Vous êtes sur la page 1sur 3

Matematik Tambahan Tingkatan 4 1

Bab 1 Fungsi

1.1a Hubungan
1. Hubungan memasangkan unsur-unsur dalam set A(domain) dengan unsur-unsur dalam
set B mengikut definasi hubungan itu.
2. Hubungan boleh diwakilkan dalam 3 bentuk:
(a) Pasangan bertertib
(b) Gambar rajah anak panah
(c) Graf

1.1b Domain and Kodomain

1. Dalam hubungan antara satu set dengan set yang lain, set pertama dikenali
sebagai domain dan set kedua dikenali sebagai kodomain.
2. Unsur-unsur dalam domain dinamakan objek, manakala unsur-unsur dalam kodomain
dipadankan dengan objek dinamakan imej.
3. Unsur-unsur dalam kodomain tidak dipadankan dengan objek adalah bukan imejnya.
4. Semua imej dalam kodomain boleh ditulis sebagai satu set dinamakan julat.
Matematik Tambahan Tingkatan 4 2
Bab 1 Fungsi

Contoh:
Domain = {3, 4, 5}
Kodomain = {7, 9, 12, 15}
Julat = {9, 12, 15} [7 bukan satu imej kerana ia tidak dipadankan
dengan sebarang objek]
3 ialah objek bagi 9, 12 dan 15.
4 ialah object bagi 12.
5 ialah object bagi 15.
9, 12 dan 15 ialah imej bagi 3.
12 ialah imej bagi 4.
15 ialah imej bagi 5.

1.1c Jenis Hubungan


1. Hubungan boleh dikelaskan kepada 4 jenis, iaitu:
(a) Hubungan satu kepada satu
(b) Hubungan satu kepada banyak
(c) Hubungan banyak kepada satu
(d) Hubungan banyak kepada banyak
Matematik Tambahan Tingkatan 4 3
Bab 1 Fungsi

Vous aimerez peut-être aussi