Vous êtes sur la page 1sur 2

ASAS KERUKUNAN ISLAM

Rukun Iman - 6 Perkara

1. Beriman Kepada Allah


Dengan Iman kita membulatkan keyakinan dan
menundukkan diri serta hati hanya semata-mata
kerana Allah. Secara positif kita menuju tauhid
yang semurninya dan secara negatif menolak
segala bentuk pemujaan kepada selain Allah
s.w.t.
2. Beriman Kepada Malaikat
Dengan iman kita mempercayai adanya
makhluk ghaib yang bernama malaikat yang
menjalankan tugasnya menurut perintah Allah.
Secara positif kita mempercayai kepada alam
ghaib yang diberitakan oleh Allah dan secara
negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib
yang tidak diberitakan oleh Allah.
3. Beriman Kepada Kitab
Dengan beriman kepada kita suci kita
mempercayai adanya kitab-kitab yang Allah
turunkan kepada umat manusia melalui
utusanNya masing-masing bagi memimpin
manusia ke jalan yang selamat dan kitab suci ini
diakhiri dengan kitab suci al-Quran.
4. Beriman Kepada Nabi Dan Rasul
Dengan beriman kepada Nabi dan Rasul kita
mempercayai adanya manusia polihan yang
diutuskan oleh Allah untuk memberikan
petunjuk yang diakhiri dengan Nabi
Muhammad s.a.w.
5. Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan iman kita mempercayai bahawa
disebalik kehidupan di dunia yang fana ini
masih ada lagi kehidupan yang abadi dan
berkekalan iaitu suatu tempat penentuan
kedudukan manusia sama ada di syurga atau
neraka.
6. Beriman Kepada Qada Dan Qadar
Dengan beriman kepada Qada dan Qadar, kita
mempercayai bahawa di samping kita berusaha
dan merancang akan kehidupan di dunia ini,
Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan
terletak di dalam kekuasaanNya.

Vous aimerez peut-être aussi