanusiaan dan Anti-Rasuah

Munir Thalib dilahirkan pada 8 Disember 1965 di Malang, Jawa Timur dalam keluarga

berketurunan Arab-Jawa dan mesra dikenali dengan nama ringkas sebagai Munir.18 Beliau

merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang menegakkan hak asasi manusia yang

teraniayai dan terancam di Indonesia. Beliau merupakan seorang aktivis yang menentang

rasuah dan hak asasi manusia yang terkenal di Indonesia. Beliau merupakan seorang peguam,

oleh itu beliau sering menjadi peguam kepada mereka yang dikatakan telah dianiayai oleh

pihak kerajaan Indonesia dan keadaan ini juga membuatkan Munir mendapat kedudukan

yang sangat tinggi sehingga dianugerahkan pelbagai anugerah dan penghargaan yang

mengagumkan.

Beliau juga terlibat dengan kes Marsinah dan juga merupakan aktivis buruh yang

dikatakan telah dibunuh oleh pihak tentera pada tahun 1994.19 Beliau berjaya membuktikan

bahawa pihak tentera sememangnya terlibat dalam kes Marsinah ini. Tindakan Munir yang

sangat tegas dan berani itu menyebabkan beliau menerima pelbagai ancaman. Beliau juga

seseorang yang berani menegakkan kebenaran dengan menuduh pihak tentera Indonesia

18
https://ms.wikipedia.org/wiki/Munir_Said_Thalib ( tarikh diakses pada 22 Disember 2017 )
19
http://joeshapictures.blogspot.my/2017/11/4-pahlawan-yang-sejarah-hidupnya-seakan.html ( tarikh diakses
pada 22 Disember 2017 )
9
sebagai mencabuli hak asasi manusia dan menjalankan aktiviti jenayah seperti terbabit

dengan pembalakan haram dan pengedaran dadah. Tindakan-tindakan Munir ini dikatakan

telah menyebabkan beliau terus diburu sehingga membawa kepada kematiannya.

Berdasarkan kepada kes Munir, pihak-pihak tertentu berkemungkinan merasakan bahawa

aktiviti-aktiviti Munir dalam hal menegakkan hak asasi kemanusiaan inilah yang menjadi

punca kenapa beliau dijadikan sasaran dan kemudiannya dibunuh.

Kes kematian dan pembunuhan Munir mempunyai kaitan sama ada secara langsung

atau tidak langsung dengan Badan Intelijen Negara (BIN) iaitu merupakan salah satu agensi

dan badan perisikan di Indonesia. Namun begitu, perkara yang paling penting sekali adalah

Munir bukannaya merupakan seorang perisik atau bekas perisik agensi perisikan seperti

Alexander Litvinenko. Beliau hanya merupakan aktivis kemanusiaan dan anti-rasuah yang

bergiat aktif di Indonesia. Namun begitu, Munir juga mati diracun dengan sejenis racun

arsenik iaitu sejenis racun yang dimasukkan ke dalam minumannya sewaktu beliau dalam

penerbangan dari Jakarta ke Amsterdam menaiki kapal terbang Garuda Air pada September

2004. 20 Munir dikatakan menuju ke Amsterdam untuk menyambung pengajiannya di

peringkat yang lebih tinggi.

ii) Penglibatan BIN Dalam Kes Pembunuhan Munir

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati beberapa suspek disyaki terbabit dalam kes

kematian Munir ini iaitu seorang juruterbang Garuda iaitu Pollycarpus Budihari Priyanto dan

dia orang kakitangan Garuda iaitu Oedi Irianto dan Yeti Susmiarti. Pollycarpus didapati

terbukti bersalah kerana menggunakan surat akuan palsu dan hukuman penjara beliau telah

20
http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/5405952.stm ( tarikh diakses pada 22 Disember 2017 )
10
dikurangkan kepada dua tahun hasil dari rayuan yang dibuat oleh Pollycarpus. Sebelum ini,

beliau telah dijatuhkan hukuman penjaran selama 14 tahun ekoran surat dan dokumen akuan

palsu yang digunakan untuk membenarkan beliau menaiki kapal terbang tersebut

Penglibatan penting BIN yang adalah hubungan antara Pollycarpus dengan Pegawai

Tertinggi BIN, Mejer Jeneral Muchdi Purwopranjdono. Polly didapati telah menghubungi

beberapa kali seorang pegawai tertinggi BIN sebelum dan selepas kematian Munir. Tetapi

pernayataan ini telah dinafikan dan disangkal oleh Jeneral Muchdi sendiri. Beliau menafikan

dan mengatakan bahawa telefon pejabat miliknya telah digunakan oleh pihak yang tidak

dikenali. Hasil penyiasatan mendapati lebih kurang 35 panggilan telefon dikesan sebelum

dan selepas kematian Munir antara pejabat Jeneral Muchdi dan Pollycarpus.21 Lebih ironinya,

Pollycarpus dikatakan telah dinaikkan pangkat menjadi coporate security sebelum menaiki

pesawat yang membawa Munir ke Amsterdam.22

Selain itu, polis juga menjumpai dokumen mengenai rancangan membunuh Munir

dan di dalam dokumen ini terkandung kaedah yang akan digunakan untuk membunuh Munir

sama ada menggunakan racun, kemalangan kereta atau menggunakan ilmu sihir hitam (black

magic). Percubaan meracun Munir pada pertama kali juga dikatakan gagal kerana kebetulan

pada hari tersebut Munir tidak menghadiri ke pejabat. Namun, akhirnya Munir berjaya juga

diracun dengan arsenik sehingga menyebabkan kematiannya.23 BIN turut menafikan bahawa

Munir merupakan sasaran mereka untuk dihapuskan sebaliknya BIN dalam beberapa

keadaan telah meminta supaya Munir tidak terlalu tegas dan aktif dalam usahanya

menegakkan hak asasi manusia sehingga memberikan ancaman kepada keselamatan negara.

21
http://nasional.kompas.com/read/2008/06/19/22025444/kronologi.kasus.pembunuhan.munir ( tarikh diakses
pada 22 Disember 2017 )
22
https://vdocuments.net/munir-pahlawan-orang-hilang.html ( tarikh diakses pada 22 Disember 2017 )
23
https://www.humanrightsfirst.org/ ( tarikh diakses pada 22 Disember 2017 )
11
Sepanjang penyiasatan ini berlangsung, BIN tidak memberikan kerjasama sepenuhnya malah

tidak membantu langsung.

Walaubagaimanapun, hasil dari perbicaraan, Jenerel Muchdi telah dibebaskan dari

tudunhan membunuh Munir. Pollycarpus juga bebas daripada tuduhan membunuh Munir

kerana beliau didapati tidak terbabit memberi minuman dan makanan yang mengandungi

arsenik kepada Munir. Malah, Polly dilihat tidak mempunyai sebarang motif untuk

membunuh Munir. Kes pembunuhan Munir ini juga tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.

Sebaliknya ia menimbulkan kontoversi tersendiri mengenai penglibatan agensi perisikan

kerajaan dalam menangani permasalahan sebagaimana ke Munir.

KESIMPULAN

Tindakan sesetengah pihak membunuh Litvinenko dan Munir ini adalah merupakan

tindakan yang dilakukan secara terancang oleh agensi-agensi perisikan negara masing-

masing sama ada secara langsung atau tidak langsung. Litvinenko merupakan seorang bekas

perisik yang mempunyai maklumat-maklumat penting yang dikatakan boleh menjejaskan

kedudukan Presiden Vladimir Putin telah menyebabkan beliau telah dijadikan sasaran dan

targer agensi perisikan Russia atau FSB. Sebaliknya, Munir bukan merupakan bekas perisik

malah tidak mempunyai perkaitan dengan agensi perisikan juga telah dijadikan sasaran dan

target ekoran tindakan-tindakan beliau yang dikatakan mampu mengancam keselamatan

negara. Keadaan ini menunjukkan agensi perisikan tidak semestinya melihat kalangan bekas-

bekas ejen perisik yang berpaling tadah sebagai musuh mereka tetapi juga akan melihat

kepada sesiapa yang dianggap akan memberi ancaman kepada keselamatan negara. Dalam

kes Litvinenko memperlihatkan penglibatan agensi perisikan dan aktiviti-aktiviti perisik itu

12
sendiri manakala dalam kes Munir melibatkan hanya satu pihak sahaja iaitu agensi perisikan

keranan Munir bukan merupakan perisik atau bekas perisik. Tindakan-tindakan yang

dikatakan mengancam kedudukan pemerintah dan ancaman kepada keselamatan negara yang

dilakukan oleh Litvinenko dan Munir telah menyebabkan mereka dijadikan sasaran oleh

agensi-agensi perisikan. Persamaan yang paling ketara antara dua kes adalah semasa agensi

perisikan negara masing-masing terancam dengan kedudukan Litvinenko dan Munir. Dalam

dunia perisikan salah satu yang perlu dibayar dan dipertaruhkan adalah nyawa masing-

masing.

13
BIBLIOGRAFI

Buku
Azharudin Mohamed Dali, ‘Perang Perisikan pasca-Perang Dingin,’ Pemikir, Jil. 66, No. 1,
Oktober-Disember 2011.
Azharudin Mohamed Dali, Sejarah Perisikan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2014.
Alex Goldfarb, Marina Litvinenko, Death of a Dissident, London: Pocket Booka, 2007.

Akhbar
“Kremlin Gave Order to Kill Dissedent and Former Spy, Claims Top Defector”, The Times,
20 November 2006.
“Bekas Ejen KGB Didakwa Bunuh Rakan di Britain”, Utusan Malaysia, 23 Mei 2007.

Sumber Internet
“Alexander Litvinenko”, https://ms.wikipedia.org/wiki/Alexander_Litvinenko ( tarikh
diakeses pada 18 Disember 2017)
“Alexander Valterrovich Litvinenko: Russian Intelligence Officer”,
https://www.britannica.com/biography/Alexander-Litvinenko (tarikh diakses 18 Desember
2017)

Ahmad Shazwan Md. Yusof, ‘Antara Kes Racun Digunakan Senjata Pembunuhan’,
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/antara-kes-racun-digunakan-senjata-
pembunuhan-1.445603 ( tarikh diakeses pada 22 Disember 2017 )
“Munir Said Thalib”, https://ms.wikipedia.org/wiki/Munir_Said_Thalib ( tarikh diakses
pada 22 Disember 2017 )

“4 Pahlawan Yang Sejarah Hidupnya Seakan Hilang dari Sejarah”,


http://joeshapictures.blogspot.my/2017/11/4-pahlawan-yang-sejarah-hidupnya-seakan.html
( tarikh diakses pada 22 Disember 2017 )
“Munir Murder Conviction Quashed”, http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/5405952.stm
( tarikh diakses pada 22 Disember 2017 )
“Kronologi Kasus Pembunuhan Munir”,
http://nasional.kompas.com/read/2008/06/19/22025444/kronologi.kasus.pembunuhan.muni
r ( tarikh diakses pada 22 Disember 2017 )
“Munir, Pahlawan Orang Hilang”, https://vdocuments.net/munir-pahlawan-orang-
hilang.html ( tarikh diakses pada 22 Disember 2017 )

14

Vous aimerez peut-être aussi