Vous êtes sur la page 1sur 3

JEFFREY DEVATHANJAM A/L SELLVARAJ

821217086633 M20171000987

TAJUK: KERANGKA KONSEPTUAL DAN TEORITIKAL

KERANGKA TEORITIKAL

Kerangka teoritikal adalah suatu pemikiran sebagai peta atau pelan perjalanan. Ia penting
untuk mempertimbangkan teori yang relevan yang mendasari pangkalan pengetahuan
fenomena di bawah kajian.

Kerangka Teori digunakan sebagai panduan mencari kajian-kajian lepas.dan memilih aspek
yang difokuskan. Ia juga membantu penyelidik mengenal pasti topik yang hendak dikaji dan
akan membentuk konsep,tema,definisi,model dan teori.selain itu, kerangka Teoritikal menjadi
panduan dalam proses penyelidikan untuk kenal pasti apa yang perlu dilakukan. Contoh,
soalan, responden, pengumpulan data.Ia digunakan ntuk merapatkan jurang di antara
maklumat yang diketahui dan yang tidak diketahui.dan menjadi panduan kepada pengkaji
untuk memilih responden yang sesuai.

Kerangka Teoritikal berperanan dalam penelitian

• .Memberi kerangka pemikiran bagi penelitian


• Memberi panduan ke arah kerangka pemikiran

• Membantu menyusun hipotesis

• Memberi panduan secara tepat dan rasional dalam mensintesis penyelidikan.

• Menjelaskan makna data & fakta

• Penelitian terhadap permasalahan secara logik

Antaranya ialah prosedur penyusunan Kerangka Teoritikal iaitu, melakukaan kajian


keperpustakaan,melakukan sintesis dan modifikasi antara satu teori dengan teori yang lain
dan menyusun sendiri kerangka pemikiran secara logik dan rasional.
JEFFREY DEVATHANJAM A/L SELLVARAJ

821217086633 M20171000987

Jenis- jenis soalan yang menyebarkan minda kita (Sinclair, 2007)

• Apa yang saya tahu tentang fenomena yang saya ingin belajar?

• Apakah jenis pengetahuan yang tersedia untuk saya (empirikal, tidak empirikal, diam-diam,
intuitif, moral atau etika)?

• Teori apa yang terbaik akan membimbing amalan atau kerja penyelidikan saya?

• Adakah teori ini terbukti melalui penyelidikan berkaitan teori?

• Apakah teori-teori lain yang berkaitan dengan amalan ini?

• Bagaimana saya boleh menggunakan teori dan penemuan ini dalam amalan /
penyelidikan?

Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual adalah berkonsep yang di pakai sebagai landasan berfikir dalam
kegiatan ilmu. (Nur Salam (2008 )Eisan Hart (1991 ) merujuk satu struktur tentang justifikasi
hujah rasional atau alasan sebab konsep-konsep tersebut dipilih untuk kajian atau tafsiran
dan sebarang hubungan yang diharapkan dalam kalangan mereka adalah sesuai dan
berguna. Menjelaskan masalah yang sedang dikaji. Manakala Walliman ( 2011 )menytakan
bahawa, fenomena tertentu, selalunya agak abstrak, seperti pengasingan, sosialisme,
keseimbangan, masyarakat, tetapi juga boleh menjadi agak konkrit, seperti haiwan, bandar
dan pendapatan.

Kerangka konseptual penting bagi penyelidik yang menggunakan kaedah kualitatif. Jadi
wujud proses pengumpulan data dan seterusnya menganalisis data tersebut secara
generalisasi. Ia digunakan untuk mengetahui gambaran penyelidikan secara keseluruhan
dan sebagai justifikasi kepada penelitian/ penyelidikan serta sebagai panduan arah kepada
penyelidikan.

Kerangka konseptual dalam suatu penelitian perlu dikemukakan apabila penelitian


berkenaan dengan dua variabel atau lebih. Apabila penelitian hanya membahas sebuah
variabel atau lebih secara mandiri, maka perlu dilakukan deskripsi teoritis masing-masing
variabel dengan argumentasi terhadap variasi besarnya variabel yang diteliti. Kerangka
konseptual yang baik perlu mempunyai, variabel-variabel penelitian yang akan diteliti harus
jelas, kerangka konseptual haruslah menjelaskan hubungan antara variabel-variabel yang
akan diteliti, dan ada teori yang melandasi.dan lebih selanjutnya perlu dinyatakan dalam
bentuk diagram, sehingga masalah penelitian yang akan dicari jawabannya mudah difahami.
JEFFREY DEVATHANJAM A/L SELLVARAJ

821217086633 M20171000987

Vous aimerez peut-être aussi