Vous êtes sur la page 1sur 3

Transkripsi temu bual:

C: Selamat pagi, Kak Low.

L: Selamat pagi, Chai.

C: Akak tahu tujuan saya nak menemu bual akak kan?

L: Ya, untuk esaimen subjek budaya.

C: Sebelum ini, saya ingin berterima kasih kepada akak kerana sudi memberi peluang
kepada Chai untuk menemu bual akak.

L: Sama-sama. Kami sebagai rakan sekelas, mestilah bantu-membantu.

C: Akak seperti apa yang saya tahu, akak dibesarkan oleh keluarga daripada
perkahwinan campur kan?

L: Ya, ayah saya merupakan Orang Melanau Sarawak dan ibu saya merupakan Orang
Cina.

C: Oh. Lupa nak tanya, nama akak apa?

L: Nama saya Nurulliyana Low binti Sahari.

C: Oh. Nama akak ada unsur nama orang Cina iaitu nama pertama, Low.

L: Ya, Low tu merupakan nama keluarga ibu saya.

C: Akak, nak tanya akak apa bahasa ibunda akak dan juga bahasa yang boleh akak
tutur dengan lancar?

L: Bahasa Melayu Sarawak sahaja.

C: Jadi akak tidak fasih Bahasa Cina? Adakah akak menyesal tidak belajar Bahasa CIna?

L: Ya, saya agak menyesal.

C: Saya ingin tanya akak mengapa akak tidak mempelajari Bahasa Cina dengan ibu
akak?

L: Sebab saya tidak didedahkan dengan Bahasa Cina dan mak saya pun tidak
mengajar saya bahasa itu.

C: Oh. Adakah akak menggunakan Bahasa Melayu Sarawak itu di rumah dan di
sekolah?

L: Ya, saya hanya menggunakan Bahasa Melayu Sarawak dengan ahli keluarga saya
ataupun rakan-rakan saya.

C: Ke sekolah jenis apa yang akak pergi? SK atau SJK(C)? Mengapa?

L: SK. Sebab dekat dengan rumah. mudah untuk bergerak.


C: Oh. Nak tanya pulak agama ibu dan ayah akak. Adakah mereka menganuti agama
yang sama?

L: Ya, ayah saya Islam dan ibu saya juga penganut Islam sebelum dia berkahwin
dengan ayah saya.

C: Oh. Nak tanya selain pantang larang umat Islam, akak ikut tak pantang larang
orang Cina?

L: Tidak, saya hanya menurut pantang larang orang Islam seperti makan sahaja
makanan yang halal.

C: Adakah akak menyambut perayaan Orang Cina seperti Tahun Baru Cina?

L: Keluarga saya tidak menyambut tetapi kami ada menziarahi rumah saudara mara
belah mak. Pantang larang seperti tidak menyapu lantai semasa Tahun Baru Cina
juga kami tidak ikut. Tapi untuk menunjukkan tanda hormat, kami tidak memakai
baju hitam ke rumah saudara.

C; Faham. Adakah akak juga pergi ke majlis perkahwinan Orang Cina? Adat
perkahwinan yang mana akak berasa sangat berbeza dengan adat perkahwinan
Orang Melanau?

L: Saya tidak pernah pergi ke majlis perkahwinan Orang Cina kerana biasanya majlis
Orang Cina akan menghidang makanan tidak halal.

C: Oh. Tapi bukankah ada juga meja yang menghidang makanan vegetarian?

L: Ya, tapi kami tidak pergi kerana Orang Cina lain akan segan makan makanan
tidak halal di hadapan kami. Jadi, kami tidak pergi kerana ingin menghormati
tetamu yang lain.

C: Adakah akak juga pergi ke kematian Orang Cina? Adat manakah yang akak rasa
berbeza dengan Orang Melanau?

L: Saya pernah pergi. Perbezaan yang paling ketara ialah warna pakaian dan
penggunaan tangkal di lengan untuk menandakan kematian seseorang. Orang
Cina memakai pakaian warna hitam ataupun putih apabila ada orang mati
manakala bagi Islam hanya pakai baju kurung pun boleh dah.

C: Akak, nak tanya adakah bayi yang baru lahir dalam keluarga akak. Adat kelahiran
mana yang keluarga akak ikut?

L: Tidak ada. Tapi mak saya guna adat kelahiran Orang Islam masa saya dan abang
saya lahir. Contohnya seperti ibu saya mengeringkan badannya di puyan dan
tidak boleh makan sembarangan.
C: Nak tanya akak juga, akak mempunyai kulit putih seperti orang cina. Adakah akak
menghadapi masalah-masalah seperti diskriminasi dan salah faham daripada
orang di sekeliling?

L: Pernah la jugak orang cakap Bahasa Cina dengan saya tapi saya tak faham. Tapi
selama ini diskriminasi tak pernah berlaku.

C: Macam mana akak menyelesaikan masalah ini?

L: Bagitahu la saya memang ada campur Cina dan juga Melanau jadi mereka pun
automatik akan faham.

C: Boleh saya tahu apakah syarat akak memilih calon suami? Adakah agama dan
bangsa juga dipertimbangkan?

L: Boleh. Bagi saya, agama mestilah Islam tapi bangsa tidak kisahlah sangat.

C: Apakah kelebihan yang akak rasa sangat bagus sebagai seorang anak hasil
daripada perkahwinan campur?

L: Saya boleh mempelajari pelbagai adat dan budaya kaum lain dan lebih
memahami perbezaan kaum. Saya akan lebih menghormati adat dan budaya
kaum lain.

C: Sebelum kami akhiri sesi temu bual harini, apakah yang akak berasa tentang
perkahwinan campur mak dan ayah akak? Adakah akak berasa bangga dengan
perkahwinan mereka?

L: Bangga. sebab bukan semua orang dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai
perbezaan kaum.

C: Oh. Terima kasih akak kerana sudi dating harini.

L: Sama-sama.

Vous aimerez peut-être aussi