Vous êtes sur la page 1sur 7

SMK DATUK MANSOR

LAPORAN PROGRAM
PERTANDINGAN MELUKIS
KOLAM DAN RIMUP

RABU
24 OGOS 2016

ANJURAN PERSATUAN
BAHASA TAMIL PRA U

P
PENGENALAN

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 59, satu pertandingan melukis kolam dan
RIMUP telah diadakan selaras dengan matlamat sambutan hari kemerdekaan untuk memberi
galakan kepada para pelajar menghayati nilai patriotism dan perpaduan kaum. Kolam adalah
satu reka bentuk atau corak yang dilukis atas lantai dengan menggunakan tepung beras.
Pertandingan seperti ini diadakan bagi memastikan generasi muda tidak melupakan tradisi
mereka. Pertandingan Melukis Kolam diharap mendapat sambutan daripada para pelajar bagi
memberi pengalaman kepada pelajar melukis kolam. Semoga pertandingan yang dianjurkan
memberi manfaat dan pendedahan kepada para pelajar selain sebagai pemangkin untuk
memupuk hubungan mesra melalui kerjasama dan perpaduan di kalangan pelajar pelbagai
kaum.

MATLAMAT

 Matlamat utama pertandingan ini adalah mencungkil bakat terpendam pelajar secara
menyeluruh di samping menyemai semangat kerjasama dan muhibah antara kaum.

OBJEKTIF

 Mencungkil bakat terpendam pelajar


 Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar

 Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat


tradisional India daripada luput ditelan zaman.

 Memupuk nilai patriotisma dan perpaduan ( RIMUP) di kalangan warga SMK Datuk
Mansor.
KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi pertandingan ini ialah pelajar tingkatan 6 Bawah dan 6 Atas. Setipap
kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar dan digalakkan penertaan daripada pelajar pelbagai
kaum.

PELAKSANAAN PROGRAM

1. Keterangan program

a ) Tarikh : 24.08.2016 (RABU)


Tempat : Anjung Mansorian
Tema : Sehati Sejiwa

b) Tentatif program

7.30 – Taklimat pertandingan


7.45 – Pertandingan bermula
8.45 – Penilaian oleh pengadil
9.00 – Penyerahan markah
9.15 – Penyampaian hadiah

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Bil Aktiviti /Pertandingan Kumpulan

1. Tempat Pertama Kumpulan 3

2. Tempat Kedua Kumpulan 5

3. Tempat Ketiga Kumpulan 2


PENILAIAN AKTIVITI

1. Pencapaian Objektif

a) Objektif program tercapai dan menarik minat para pelajar

2. Kekuatan

a) Kerjasama yang baik dari AJK pihak penganjur.

b) Peserta sekolah yang berdisiplin dan berpengalaman.

3. Kelemahan

a) Ruang yang tidak mencukupi

b) Kekangan masa dan cuaca.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Pihak sekolah dapat menyediakan kawasan luas yang kondusif untuk menarik lebih ramai
peserta sekolah menyertai aktiviti ini..

2. Meluaskan dan meramaikan penglibatan para peserta dikalangan pelajar.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.............................................................. ...........................................................
(PUAN NURUL ZAHIRA BT MD ISA) ( PN. AINI ROZITA BT AHMAD)
Setiausaha AJK RIMUP Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SMK Datuk Mansor SMK Datuk Mansor
LAMPIRAN

Gambar Di Sekitar Program Pertandingan Melukis Kolam Dan RIMUP

Vous aimerez peut-être aussi