Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
No comments
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) karya A. Aziz
Deraman membandingkan Melayu Klasik pada abad ke-19 dengan Bahasa Melayu
Moden. A. Aziz Deraman secara umumnya menceritakan fenomena yang berlaku dalam
kebudayaan Melayu. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aziz Deraman
memperlihatkan bahawa Melayu tidak memelihara budaya Melayu sendiri pada masa ini.
Oleh sebab itu kajian dilakukan terhadap Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa
Malaysia (2000) untuk melihat kenyataan A. Aziz Deraman secara lebih mendalam
terhadap Bangsa Melayu. Hasil kajian tentang kebudayaan Melayu ini dibahagikan
kepada tiga aspek iaitu daripada segi politik, ekonomi dan sosial.
Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun
perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga
boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses
politik membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal
berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )
dan berkembang menjadi kerajaan.
...“Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya politik zaman ini, manakala
raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya yang diamalkan sejak
zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal kesinambungannya daripada
tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan upacara yang berhubung dengannya bererti
pemupukan budaya yang berterusan.“ ...
...“Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa sistem
kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-
15.” ...
...“Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara hidup yang mengusahakan
ladang untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri.” ...
Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek
persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat
secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu
aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni,
kesenian, undang-undang, dan bahasa.
Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman terhadap masyarakat Melayu pada halaman 85.
Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka.
Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam
kenyataan yang berbunyi:
...“Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu “Hujan emas di negeri orang,
hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri” ....
3.2.0 Kesenian
Hasil seni Melayu jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai takrifan
makna bersamanya. Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan kata-kata A.Aziz
yang berbunyi:
...“Kesenian kita baik seni lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak (seni
lukis, ukir, arca,tekatan, anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran untuk
menonjolkan identiti budaya dan tamadun kita.” ...
...“Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan contohnya
dalam bidang tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian bertukang emas,
perak, kraf tangan).” ... (Halaman 6)
...“Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan
tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu diterima
dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok sebenarnya
berasal daripada India-Pakistan kini menjadi unsur nasional kita.” ... (Halaman 84)
Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu
aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak
yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh
dibahagikan kepada lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora
yang mana watak dan jalan cerita tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya
perubahan zaman. Wayang kulit bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada
sekitar 40an, 1950-an hingga 60-an. Teater moden pula merujuk kepada yang lain
daripada yang di atas. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni lakonnya.
Seni lakon ini dijelaskan oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul
pergerakan seni lakon masyarakat Melayu yang berbunyi:
...“Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya Melayu mencipta gerak tari
berdasarkan lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta gerak geri fauna. Bunyi
yang lahir daripada desiran angin, titisan hujan dan deruan ombak dan diolah menjadi
nada lagu.” ... (Halaman 111)
...“Kesenian pula terbahagi kepada bentuk tradisional atau sezaman. Bagi Malaysia
bentuk tradisional ada yang berupa etnik seperti makyung, wayang kulit, ngajat, gamelan
atau kesenian rakyat yang mencirikan penyertaan dan penglibatan rakyat seperti
permainan tradisional wau, gasing, dan sebagainya.” ...
...“Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah di
kalangan sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan
dalam bahasa Melayu-Arab dalam dikir berodah.” ... (Halaman 106)
3.4.0 Bahasa
Bahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara
bentuk dan maksud. Bahasa Melayu yang merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia di
bawah keluarga bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000 tahun lalu. Bahasa Melayu
dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal
bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di
Sumatera Selatan.
3.4.1 Dialek
Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa
yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini
paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat juga ditentukan
oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek.
Buktinya adalah berikut:
...“Kita mempunyai pelbagai dialek yang menunjukkan asas keserumpunan. Perjalanan
budaya dan tamadun Melayu berkembang subur dan memukau pengamatan bangsa lain
melingkungi rantau geografi Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, Selatan
Thai, Indo cina dan berkembang ke Kepulauan Pasifik di bahagian timur dan mencecah
Malagasi di Barat sehingga Taiwan (Formosa di bahagian utara” ... (Halaman 10)
3.4.2 Tulisan
Bahasa Melayu mempunyai bentuk tulisan yang tersendiri. Tulisan Jawi telah
mengangkat martabat Melayu dalam bidang keilmuan. Penerangan yang menunjukkan
bahawa tulisan Jawi ini penting dapat dilihat dalam keterangan berikut:
...“Melayu ditingkatkan menjadi bahasa Islam dengan tulisan baru melalui pengenalan
huruf jawi dan mampu menyatakan konsep dan ilmu baru yang berkembang atau
disempurnakan.” ... (Halaman 102)
Bibliografi
A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Posted in: Kebudayaan Melayu
http://didikhibur.blogspot.com/2011/12/aspek-kebudayaan-melayu.html