Vous êtes sur la page 1sur 1

Aku ialah sebuah kereta nasional. Namaku Proton Exora.

Aku dilahirkan di
Malaysia. Badanku berwarna putih metalik. Aku diperbuat daripada besi, getah, kaca
dan enjin yang bermutu tinggi. Aku boleh membawa tujuh orang penumpang.

Setelah siap dipasang, aku dan kawan-kawan yang lain diedarkan ke kedai untuk
dijual. Aku telah diedarkan ke Kedai Proton di Kuantan. Aku dipamerkan di ruang
pameran dan diletakkan tanda harga RM 69,000.

Pada suatu hari, sepasang suami isteri berkunjung ke kedai. Mereka tertarik
melihat reka bentukku yang cantik. Setelah mendapatkan penerangan daripada
jurujual, suami isteri itu pun duduk di dalam perutku dan cuba memanduku. Mereka
berasa amat selesa dan berpuas hati lalu membuat keputusan untuk membeliku.

Selepas dua minggu, tuan aku pun memandu aku pulang ke rumahnya. Setibanya
di rumah baruku, anak-anak tuan menyambut kedatanganku dengan perasaan yang
gembira. Rupa-rupanya, tuan aku bernama Encik Johan. Isterinya bernama Puan
Sabrina. Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata yang comel.

Aku sangat berguna kepada tuan sekeluarga. Aku bertanggungjawab untuk


menghantar tuan dan keluarganya ke destinasi mereka. Setiap hari, Encik Johan
menghantar anak-anaknya ke sekolah. Selepas itu, dia pergi ke tempat kerjanya. Pada
waktu petang, Puan Sabrina akan menghantar anak-anaknya ke pusat tuisyen. Pada cuti
sekolah pula, mereka sekeluarga akan pergi makan angin.
Tuan dan isterinya ialah pemandu yang berhemah. Mereka memandu aku dengan
cermat dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya. Mereka juga amat
menyayangiku. Pada masa lapang, tuan dan anak-anaknya akan membersihkan
badanku dengan air sabun. Mereka juga menggilap badanku dengan penggilap kereta
supaya badanku berkilat-kilat.

Aku berbesar hati kerana mendapat tuan yang baik. Aku akan terus berbakti
kepada tuan sekeluarga sehingga riwayatku tamat.

Vous aimerez peut-être aussi