Vous êtes sur la page 1sur 2

Audien yang tidak pasif

Pertama sekali, Apa itu audien? Audien ialah sekelompok atau segolongan orang yang

mendengar dan menerima segala jenis maklumat dan mesej yang ingin disampaikan oleh

pengucap dan mesej yang disampaikan akan cuba difahami audien mengikut sesuatu cara yang

mereka gemari.Ada yang menerima mesej melalui penglihatan, ada yang melalui pendengaran

dan ada juga yang melalui pembacaan. Maklumat yang disampaikan mestilah sama di dalam

kelompok tersebut ketika ingin melakukan proses penyampaian mesej. Jika mesej tersebut

ingin diterima oleh audien ianya haruslah menepati cita rasa audien yang mendengarnya.

Audien mempunyai pelbagai cara untuk mentafsir mesej yang disampaikan.

Audien yang tidak pasif atau juga dikenali sebagai Audiens aktif merupakan audien

yang sentiasa menyertai dalam proses penyampaian mesej yang disampaikan. Sama ada secara

sedar atau tidak sedar, mereka menyertai dan memberi respon terhadap mesej yang diberikan.

Respond yang diberikan adalah berbeza mengikut setiap individu di dalam kelompok audien

tersebut. Hal ini mungkin kerana mereka dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keluarga,

pengalaman, sosial, agama, budaya, minat, pendidikan dan latar belakang diri mereka.

Audien memberi respon terhadap apa yang ingin disampaikan oleh orang yang

menyampaikan mesej tersebut dengan tujuan untuk memenuhi kehendak dan keperluan

tertentu. Mengikut teori Uses and gratification, Audien memilih mesej yang ingin disampaikan

kepada mereka untuk memenuhi kehendak dan agenda mereka. Dalam teori ini, audien

dianggap sebagai perantara yang besar untuk proses penyampaian dan penerimaan mesej.
Ciri – Ciri audien yang tidak pasif boleh dilihat dari sifat-sifatnya yang selektif dalam

memilih mesej yang ingin diterima mereka. Mereka tidak gemar mendengar, melihat atau

membaca mesej yang ingin disampaikan kepadanya jika tidak memenuhi kehendak mereka.

Contohnya audien tidak pasif yang berasal daripada kalangan yang berpendidikan tinggi.

Mereka hanya ingin mendengar mesej dan maklumat yang dapat menambah ilmu pengetahuan

mereka dan tidak berminat untuk mendengar mesej yang telah mereka ketahui.

Keduanya ialah utilitarianisma. Sifat ini boleh dilihat daripada audien yang hanya ingin

mendengar mesej yang bermanfaat bagi dirinya dan bersesuaian dengan kegunaan yang

diperlukannya. Mereka tidak akan mendengar aspek yang tidak bersesuaian dengan dirinya.

Mereka hanya mengutamakan apa yang berfaedah bagi dirinya sahaja. Ketiganya ialah audien

yang mementingkan Isi kandungan. Audien jenis ini tidak memandang aspek luaran isi

kandungan tersebut. Mereka tidak memandang pada tajuk, pada kekemasan pengucap, pada

aspek yang tidak berkaitan dengan isi-isi mesej yang disampaikan.

Keempat ialah keterlibatan. Keterlibatan audien secara aktif ketika penyampaian mesej

dan turut memikirkan segala aspek isi dan isu mesej yang disampaikan. Audien yang tidak

pasif akan sentiasa cuba melibatkan diri dalam sesi-sesi penyampaian mesej. Ciri – Ciri kelima

pula ialah merupakan ciri – ciri yang paling umum sekali didalam diri audien yang tidak pasif.

Mereka kerap bertanyakan soalan, mereka juga sentiasa dikelilingi oleh sikap ingin tahu.

Mereka tidak mudah terpengaruh dengan apa yang cuba disampaikan melalui mesej tersebut.

Mereka bertanyakan soalan kerana mereka keliru atau ingin menguji ilmu mereka dengan

bertanyakan soalan yang mereka sendiri sudah tahu jawapannya.

Vous aimerez peut-être aussi