Vous êtes sur la page 1sur 21

SENARAI RUJUKAN

1.0 Penghargaan 2

2.0 Pendahuluan 3

3.0 Konsep Wacana 4-6

3.1 pengertian wacana

3.2 Jenis wacana

4.0 Analisis Tautan dalam cerpen Kontrak Sial


7-16
4.1 Tautan perulangan

4.1.1 Tautan perulangan rujukan

4.1.2 Tautan perulangan elipsis

4.1.3 Tautan penghubung leksikal

4.1.4 Tautan penghubung paralelisme

4.2 Tautan Kolokosi

4.3 Tautan Penghubung Ayat

4.3.1 Tautan Peghubung Ayat Tambahan

4.3.2 Tautan penghubung Ayat Tentangan

4.3.3 Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab

5.0 Kesimpulan 17
6.0 Sumber Rujukan 18
7.0 Lampiran Teks 19-21

1
Penghargaan

Segala pujian bagi Allah, dengan taufik dan hidayah daripada-Nya dapatlah saya
menyiapkan kerja kursus ini walaupun dengan serba kekurangan.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik
Maniyamin yang sudi luangkan masa memberi bimbngan, panduan, saranan, serta
teguran yang membina kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini.
Tanpa bantuan beliau sudah tentu tugasan ini tidak dapat diselesaikan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan sekelas atas kesudian untuk
berkongsi maklumat dan tunjuk ajar semasa dalam proses menjayakan usaha ini. Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya
terutamanya ibu bapa saya yang sentiasa memberi galakkan dan dorongan yang
membina.

Akhir sekali, saya merakamkan penghargaan ini kepada seluruh warga institut
yang sudi memberikan bantuan yang diperlukan untuk menyiapkan kerja tugasan ini.

2
Pendahuluan

Untuk kerja kursus wacana penulisan, saya diminta untuk menyatakan pengertian dan
jenis wacana dalam penulisan. Untuk mencapai objektif tugasan ini, saya telah mengkaji
satu cerpen. Untuk tugasan ini, saya telah memilih cerpen Sial Kontrak karya Nasurry
Ibrahim dan menganalisis penanda wacana yang terdapat dalam penulisan beliau.
Terdapat beberapa sebab saya memilih cerpen ini. Antaranya ialah kaedah penulisannya
yang ringkas serta mudah difahami. Selain itu, penggunaan wacana yang baik dan agak
mudah dianalisis.

Wacana merupakan satuan bahasa tertinggi dan melebihi batas ayat dalam hieraki
gramatikal iaitu fonem, morfem, kata, klausa, frasa, ayat dan wacana. Terdapat dua jenis
wacana iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan merupakan yang
disampaikan secara langsung oleh penulis kepada audien dan bersifat dua hala.
Contohnya ialah pidato dan ceramah. Seterusnya ialah wacana tulisan. Wacana jenis ini
pula disampaikan secara tidak langsung oleh penulis kepada pembaca dan bersifat satu
hala kerana penulis tidak berhadapan dengan pembaca. Wacana tulisan disampaikan
melalui teks seperti novel, cerita pendek, artikel, majalah, buku, laporan penelitian,
skripsi, tesis dan sebagainya.

Penanda wacana pula ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang


berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam
penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak
mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Terdapat tiga fungsi wacana iaitu
menghubungkan ayat dengan ayat, menghubungkan perenggan dengan perenggan,
membantu pendengar dan pembaca memahami teks. Dalam analisis cerpen Kontrak
Sial, terdapat jangan jenis penanda wacana yang akan dijelaskan iaitu tautan perulangan,
tautan kolokosi, dan tautan penghubung ayat.

3
3.0 Konsep Wacana
3.1 Pengertian wacana

Menurut Halliday dan Hassan organisasi sesuatu teks terbina daripada intersentential
linguistic features (ciri-ciri yang membina teks), yang memberikan sesuatu teks itu tekstur
dan ciri yang membina teks tersebut wujud di dalam teks (Halliday, 1994). Halliday dan
Hasan (1976) menamakan ciri linguistik tersebut sebagai tautan kohesi (cohesive ties)
dan tautanmembahagikan tautan kepada jenis, iaitu rujukan, penggantian, elipsis,
penghubung, dan tautan leksikal.

Dalam Tatabahasa Dewan (2005: 523) menyatakan bahawa wacana ialah unit
bahasa yang melebihi batas ayat.

Berdasarkan beberapa pendapat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa


wacana merupakan satuan bahasa terlengkap, lebih tinggi dari klausa serta memiliki
kohesi dan koheran yang baik yang mampu memberi impak kepada penyemak atau
pembaca. Tatabahasa dewan edisi ke-3 (2005: 524) menyatakan bahawa wacana yang
utuh mempungai dua ciri utama iaitu mempungai kohesi (tautan) dan koheran (runtutan).
Selain itu, terdapat beberapa ciri lain yang yang dapat membantu menghasilkan wacana
yang utuh iaitu tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca,
maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau
peranan wacana-wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca mendengar
maklumat yang disampaikan.

Kohesi ialah ciri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur
dengan unsur linguistik lain dalam sesuatu wacana bagi menghasilkan wacana yang baik.
Koheran atau dikenali juga sebagai runtutan merupakan kesinambungan idea yang
terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna (2005: 524-
525). Dalam tatatingkat bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi yang hadir
selepas tingkat ayat seperti yang ditunjukkan di bawah.

fonem morfem kata frasa klausa ayat wacana

4
3.2 Jenis Wacana

Wacana terdapat dalam dua bentuk iaitu lisan dan tulisan.Wacana Lisan adalah wacana
yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan penyampai dan pendengar. Antara
jenis komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ialah komunikasi interaktif yang
melibatkan hubungan antara penyampai dan pendengar secara langsung. Contoh bagi
wacana ini ialah wacana monolog. Wacana monolog adalah wacana yang dituturkan oleh
satu orang. Umumnya wacana monolog tidak memerlukan sebarang respon daripada
pendengar. Contohnya, pembentangan, pidato, ceramah, dan sebagainya. Penyampai
biasanya menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan untuk
menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar.

Terdapat juga wacana dialog yang memiliki bentuk yang serupa dengan wacana
drama seperti senario dan lain-lain. Wacana puisi pula dituturkan dalam bentuk puisi,
boleh disampaikan dalam bentuk tulisan atau lisan. Bahasa dan isinya berorentasikan
pada keindahan ayat-ayatnya. Puisi dan lagu merupakan contoh wacana bagi wacana
ini. Wacana drama pula disampaikan dalam bentuk drama. Biasanya, drama
disampaikan dalam bentuk percakapan atau dialog.

Selain itu, terdapat juga wacana prosa yang disampaikan atau ditulis dalam bentuk
prosa. Wacana prosa dapat berbentuk tulis atau lisan (Tarigan, 1987: 57). Novel, cerita
pendek, artikel, majalah, buku, laporan penelitian, skripsi, tesis, disertasi, dan beberapa
bentuk kertas kerja dapat digolongkan sebagai wacana prosa.

Wacana bertulis (written discourse) adalah jenis wacana yang disampaikan


melalui tulisan. Hingga kini, tulisan masih merupakan media yang sangat efektif dan
efisen untuk menyampaikan berbagai gagasan, wawasan, ilmu pengetahuan, atau
apapun yang dapat mewakili kreativiti manusia.Wacana bertulis sering disampaikan
dalam bentuk teks atau naskah.

Komunikasi yang terlibat dalam wacana tulis ialah komunikasi komunikasi tidak
langsung iaitu berbentuk satu arah kerana penulis tidak berhadapan dengan pembaca
sewaktu sesuatu wacana itu dihasilkan. Oleh itu, penulis tifak mendapat respon secara
langsung daripada pembaca. Wacana dapat direalisasikan dalam bentuk kata, kalimat,

5
paragraf atau karangan yang utuh yang membawa mesej yang lengkap dan cukup jelas
berorientasi pada jenis wacana tulis.

Wacana tulisan iaitu dengan melihat hubungan antara penulis dengan pembaca
melalui penulisan-penulisan yang disampaikan melalui akhbar, novel, rencana, sajak,
teks ilmiah dan bukan ilmiah dan sebagainya. Pembaca seharusnya mampu
mendemonstrasikan penguasaan terhadap isi teks dengan beralih semula kepada teks
yang berkenaan. Contohnya, wacana prosa yang disampaikan dalam bentuk prosa.
Wacana prosa dapat berbentuk tulis atau lisan. Terdapat beberapa golongan wacana
prosa seperti novel, cerita pendek, artikel, makalah, buku, laporan penelitian, skripsi,
tesis, disertasi, dan beberapa bentuk kertas.

Wacana nonfiksi pula ialah suatu wacana dari hasil olah pemikiran manusia yang
melibatkan data dan informasi nyata dan menggunakan kaedah penulisan-penulisan
yang baku.Contoh wacana nonfiksi yaitu pendapat, esei, artikel dan laporan penelitian.
Wacana nonfiksi disebut juga sebagai wacana ilmiah dan boleh dipercayai.

Penanda Wacana

Penanda wacana digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan


frasa. Terdapat 5 jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu iaitu:

(i) Penanda penghubung


(ii) Penanda rujukan
(iii) Penanda penggantian
(iv) Penanda leksikal
(v) Penanda ellipsis atau pengguguran

4.0 Analisis tautan dalam cerpen Sial Kontrak karya Nasurry Ibrahim

Menurut Siti Hajar (2009) tautan bermaksud hubungan antara sesuatu unit teks dengan
unit teks yang lain melalui peranti tautan. Hubungan bentuk linguistik ini boleh berlaku
secara semantik. Unit teks bermaksud unit yang secara tulisannya sebagai satu ayat
yang awal dan akhirnya ditandai dengan titik atau yang awal dan akhirnya dengan huruf
besar. Peranti tautan pula merujuk kepada jenis tautan yang membentuk teks. Tautan

6
dapat mengketogorikan tautan kepada tiga jenis utama, iaitu Tautan Perulangan, Tautan
Kolokasi, dan Tautan Penghubung ayat. Pembahagian ini berdasarkan bentuk, fungsi,
makna dan konteks.

4.1 Tautan perulangan

Dalam sesuatu perenggan karangan, terdapat kata dan frasa yang digunakan oleh
penulis untuk kekal membincangkan sesuatu topik dan memastikan perenggan tersebut
kohesif dan koheren. Melalui perulangan kata dan frasa sama, pengaliran idea utama
dalam ayat topik dan idea-idea yang menyokongnya dalam ayat-ayat huraian mudah
diikuti oleh pembacata dan frasa yang diulang banyak kali. Tautan perulangan
memperlihatkan ciri yang berulang sama ada dari segi bentuk linguistik, makna atau
kedua-duanya sekali (Siti Hajar: 2009). Ciri ini termasuklah fungsi yang terlibat untuk
memperincikan tautan perulangan kepada tujuh jenis.

4.1.1 Tautan perulangan rujukan

Tautan perulangan rujukan ialah kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk
perkataan dan frasa lain. Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama rujukan terdiri daripada
kata ganti nama diri orang (pertama, kedua, ketiga) dan kata ganti nama tunjuk.

Jadual 1: Tautan perulangan rujukan peribadi

64 “Adakah anda membaca Hukum Jussoli?” tengking Harimau sambil


membeliakkan biji mata kepada Kancil.
65 Kemudian, dia merenung satu demi satu binatang di hadapannya.
72 “Kerana tidak puas hati pada Hukum Jussoli, maka Datuk Singa keluar
dari Hutan Melintang membina kebebasan hidup di Hutan Temasik…
73 Dan kemudian, dia menjadi rakan kongsi Datuk Harimau,” sampuk Datuk
Kura yang berusia satu setengah abad.

Ayat (65) menggunakan tautan perulangan rujukan peribadi menggunakan unsur dia
yang merujuk kepada Harimau. Pembaca dapat memahami dengan mudah bahawa yang
merenung semua binatang ialah Harimau. Seterusnya, dalam ayat (73) unsur dia juga
digunakan tetapi merujuk kepada binatang lain iaitu Datuk Singa. Dalam ayat “…dia

7
menjadi rakan kongsi Datuk Harimau,” pembaca faham bahawa yang menjadi rakan
konsi Datuk Harimau ialah Datuk Singa.

Jadual 2: Tautan perulangan tunjuk

01 Kata empunya cerita, sejak peristiwa hitam itu Harimau bertindak merajakan
dirinya di Hutan Melintang ini.
02 Sementara binatang-binatang lain terpaksa menjauhkan diri, berpindah
randah dari bukit ke bukit, dari lembah ke lembah demi menyelamatkan diri
dan keluarga daripada menjadi mangsa Harimau.
03 Semua itu terjadi kerana Kontrak Sosial itulah.
15 “Kerana keharimauannya telah meresahkan kita, dan kita jadi pelarian di
hutan rimba sendiri.”
16 Suaranya bergetar persis pidato calon pilihanraya.
17 Kata-kata Kancil itu mendapat tepukan gemuruh daripada warga rimba yang
hadir.

Terdapat 5 klasifikasi dalam yang merujuk perulangan tautan rujukan tunjuk


menggunakan kata ganti nama tunjuk ini dan itu dalam dalam ayat di atas. Dalam ayat
(01) terdapat dua klasifikasi tautan perulangan rujukan tunjuk yang digunakan iaitu unsur
itu dan ini. Klasifikasi (1), itu merujuk kepada peristiwa hitam yang berlaku di Hutan
Melintang. Klasifikasi (2), dalam ayat yang sama juga, unsur ini merujuk kepada Hutan
Melintang tempat berlakunya peristiwa hitam yang disebutkan dalam ayat (01).

Dalam ayat (03) satu unsur digunakan untuk merujuk kepada dua perkara atau
dua klasifikasi yang berbeza iaitu unsur itu. Klasifikasi (3), iaitu unsur itu merujuk kepada
ayat (02) yang menjelaskan bahawa binatang-binatang di Hutan melintang terpaksa
berpindah-randah demi menyelamatkan diri dan keluarga. Klasifikasi (4), penggunaan
unsur itu yang kedua dalam ayat yang sama merujuk kepada Kontrak Sosial yang
menjadi penyebab atau punca perpindahan binatang-binatang tersebut. Dalam ayat (17)
klasifikasi (5) pula, unsur itu digunakan untuk merujuk kepada kata-kata kancil dalam ayat

8
(15) yang menjelaskan bahawa keharimauan Harimau telah menyebabkan mereka
menjadi pelarian di hutan rimba sendiri.

4.1.2 Tautan perulangan elipsis

Tautan ini serupa dengan tautan penggantian iaitu dari segi kriteria dan penjenisannya.
Unsur yang digugurkan dalam ayat ditafsirkan berdasarkan unsur yang mendahuluinya.
Oleh sebab itu, tautan ini dinamakan penggantian kosong yang menggunakan symbol.
Analisis tautan perulangan elipsis adalah seperti dalam jadual (3).

Jadual 3: Tuatan perulangan elipsis

26 “Tahukah kalian, ketunggalan aku ini kerana Harimau yang membaham


isteri dan anak-anak-anakku,” tegas Babi Tunggal sambil mendesus,
menahan kemarahan.
27 “Anak saya juga Ø,” balas Rusa.
28 “Walaupun tidak sehingga saya menjadi tunggal.”
29 Hadirin tergelak mendengar pengakuan Rusa itu.
30 “Isteri dan seekor anak saya hilang tiba-tiba…
31 Khabarnya dia dibaham Harimau dan Singa,” sampuk Kijang dalam sedu
sedan.
32 “Isteri dan anak saya juga Ø,” jerit Pelanduk.
33 “Anak-anak kami juga Ø,” jerit para hadirin.

Berdasarkan ayat (27), unsur yang digugurkan diberikan simbol Ø bagi menggantikan
unsur dibaham. Demikian juga dalam ayat (32) dan (33), unsur Ø digunakan bagi
menggantikan ayat dibaham harimau dan singa. Pembaca dapat memahami dengan
mudah bahawa isteri dan anak-anak Pelanduk dan para hadirin turut dibaham oleh
harimau dan singa serupa seperti kijang dalam ayat (31).

9
4.1.3 Tautan perulangan leksikal

Penanda leksikal melibatkan kohesi atau pertautan antara perkataan atau frasa melalui
hubungan kata. Unsur perulangan terdiri daripada pengulangan perkataan yang sama,
perulangan makna yang sama, pengulangan yang melibatkan perkataan yang umum
maknanya dengan yang khusus maknanya (hiponim), dan pengulangan kolokasi iaitu
perkataan yang kehadirannya saling berkait (Siti Hajar: 2009).

Jadual 4: tautan perulangan leksikal

14 “Kita tidak perlu Harimau dan keharimauannya di hutan rimba ini,” Kancil
terus melontarkan hujah tanpa kata alu-aluan.
15 “Kerana keharimauannya telah meresahkan kita, dan kita jadi pelarian di
hutan rimba sendiri.”
18 “Nafsu keharimauannya telah menyebabkan jiwa kita jadi semakin derita…

Dalam ayat (15), leksikal keharimauannya bertaut secara leksikal dengan


keharimauannya dalam ayat (14) dan leksikal keharimauannya dalam ayat (18) pula
bertaut secara leksikal dengan keharimauannya dalam ayat (15). Tautan ini merupakan
perulangan leksikal yang terdiri daripada kata umum yang serupa bentuk dan makna.

4.1.4 Tautan perulangan paralelisme

Tautan paralelisme merujuk kepada bentuk susunan yang serupa antara unsur yang
bertaut, tetapi mempungai makna yang berlainan. Unsur yang bertaut ini bukan bersifat
leksikal, tetapi sekadar antara ayat atau unit teks yang pendek-pendek atau subjek atau
predikat sesuatu ayat hingga terasa hubungan itu sesuatu yang bermakna.

Jadual 5: tautan perulangan paralelisme

48 “Kerana Harimau saya hilang tempat mengais rezeki,” kata Wakwak dari
Paya Temagi.
50 “Kerana Harimau saya hilang hutan rumbia, kebun makanan saya,” kata
Ayam Hutan.

10
Bentuk frasa kerana Harimau saya hilang tempat mengais rezeki dalam ayat (48)
dikatakan bertaut secara paralelisme dengan kerana Harimausaya hilang hutan rumbia,
kebun makanan saya dalam ayat (50). Unsur frasa yang bertaut itu mempungai struktur
yang serupa iaitu KSN + KN + KGN + KN + KN + KGN, tetapi membawa makna yang
berbeza.

4.2 Tautan kolokosi

Tautan kolokosi tidak melibatkan unsur linguistiknya berulang bentuk dan makna. Tautan
ini hanya merujuk konteksnya, iaitu kehadiran sesuatu unsur linguistik yang lain antara
dua unit teks. Kehadiran ini melibatkan domain makna. Tautan jenis ini merujuk kepada
konteksnya, iaitu ‘keberadaan’ sesuatu unsur linguistik dengan yang lain antara dua unit
teks. Keberadaan ini melibatkan domain makna. Perspektif berdasarkan domain makna
inilah keberadaan unsur linguistik yang terlibat dijeniskan lagi kepada empat jenis.

Jadual 6: Tautan kolokosi Hasil

35 Padang mesyuarat menjadi gamat dengan jeritan dan tangisan.


41 “Tidakkk!” serentak bergema suara kebinatangan yang sedang
bersedih diri itu.
56 Binatang-binatang itu pun berbincang mencari cara menghalau
Harimau dan keharimauannya dari Hutan Melintang ini.
57 Setelah disepakati cara, mereka mencatat resolusi untuk diserah
kepada Harimau.

Dalam ayat (35), unsur tangisan yang terdiri daripada frasa bertaut secara kolokosi
dengan unsur bersedih yang juga terdiri daripada frasa dalam ayat (41). Tautan ini
melibatkan hubungan makna perasaan iaitu perasaan sedih warga hutan rimba yang
menghasilkan tangisan.

Dalam ayat (56) pula, unsur berbincang, terdiri daripada frasa bertaut secara
kolokosi dengan unsur resolusi yang terdiri daripada perkataan dalam ayat (57). Tautan

11
ini menunjukkan hubungan antara perbincangan yang dilakukan dengan warga rimba
dan hasil perbincangan iaitu resolusi yang dicapai dalam perbincangan itu.

4.3 Tautan penghubung ayat

Penghubung ayat atau penanda wacana ialah kata atau frasa yang berfungsi sebagai
penghubung atau yang membantu seseorang membaca dari satu ayat ke satu ayat
dengan lancar. Penulis menamatkan suatu idea yang lengkap dalam satu ayat, dan
menandakannya dengan tanda noktah di akhir ayat tersebut. Untuk memudahkan
pembaca agar dapat mengaitkan ayat sebelum dengan ayat yang berikutnya, penulis
memasukkan penghubung ayat sebagai penghubung antara kedua-dua ayat tersebut.

Tautan penghubung ayat berbeza dengan tautan perulangan dan tautan


hubungan dari segi fungsi dan unsur yang bertaut. Tautan perulangan bertaut dengan
kata, frasa dan klausa dalam ayat sebelum dari segi hubungan makna dan tatabahasa.
Tautan hubungan bertaut dari segi keberadaan sesuatu unsur yang berkait. Tetapi tautan
penghubung ayat tidak bertaut dengan kata, frasa, dan klausa tertentu dalam ayat
sebelum. Sebaliknya, penghubung ayat berfungsi sebagai penghubung antara ayat yang
akan dibina dengan ayat sebelum. Penghubung ayat terletak di awal ayat dan biasanya
diikuti dengan tanda koma.

4.3.1 Tautan penghubung ayat tambahan

Tautan penghubung ayat tambahan berfungsi untuk menambah maklumat tambahan dan
penegasan dalam suatu ayat.

Jadual 7: Tautan penghubung ayat tambahan

47 Satu-satunya hutan yang memberi damai hidup kepada saya,” tegas


Landak Raya yang hilang tempat kediaman di Hutan Dara itu.
54 Telah banyak maruah dan tanah air kita tergadai angkara Harimau,” kata
Kancil belum pun kancil habis bersuara.
68 “Datuk nenek kita telah bersetuju bahawa setiap seekor binatang dan
unggas tidak boleh menganggu-gugat kebinatangan dan keunggasan
penduduk di Hutan Melintang ini,” tegas Harimau.

12
70 Seram sejuk rusa dan kijang, pelanduk dan babi mendengar bangsanya
disebut-sebut.
73 Dan kemudian, dia menjadi rakan kongsi Datuk Harimau,” sampuk Datuk
Kura yang berusia satu setengah abad.
75 Datuk Kura terus bersuara menceritakan akan kisah dan fiil Datuk
Harimau dan Datuk Singa.

Dalam konteks ayat (47), unsur tegas digunakan untuk memberi penegasan kepada ayat
sebelumnya. Demikian juga dalam ayat (68) Harimau memberi penegasan tentang
persetujuan yang telah dibuat oleh datuk dan nenek mereka suatu masa dahulu.
Penghubung ayat tambahan dan pula digunakan dalam ayat (54), (68), (70), (73), (75)
untuk menghubungkan dua gugusan ayat yang berbeza namun saling bertautan.

4.3.2 Tautan penghubung ayat tentangan

Jadual 8: Tautan penghubung ayat tentangan


26 “Tahukah kalian, ketunggalan aku ini kerana Harimau yang membaham
isteri dan anak-anak-anakku,” tegas Babi Tunggal sambil mendesus,
menahan kemarahan.
28 “Walaupun tidak sehingga saya menjadi tunggal.”
37 “Dulu harimau pemimpin kita…
38 Dia dapat mengawal nafsu keharimauannya…
39 Tetapi kini, nafsu keharimauannya tidak dapat membezakan antara
binatang serimbaan dengan warga asing…

Dalam ayat (28), penghubung ayat walaupun digunakan untuk menunjukkan


pertentangan makna dengan ayat sebelumnya dalam ayat (26). Seterusnya, dalam ayat
(39) pula, tetapi kini menunjukkan maksud yang berlawanan antara ayat ini dengan dua
ayat sebelumnya iaitu ayat (37), dan (39).

13
4.3.3 Tautan penghubung ayat sebab-musabab

Hubungan sebab-akibat bermaksud tautan yang melibatkan keberadaan hubungan


makna antara tautan yang satu menghasilkan yang lain. Oleh itu, hubungan sebab-akibat
merupakan satu teknik yang selalu digunakan oleh penulis untuk menulis perenggan isi.
Perenggan boleh dimulakan dengan sebab. Hal ini bermakna idea utama dimulakan
dengan sebab, iaitu keadaan atau fenomena yang menyebabkan sesuatu itu berlaku,
dan diikuti oleh akibat atau kesan daripada sebab. Hubungan sebab-akibat tersebut
dapat ditunjukkan seperti berikut.

Jadual 9: Tautan penghubung ayat sebab-musabab

62 “Kerana tuan hamba telah mengancam keselamatan warga Hutan


Melintang ini.”
69 Dan katanya lagi, “Oleh sebab itu, datuk nenek saya keluar berbatu-batu
dari Hutan Melintang ini semata-mata mencari rusa, mencari kijang,
mencari pelanduk, babi dan apa sahaja yang boleh dimakan, demi
menghormati Kontrak Sosial yang dipersetujui.”
72 “Kerana tidak puas hati pada Hukum Jussoli, maka Datuk Singa keluar
dari Hutan Melintang membina kebebasan hidup di Hutan Temasik…

Penghubung ayat sebab-musabab dugunakan bagi menerangkan punca sesuatu


kejadian. Dalam konteks ayat (62), pembaca faham bahawa frasa “kerana Tuan hamba”
menunjukkan bahawa Harimau adalah penyebab keamanan warga hutan terancam.
Dalam (69) pula, persetujuan antara datuk nenek mereka adalah penyebab mereka
terpaksa keluar mencari rusa, kijang, pelanduk dan semua yang boleh dimakan.

5.0 Kesimpulan

Secara holistiknya, analisis cerpen Sial Kontrak karya Nasurry Ibrahim telah
menunjukkan penggunaan wacana dalam teks yang lengkap, menyeluruh dan mudah
difahami oleh pembaca. Analisis ini membuktikan bahawa wacana merupakan satuan

14
bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan perkataan, memiliki kohesi dan
koheren yang baik, mempunyai awal dan akhir yang jelas dan berkesinambungan seperti
yang telah dinyatakan oleh Henry Guntur Tarigan sebelum ini.

Penggunaan wacana yang baik memberi impak yang signifikan dan bermakna
kepada pembaca kerana mampu memberi gambaran jelas tentang mesej atau idea yang
ingin disampaikan oleh penulis dalam tulisannya. Hal ini dapat dibuktikan melalui analisis
dalam cerpen Kontrak Sial yang menggunaan wacana sebagai penghubung dalam
cerpen ini untuk menjelaskan sebab akibat, menyampaikan idea yang
berkesinambungan sangat membantu pembaca mendapatkan gambaran yang jelas
tentang watak tersurat dan tersirat yang dibawa oleh Kancil, Harimau, dan warga hutan
dalam cerpen tersebut.

15
6.0 Sumber Rujukan

Tatabahasa Dewan (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009), Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Nassury Ibrahim (2013). Naratif Jurnalis. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku
Malaysia.
Tarigan Henry Guntur (1987). Pengajaran Wacana. Bandung: Angkasa.

https://publikasiilmiah.ums.ac.id/handle/11617/2210 (Diakses pada 10 Februari 2016).


https://www.scribd.com/doc/259039745/Jenis-Wacana-Dan-Ciri
(Diakses pada 11 Februari 2016).
https://www.scribd.com/doc/40969922/PENANDA-WACANA
(Diakses pada 14 Februari 2016).
http://repo.uum.edu.my/200/1/Abdull_Sukor_Shaari.pdf (Diakses pada 22 februari 2016).

16
7.0 LAMPIRAN

KOD AYAT
01 Kata empunya cerita, sejak peristiwa hitam itu Harimau bertindak merajakan
dirinya di Hutan Melintang ini.
02 Sementara binatang-binatang lain terpaksa menjauhkan diri, berpindah
randah dari bukit ke bukit, dari lembah ke lembah demi menyelamatkan diri
dan keluarga daripada menjadi mangsa Harimau.
03 Semua itu terjadi kerana Kontrak Sosial itulah.
04 Kontrak yang ditandatangani oleh datuk dan nenek mereka dahulu.
05 Kontrak yang amat mereka benci.
06 Kini, mereka tidak henti-henti mengeluh apabila mengenangkan kontrak
sosial, yang amat mereka kesal itu.
07 “Kerana kontrak sosial, hidup kita jadi sebegini,” rungut Isteri kancil saat
melihat suaminya bersiap-siapingin keluar.
08 Beberapa titis air mata mengiringi rasa kesalnya.
09 “Kini, kita diburu dan diburu oleh Harimau durjana,” sambungnya lagi sambil
mengesat air mata.
10 Kata-kata itu mengekori langkah Kancil ke padang mesyuarat.
11 Masih terngiang-ngiang saat dia ingin memulakan ucapan.
12 “Ya benar.”
13 Tiba-tiba terpancul suaranya.
14 “Kita tidak perlu Harimau dan keharimauannya di hutan rimba ini,” Kancil
terus melontarkan hujah tanpa kata alu-aluan.
15 “Kerana keharimauannya telah meresahkan kita, dan kita jadi pelarian di
hutan rimba sendiri.”
16 Suaranya bergetar persis pidato calon pilihanraya.
17 Kata-kata Kancil itu mendapat tepukan gemuruh daripada warga rimba yang
hadir.
18 “Nafsu keharimauannya telah menyebabkan jiwa kita jadi semakin derita…

17
19 Hilang ketuanan dan hak.”
20 Sengaja dia meninggikan suara ketika menyebut “ketuanan” dan “hak”.
21 “Tidakkah anda terfikir pada nasib yang menimpa diri sendiri?”
22 “Ya betul.”
23 Seperti suara lebah, hadirin menyahut kata-kata Kancil itu.
24 “Bukankah Harimau telah membaham isteri dan anak-anak kamu?” laung
Kancil, menyambung suara para hadirin.
25 “Ya,” sahut Babi Tunggal.
26 “Tahukah kalian, ketunggalan aku ini kerana Harimau yang membaham isteri
dan anak-anak-anakku,” tegas Babi Tunggal sambil mendesus, menahan
kemarahan.
27 “Anak saya juga,” balas Rusa.
28 “Walaupun tidak sehingga saya menjadi tunggal.”
29 Hadirin tergelak mendengar pengakuan Rusa itu.
30 “Isteri dan seekor anak saya hilang tiba-tiba…
31 Khabarnya dia dibaham Harimau dan Singa,” sampuk Kijang dalam sedu
sedan.
32 “Isteri dan anak saya juga,” jerit Pelanduk.
33 “Anak-anak kami juga,” jerit para hadirin.
34 “Ya, ya, ya,” akur Kancil apabila mendengar pengakuan demi pengakuan
para hadirin.
35 Padang mesyuarat menjadi gamat dengan jeritan dan tangisan.
36 “Kita telah lama hidup di bawah kuku Harimau yang merajalelakan dirinya,”
tegas Kancil lagi.
37 “Dulu harimau pemimpin kita…
38 Dia dapat mengawal nafsu keharimauannya…
39 Tetapi kini, nafsu keharimauannya tidak dapat membezakan antara binatang
serimbaan dengan warga asing…
40 Adakah kita mahu kekal hidup di bawah nafsu keharimauannya itu?”

18
41 “Tidakkk!” serentak bergema suara kebinatangan yang sedang bersedih diri
itu.
42 “Kenapa?” duga Kancil.
43 Biar gelap kerana malam, bukan gelap kerana awan.”
44 Pungguk tidak ketinggalan bersuara denga gaya falsafahnya.
45 “Ya,” sokong Landak Raya.
46 “Kerana Harimau saya hilang Hutan Dara…
47 Satu-satunya hutan yang memberi damaihidup kepada saya,” tegas Landak
Raya yang hilang tempat kediaman di Hutan Dara itu.
48 “Kerana Harimau saya hilang tempat mengais rezeki,” kata Wakwak dari
Paya Temagi.
49 “Hingga terpaksa berhijrah diri.”
50 “Kerana Harimau saya hilang hutan rumbia, kebun makanan saya,” kata
Ayam Hutan.
51 “Saya pula hilang Pulau Batu, tempat melepas lelah dan istirahat,” kata
Burung Layang-Layang.
52 “Kerana Harimau saya…”
53 “Ya, ya, ya…
54 Telah banyak maruah dan tanah air kita tergadai angkara Harimau,” kata
Kancil belum pun kancil habis bersuara.
55 “Kalau demikian kita perlu bertindak segera,” cadang Kancil.
56 Binatang-binatang itu pun berbincang mencari cara mengalau Harimau dan
keharimauannya dari Hutan Melintang ini.
57 Setelah disepakati cara, mereka mencatat resolusi untuk diserah kepada
Harimau.
58 Tepat pada hari dan masa dijanjikan, Kancil dan beberapa wakil kaum
binatang dan unggas, pergi berjumpa Harimau menyerahkan resolusi
mereka.
59 “Mengapa saya harus meninggalkan Hutan Melintang ini,” bantah Harimau.

19
60 “Saya merupakan warga Hutan Melintang yang sah menurut Hukum Jussoli,”
tegas Harimau.
61 Ngaumannya begitu turit menikam telinga dan kebahagiaan binatang dan
unggs yang hadir.
62 “Kerana tuan hamba telah mengancam keselamatan warga Hutan Melintang
ini.”
63 Kancil mempertahankan keputusan ahli mesyuarat.
64 “Adakah anda membaca Hukum Jussoli?” tengking Harimau sambil
membeliakkan biji mata kepada Kancil.
65 Kemudian, dia merenung satu demi satu binatang di hadapannya.
66 Melihat binatang dan unggas berdiam diri, Harimau terus bersuara.
67 Diterangkan olehnya akan Hukum Jussoli.
68 Katanya, Hukum Jussoli merupakan Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh
wakil setiap binatang dan unggas di Hutan Melintang ini.
67 Katanya lagi, Hukum Jussoli merupakan Rukun Perdamaian sekaligus
Rukun Kemajuan Warga Hutan Melintang ini, persis dialami Kerajaan dari
Waadah Perkahwinan antara anak Demang Lebar Daun dengan Sang
Sapura, atau kerajaan perikatan di Tanah Melayu.
68 “Datuk nenek kita telah bersetuju bahawa setiap seekor binatang dan unggas
tidak boleh menganggu-gugat kebinatangan dan keunggasan penduduk di
Hutan Melintang ini,” tegas Harimau.
69 Dan katanya lagi, “Oleh sebab itu, datuk nenek saya keluar berbatu-batu dari
Hutan Melintang ini semata-mata mencari rusa, mencari kijang, mencari
pelanduk, babi dan apa sahaja yang boleh dimakan, demi menghormati
Kontrak Sosial yang dipersetujui.”
70 Seram sejuk rusa dan kijang, pelanduk dan babi mendengar bangsanya
disebut-sebut.
71 Ternyata, spesis mereka antara binatang buruan Datuk Harimau.
72 “Kerana tidak puas hati pada Hukum Jussoli, maka Datuk Singa keluar dari
Hutan Melintang membina kebebasan hidup di Hutan Temasik…

20
73 Dan kemudian, dia menjadi rakan kongsi Datuk Harimau,” sampuk Datuk
Kura yang berusia satu setengah abad.
74 “Oleh sebab Hutan Temasik bebas daripada Jussoli, maka datuk Harimau
dan Datuk Singa Bebas mengaum dan mencakar binatang di Hutan Temasik
sesuka nafsu,” tegas Kancil.
75 Datuk Kura terus bersuara menceritakan akan kisah dan fiil Datuk Harimau
dan Datuk Singa.
76 Mereka membahagi kawasan memburu di Hutan Temasik.
77 Katanya, sejak keluar dari Hutan Melintang, ngauman Datuk Singa tidak
henti-henti.
78 “Kami rasa amat takut mendengar ngauman Datuk Singa di Hutan Temasik
bersahut-sahutan pula dengan ngauman Datuk Harimau di Hutan
Melintang.”

21

Vous aimerez peut-être aussi