Vous êtes sur la page 1sur 2

Terdapat 45063 biji bola berwarna kuning dan 30947

biji bola berwarna jingga di dalam sebuah kotak.


Berapakah jumlah biji bola di dalam kotak itu?
Bilangan telur ayam yang dikutip dalam tempoh
seminggu ialah 65038 biji. Sebanyak 40697 biji telur
ayam dibekalkan ke pasar raya. Berapakah baki telur
ayam yang masih tinggal itu?
Terdapat 3 kotak besar buah oren di atas meja.
Setiap kotak mempunyai 7283 biji oren. Berapakah
jumlah oren kesemuanya?
Terdapat 32688 biji manik di dalam sebuah bekas
besar. Kesemua biji manik tersebut diagihkan secara
sama rata ke dalam 9 buah bekas kecil. Berapakah
biji manik yang ada bagi setiap kotak kecil itu?
Kilang X mengeluarkan 51903 buah beg dalam
sebulan. Kilang Y mengeluarkan 3687 buah beg lebih
daripada Kilang X. Hitungkan bilangan pengeluaran
beg bagi Kilang Y itu.
Nana ada 51835 biji epal. Biji epal Nini pula adalah
7014 biji epal kurang daripada Nana. Berapakah biji
epal yang Nini ada?
Syarikat A mencetak 8502 naskah surat khabar
dalam sebulan. Cetakan surat khabar oleh Syarikat B
adalah 3 kali ganda daripada Syarikat A. Berapakah
jumlah naskah surat khabar yang dicetak oleh
Syarikat B?
Abu ada 30946 biji guli. Guli Abu adalah dua kali
ganda daripada guli Ali. Berapakah biji guli yang Ali
ada?

Vous aimerez peut-être aussi