Vous êtes sur la page 1sur 11

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT AIDAN, 72100 BAHAU,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BAHASA MELAYU TAHUN 2

NAMA : .......................................... TAHUN : 2 RAJIN / 2 MESRA

BAHAGIAN A
Bulatkan jawapan yang betul. (5 markah)

1. Kami tidak dapat bermain di padang ( tetapi, kerana ) hujan.


2. Sampah hendaklah ( disimpan, dibuang ) ke dalam tong
sampah.
3. Telefon berguna untuk ( berhubung, berkelah ) antara satu
sama
lain.
4. Badan saya sihat kerana selalu ( berkembang, bersenam ).
5. Steven ( terjatuh, mendaki ) dari pokok.

Tulis jawapan berdasarkan pilihan jawapan dibawah. (10


markah)

Bilakah Wah Jangan di kerana

6. _________________, mahalnya harga rantai ini!


7. _________________ pijak rumput itu.
8. _________________ hari jadi kamu?
9. Tangan Wan Darish patah ________________ terjatuh dari basikal.
10. Loqman tinggal ________________ rumah panjang.

Lengkapkan ayat di bawah menggunakan perkataan


sendiri.
( 10 markah )

11
Emak sedang ________________________ di dapur.

Datuk ______________________________ ikan di


12
dalam akuarium.

Abang Hasya Halifah seorang


13
_________________.

14 Ini gambar ______________________________ saya.

15
Nenek suka makan ____________________donut.
Pilih dan bulatkan jawapan yang tepat. ( 5 markah )

16. Tugas posmen menghantar_________________


A. makanan
B. berita
C. surat

Soalan 17 berdasarkan gambar 1

Gambar 1
17. Mereka sedang bermain _________________.
A. bola sepak
B. hoki
C. bola jaring

Soalan 18 berdasarkan gambar 2

Gambar 2

18. Kami suka bermain _______________ di padang.


A. gasing
B. layang-layang
C. guli

19. Lembu-lembu itu sedang meragut __________________ di


padang.
A. dedaun
B. rerumput
C. bebawang

20. Kita hendaklah berpakaian _________________ ke sekolah.


A. cantik
B. basah
C. kemas

Soalan 21 hingga 25 berdasarkan petikan di bawah. ( 10


markah )
Zhafree murid tahun dua telah berjaya menjadi juara dalam
kejohanan ‘Formula Future’ di Itali baru-baru ini. Beliau sangat
seronok kerana dapat mengharumkan nama Malaysia ke
peringkat dunia.
Beliau mendapat tunjuk ajar daripada Syed Abdul Hamid.
Setiap hari dari jam 4.00 hingga 6.30 petang Zhfree akan
menjalani latihan di Kuala Ibai. Walaupun sibuk dengan latihan,
Zhafree tidak pernah lupakan pelajarannya.
Zhafree bukan sahaja berjaya dalam bidang sukan bot laju
tetapi juga beliau adalah salah seorang murid yang cemerlang di
sekolahnya.

Pilih dan bulatkan jawapan yang betul.


21. Apakah kejayaan Zhafree?
A. menjadi murid kesayangan Syed Abdul Hamid
B. menjadi murid terbaik di sekolahnya
C. menjadi juara di dalam kejohanan ‘Formula Future’

22. Di manakah kejohanan itu berlangsung?


A. Itali
B. Kuala Ibai
C. Malaysia

23. Berapakah umur Zhafree?


A. sepuluh tahun
B. sembilan tahun
C. lapan tahun

24. Berapakah jumlah masa Zhafree berlatih dalam sehari?


A. dua jam
B. dua jam setengah
C. empat jam

25. Siapakah jurulatih Zhafree?


A. Syed Abdul Hamid
B. Syed Halim
C. Syed

Soalan 26 hingga 30 berdasarkan petikan di bawah. ( 10


markah )

Aku sebiji gasing jantung. Aku mendapat nama gasing


jantung kerana bentuk aku seperti jantung. Badan aku keras dan
kuat. Aku diperbuat daripada sebatang pokok nangka. Sebatang
besi dibenamkan ke dalam badanku. Tujuannya supaya badanku
menjadi lebih seimbang.
Pemain menggunakan tali yang panjang untuk bermain
gasing. Tali itu diperbuat daripada nilon. Pemain melilitkan tali
pada badan aku. Aku berasa susah bernafas kerana tali itu
melilit badan aku dengan kuat.
Setelah lilitan tali di badan aku kemas,aku dilemparkan ke
tanah dengan pantas. Aku tergamam kerana dilemparkan secara
tiba-tiba. Pada masa itu,tali tidak lagi melilit badan aku. Aku
berpusing dengan ligat pada satu tempat. Lama-kelamaan
pusingan badan aku menjadi semakin perlahan. Akhirnya,aku
keletihan dan berhenti berpusing.

Bulatkan jawapan yang betul.

26. Aku diperbuat daripada batang…………..


A. pokok ubi
B. pokok nangka
C. pokok bunga

27. Apakah tujuan besi dibenamkan ke dalam badan ku?


A. supaya badan ku menjadi lebih besar dan cantik.
B. supaya badanku lemah.
C. supaya badanku menjadi seimbang.

28. Ke manakah aku dilemparkan?


A. ke tanah
B. ke dalam dulang
C. ke dalam kotak

29. Siapakah yang melilitkan tali di badan gasing?


A. Aku sendiri
B. Orang ramai
C. Pemain

30. Mengapakah ‘Aku’ diberi nama gasing jantung?


A. diperbuat daripada jantung
B. mempunyai jantung
C. bentukku seperti jantung

BAHAGIAN B
Isikan tempat kosong bagi melengkapkan cerita di bawah.
( 20 markah )
mencuba rekaan berbunyi berada mainan
kawalan berkunjung permainan buangan melihat
Hari ini sekolah Fuad mengadakan lawatan ke Pameran Reka
Cipta. Fuad dan kawan-kawannya sangat gembira kerana dapat
melihat pelbagai (1)____________________ terbaharu. Dia melihat
orang ramai (2)___________________ ke pesta itu.
Mula-mula Fuad pergi ke gerai Pameran Inovasi. Dia ( 3)
________________ sebuah basikal yang unik. Basikal itu mempunyai
enjin seperti kenderaan. Basikal itu mempunyai alat (4)
__________________. Alat itu akan (5)_______________ jika ada
kenderaan yang (6)_____________________ terlalu hampir
dengannya.
Fuad melawat ke sebuah gerai alat-alat
(7)______________________. Di situ terdapat hasil reka cipta yang
menarik. Dia melihat robot-robot yang diperbuat daripada bahan
hasil (8)_____________________ . Antaranya, termasuklah robot yang
dibuat daripada straw. Ada juga kereta (9)______________________
yang dibuat daripada pencungkil gigi.
Sebelum pulang, Fuad dan rakan-rakannya sempat (10)
_________________ gerai yang menunjukkan hasil rekaan sains
murid-murid sekolah. Ada antara rekaan ini telah mendapat
anugerah di peringkat antarabangsa.

BAHAGIAN C
Susun perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang
betul.
( 10 markah )
1. rajin / membaca / Insyirah / buku cerita
_____________________________________________________________.

2.bekerjasama / membersihkan / halaman rumah / Kami


sekeluarga
_____________________________________________________________.

3. Kerani / itu / bank / amanah / bersikap / dalam kerjanya


_____________________________________________________________.

4.Najihah / kawasan / tempat / membersihkan / mereka / berkelah


___________________________________________
__________________.

5.Anis / kucing / melihat / itu / kasihan/


yang / longkang / jatuh ke
dalam
___________________________________________
_____________________.
BAHAGIAN D
Tulis ayat berdasarkan gambar dan
perkataan yang diberikan.
(20 markah)
__________________________________________________________________
________________________

__________________________________________________________________
________________________
_____________________________________________
_____________________________________________

__________________________________________________________________
________________________

__________________________________________________________________
________________________

Disediakan oleh : Disemak oleh :

................................................ ...................................................
EN. FUARUDIN BIN RAZALI PN. NORIZAH BTE MOHD ZIN
GURU BM TAHUN 2 MESRA KETUA PANITIA BM

Vous aimerez peut-être aussi