Vous êtes sur la page 1sur 6

Karangan Jenis Laporan

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.

Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah
60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk
untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu
,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.

Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut
berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan
Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat
menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.

Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh
pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan
kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga
dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat.
Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang
dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.

Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga
berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan
kepada kami.

Disediakan oleh, 25 Januari 1996.

Azmi

_______________
(AZMI SULAIMAN)

Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains,

Sekolah Kebangsaan Darau,

Jerteh,Terengganu.

Karangan Jenis Berita


Banjir Kilat Di Pekan Panchor

MUAR, 30 November-Satu kejadian banjir kilat telah melanda Pekan Panchor, dekat sini
petang tadi. Dalam kejadian itu, semua rumah dan kedai di pekan itu telah dinaiki air
sedalam satu meter.

Menurut seorang penduduk di situ, Encik Mahfudz b. Mohd. Yasin, air mula naik pada pukul 3
petang. Hujan lebat selama 4 jam telah menyebabkan air melimpah kerana longkang yang
tersumbat.

Beliau berkata, sampah sarap yang tidak diurus dengan baik merupakan punca utama.
Longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat. Selain itu,
pembangunan pesat di kawasan berhampiran turut menyebabkan tanah lumpur mengalir ke
longkang.

Kejadian itu mengakibatkan banyak harta benda telah rosak. Antaranya termasuklah
perabot, barangan elektrik, kenderaan dan sebagainya. Tiada kemalangan jiwa yang
dilaporkan berlaku.

Penduduk-penduduk melahirkan rasa kecewa atas kejadian yang berlaku itu. Mereka juga
kesal dengan sikap pemaju projek berhampiran kerana tidakbertanggungjawab.

Mereka berharap pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan supaya kejadian itu
tidak berulang lagi.

Karangan Jenis Cerita


Berhari Raya Di Kampung Nenek
Tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa, kami sekeluarga telah pulang ke kampung nenek
untuk berhari raya di sana. Kampung nenek saya terletak di Gua Musang Kelantan.

Kami pulang ke kampung menaiki kereta api. Kereta api sesak dengan para penumpang yang
ingin pulang ke kampung masing-masing kami tiba di Stesen Gua Musang ketika hari hampir
senja.

Sebaik sahaja tiba di kampung, nenek menyambut kepulangan kami dengan tangan terbuka.
Nenek telah menyediakan pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga berasa
gembira kerana berpeluang untuk berbuaka puasa bersama sama dengan nenek di kampung.
Malam pertama kami di kampung ialah malam tujuh likur. Suasana di kampung terang-
benderang dengan cahaya pelita. Saya dan sepupu saya memasang pelita di sekeliling rumah
nenek. Kemudian, kami bersama kawan-kawan lain di kampung bermain bunga api.

Apabila tiba satu Syawal, kami sekeluarga bangun pada awal pagi. Kami memakai pakain
baharu dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat suna Aidilfitri. Selepas itu, Kami
menziarahi pusara datuk dan mengunjugi rumah sanak saudara di kampung. Kami juga
berpeluang menikmati pelbagai hidangan istimewa seperti ketupat, rendang, dodol dan juga
bangkit.

Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kuala Lumpur. Kami berasa seronok berhari raya
bersama nenek di kampung.

Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi


Pasukan Bola Jaring,

Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,

22000 Jerteh,

Terengganu.

Encik Musa Bin Hassan,

Setiausaha Sukan,

Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,


22000 Jerteh,

Terengganu. 24 APRIL 1998.

Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama

Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau
ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.

2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola
baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk
menghadapi perlawanan yang akan datang.

3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang
kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.

4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih
sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Widyawati

…………………

( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )

Ketua Pasukan,

Pasukan Bola Jaring,

Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan Darau.

Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak


Rasmi
No 1, Lorong 12, Taman Tambun Jaya,
14000 Simpang Ampat,
Pulau Pinang.

28 Ogos 2014

Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah. Semoga dalam
keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Sahabatku,

Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga dalam keadaan sihat.
Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat saudari telah saya terima seminggu yang lau.
Terima kasih kerana saudari masih mengingati saya di sini.

Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang persediaan saya
menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk pengetahuan saudari, saya telah membuat beberapa
persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Langkah pertama saya saya ialah dengan
mengubahsuai jadual waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji
pelajaran dari pukul 9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

Selain mengikuti kelas tambahan di sekolah, saya juga ada mengikuti kelas
tambahan Pusat Tuisyen. Ibu bapa saya telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan
sebanyak tiga kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya
berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua
ibu bapa saya.

Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pengajaran guru. Saya akan segera bertanya guru sekiranya saya tidak faham
supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya dengan berkesan. Program gerak gempur
yang diadakan di sekolah amat membantu saya. Hampir setiap hari, saya dan rakan-rakan di
kelas akan menjawab soalan latih tubi yang disediakan oleh guru-guru.

Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan
Awam Simpang Empat untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke
Perpustakaan Awam Simpang Empat pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di
situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar
dan bertukar-tukar nota.

Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap
kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Setakat ini
sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudari kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam
ingatan saya untuk saudari serta keluarga.

Sahabatmu,

………………………..

(Afiqah binti Aiman )

Vous aimerez peut-être aussi