Vous êtes sur la page 1sur 2

ARAHAN PERLAKSANAAN KIT:

1. Murid akan membaling dadu dan akan bergerak ke setiap petak dam mengikut
jumlah nombor dadu yang diperolehi tadi.

2. Berdasarkan warna petak dam dimana murid berhenti, murid akan bergerak ke
stesen yang mempunyai warna yang sama dengan kotak dam yang dimana mereka
berhenti.

3. Dalam kit ini disediakan lima jenis stesen yang dilabel mengikut warna iaitu stesen
merah jambu muda (stesen 1), stesen hujau (stesen 2), stesen oren (stesen 3),
stesen merah jambu pekat (stesen 4) dan stesen kuning (stesen 5).

4. Pada stesen yang bewarna merah jambu muda (pink muda) (stesen 1):
 murid dikehendaki untuk melengkapkan kotak kosong dengan melekatkan
nombor yang telah disediakan pada bahagian kosong kotak tersebut.

5. Pada stesen yang bewarna hijau (stesen 2):


 murid dikehendaki untuk mengambil penyepit kecil yang telah disediakan
 mereka akan menggantungkan penyepit kecil tersebut pada tali yang telah
disediakan mengikut jumlah yang ditulis pada bahagian tepi tali

6. Pada stesen yang bewarna oren(stesen 3):


 murid dikehendaki untuk memadankan gambar dengan nombor mengikut
jumlah benda yang terdapat dalam gambar dengan cara menyambungkan tali
pada jawapan yang sesuai.

7. Pada stesen yang bewarna merah jambu pekat(stesen 4):


 murid diminta untuk memilih salah satu sampul surat daripada enam sampul
surat yang telah disediakan
 murid dikehendaki untuk menambahkan jumlah nombor dalam sampul surat
tersebut

8. Pada stesen yang bewarna kuning (stesen 5):


 murid dikehendaki untuk membahagikan dan menyusun kayu stik yang
terdapat di dalam bekas mengikut warna kayu stik
 murid diminta untuk mengira jumlah kayu stik yang sama warna dan
kemudian menambah dan mengira jumlah kesemua kayu stik yang terdapat
di dalam bekas tersebut

9. Murid diberikan masa selama tiga minit untuk menjawab soalan di setiap stesen:
 Jika murid tidak dapat menjawab soalan dalam masa yang diberikan, murid
akan dikenakan denda “Mari Menyayi”
 murid akan mengambil salah satu sampul dalam kotak yang disediakan dan
akan mengikut arahan yang terdapat sampul surat tersebut.
 Jika murid dapat menjawab soalan dalam masa yang diberikan, murid akan
diberikan bonus iaitu bergerak dua petak ke depan.

10. Murid dikehendaki untuk menghabiskan permainan sehingga sampai ke garisan


kotak penamat pada dam tersebut.

Vous aimerez peut-être aussi