Vous êtes sur la page 1sur 3

Pengenalan

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, salah satu aspek yang diberi perhatian ialah
perpaduan kerana Malaysia merupakan Negara yang rakyatnya terdiri daripada
masyarakat majmuk dengan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Agenda
perpaduan ini dilaksanakan melalui sistem pendidikan. Hal ini ternyata dalam dokumen-
dokumen utama yang menjadi asas dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu Penyata Razak
1956, Laporan Rahm,an Talib 1960 dan Dasar Plaharan Kebangsaan.

Tragedi 13 Mei 1969 menjadikan usaha untuk menjadikan perpaduan antara kaum
di Malaysia semakin mendesak. Ekoran daripada peristiwa berkenaan beberapa langkah
telah dilakukan oleh oleh kerajaan seperti melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang
bertujuan menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat dan memperkenalkan
Rukun Negara pada tahun 1970 yang menggariskan lima prinsip iaitu Kepercayaan
kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan.

Pada September 1974, satu jawatankuasa untuk mengkaji semula sistem


pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan selepas kemerdekaan telah ditubuhkan.
Jawatankuasa ini dikenlai sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa ini telah menyiapkan laporannya yang dikenali
sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan
Kebangasaan telah diperkenalkan.

FPK menggambarkan hasrat Negara untuk menghasilkan warganegara yang baik


iaitu insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera
diri dan m,ampu menjaga keharmonian Negara. Hasrat Negara ini dijayakan melalui
pendidikan yang merupakan proses yang berterusan. Selain itu, FPK juga menjadi
panduan bagi semua aktiviti pendidikan yang dilaksanakan di Negara ini.
Tugasan 1

Falsafah pendidikan kebangsaan di Malaysia digubal bertujuan sebagai panduan untuk


memajukan sistem pendidikan Negara, dasar menentukan matlamat pendidikan Negara,
memberi panduan dalam menentukan fokus dan kandungan kurikulum pendidikan. Di
Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaaan adalah seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara.”

Melalui FPK di atas, kita dapat memahami dengan jelas bahawa matlamat
pendidikan di Negara kita ialah untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) telah digubal. Walaubagaimanapun, KBSR telah mengalami transformasi bagi
melengkapkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
pada abad ke-21. Nilai, ilmu dan kemahiran ini diterapkan melalui reka bentuk dan
organisasinya.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menyepadukan beberapa disiplin


ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik,
menyeronokkan dan bermakna. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh
persekolaha yang ditetapkan. Standard kandungan merupakan pernyataan lebih
terperinci mengenai perkara yang murid perlu ketahui dan boleh lakukan dalam satu
tempoh persekolahan merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.
KSSR dibina dengan mengambil kira enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian,
sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika, dan
sains & teknologi. Kesepaduan enam tunjang ini bertujuan untuk membangunkan modal
insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan selaras dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Transformasi yang dilakukan tidak terpesong
daripada hasrat Negara untuk melahirkan insan yang seimbang harmonis daripada sudut
JERI berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator
kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran
disediakan dalam bentuk kendiri-lengkap (self-contained) yang disebut modul. Setiap unit
adalah tersendiri dan mengandungi kemahiran, pengetahuan dan nilai yang telah
dikenalpasti untuk dikuasai oleh murid. bagi tahap satu, kandungan kurikulum
diorganisasikan dalam modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diorganisasikan dalam bentuk


modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang
dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular iaitu
kandungan mata pelajaran disediakan dalam modul yang kendiri-lengkap (self-
contained). Setiap modul tersebut mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
harus dikuasai oleh murid. Pada tahap II, KSSR diorganisasikan secara modular dalam
Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif dan kandungannya disediakan dalam
bentuk modul.

Vous aimerez peut-être aussi