Vous êtes sur la page 1sur 17

1.

0 PENGENALAN

Dalam dunia pendidikan, sekolah ialah sebuah organisasi formal yang memerlukan
kepada khidmat pemimpin supaya ianya boleh berfungsi dengan lebih berkesan.
Oleh itu, individu yang paling layak memimpin dan mengurus sesebuah organisasi
sekolah ialah guru. Hal ini kerana guru adalah individu yang mengetahui tentang
keadaan dan situasi sekolah mereka dengan lebih baik berbanding orang luar.

Pada asasnya tugas utama seorang guru di sekolah ialah mengajar dan
mendidik murid-murid agar menjadi insan yang seimbang selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, pada hari ini tugas seorang guru bukan
hanya memberikan ilmu di dalam bilik darjah sahaja tetapi tugas seorang guru ialah
sebagai pemimpin kepada kemenjadian murid-murid khususnya dan pengurusan
organisasi sekolah amnya. Oleh itu, guru haruslah meningkatkan profesionalisme
diri dalam menyahut cabaran kepemimpinan ini.

Profesionalisme diri adalah hasil daripada suatu proses pemikiran profesional


dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. (Syed Ismail dan Ahmad Subki,
2013). Justeru bagi meningkatkan profesionalisme keguruan , guru perlu menyemak
semula, memperbaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai pemimpin di
sekolah.

Oleh itu, dalam penulisan kali ini penulis akan menghuraikan dua aspek
berkaitan kepemimpinan seorang guru. Pertama dari aspek jenis-jenis akauntabiliti
yang merangkumi konsep, jenis dan analisis kepentingan akauntabiliti guru dalam
filem “Little Big Master”. Kedua ialah aspek gaya kepemimpinan guru yang
merangkumi konsep gaya kepemimpinan dan bagaimanakah gaya kepemimpinan
yang dapat mengatasi masalah kepelbagai kecerdasan dan perbezaan invidivu bagi
memastikan pembelajaran yang berkesan.

1
2.0 AKAUNTABILITI KEGURUAN

2,1 Konsep Akauntabiliti Keguruan

Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap


sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi
yang diperlukan (Noriati, Boon, Y.P dan Wong K.W, 2010). Manalaka keguruan
bermaksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru (Kamus Dewan, 1989).

Berdasarkan kepada definisi akauntabiliti dan keguruan, dapat disimpulkan


bahawa akauntabiliti keguruan ialah tanggungjawab seorang guru terhadap
profesion keguruan. Contohnya, berkaitan dengan akauntabiliti kerja sepertimana
dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum, mematuhi prosedur
kerja, mengamalkan etika kerja dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
guru dengan penuh komitmen.

2.2 JENIS-JENIS AKAUNTABILITI KEGURUAN

Terdapat lima jenis akauntabiliti keguruan yang perlu direalisasikan oleh


seorang guru dalam memikul tanggungjawab dengan penuh akauntabiliti dan yang
akhirnya akan membawa kepada kejayaan profesion keguruan.

Akauntabiliti
terhadap murid
Akauntabiliti
terhadap Akauntabiliti
rakan sejawat terhadap diri
dan profesion Jenis sendiri
akauntabiliti
keguruan

Akauntabiliti
Akauntabiliti
terhadap
terhadap Ibu
masyarakat
bapa
dan negara

Rajah 1. Jenis-jenis Akauntabiliti Keguruan

2
a) Akauntabiliti terhadap pelajar

Tugas utama seorang guru ialah memberikan ilmu kepada murid-murid. Namun
untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan
murid yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan fizikal,
guru perlu membimbing dan mendidik murid dengan penuh komitmen bukan hanya
dari aspek pelajaran sehaja tetapi dari aspek kehidupan secara keseluruhan. Hal ini
kerana guru adalah orang yang paling bertanggungjawab dalam sistem pendidikan
bagi memastikan kemenjadian murid di sekolah sepertimana yang terkandung dalam
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010. Kemenjadian murid yang dimaksudkan
ialah dari aspek pencapaian akademik dan juga sahsiah murid itu.

Selain itu, guru juga bertanggungjawab dalam memberikan layanan yang adil
kepada semua murid tanpa mengira latar belakang murid tersebut. Contohnya,
menggunakan amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
semua murid dari pelbagai jantina, etnik, kemahiran dan sebagainya. Seterusnya,
guru haruslah bertanggungjawab dalam merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit
mengenai murid kecuali mereka yang berhak mengetahuinya sepertimana yang
terkandung dalam Kod Etika Perguruan. Hal ini bertujuan untuk menjaga maruah
murid sekaligus mendapatkan kepercayaan daripada murid terhadap kreadibiliti
seorang guru.

Kesimpulannya, tanggungjawab terhadap murid perlulah direalisasikan


dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan akauntabiliti keguruan disamping dapat
melahirkan murid-murid yang berpotensi besar dalam pelbagai bidang serta memiliki
sifat tanggungjawab di masa akan datang.

b) Akauntabiliti terhadap diri sendiri

Guru bertanggungjawab dalam memperkembangkan potensi diri dengan mencari


ilmu-ilmu baharu serta pengetahuan tentang kandungan pedagogi dalam bidangnya.
Selain itu, guru juga perlu menguasai pengetahuan yang mendalam tentang
psikologi kanak-kanak agar dapat menangani kepelbagaian kecerdasan dan
kecenderungan murid-murid dengan lebih berkesan.

Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh


seorang guru kerana tugas harian guru ialah menyampaikan maklumat. Menurut

3
Abd Halim (1994), komunikasi ialah suatu proses dimana idea atau maklumat
disampaikan melalui saluran-saluran tertentu kepada penerima dengan tujuan
menukar perlakuan penerima

Justeru, guru bertanggungjawab dalam meningkatkan kemahiran komunikasi agar


proses PdP menjadi lebih berkesan sekaligus dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih mesra.

c) Akauntabiliti terhadap Ibu bapa

Bagi merealisasikan akauntabiliti terhadap Ibu bapa, pertama sekali guru perlu
berusaha untuk membentuk hubungan mesra dan mewujudkan kerjasama yang erat
antara warga sekolah dan Ibu bapa murid. Contohnya, mengadakan aktiviti
kemasyarakatan di peringkat sekolah seperti mengadakan aktiviti gotong royong,
Hari Keluarga dan sebagainya.

Seterusnya, guru perlulah menjaga semua maklumat yang diberikan oleh Ibu
bapa dan tidak membocorkannya kepada sesiapa melainkan mereka yang berhak
mengetahuinya. Selain itu, bagi memastikan hubungan mesra dengan Ibu bapa tidak
terjejas, guru bertanggungjawab dalam mengelakkan penggunaan kata-kata yang
kesat atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan Ibu bapa
terhadap profesion keguruan. Guru juga haruslah bersifat berkecuali dan tidak boleh
menghasut murid supaya membenci Ibu bapa dan penjaga mereka. Tugas guru
ialah memupuk sikap menghormati orang tua dalam kalangan murid. Hal ini
bertujuan untuk menanamkan nilai positif dalam kalangan murid di masa akan
datang.

d) Akauntabiliti terhadap negara dan masyarakat.

Guru bertanggungjawab dalam memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia


berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara. Rukun Negara
(1970) merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat Malaysia. Ideologi
nasioanal ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum
disamping memelihara cara hidup masyarakat yang harmoni, berdemokrasi, adil,
liberal, progresif dan beretika. (Mubieyn, 2012)

4
Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua.
Setiap prinsip tersebut juga ada yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul.
Oleh itu guru haruslah sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan
dalam kalangan murid untuk melahirkan rakyat yang dinginkan dapat dicapai.

Selain itu, guru juga haruslah menghormati masyarakat tempat di mana mereka
berkhidmat dan memenuhi akauntabiliti sebagai warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan. Seterusnya, guru
juga perlu sentiasa peka terhadap persekitaran komuniti dan menghindarkan diri
daripada dipengaruhi unsur-unsur negatif yang akan mencemarkan imej baik
sekolah, masyarakat mahupun negara.

e) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion

Guru perlu mewujudkan sikap kerjasama sesama rakan sejawat. Hal ini bertujuan
untuk memartabatkan profesion keguruan dalam kalangan masyarakat. Sekiranya
guru itu sendiri tidak mempunyai hubungan yang baik antara rakan sejawat, sudah
pasti institusi pendidikan akan dipandang serong oleh masyarakat luar. Selain itu,
guru haruslah sentiasa bersedia membantu rakan sejawat yang baharu dalam
profesion. Guru juga bertanggungjawab dalam melakukan peningkatan dalam
profesionalisme diri melalui pelbagai strategi seperti menghadiri kursus, diskusi
intelektual, penyelidikan tindakan dan pembacaan online. Hal ini mampu membantu
guru dalam memiliki ilmu baharu dan berketerampilan tinggi dalam melaksanakan
tugas-tugas yang diberikan.

5
2.3 ANALISIS KEPENTINGAN JENIS-JENIS AKAUNTABILITI KEGURUAN
DALAM FILEM “LITTLE BIG MASTER” BAGI MEMASTIKAN PENDIDIKAN
YANG SAMA RATA TERHADAP MURID.

Filem “Little Big Master” adalah sebuah filem berbangsa Cina berdasarkan realiti
kisah sebenar arahan Adrian Kwan. Filem ini menceritakan tentang perjuangan
seorang perempuan sebagai guru besar dengan pendapatan paling rendah dalam
sejarah Hong Kong. Hung meletakkan jawatannya sebagai guru besar di sebuah
tadika yang terkenal di sebabkan salah faham yang terjadi antara guru dan Ibu bapa
murid manakala suaminya meletakkan jawatan sebagai arkitek muzium pada ulang
tahun perkahwinan mereka. Pasangan ini merancang untuk berjalan mengelilingi
dunia sehinggalah Hung melihat berita tentang sebuah tadika di kampung Yuen
Long yang memerlukan guru besar dan guru-guru yang rela dibayar dengan
pendapatan yang sedikit. Sekiranya dalam tempoh empat bulan tadika itu tidak
mempunyai guru besar, maka sekolah itu akan ditukarkan menjadi tempat
pembuangan sampah atau rumah pengebumian. Hung mengambil keputusan untuk
pergi ke tadika tersebut dan melihat lima orang murid miskin yang masih belajar di
tadika itu. Selepas melihat keadaan sekolah dan lima murid tersebut, Hung
menawarkan diri untuk menjadi guru besar sekolah dan akhirnya membawa
perubahan yang besar pada murid, sekolah dan juga mentaliti masyarakat sekeliling
tentang sekolah tersebut.

Berdasarkan kepada filem ini, saya telah mengenalpasti tiga akauntabiliti


keguruan yang telah direalisasikan oleh Hung dalam memastikan peluang
pendidikan diterima oleh murid sama rata tanpa mengira latar belakang murid.

Pertama sekali ini akauntabiliti terhadap murid. Salah satu tanggungjawab


guru terhadap murid ialah dengan memberikan layanan yang adil kepada semua
murid-murid tanpa mengira latar belakang murid tersebut. Justeru berdasarkan
kepada filem ini, saya dapat melihat Hung berusaha sehabis mungkin untuk
memberikan peluang pembelajaran yang sama rata kepada lima murid miskin
tersebut. Walaupun terdapat banyak kekurangan dari aspek infrastruktur sekolah,
Hung tidak pernah berputus asa dalam memberikan suasana pembelajaran yang
terbaik kepada murid. Contohnya, beliau menggunakan bahan bantu belajar yang
menarik semasa proses PdP seperti membina pokok impian dan sebagainya.
Kaedah dan strategi pengajaran yang digunakan juga dapat menarik minat kelima-

6
lima murid tersebut seperti mengadakan sesi pembelajaran diluar bilik darjah dan
sebagainya.

Kedua ialah akauntabiliti terhadap Ibu bapa. Tanggungjawab guru


terhadap Ibu bapa ialah guru haruslah berusaha untuk membentuk hubungan mesra
dan mewujudkan kerjasama yang erat antara warga sekolah dan Ibu bapa murid.
Oleh itu, bagi memastikan hubungan mesra dengan Ibu bapa tidak terjejas, guru
bertanggungjawab dalam mengelakkan penggunaan kata-kata yang kesat atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan Ibu bapa terhadap guru.
Berdasarkan filem ini, saya dapat melihat Hung berjaya merealisasikan akauntabiliti
terhadap Ibu bapa dengan baik. Terdapat dua situasi di dalam filem ini yang
menunjukkan Hung berjaya merealisasikan akauntabiliti terhadap Ibu bapa.

Situasi pertama ialah situasi salah faham yang terjadi antara Hung dengan
Ibu bapa Martin semasa beliau masih memegang jawatan Guru Besar di sebuah
tadika yang terkenal. Saya melihat Hung sangat bertanggungjawab dengan
penilaian yang telah dilakukan berdasarkan pemerhatiannya terhadap masaah murid
yang bernama Martin. Hung berani menyuarakan penilaiannya terhadap Martin
walaupun Ibu bapa Martin membantah dengan keras penilaian yang dilakukan oleh
Hung. Saya melihat Hung tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik atau
perlakuan negatif walaupun di marahi oleh Ibu bapa Martin. Hung hanya bersikap
tenang semasa memberi pendapat tentang masalah yang dihadapi oleh Martin.
Melihat situasi ini, saya berpendapat Hung berusaha untuk memujuk kedua Ibu bapa
Martin untuk memberikan peluang kepada Martin merasai pengalaman
pembelajaran yang selesa dan di sukai oleh Martin sendiri sama seperti murid-murid
yang lain. Namun, akhirnya Hung mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan
sebagai Guru Besar kerana Ibu bapa Martin tetap berkeras tidak mahu anak mereka
dikeluarkan dari kelas murid yang hebat.

Situasi kedua di mana saya melihat Hung berusaha sehabis mungkin untuk
mewujudkan hubungan yang baik dengan Ibu bapa lima orang murid tersebut
dengan mengambil langkah untuk pergi ke rumah setiap murid itu bertujuan untuk
melihat dan mengetahui latar belakang murid-muridnya. Walaupun terdapat dalam
kalangan Ibu bapa dan penjaga murid itu memarahi Hung, namun Hung tetap
bertanggungjawab dengan keputusan yang telah diambil dengan menunjukkan sikap
yang positif serta berusaha untuk menolong menyelesaikan setiap masalah yang

7
dihadapi oleh keluarga murid-muridnya. Ini adalah salah satu usaha Hung untuk
mendapatkan kepercayaan Ibu bapa murid terhadap dirinya yang bersungguh dalam
memberikan peluang pembelajaran yang baru kepada anak-anak mereka. Selain itu,
Hung juga telah melaksanakan program Hari Keluarga dan menjemput Ibu bapa
kelima-lima murid untuk menyertai program tersebut. Walaupun sekolah tadika itu
mempunyai masalah dari segi kewangan, namun Hung tetap mencuba untuk
memberikan peluang kepada kelima-lima murid itu merasai pengalaman melakukan
aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah sama seperti sekolah yang mempunyai
kewangan yang tinggi.

Ketiga ialah akauntabiliti terhadap negara dan masyarakat. Berdasarkan


filem ini, saya dapat melihat Hung sentiasa menunjukkan sikap menghormati
masyarakat sekitar. Walaupun pada awalnya, masyarakat setempat
memperlekehkan tujuan beliau untuk menjadi guru besar tadika itu namun beliau
tetap memberikan senyuman kepada sesiapa yang merendahkan usahanya. Sikap
yang ditunjukkan oleh beliau akhirnya berjaya mengubah mentaliti masyarakat
setempat terhadap dirinya dan juga sekolah tadika itu. Salah satu usaha Hung untuk
membina hubungan dengan masyarakat setempat ialah dengan mengambil
keputusan mengadakan Hari Terbuka sekolah itu.

Walaupun pada awalnya program Hari Terbuka tadika itu tidak mendapat
sambutan masyarakat, namun disebabkan kesungguhan dan kerjasama yang
ditunjukkan oleh beliau dan Ibu bapa kelima-lima murid itu, akhirnya masyarakat
setempat mengambil keputusan untuk datang ke sekolah dan melihat sendiri
perubahan dan kejayaan sekolah tersebut. Melihat kepada tingkah laku positif yang
dipamerkan oleh Hung, saya berpendapat bahawa perkara yang paling utama dalam
usaha mendapatkan kepercayaan masyarakat setempat terhadap sistem pendidikan
ialah sikap hormat. Hal ini dapat membina hubungan mesra antara guru dan
masyarakat sekaligus mengelakkan persepsi yang negatif terhadap sistem
pendidikan di sekolah.

Kesimpulannya, berdasarkan kepada filem “Little Big Master” saya


mendapati tanggungjawab guru bukan sahaja untuk memberikan ilmu kepada murid
tetapi guru juga perlu bertanggungjawab dalam semua tindakan yang dilakukan
serta keputusan yang telah ditetapkan oleh guru itu sendiri terhadap murid
khususnya dan masyarakat amnya. Dalam Islam sendiri menekankan setiap

8
hambanya untuk mengamalkan sikap merealisasikan setiap apa yang dituturkan
kerana Allah S.W.T tidak menyukai hambanya yang tidak melakukan apa yang
dikatakan sepertimana firman Allah S.W.T dalam surah as-Shaaf ayat 2 & 3,

  


    
     
    
Maksudnya : Wahai orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang
kamu tidak lakukan? (1) Amat besar kebencian di sisi Allah sekiranya kamu
memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan (2)

Oleh bagi meningkatkan kepercayaan kepercayaan orang sekeliling terhadap


profesion keguruan, guru itu perlu mempunyai sikap akauntabiliti yang tinggi
sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Hung dalam filem ini. Penghayatan yang
tinggi dalam kalangan guru terhadap nilai sebenar mendidik dan membimbing
manusia akan mampu melahirkan barisan guru yang sentiasa menjaga imej
profesion dengan melaksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan secara
holistik tanpa keluhan demi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

9
3.0 GAYA KEPEMIMPINAN

3.1 Konsep Gaya Kepemimpinan

Kepemimpinan adalah salah satu sifat yang terdapat dalam diri setiap individu sama
ada individu yang telah dilantik mahupun individu yang memiliki sifat kepemimpinan
secara semua jadi. Definisi sebenar pemimpin ialah orang yang memimpin,
membimbing, menuntun dan memberi tunjuk ajar (Kamus Dewan, 2007). Menurut
Thomson (seperti di dalam petikan Al-Ramaiah, 1992), pemimpin ialah seseorang
yang mempunyai kebolehan menyempurnakan sesuatu dan kebolehan
mempengaruhi orang lain. Kepemimpinan merujuk kepada kemampuan
mempengaruhi orang lain, bawahan atau kumpulan, kemampuan mengarahkan
tingkah laku bawahan atau kumpulan, memiliki kemampuan atau kepakaran khusus
dalam bidang yang dingini oleh kelompoknya untuk mencapai matlamat organisasi
atau kumpulan. Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2013), terdapat enam jenis
gaya kepemimpinan berkesan yang dapat melahirkan ciri-ciri guru berdasarkan
Standard Guru Malaysia (SGM).

Instruksional

Islamik Demoktatik

Gaya
kepemimpinan

Kontingensi Autokratik

Laissez- Faire

Rajah 2. Gaya Kepemimpinan

10
Gaya kepemimpinan yang pertama ialah Instruksional. Dalam bidang
pendidikan, gaya kepemimpinan Instruksional ialah pemimpin yang sentiasa
mengambil tahu tentang pengajaran guru dan pembelajaran murid serta
perkembangannya bagi memastikan suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif
dalam mencapai kecemarlangan sekolah. Menurut Blase (seperti dalam petikan
Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2013), kepemimpinan Instruksioanal ialah penyeliaan
pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.

Kedua ialah kepemimpinan Demokratik. Kepemimpinan ini lebih bersikap


terbuka di mana kuasa pemimpin di kongsi dengan orang lain dan bersama-sama
dalam membuat keputusan. Gaya kepemimpinan ini menekankan kepentingan
bersama bukan hanya kepentingan sendiri.

Seterusnya kepemimpinan yang ketiga ialah kepemimpinan Autokratik.


Kepemimpinan ini mempercayai bahawa kuasa membuat keputusan hanya
dipegang oleh pemimpin bukannya orang lain. Pemimpin Autokratik hanya memberi
perintah dan memastikan pengikutnya patuh pada arahan yang diberikan tanpa
banyak soal. Pemimpin Autokratik juga suka membuat keputusan sendiri dan suka
memberi arahan.

Keempat ialah kepemimpinan Laissez-Faire. Kepemimpinan ini memberikan


sepenuhnya kebebasan kepada orang bawahan untuk bertindak dan membuat
keputusan. Pemimpin Laissez-Faire tidak akan mencampuri urusan dalam membuat
keputusan kerana mereka menganggap orang bawahan sudah matang dalam
membuat sesuatu keputusan.

Kepemimpinan yang kelima ialah Kontingensi. Pemimpin Kontingensi


menyesuaikan kepemimpinannya berdasarkan sesuatu keadaan atau keperluan.
Kepemimpinan Kontingensi dipengaruhi oleh faktor-faktor perubahan situasi pada
masyarakat.

Gaya kepemimpinan yang terakhir sekali ialah kepemimpinan Islamik.


Kepemimpinan Islamik adalah kepemimpinan yang berlandaskan al-Quran dan as-
Sunnah. Kepemimpinan Islamik ini juga mengamalkan konsep Syura’ atau
mesyuarat dalam membuat sesuatu keputusan. Pemimpin mestilah melaksanakan
setiap tindakan mengikut landasan yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan as-

11
Sunnah sementara pengikut wajib taat kepada pemimpin selagi mana pemimpin
tidak melanggar peraturan Allah S.W.T

12
3.2 Gaya Kepemimpinan yang sesuai untuk mengatasi masalah kepelbagaian
kecerdasan murid dalam memastikan pembelajaran berkesan : Analisis Gaya
Kepemimpinan sekolah praktikum.

Semasa menjalani tempoh praktikum selama tiga bulan di salah sebuah sekolah di
daerah Kajang, saya telah mendapati beberapa gaya kepemimpinan yang diamalkan
oleh guru-guru sekolah dan pihak pentadbir. Namun, dalam mengatasi masalah
kepelbagaian kecerdasan dan perbezaan murid dalam memastikan pembelajaran
berkesan, saya telah mengenalpasti tiga gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh
sekolah ini.

Pertama ialah kepemimpinan Instruksional. Hal ini dapat dibuktikan melalui


kepemimpinan Guru Besar sekolah ini. Berdasarkan pemerhatian saya, Guru Besar
sentiasa memantau setiap kelas untuk melihat perkembangan proses PdP sekiranya
beliau mempunyai masa lapang. Beliau juga memastikan tugas memantau kelas ini
dilakukan oleh Penolong Kanan Pentadbiran (PK 1) sekiranya beliau mempunyai
urusan di luar. Perkara ini terjadi pada diri saya sendiri, di mana beliau masuk
secara tiba-tiba dan duduk di bahagian belakang kelas untuk melihat proses PdP
yang dijalankan. Setelah itu, beliau akan memberikan maklum balas sekiranya
beliau terserempak dengan saya secara informal dengan memberikan idea dalam
memperbaiki amalan PdP saya di masa akan datang. Pada awalnya, saya
beranggapan bahawa tindakan Guru Besar masuk ke kelas dan melihat proses PdP
saya kerana saya merupakan guru pelatih di sekolah tersebut. Namun, maklumat
yang diberikan oleh guru-guru lain membuktikan bahawa Guru Besar sememangnya
seorang pemimpin yang bersifat Instruksional. Justeru, saya berpendapat sikap dan
juga gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh Guru Besar ini sangat membantu
dalam mengatasi masalah kepelbagaian kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Hal
ini kerana, setiap teguran dan idea yang diberikan oleh beliau mampu membantu
guru untuk lebih celik akal dalam menyelaraskan strategi dan kaedah yang sesuai
berdasarkan kepada kepelbagaian kecerdasan dan perbezaan individu murid
sekaligus memudahkan semua murid dalam kelas mencapai objektif yang telah
ditetapkan dengan lebih berkesan.

Kedua ialah gaya kepemimpinan Demokratik. Kepempinan Demokratik ini


dalam dilihat dalam diri salah seorang guru pembimbing saya. Hal ini dapat dilihat
ketika pelaksanaan pengajaran beliau di dalam kelas. Saya mendapati bahawa guru

13
pembimbing saya mengamalkan sikap demokrasi semasa proses PdP. Beliau suka
memberikan peluang kepada murid-murid untuk memberikan pendapat terhadap
sesuatu isu terlebih dahulu sebelum beliau memberikan sesuatu rumusan. Beliau
juga tidak pernah menolak mana-mana pendapat yang diutarakan oleh murid-murid.
Sekiranya terdapat dalam kalangan murid memberikan pendapat yang salah, beliau
tidak memarahi atau merendahkan pendapat murid tersebut. Contohnya, semasa
beliau mengajar bidang Akidah yang bertajuk Allah S.W.T Bersifat Iradat. Saya
melihat beliau memberikan peluang kepada semua murid dalam memberikan
pendapat tentang Allah S.W.T bersifat Iradat. Hasilnya saya melihat murid-murid
berpuas hati dengan peluang yang diberikan sekaligus dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif. Beliau juga kelihatan aktif dalam mengaplikasikan
konsep pembelajaran abad 21 di mana beliau telah membina satu bahan bantu
belajar belajar yang berbentuk seperti buku besar yang diberi nama “Tell me”. Bahan
bantu bantu ini digunakan setelah habis sesi pembelajaran di mana beliau akan
meminta semua murid menulis tentang apa yang disukai dan tidak disukai oleh
murid sepanjang PdP yang telah berlangsung. Kaedah yang digunakan oleh beliau
sememangnya sangat membantu dalam mengetahui keinginan dan cara yang
dihasratkan oleh murid semasa PdP. Sepertimana yang diketahui, setiap individu di
dalam kelas mempunyai kecerdasan masing-masing. Oleh itu, bagi melaksanakan
PdP yang berkesan dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian kecerdasan ini,
guru tidak boleh bersikap syok sendiri semasa menyampaikan isi pelajaran. Guru
perlu mengelakkan sikap pentingkan diri dan menganggap kaedah PdP yang
dijalankan tanpa meminta idea dan pendapat dari murid. Kepentingan memberikan
murid peluang menyuarakan pendapat tentang aktiviti yang mereka suka sedikit
sebanyak membantu guru dalam memastikan pembelajaran yang berkesan dapat
dirasai oleh semua murid terutamanya yang mempunyai kecerdasan yang berbeza.

Seterusnya ialah gaya kepemimpinan Laissez-Faire. Gaya kepemimpinan ini


dapat dilihat semasa Program Penutupan Minggu Bahasa Melayu. Guru panatia
Bahasa Melayu memberikan peluang kepada wakil kelas untuk memilih jenis
persembahan yang akan dipersembahkan tanpa menentukan jenis persembahan
yang perlu dipersembahkan. Beliau hanya memberikan tempoh bagi satu
persembahan kepada setiap kumpulan. Melihat kepada situasi ini, saya berpendapat
gaya kepemimpinan guru panatia Bahasa Melayu ini sedikit sebanyak dapat
mengatasi masalah kepelbagaian kecerdasan murid di kelas. Walaupun secara

14
kasarnya dapat dilihat bahawa kepemimpinan ini tidak sistematik dalam pengurusan
persembahan. Namun, ianya sangat membantu dalam mengatasi masalah
kepelbagaian kecerdasan dan perbezaan murid. Sekiranya beliau menetapkan jenis
persembahan seperti nyanyian, sudah pasti hanya murid-murid yang mempunyai
kecerdasan dan bakat dalam nyanyian sahaja yang akan menonjol. Oleh itu, murid
yang mempunyai bakat dan kecerdasan dalam bidang lain tidak berpeluang untuk
menonjolkan diri dan bakat mereka. Justeru, kesan pembelajaran tidak dapat dirasai
oleh semua murid.

Kesimpulannya, ketiga-tiga gaya kepemimpinan yang telah dinyatakan ini


adalah berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap sebuah sekolah
berdasarkan sesuatu situasi yang berlaku. Walaubagaimana pun, kenam-enam gaya
kepemimpinan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam
membantu mengatasi masalah kepelbagaian kecerdasan dan perbezaan individu
dalam memastikan pembelajaran yang lebih berkesan.

15
4.0 PENUTUP

Profesion keguruan merupakan salah satu bidang kerjaya professional yang di


pandang tinggi oleh masyarakat. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk
memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020. Setiap
perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran
kepada kepemimpinan guru dalam profesion keguruan. Oleh itu setiap warga
pendidik perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan serta persiapan
diri bagi menempuhi segala cabaran yang akan dihadapi pada masa yang akan
datang sebagai pemimpin yang profesional.

Berdasarkan kepada tugasan ini, saya dapat melihat bahawa sikap


akauntabiliti seorang guru sangat berkait rapat dengan gaya kepemimpinan guru.
Hal ini kerana, guru tidak mengamalkan gaya kepemimpinan yang telah dinyatakan
sudah pasti tidak akan mampu merealisasikan tanggungjawabnya dengan baik
terhadap murid, Ibu bapa, masyarakat dan sebagainya. Contohnya, jika guru itu
tidak memiliki sikap demokratik dalam kepemimpinnya sudah pasti beliau tidak akan
mampu mewujudkan hubungan yang baik dengan murid, rakan sejawat dan
masyarakat sekeliling. Justeru, dapatlah di lihat bahawa sikap akauntabiliti seorang
guru bergerak seiringan dengan gaya kepemimpinan yang diamalkannya.

Secara ringkasnya, guru merupakan kunci utama bagi menentukan hala tuju
dan masa depan negara. Sekiranya guru gagal untuk melaksanakan tugas utama
dalam memimpin murid-murid sekolah maka kita tidak akan dapat melahirkan
generasi yang terbaik pada masa yang akan datang. Oleh itu, setiap warga guru itu
perlu memahami akauntabiliti dan tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi
tatasusila dan sedia menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang
wujud daripada pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang
berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.

16
5.0 RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Abd Halim Haji Hassan (1994) Komunikasi dalam Pengurusan Pendidikan. Kuala
Lumpur; Delmu (Malaysia) Sdn Bhd

Al-Ramaiah. (1992). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Selangor: IBS


Buku Sdn Bhd

Kamus Dewan Edisi Baharu. (1989). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mubieyn Kakarot. (2012). Tanggunjawab Dan Peranan Guru Pendidikan Moral


DalamMerealisasikan Aspirasi Negara. Dicapai pada 20 Ogos 2017 daripada
https://www.scribd.com/doc/94354929/Tanggunjawab-Dan-Peranan-Guru-
Pendidikan-Moral-Dalam-Merealisasikan-Aspirasi-Negara-2a

Nasuha Abd. Talib. (2011). Tajuk 2 Kod Etika dan Akauntabiliti Guru. Dicapai pada
20 Ogos 2017 daripada https://www.scribd.com/presentation/18345656/TAJ
UK-2-KOD-ETIKA

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y & Wong, K.T. (2010). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesionalisme Guru. Selangor: Oxford Fajar

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010. (2013). (t.p). Dicapai pada 20 Ogos
2017 daripada http://wahanakom.files.wordpress.com/2013/01/dokumen-skpm-
2010.pdf

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

17

Vous aimerez peut-être aussi