Vous êtes sur la page 1sur 10

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN

AZLAN SHAH

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

CASE STUDY

APPENDECTOMY

NAMA : MOHAMAD IZWAN B ISHAK

MATRIK : BPP 2016-1462

PENEMPATAN : DEWAN BEDAH AM , HSAH


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1 PENGENALAN 3

2 PERNYATAAN MASALAH 4-6

3 PENCARIAN LITERATUR 7

4 PERBINCANGAN 8

5 RUMUSAN 9

6 RUJUKAN 10

2
PENGENALAN

Appendektomi, atau lebih dikenali sebagai appendisektomi adalah suatu pembedahan pembuangan
surgical appendiks vermiform. Appendektomi adalah rawatan standard untuk kes appensitis akut.
Adalah penting untuk melakukan prosedur appendektomi selepas pesakit mendapat diagnosis untuk
mengelakkan kejadian komplikasi appendisitis yang mengancam nyawa.

Appendektomi boleh dilakukan secara laparoskopi atau pembedahan terbuka. Pembedahan


secara laparoskopi adalah lebih kurang kesan sampingan tetapi memakan kos yang tinggi.
Pembedahan laparoskopi sering digunakan jika diagnosis pesakit adalah meragukan, atau atas
permintaan pesakit sendiri atas sebab-sebab kosmetik. Pembedahan laparoskopik mengambil masa
penyembuhan yang sekejap berbanding pembedahan terbuka.

Appendisitis

Appendisitis adalah inflamasi appendiks vermiform dan pertama kali dijumpai oleh Reginald
Fitz pada tahun 1886. Ia disebabkan oleh obtruksi yang akan menyebabkan infeksi, bahan asing atau
tumor. Appendisitis boleh menyerang tanpa mengira jantina dan umur, tetapi ianya lebih kerap
terjadi dalam kalangan lelaki dalam lingkungan umur 10 – 30 tahun. Appendisitis adalah suatu
penyakit yang paling kerap berlaku dan biasa berlaku tetapi ia juga antara penyakit yang paling kerap
disalahdiagnosa oleh pengamal perubatan. Satu-satunya pembedahan yang boleh dilakukan untuk
merawat appendiks ialah appendektomi.

3
Penyataan Masalah

Nama : SILVA A/L MANIAM

umur : 35

Jantina : LELAKI

Pekerjaan : PELAJAR

Diagnosis : ACUTE APPENDICITIS

Prosedur pembedahan : APPENDECTOMY

Aduan utama :

 Pesakit mengadu mangalami kesakitan di bahagian abdomen


 Demam
 Muntah 3 hari berturut-turut.

Sejarah penyakit kini :

 Pesakit sihat sebelum ini, kemudian pesakit mengadu mengalami kesakitan di bahagian
abdomen. Kesakitan tersebut bermula di bahagian periumbilikal dan merebak ke bahagian
kuadran bawah kanan. Beliau dibawa ke unit kecemasan Hospital Tunku Ampuan Najihah.
Suhu pesakit ketika di unit kecemasan adalah 38.3°, bacaan nadi adalah 88bpm dan tekanan
darah adalah 130/90mmhg. Pemeriksaan fizikal membuktikan keputusan positif untuk
rebound tenderness iaitu kesakitan di bahagian right iliac fossa. Pesakit dimasukkan ke wad
surgikal.

Sejarah penyakit lalu :

 Tiada sejarah ubatan


 Tiada sejarah pembedahan

4
Di wad surgikal, beliau telah melakukan beberapa pemeriksaan untuk mengesahkan diagnosa
penyakit beliau. Antara pemeriksaan yang dilakukan ialah urin FEME, FBC, BUSE dan X-ray abdomen.
Keputusan yang diterima oleh pesakit adalah seperti berikut;

Full Blood Count

Investigasi Keputusan Unit Julat Rujukan


Red cell count 5.57 X10^12/L (4.5 – 6.0)
Haemoglobin 17.9 g/dL (13.7 – 18.0)
Haematocrit 52 % ( 40 - 54)
MCV 94 fL (82 – 100)
MCH 32 Pg (27 – 32)
MCHC 34 g/dL (32 – 36)
RDW 13.2 % (4.0 – 11.0)
Platelet count 235 X10^9/L (150 – 400)
White cell count 21.2 X10^9/L (4.0 – 11.0)

BUSE

Investigasi Keputusan Unit Julat Rujukan


Urea 4.7 mmol/L (3.2 – 8.0)
Sodium 135 mmol/L (137 - 150)
Potassium 3.8 mmol/L (3.5 – 5.3)
Chloride 100 mmol/L (99 – 111)

Urin FEME

Investigasi Keputusan Unit Julat Rujukan


Appearance Cloudy Clear
Colour Yellow Yellow
SP Gravity 1.028 0 (1.003 – 1.030)
Ph 6.0 0 (4.6 – 8.0)
Albumin Negative 0 Negative
Glucose Negative 0 Normal
Ketones 1.5 0 Negative
Blood Trace 0 Negative
RBC 10 /uL (0 – 9)
WBC NIL
Epithelial Cells NIL
Casts NIL
Crystals NIL

5
Pesakit telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan appendektomi. Sebelum itu, di wad,
pesakit telah diarahkan untuk berpuasa selama 12 jam untuk mengosongkan gaster bagi tujuan
pemberian anestasia dan ‘muscle relaxant’ semasa pembedahan.

Ketika pembedahan, satu insisi berukuran dalam dua hingga tiga inci telah dilakukan pada
lapisan kulit dan lapisan diding abdomen di kawasan appendiks. Pakar bedah kemudiannya
membuka kawasan appendiks yang selalunya berada di baagian bawah kanan abdomen. Selepas
memastikan tiada sebarang masalah di kawasan tersebut, appendiks itu dipotong. Ia dibuat dengan
cara melepaskan appendiks tersebut daripada lekatan masentrik yang melekatkan appendiks
tersebut kepada abdomen dan kolon. Setelah appendiks tersebut dipotong satu jahitan dibuat untuk
menutup bukaan di kolon dan akhirnya insisi yang dibuat di abdomen, ditutup dengan jahitan.

Selepas pembedahan dilakukan, pesakit dibawa ke kawasan pemulihan di mana tanda vital
pesakit diambil setiap 10 minit sebelum pesakit betul-betul stabil dan dibenarkan pulang ke wad.

Antara arahan doktor untuk pesakit sebagai perawatan selepas pembedahan ialah

 2 ʘ D/saline dan 2 ʘ D5% 24 jam


 IV Zinacef 750mg 8 hly
 IV Flagyl 500mg 8 hly
 IM Pethidine 3cc 6hly PRN

Selepas pesakit stabil di bahagian pemulihan, pesakit dihantar pulang ke wad beliau. Ketika
pulang tanda vital pesakit adalah stabil dengan suhu 37.2°, nadi 98, SPO2 99, pernafasan 22 dan
kawasan luka pembedahan tidak lembap dan berair.

6
PENCARIAN LITERATUR

Menurut buku Textbook of Medical Surgical Nursing edisi ke-11 yang ditulis oleh Brunner
dan Suddarth’s, pada tahun 2000 menyatakan bahawa terdapat satu sistem skor klinikal yang
digunakan untuk membantu mendiagnosis penyakit appendisitis yang dipanggil Alvarado Score.
Sistem penskoran ini mempunyai 6 item klinikal dan 2 ujian makmal yang menjumlahkan 10 markah.
Markah 5 – 6 adalah bersesuaian dengan diagnosis appendisitis akut. Markah 7 – 8 menandakan
kemungkinan yang tinggi kejadian appendisitis akut, manakala markah 9 – 10 menandakan kepastian
penyakit appendisitis akut.

Menurut buku ‘Acute and suppurative Appendicitis: Disease Duration and Its Implications’
yang ditulis oleh Hobler K. Spring pada tahun 1998, prognosis pembedahan appendektomi adalah
baik, namun ianya boleh menjadi teruk jika pembedahan dilakukan dengan lambat dan peritonitis
berlaku. Kadar pemulihan selepas pembedahan pula bergantung kepada umur,jantina, kondisi
pesakit dan juga komplikasi yang berlaku semasa pembedahan. Secara amnya, kadar pemulihannya
adalah 10 hingga 28 hari. Bagi kanak-kanak pula kadar kepulihannya adalah lebih kurang 3 minggu.

7
PERBINCANGAN

Patofisiologi :

Appendisitis dikatakan bermula apabila bukaan daripada appendiks didalam cecum


tersumbat. Sumbatan ini mungkin berpunca daripada mucus tebal yang terbentuk di dalam
appendiks atau najis yang mengeras yang memasuki appendiks melalui cecum. Najis yang mengeras
ini dinamakan fecalith. Pada masa yang sama tisu limfatik di dalam appendiks akan membengkak.
Selepas penyumbatan berlaku, bakteria akan mula menginfeksi dinding appendiks. Badan akan mula
menunjukkan reaksi dan menyerang bakteria dan menyebabkan inflamasi berlaku.

Komplikasi

Komplikasi paling kerap pada pesakit appendiks adalah perforasi. Perforasi appendiks boleh
menyebabkan periappendiceal abses di mana nanah akan terkumpul di dalam lapisan peritoneum
dan menyebabkan peritonitis. Penyebab utama perforasi appendiceal adalah kelambatan
pendiagnosaan dan rawatan. Secara amnya, semakin lambat pendiagnosaan dilakukan semakin
tinggi kemungkinan untuk berlakunya perforasi.

8
RUMUSAN

Berdasarkan kajian kes ini, bolehlah dikatakan appendektomi ini adalah pembedahan yang
sering dipandang enteng oleh sesetengah pihak namun secara sebenarnya pembedahan ini juga
mempunyai risiko yang sendiri. Appendisitis itu sendiri juga mempunyai risiko yang tersendiri
terutamanya jika ianya lambat mendapat rawatan dan juga lambat didiagnosa. Perforasi boleh
berlaku dan jika perforasi berlaku, maka komplikasi yang lebih teruk boleh berlaku pada pesakit.
Selain itu, pesakit yang baru melakukan pembedahan appendektomi juga perlu menjaga tempat
jahitan dengan baik agar tempat luka tersebut tidak mengalami infeksi. Selain itu, ketika melakukan
pembedahan juga, anggota kesihatan juga perlu mengamalkan teknik aseptik yang betul agar pesakit
tidak mengalami septisemia selepas pembedahan. Anggota kesihatan juga perlu memberikan
pendidikan kesihatan kepada pesakit tentang penjagaan luka yang betul.

9
RUJUKAN

1) Brunner, Suddarth., Textbook of Medical Surgical Nursing., Eleventh Edition., 2000.

2) Ross and Wilson Anatomy and Physiology in Health and Illness., Tenth Edition., Elsevier.

10

Vous aimerez peut-être aussi