Vous êtes sur la page 1sur 5

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBU, MELAKA

KERTAS KERJA PROJEK


LUKISAN MURAL

DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH:


EZZATUL NADEERA BINTI IDRIS

PROGRAM INTERNSHIP 2018,


PISMP PEMULIHAN JUN 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA.
KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2018

1.0 Pendahuluan

Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan bagi guru pelatih

semester 8. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih bagi

menambah serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada

sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai

projek yang dilakukan di sekolah.

Pada peringkat ini, guru pelatih perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam

pengurusan pelbagai projek sekolah dengan bimbingan guru-guru di sekolah. Internship

juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri,

ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme

keguruan ke arah melahirkan bakal guru yang kompeten dan berkesan.

Sehubungan dengan itu, kami selaku guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru

Kampus Perempuan Melayu Melaka telah memilih untuk melaksanakan beberapa projek

yang berkaitan dengan komuniti sekolah bagi menjayakan program internship yang

bermula dari 20 Feb 2018 sehingga 16 Mac 2018 di Sekolah Kebangsaan Kubu, Melaka.

Antara cadangan projek yang ingin dilaksanakan ialah melukis mural.


KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2018

2.0 Objektif

Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk ;


 Melatih guru-guru pelatih membudayakan aktiviti berpameran bagi pengukuhan
serta pengisian ke arah menghargai karya seni
 Merancang dan melaksana karya seni yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.

3.0 Ahli Jawatankuasa

3.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn Juniadah Bt Abu Adam

Timbalan Pengerusi : Pn. Rodzean Bt Haji A Wahid

3.2 Jawatankuasa Pelaksana

Penyelaras Projek : Jazmina Fatin Binti Johari


Setiausaha Projek : Ezzatul Nadeera Binti Idris

4.0 Tarikh/Tempoh/Masa:

Tarikh : 23 Feb 2018 – 10 Mac 2018

Masa : 2.00 – 4.30 petang


KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2018

5.0 Pelan Tindakan :

Bil Perancangan Aktiviti Tempoh Masa

1 Melukis Mural 23 Feb 2018 – 28 Feb 2018

2 Mewarnakan lukisan mural 1 Mac 2018- 10 Mac 2018

6.0 Alatan yang diperlukan


:

Bil Alat dan Bahan Kuantiti Catatan

1 Cat Plakar 5 Merah, Kuning,


Putih, Biru dan
HItam
2 Berus Lukisan 1 (paket) Pelbagai Saiz

7.0 Penutup

Diharapkan projek ini mampu mengeratkan kerjasama serta silaturrahim antara

guru pelatih dan guru – guru di sekolah ini. Kami juga berharap supaya kami dapat

mempelajari sebanyak mungkin ilmu pengetahuan serta dapat menimba pengalaman-

pengalaman berharga sepanjang proses menjalankan projek. Mudah-mudahan ilmu

pengetahuan dan pengalaman ini dapat kami jadikan sebagai panduan apabila berada di

medan yang sebenar kelak. Pihak kami memohon kerjasama dan tindakan dari pihak

pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan projek ini. Segala

kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2018

Disokong oleh,
Disediakan oleh,

…………….……………………………… ….……………………………………………

(EZZATUL NADEERA BINTI IDRIS) (PN RODZEAN BT HAJI A WAHID )

Setiausaha, Guru Penolong Kanan 1,

Program Internship, Sekolah Kebangsaan Kubu,

Institut Pendidikan Guru, Melaka.

Kampus Perempuan Melayu Melaka

Ulasan :

Bahawasanya saya dengan sukacitanya meluluskan/ tidak meluluskan

program dalam kertas kerja ini.

Disahkan oleh,

…………..……………………………………………

( PUAN JUNIADAH BT ABU ADAM)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Kubu.

Vous aimerez peut-être aussi