Vous êtes sur la page 1sur 7

1.

0 PENGENALAN

Program Pendidikan Inklusif merupakan satu wahana dalam pendidikan dan perlu
diberi ruang untuk berkembang. Sejajar dengan sistem pendidikan negara yang berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mendukung perkembangan potensi individu
secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Kanak-kanak berkeperluan khas tidak terkecuali dan diberi peluang dan
hak sama rata dalam mendapatkan pendidikan serta mengembangkan potensi diri mereka
bersama-sama dengan kanak-kanak normal yang lain. Program Pendidikan Inklusif adalah
pendidikan yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas yang belajar bersama-
sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Lee
Keok Cheong, 2018). Dalam erti kata lain, program pendidikan ini melibatkan murid-murid
berkeperluan khas mengikuti kurikulum dan kokurikulum yang sama dengan murid-murid
normal yang sebaya dengan mereka.

2.0 KONSEP, DASAR DAN MATLAMAT PENDIDIKAN INKLUSIF

i. Konsep
Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan pendidikan bagi kanak-kanak
pendidikan khas. Perkataan inklusif diambil daripada perkataan inggeris “Inclusive”
yang memberikan maksud “merangkumi”. Inklusif secara umumnya bermaksud
mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam kelas biasa dan
menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal (Supiah Saad, 2010).
Konsep PPI selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
seperti di bawah :

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid


berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-
sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan”.

Terdapat dua pendekatan PPI yang dilaksanakan dalam PPI iaitu inklusif penuh dan
inklusif separa yang melibatkan MBK bersama-sama murid arus perdana di semua
sekolah harian. Inklusif penuh bermaksud MBK belajar secara sepenuh masa
bersama-sama murid arus perdana, manakala inklusif separa membawa maksud MBK
belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran atau aktiviti

1
kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka (Malaysia, Bahagian
Pendidikan Khas, 2013).

ii. Dasar
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United
Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) melalui
Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education :

“Regular schools with an inclusive orientation are the most effective means of
combating discriminatory attitudes, creating welcoming communitties, building an
inclusive society and achieving education for all.”

Melalui pernyataan tersebut, UNESCO melalui kenyataan Salamanca di atas


menyatakan bahawa PPI adalah salah satu kaedah yang terbaik dalam menentang
sikap diskriminasi terhadap MBK. Selain itu, MBK juga mempunyai hak mendapat
pendidikan yang sama rata seperti kanak-kanak normal yang lain. Oleh itu, hak MBK
dalam mendapatkan hak pendidikan tidak boleh dinafikan, malah usaha untuk
memperkasakan peluang pendidikan kepada MBK harus dipertingkatkan agar MBK
dapat berkembang dengan seimbang dari segi JERIS selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

Rentetan daripada gesaan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dalam


memperkasakan hak-hak MBK dalam mendapatkan pendidikan, Malaysia melalui
Dasar Pendidikan Wajib 2002, telah menyatakan bahawa pendidikan peringkat
sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas
adalah wajib. Oleh itu, mana-mana ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak mereka
untuk mendapatkan pendidikan boleh didakwa (Malaysia, 2002). Malaysia juga
mempunyai komitmen dalam deklarasi-deklarasi anatarabangsa iaitu deklarasi
Education for All (EFA) 2002 dan Bikwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna
kerajaan bertanggungjawab dalam menyediakan peluang dan keperluan pendidikan
bagi semua kanak-kanak tanpa mengira tahap kecacatan atau ketidakupayaan
(Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).

Pendekatan Pendidikan Inklusif dapat memenuhi keperluan MBK dalam mendapatkan


hak pendidikan formal. Kerajaan menjadikan Dasar ‘Pendidikan Wajib dan ‘Pendidikan
untuk Semua’ sebagai asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan

2
khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, maka PPI menjadi perkara
penting dalam menyokong keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan
berkualiti dan keperluan sosial bagi kanak-kanak.

iii. Matlamat

PPI mempunyai matlamatnya yang khusus iaitu untuk meningkatkan penyertaan dan
memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik
bersama-sama murid di arus perdana. Selain itu, PPI juga memberi kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa
ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama rata (Keok
Cheong, 2018).

3.0 FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Kejayaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) bergantung kepada sumbangan pelbagai


pihak dari segi tenaga dan kemahiran yang mereka miliki. Oleh itu, faktor-faktor yang dapat
membantu menjayakan program ini adalah seperti pihak Jawatankuasa Program Pendidikan
Khas Sekolah (JPPKS) (Supiah, 2005). Jawatankuasa ini sekurang-kurangnya terdiri
daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru-guru Pendidikan Khas
dan Arus Perdana. Jawatankuasa ini adalah penting dalam membantu mengembangkan
potensi Murid Berkeperluan Khas dengan berkesan dalam program ini. Sebagai contoh,
JPPKS bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras PPI, menentukan kelas yang
sesuai bagi MBK mengikut tahap pencapaian mereka dan memberikan panduan dan
kerjasama dengan ibu bapa murid (Malaysia, Bahagian Pendidikan Khas, 2013).

Prasarana dan peralatan adalah sangat penting kepada murid. Prasarana yang
lengkap adalah penting dalam menentukan keberkesanan PPI di sekolah (Murnie, 2013).
Aspek fizikal dan peralatan pembelajaran perlu menepati keperluan dan menyokong
pembelajaran MBK. Hal ini kerana, MBK menggunakan sepenuhnya prasarana kelas
bersama-sama murid arus perdana. Oleh itu, guru kelas khususnya perlu membuat
pengubahsuaian terhadap aspek fizikal dan peralatan mengikut keperluan dan kesesuaian
murid. Sebagai contoh, dari segi aspek fizikal kelas guru menyesuaikan penyediaan meja dan
kerusi yang selamat serta kedudukan kelas di aras bawah bagi memberi kemudahan kepada
MBK yang berkerusi roda. Selain itu, menyediakan persekitaran sekolah yang mesra OKU
dan selamat penting bagi memudahkan mobiliti MBK. Antara kemudahan mesra OKU adalah

3
seperti, susur landai (ramp), susur tangan (railling) dan tandas OKU. Dalam pada itu, sekolah
khususnya perlulah menyediakan peralatan khusus kepada setiap MBK bagi meminimakan
ketidakupayaan yang dihadapi bagi membantu pembelajaran. Sebagai contoh, kanta
pembesar bagi murid yang bermasalah penglihatan, kerusi roda, Augmentative Alternative
Communication (ACC) dan lain-lain lagi.

Seperti yang sedia maklum, kejayaan program ini bukan disandarkan kepada usaha
individu semata-mata melainkan kerjasama daripada pelbagai pihak. Pihak sekolah perlulah
saling berkolaborasi dengan pelbagai pihak dan agensi sama ada agensi kerajaan dan bukan
kerajaan yang berkaitan agar dapat memastikan pelaksanaan PPI ini terancang dan berkesan
(Nur Husna, 2013). Antara agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat adalah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi-agensi bukan kerajaan seperti NASOM,
KIWANIS dan banyak lagi. Sebagai contoh, JKM telah mengembleng pelbagai usaha dalam
memastikan kebajikan dan keperluan MBK terjaga agar ketidakupayaan yang dihadapi tidak
menghadkan kemampuan mereka. Oleh yang demikian, JKM telah melakukan pelbagai
inisiatif seperti peluang pekerjaan, bantuan kewangan, pemulihan, perlindungan sosial,
perkhidmatan sokongan dan lain-lain bagi memberi peluang serta menjaga kebajikan MBK.

Oleh itu, diharapkan Program Pendidikan Inklusif ini dapat berkembang dengan
berkesan melalui tanggungjawab dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah pihak
sekolah, pihak kementerian serta komuniti-komuniti luar agar peluang pendidikan dan
kebajikan MBK sentiasa terjaga dan dilindungi.

4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN

Kejayaan dalam pelaksanaan PPI dalam jangka masa yang panjang memerlukan
sokongan yang konsisten daripada pelbagai pihak. Di peringkat kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan
pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas
(Malaysia, Bahagian Pendidikan Khas, 2013). Oleh itu, KPM bertanggungjawab dalam
menyediakan prasarana pendidikan yang sesuai kepada murid. Dalam hal ini, KPM
bertanggungjawab menyediakan kemudahan pembelajaran kepada setiap murid termasuklah
kemudahan-kemudahan bagi MBK yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan yang
menghadkan perkembangan mereka dalam pelbagai aspek. Antara kemudahan yang

4
diberikan adalah, alat bantu mendengar, kemudahan prasarana seperti tandas OKU, susur
landai dan sebagainya di sekolah agar suasana pembelajaran MBK lengkap dan
memudahkan.

Di peringkat sekolah pula, Guru Besar merupakan pemangkin utama kepada output
yang dihasilkan melalui pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah (Nur
Husna, 2013). Lantaran itu, Guru Besar berperanan dalam memberi sokongan dan nasihat
kepada setiap guru-guru di sekolah untuk sentiasa fokus dan memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada sekolah khususnya kepada murid. Guru Aliran Perdana dan guru Pendidikan
Khas bersama-sama mencari jalan penyelesaiyan sebarang masalah yang dihadapi (Naraian,
2010). Salah satu peranan guru Pendidikan Khas ialah menyediakan bahan bantu mengajar
(BBM) yang lebih fleksibel serta sesuai dengan ketidakupayaan MBK. Selain itu, guru Aliran
Perdana menyelaraskan teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai kepada murid lain serta
MBK agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif yang hendak
dicapai. Tidak dilupakan, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) juga dilihat berkepentingan dan
berperanan dalam mengurus keperluan murid di PPI. Sebagai contoh, PPM membantu guru
yang terlibat dalam PPI bagi menyediakan keperluan MBK seperti menghantar dan
mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa.

Di peringkat komuniti pula, persatuan-persatuan bukan kerajaan seperti NASOM,


KIWANIS, MAB dan lain-lain berperanan memberi khidmat sokongan kepada MBK untuk
mengurangkan impak kesukaran di persekitaran sekolah (Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2014). Sebagai contoh, persatuan bukan kerajaan memberikan bantuan atau
sumbangan alat-alat bantu belajar kepada MBK. Selain itu, peranan ibu bapa sebagai penjaga
kepada MBK. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memberikan sokongan berterusan serta
memberi kerjasama kepada pihak-pihak sekolah dalam mengurus anak mereka. Selain itu,
ibu bapa berperanan memantau perkembangan semasa anak-anak mereka di rumah dan
melaporkannya kepada pihak sekolah. Hal demikian adalah penting untuk guru merancang
dan menyediakan intervensi, terapi dan rehabilitasi yang sesuai dengan MBK tertentu.

Oleh itu, peranan dan tanggungjawab pelbagai pihak sama ada di peringkat
kementerian, sekolah dan komuniti adalah sangat penting dan perlu diperkasakan dalam
menyokong perkembangan serta mengasah potensi MBK.

5
5.0 PENUTUP

Dalam pelaksanaan PPI ini, semua pihak perlu sedar bahawa kewujudan PPI adalah
satu peluang pendidikan yang disediakan bagi MBK belajar dalam kelas arus perdana dan
menjalankan aktiviti bersama-sama murid di arus perdana. Oleh itu, usaha, dedikasi dan
komitmen semua pihak adalah penting dalam mengembangkan lagi PPI dalam jangka masa
yang panjang agar lebih ramai MBK yang dapat memasuki program ini.

(1300 Patah Perkataan)

6
6.0 RUJUKAN

Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Malaysia, Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif
Murid Berkeperluan Khas. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran Sejarah Tahun 6. Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Malaysia (2002). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di
Peringkat Rendah 2003. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Murnie Bte Hassan. (2013). Perlaksanaan Program Inklusif Bagi Pelajar-Pelajar Pendidikan
Bermasalah Pembelajaran di Program Integrasi. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi
Malaysia ; 2013.

Nur Husna Habsirun dan Safani Bari. (2013). Kesediaan guru aliran perdana dalam
melaksanakan program pendidikan inklusif untuk murid bermasalah pembelajaran. Buku
Prosiding : Seminar International Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI-SEMEO
SEN Siri 4/2004 :259-267.

Naraian S. (2010). Refiguring Professional Identity in a Collaboratitevly Taught Classroom.


Teaching and Teacher Education 26: 1677-1686

Supiah Saad. (2010). Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan
Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Zalizan Mohd Jelas. (2009). Syarahan Perdana : Pendidikam Inklusif dan Pelajar
Berkeperluan Khas. Bangi : Penerbit UKM.

UNESCO. (1994). The Salamanca Statement And Framework For Action On Special Needs
Education. World Conference on Special Needs Education : Access and Quality.
Salamanca, Spain, 7-10 June.

Vous aimerez peut-être aussi