Vous êtes sur la page 1sur 11

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARA 5& 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 2

SEMESTER SEMESTER 2 DVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN

KOD KURSUS WTP 6033 COMPUTER AIDED DRAWING (CAD)

KOMPETENSI
01. ORTHOGRAPHIC PROJECTION USING AUTOCAD

1.1 Steps using basic AutoCAD.


KOMPETENSI 1.2 Plane principles and orthographic projection.
UNIT 1.3 Visualisation.
1.4 Basic first and third angles projection.
1.5 Basic plotting.

KOMPETENSI Training must be able to :


PEMBELAJAR 1. Identify the orthographic, isometric and structure drawing using
AN CADD (C4, PLO1)

WTP 6033/K01/NK02-
NO KOD 02
EDISI 2017
MUKA : 01 DARIPADA 11

NO KOD JPK
No. Kod : WTP 6033 Computer Aided Drawing WTP 6033/K01/NK02-02 Muka: 2 Drp:11

1.0 PENDAHULUAN

Unjuran ortografik adalah satu cara untuk mewakili objek tiga dimensi dalam dua dimensi. Ini
adalah satu bentuk unjuran selari, di mana semua garis-garis unjuran menghasilkan setiap satah
yang muncul pada permukaan tontonan. Unjuran ortografik juga boleh dikatakan gabungan
lukisan 2 dimensi yang apabila bergabung akan menjadi sebuah lukisan objek.

2.0 Unjuran Ortografik

Dalam Kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan mengetahui bagaimana untuk menentukan
kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu daripada sesuatu bentuk lukisan objek tersebut.
Hasil pandangan tersebut boleh menggambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek
sebenar.

Secara ringkasnya terdapat 3 arah pandangan pokok (utama). Lihat rajah 2.1
a) Pandangan Atas ( Pelan )
b) Pandangan Depan ( Hadapan )
c) Pandangan Sisi ( Samping )

Rajah 2.1 Pandangan Ortografik

3.0 Pandangan Utama Ortografik

Setiap pandang ortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan garisan-garisan unjuran


yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek berkenaan. Rujuk rajah 3.1

Rajah 3.1 Pandangan Utama


No. Kod : WTP 6033 Computer Aided Drawing WTP 6033/K01/NK02-02 Muka: 3 Drp:11

Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan.
Pandangan ini hanya dapat menunjukkan bentuk bahagian hadapan objek sahaja. Pandangan ini
tidak dapat menunjukkan jarak dari hadapan ke belakang. Oleh yang demikian, untuk memberi satu
gambaran atau penghuraian bentuk yang lengkap bagi sesuatu objek, lebih daripada satu pandangan
diperlukan. Setiap pandangan memerlukan satu satah unjuran. Oleh itu, jika satu satah unjuran yang
mengufuk diletakkan di atas objek, satu pandangan boleh diunjurkan oada satah tersebut.
Pandangan ini dinamakan pandangan atas. Jarak dari hadapan ke belakang yang tidak dapat
ditunjukkan pada pandangan hadapan, tetapi boleh ditunjukkan pada pandangan atas ini. Lihat rajah
3.2, jika satu unjuran sisi didirikan di sebelah kanan objek, pandangan sisi kanan dapat diunjurkan
juga sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah dalam 3.3

Rajah 3.2 Pandangan hadapan dan pandangan atas

Rajah 3.3 Unjuran pandangan hadapan, atas, dan sisi kanan


No. Kod : WTP 6033 Computer Aided Drawing WTP 6033/K01/NK02-02 Muka: 4 Drp:11

Sebenarnya jika sesuatu objek dibayangkan terletak di dalam satu kotak kaca, permukaan
kotak itu boleh dianggap sebagai satah unjuran.Sebanyak enam pandangan yang dapat ditunjukkan
pada permukaan kaca itu, Keenam – enam pandangan ini dinamakan pandangan ortografik utama,
seperti dalam rajah 3.4

4.0 Kedudukan Pandangan

Rajah 4.1 menunjukkan kedudukan keenam-enam pandangan utama selepas semua satah
unjuran diputarkan ke hadapan. Kedudukan pandangan ini adalah kedudukan yang piawai. Pandangan
hadapan dianggap sebagai pandangan rujukan. Kaitan kedudukan pandangan yang dengan
pandangan rujukan adalah seperti berikut :

Nama Pandangan Kedudukan


Pandangan atas Di sebelah atas pandangan hadapan
Pandangan bawah Di sebelah bawah pandangan hadapan
Pandangan sisi kanan Di sebelah kanan pandangan hadapan
Pandangan sisi kiri Di sebelah kiri pandangan hadapan
Pandangan belakang Di sebelah kiri pandangan sisi kiri

Rajah 4.1 Pandangan Utama Ortografik

5.0 Jenis-Jenis Unjuran Ortografik

Unjuran ortografik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :


i. Unjuran sudut pertama
ii. Unjuran sudut ketiga

5.1 Unjuran Sudut Pertama

Unjuran sudut pertama merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan
kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan
Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera.

Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai
dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat.
No. Kod : WTP 6033 Computer Aided Drawing WTP 6033/K01/NK02-02 Muka: 5 Drp:11

Rajah 5.1 menunjukkan contoh lukisan bergambar untuk sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari
anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang
kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan
sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Rajah 5.1 Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu

Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh
anak panah B. Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke
bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah
kecil.

Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ). Bentuk objek yang kelihatan dari
pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi.
Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan
menjadi satu rataan sahaja.

Rajah 5.2 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada dalam sudut pertama. Maka
lukisan ini dinamakan lukisan ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi tajuk
agar pembaca tidak keliru.

Rajah 5.2 Kedudukan Satah Dalam Sudut Pertama


No. Kod : WTP 6033 Computer Aided Drawing WTP 6033/K01/NK02-02 Muka: 6 Drp:11

Simbol Unjuran Sudut Pertama :

Pemilihan arah pandangan perlu bergantung kepada kedudukan objek :


 Pandangan hadapan ,panjang dan tinggi.
 Pandangan sisi, lebar dan tinggi
 Pandangan pelan, lebar dan panjang

Cara –cara pemilihan pandangan hadapan :


 Paling panjang
 Paling banyak objek

Cara – cara melukis unjuran sudut pertama :


 Pilih pandangan hadapan
 Lukis pandangan hadapan
 Lukis pandangan sisi
 Lukis pandangan atas

Contoh-contoh lukisan unjuran sudut pertama :

Rajah 5.3 Lukisan Unjuran Sudut Pertama


No. Kod : WTP 6033 Computer Aided Drawing WTP 6033/K01/NK02-02 Muka: 7 Drp:11

Rajah 5.3 menunjukkan satu objek yang diletakkan dalam ruang sudut pertama dan dikelilingi oleh
satah – satah menegak dan satah mendatar.

Dari arah pandangan A, B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap
satah yang terdapat dibelakang objek. Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – OBJEK – SATAH
untuk unjuran sudut pertama.

Rajah 5.4 Pandangan Dalam Unjuran Sudut Pertama

Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut pertama adalah seperti contoh dalam Rajah
5.4 di atas.

Pandangan atas adalah selari di bawah pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang, lebar
dan tinggi objek.

Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan
hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek.

Rajah 5.5
No. Kod : WTP 6033 Computer Aided Drawing WTP 6033/K01/NK02-02 Muka: 8 Drp:11

Rajah 5.5 merupakan satu objek yang dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar.

Dari arah pandangan X, Y dan Z lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap
satah yang terdapat dibelakang objek.

Lukisan Unjuran Sudut Pertama :

Rajah 5.6

Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut pertama adalah seperti contoh dalam Rajah
5.6 di atas. Pandangan atas di bawah pandangan hadapan manakala pandangan hadapan pula di
sebelah pandangan sisi.

5.2 Unjuran Sudut Ketiga

Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran Amerika. Penggunaan unjuran
ini lebih meluas dan lebih popular berbanding unjuran lain.

Kedudukan pandangan sudut ketiga pula dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di
atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi
(samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.

Simbol bagi sudut pandangan ketiga :

Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut
ketiga. Satah – satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah diperbuat daripada
bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya dari arah
anak panah A, B dan C.
No. Kod : WTP 6033 Computer Aided Drawing WTP 6033/K01/NK02-02 Muka: 09 Drp:11

Ketiga – tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai
dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 12.0.

Rajah 5.7 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga


6.0 Plotting

“Plotting” juga dipanggil sebagai “Pencetakan” kerana ianya boleh mencetak kepada saiz lebih
besar seperti A3 dan A2.

6.1 Kaedah “plotting”

i) Klik butang Plot pada Quick Access toolbar.

 Quick Access toolbarberada di hujung sebelah kiri bar tajuk program, di


sebelah kanan butang Aplikasi. Ikon Plot kelihatan seperti pencetak
desktop biasa. AutoCAD membuka Plot–Model dialog
box, dengan bar tajuk menunjukkan plotting.

ii) Klik butang More Options. Ianya berada di sudut kanan bawah kotak dialog, di
sebelah butang Bantuan
 Kotak dialog Plot mendedahkan tetapan tambahan.
No. Kod : WTP 6033 Computer Aided Drawing WTP 6033/K01/NK02-02 Muka: 10 Drp:11

iii) Dalam bahagian Pencetak / Plotter, Pilih pencetak dari Name drop-down .
 Pencetak Sistem Windows Default biasanya berfungsi.

iv) Dalam bahagian Kertas Saiz, gunakan drop-down list untuk memilih saiz
kertas yang dimuatkan dalam pencetak atau plotter

 Apa-apa saiz Surat (81/2 x 11 inci) [A4 (210 x 297mm)] atau kerja yang lebih besar
untuk contoh ini.

v) Dalam bahagian Plot Scale, pilih 1:10 bagi skala

 Pilihan 1:10 ialah skala yang digunakan untuk membuat lukisan.

vi) Klik Preview Button

 Sekiranya skala plot yang anda masukkan dalam plot dialog box tidak
selaras dengan skala lukisan, Plot Scale Confirm dialog akan muncul,
menasihati bahawa skala tidak sama dengan skala plot. Teruskan untuk
menjana plot yang baru.

vii) Klik kanan tetikus dalam Preview Area dan pilih untuk keluar.

viii) Klik Ok.

ix) Tekan Ctrl + S untuk menyimpan lukisan

 Anda berjaya melaksanakan plot di AutoCAD.


No. Kod : WTP 6033 Computer Aided Drawing WTP 6033/K01/NK02-02 Muka: 11 Drp:11

RUJUKAN

1) Md. Nasir Abd. Manan (1989), Lukisan Geometrik.

2) Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1991 ), Lukisan Kejuruteraan

3) Asmawisham Alel Baharin Mesir (2008),Civil Engineering Drawing.

4) Bill Fane & David Byrnes. How to Plot A Drawing In Autocad, (7July2017),
http://www.dummies.com/programming/autocad/how-to-plot-a-drawing-in-autocad-2014/

Vous aimerez peut-être aussi