Vous êtes sur la page 1sur 4

AKTIVITI PERMAINAN LUAR

Aktiviti permainan luar di PAPN adalah merupakan aktiviti wajib yang dilakukan
mengikut hari -hari tertentu. Ia dilakukan secara bergilir-gilir mengikut jadual yang
telah ditetapkan.

Main Pasir (Sand Play)

Aktiviti luar seperti bermain pasir ini memberi banyak peluang untuk kanak-kanak
menjalankan penerokaan, penemuan dan pembelajaran secara tidak langsung kepada
mereka. Antara kebaikan bermain pasir ini adalah menggalakkan imaginasi kanak-
kanak, memberi peluang untuk mencipta dan mencuba, menggalakan kanak-kanak
bekerjasama dan mempunyai kemahiran hubungan sosial, membina keyakinan diri,
serta beroentasikan proses dan bukannya hasil.

Bermain pasir, tidak memerlukan suatu kaedah yang betul untuk bermain. Kanak-
kanak boleh bermain dengan pelbagai cara yang tersendiri. Apabila kanak-kanak
bermain pasir mereka boleh menggali, menuang, menyedok, membawa pasir, melukis
di atasnya, membuat laluan, meneka, mengira,dan pelbagai lagi cara yang boleh
merangsang penerokaan dan mencipta penemuan kanak-kanak. Kanak-kanak boleh
bermain secara bersendirian, bersebelahan dengan rakan mereka atau bersama dengan
rakan mereka. Banyak manfaat yang diperoleh dengan bermain contohnya membina
perkembangan motor kasar dan motor halus, pendedahan kepada konsep matematik
dan sains, membina perkembangan emosi, sosial dan bahasa.

Main Air (Water Play)

Tiada cara yang spesifik dalam menentukan corak belajar melalui bermain air.
Semasa kanak-kanak menuang air, mereka telah meningkatkan koordinasi mata dan
tangan serta kemahiran fizikal mereka. semasa membasuh tangan dan meniup buih
bersama rakan-rakan mereka secara tidak langsung kemahiran ssosial telah
dibangunkan. dalam masa yang sama, mereka menggunakan minda mereka untuk
meneroka bagaimana sesetengah objek tenggelam dan mengapa sesetengah objek
timbul di dalam air. Kanak-kanak boleh belajar konsep kosong-penuh, sebelum-
selepas, cetek-dalam, dan berat-ringan secara latihan melalui bermain. dengan
demikian percambahan perbendaharaan kata kanak-kanak boleh berlaku.

Peringkat pertama bermain air adalah permainan berfungsi (Functional Play). Kanak-
kanak meneroka air dengan deria mereka, iaitu menaakul bagaimana air memercik,
mengalir, melimpah, dan berubah apabila dimasukkan sabun atau pewarna. daripada
proses ini mereka belajar apakah itu air dan apa yang boleh dilakukan dengan
menggunakan air.

Peringkat seterusnya adalah permainan membina (Constuktif Play). Pada peringkat


ini, kanak-kanak beralih daripada meneroka air kepada menggunakan air. Sebagai
contoh menuang air pada patung seolah-olah memandikan patung tersebut.

Selanjutnya, permainan air dikembangkan kepada kaedah main peranan, contohnya


memadam kebakaran. Alat bantu yang terbaik boleh dicipta oleh kanak-kanak itu
sendiri. Contohnya, sekiranya kanak-kanak tertarik dengan aktiviti memancing, maka
pendidik boleh menyarankan mereka untuk menghasilkan ikan sebagai bahan bantu.
Pendidik boleh bertanya kepada kanak-kanak apakah yang mereka perlukan dan
bagaimanakah mereka boleh mendapatkannya ataupun membuatnya. Hal ini boleh
membuka peluang kepada kanak-kanak untuk lebiih kreatif dan menjana idea mereka.
Membuat sampan juga merupakan salah satu cara yang boleh digunakan oleh kanak-
kanak untuk meneroka konsep tenggelam timbul.

Taman Permainan (Playground)

Aktiviti permainan di playgrond adalah salah satu permainan yang boleh memberikan
kepuasan kepada kanak-kanak. Ketika bermain kanak-kanak menggunakan anggota
tubuh badan mereka secara semulajadi terutama otot tangan dan otot kaki. Otot-otot
akan menjadi semakin kuat dan lebih baik hasil daripada aktiviti berlari, memanjat
dan melompat. Dari segi aspek psikomotor, keseimbangan dan pergerakan badan
membolehkan kanak-kanak melahirkan perasaan mereka dengan cara paling
optimum.

Bermain dapat memberi pengalaman mengenai keadilan, peraturan dan kesamaan


serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Dari aspek
perkembangan kognitif, kanak-kanak belajar cara menggunakan fikiran melalui deria
sama ada melihat, merasa, mendengar, menghidu serta menyentuh elemen hidup
berbeza antaranya saiz, warna, berat dan tekstur .Perkembanagan sosial pula berlaku
apabila kanak-kanak berkenaan berhubungan dengan orang lain. Sebagai contoh
ketika kemahiran bercakap dan mendengar berkembang. Mereka akan mula
berkomunikasi dan apabila bermain, secara tidak langsung memberikan lebih banyak
tindak balas dua hala.

Bagi perkembangan emosi, ia membantu kanak-kanak untuk berasa gembira kerana


mereka dapat belajar cara untuk mengawal pergerakan serta tindak balas badan
mereka terhadap perlakuan sesama sendiri. Taman permainan direka dengan
mengambil kira keselamatan kanak-kanak, ibu bapa tidak boleh mengabaikan
tanggungjawab dan perlu sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak mereka.

Nature Walk

Nature Walk (Meneroka Alam Semulajadi) merupakan salah satu kaedah pembelajaran
yang berkesan kerana ianya memberikan kanak-kanak pengalaman secara langsung
(First Hand Experience) yang melibatkan penggunaan kelima-lima deria iaitu
penglihatan, sentuhan, rasa, bau, dan pendengaran. Penglibatan kanak-kanak semasa
nature walk dapat memupuk daya imaginasi dan kreativiti mereka serta pemerhatian
yang baik. Aktiviti ini juga dapat menanamkan rasa cinta kanak-kanak kepada alam
sekitar dan melatih mereka sebagai pencinta alam sekitar. Ianya boleh dilakukan
dengan berjalan di taman, disekitar PAPN atau kawasan yang berdekatan. Semasa
aktiviti Nature Walk, kanak-kanak dapat meneroka, mengalami sendiri dan membuat
eksperimen dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran. Aktiviti ini dapat
menimbulkan keseronokan di mana kanak-kanak dapat menimbulkan kerosakan
dimana kanak-kanak dapat membuat penemuan baharu, membuat inferen dan
mengumpul koleksi bahan-bahan yang dijumpai di persekitaran. Contoh aktiviti:
meneroka tumbuh-tumbuhan seperti memerhati bentuk-bentuk daun, batang, buah,
memeriksa bau dan sebagainya.

erikut adalah contoh - contoh aktiviti dalam enam bidang perkembangan yang
ditekankan dalam PERMATA:

1. Perkembangan Fizikal (Motor Kasar)

Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas


pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Menurut Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat
bahagian iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor.
Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan
anggota badan, otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari.

2. Perkembangan Bahasa

Pada peringkat kanak-kanak perkembangan bahasa mereka lebih banyak melalui


perbendaharaan kata mereka. Pada peringkat ini mereka juga boleh memahami lagu,
pantun, dan boleh menepuk tangan bagi mengiringi lagu. Pada peringkat ini mereka
boleh bercerita tentang perkara-perkara yang mereka lakukan atau merancang
melakukan sesuatu.

3. Perkembangan Pra- Matematik dan Pemikiran Logik

Perkembangan pemikiran kanak-kanak dalam bidang ini menunjukkan perkembangan


yang berperingkat-peringkat, dimana terdapat limitasi yang jelas tentang kemahiran
tertentu pada peringkat-peringkat yang tertentu.

Perkembangan awal dalam bidang matematik telah mula dijalankan di peringkat bayi
lagi untuk melihat kebolehan mereka. Aktiviti yang dapat menarik minat kanak-kanak
dalam pendidikan awal matematik. Fokos pada peringkat mengenali angka,
membilang dan mengira angka-angka yang lebih kecil.

4. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan
imaginasi mereka dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis,
mewarna, kraftangan muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
Estetika bermaksud penglibatan kanak-kanak dalam keadaan merasa, bertindak balas
dan kepekaan kepada persekitaran semulajadi serta persekitaran. Aktiviti seni
membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika
merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.
5. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Bidang perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran bagi kanak-kanak 0-4
tahun bermatlamat merangsang perkembangan kelima-lima deria iaitu deria
penglihatan, deria pendengaran, deria sentuhan, deria rasa, dan deria bau.

6. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

Perkembangan ini mendorong dan memupuk kanak-kanak untuk melakukan nilai-


nilai murni, percaya kepada Tuhan serta pembentukan sahsiah yang mantap, diserikan
dengan akhlak dan sikap yang mulia dan terpuji. Dalam perkembangan ini kanak-
kanak belajar untuk memahami dan yakin kepada diri sendiri serta mempunyai
keutuhan jati diri.

Vous aimerez peut-être aussi