Vous êtes sur la page 1sur 3

Perang dunia pertama yang berlaku melibatkan Negara Britain, Perancis, Jerman, Rusia, Austria Hungary,

Belgium, Serbia, Itali, Bulgaria dan Turki pada 1914- 1918 telah memberi banyak kesan kepada Negara

tersebut termasuklah kesan ekonomi.

Antara kesan perang dunia pertama dari terhadap ekonomi ialah Negara Negara eropah terpaksa

menanggung kos perbelanjaan tinggi. Menurut bukuu perbelanjaan kos yang tinggi telah dihadapi oleh

Negara tersebut bagi membeli peralatan dan semua persiapan peperangan. Hal ini kerana setiap alatan

peperangan seperti senjata bom merupakan alat yang agak mahal untuk diperolehi dan memerlukan kos

yang sangat tinggi. Sebagai contoh , menurut statistic pakar ekonomi dianggarkan perbelanjaan perang

mencecah uss 38 billion yang telah dibelanjakan oleh Negara yang terlibat sepanjang peperangan ini

berlangsung.

Seterusnya, perang dunia pertama ini juga telah menyebabkan hutang Negara meningkat dan terpaksa

menanggung kos beban hutang yang tinggi. Hal ini kerana, Negara yang terlibat dalam peperangan telah

memberlanjakan melebihi had pengeluaran Negara terutama dalam membeli peralatan peperangan yang

agak mahal. Di samping itu juga Negara tersebut tidak dapat menanggung kelengkapan yang rosak akibat

daripada kesan peperangan dan akhirnya terpaksa berhutang. Sebagai contoh, pada akhir perang dunia

pertama kos hutang yag ditanggung oleh Britain adalah dianggarkan sejumlah 74 350 lac pounds. Pada

masa sama, perancis juga menanggung hutang Negara sebanyak 1474720 lac pounds perancis, manakala

Jerman mempunyai hutang sebanyak 160600 lack marks. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa kos

berbelanjaan perang sangat tinggi digunakan oeh Negara tersebut dan melebihi semua kekayaan yang

dimiliki oleh empayar British dan Amerika Syarikat pada tahun 1918.

Selain itu, perang dunia pertama ini juga telah menyebabkan peningkatan harga barang yang mendadak

dalam Negara. Peningkatan berangan pasaran ini berlaku kerana bagi menampung kos kerugian yang

disebabkan oleh perang dunia pertama tersebut. Dalam perkembangan ini juga telah menyebabkan
berlakunya inflasi di dunia. Dalam hal ini, inflasi juga boleh menyebabkan kurangnya nilai sebenar wang

dan pelaburan dalam sesebuah Negara, malah barangan juga boleh berkurang. Oleh itu

Pada masa yang sama, masalah inflasi ini juga telah menyebabkan kerajaan mengambil langkah bagi

mengawal harga barangan dalam setiap Negara. Hal ini kerana, kesan peningkatan harga barang ynag

mendadak ini telah menyebabkan masalah kebuluran dan kekurangan bekalan makanan di dunia. Sebagai

contoh di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyababkaN berlakunya inflasi dan Negara tersebut

dikenakan catuan bahan makanan seperti roti, kentang, susu sehingga menyebabkan rusuhan anti kerajaan

pada tahun 1917.

Di samping itu, kesan perang dunia pertama ini juga telah menyebabkan rakyat terpaksa membayar cukai

yang agak tinggi. Hal ini kerana kos peperangan yang tinggi dapat ditampung melalui cukai yang dibayar

oleh rakyat. Sebagai contoh, dalam situasi ini, Negara tersebut telah mengambil langkah dengan

mewajibkan rakyatnya membayar cukai yang lebih tinggi dari sebelumnya. Pada masa yang sama kesan

perang dunia pertama ini juga menyebabkan mata wang kertas diperkenalkan di dunia kerana tukaran

Akhir sekali kesan perang dunia pertama ini juga menyebabkan Amerika Syarikat dan Jepun menguasai

pasaran dunia. Kegawatan ekonomi di Negara eropah telah menyebabkan pasaran dunia dikuasai oleh

dua Negara maju tersebut iaitu Amerika syarikat dan jepun. Penaklukan pasaran oleh kedua Negara

tersebut amat dirasai oleh Negara Britain. Hal ini kerana, sebelum berlaku perang dunia pertama, Britain

adalah sebagai Negara industry yang terbesar menguasai perdagangan didunia. Merujuk buku, Britain

telah kehilangan kekayaan dalam perdagangan sebanyak 1 per tiga pengaruhnya. Oleh itu, kesan perang

dunia pertama ini menunjukkan Britain mengalami kerugian yang besar terutamanya dalam pasaran

perdagangan dan telah mengubah bentuk ekonomi selamanya kerana Ia menciptakan kekuatan

besar Negara Amerika Syarikat untuk menghancurkan Kerajaan Eropah, menciptakan bangsa-

bangsa baru
Value of economy

Walaupun perang dunia pertama menunjukkan berlakunya kerugian yang besar terhadap Negara Eropah,

namun pada pandangan saya peperangan ini juga membawa kepada kebaikan yang tersirat kepada kita.

Sebagai contoh, kita dapat megenali nilai nilai mata wang asing yang diperkenalkan. Sebagai contoh

sebelum berlaku peperangan terdapat banyak jenis mata asing yang digunakan untuk perdagangan

sehingga selepas berlaku peperangan wujud mata wang kepada system wang kertas.

Seterusnya kemajuan dalam teknologi. Hal ini kerana, semasa peperangan banyak teknologi dicipta

seperti bom berkuasa tinggi, jet pejuang, dan system komunikasi yang canggih. Kemajuan teknologi ini

terus berkembang sehingga pada masa kini dan menyebabkan pembangunan yang pesat di seluruh

Negara. Dalam keadaan ini juga wujud peluang pekerjaan dan ekonomi sesebuah Negara akan meningkat

melalui aliran masuk pendapatan dalammm sesebuah Negara.

Selain itu, system cukai juga digunakan sehingga pada masa kini terutamanya bagi Negara membangun.

Hal ini kerana, cukai yang diperolehi melalui rakyat dapat menampung banyak perbelanjaan dalam

Negara seperti hutang Negara dan pada masa yang sama melalui cukai yang dikutip ini kerajaan dapat

meningkatkan pembangunan sesebuah Negara supaya Negara tersebut terus maju terutama dalam bidang

ekonomi.

Vous aimerez peut-être aussi