Vous êtes sur la page 1sur 4

HALAMAN PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya ”

TANDATANGAN : ……………………….

NAMA : MUHAMMAD IZZAT BIN IBRAHIM

TARIKH : 1 MAC 2018

i
LATAR BELAKANG PEREKA :

NAMA MUHAMMAD IZZAT BIN IBRAHIM

KAD PENGENALAN 960928025837

TARIKH LAHIR 28 SEPTEMBER 1996

ALAMAT NO. 333 JALAN MELUR 12, TAMAN MELUR, JALAN


WANG TEPUS, 06000 JITRA, KEDAH

PROGRAM 4 PISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1

AMBILAN JUN 2015

TELEFON 0134160257

ii
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek Asas Perakaunan Dan Perniagaan. Sepanjang
menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit
mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang
pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya
akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan
dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu dalam merangka Rancangan
Pemasaran dan membuat laman sesawang perniagaan. Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan
tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu, En Zabidi Bin Abdul Wahab kerana
beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan
ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang
telah diamanahkan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga
saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi
menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini ditujukan juga kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua,
tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

iii
PENGENALAN

Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci


berkenaan dengan selok-belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan
modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan
informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan
perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi-
institusi kewangan.
Pemasaran merupakan satu strategi yang amat penting dalam meningkatkan jualan
dan memerlukan perhatian yang lebih. Perniagaan perlu mengambil berat tentang aspek-
aspek yang berkaitan dengan strategi pemasaran yang berkemungkinan dapat memberi
keuntungan dan menjadikan projek yang dirancang lebih berdaya maju dan berdaya saing.
Rancangan pemasaran terkandung di dalam sesebuah rancangan perniagaan merupakan
satu perkara yang penting dan diambil berat kerana ia merupakan penentu kepada
keuntungan perniagaan. Hal ini kerana rancangan pemasaran merupakan kaedah
bagaimana proses untuk memasarkan produk yang dijual kepada pelanggan. Oleh itu
rancangan pemasaran yang dirangka haruslah dirangka dengan teliti dan mengambil kira
pelbagai aspek dan elemen untuk memasarkan produk yang dijual.
Antara kandungan rancangan pemasaran adalah analisis terhadap pasaran, ia perlu
dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan.
Rancangan pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek
pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah
potensi pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya).
Rancangan pemasaran perlu menjawab soalan-soalan ini. Apakah kelebihan dan ciri-ciri
yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia mudah diperoleh
menerusi pesaing-pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor-faktor yang bakal menarik
minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat - adakah ia lebih tinggi dari
pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran.
Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus?
Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan?
Apakah teknik-teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana?

iv

Vous aimerez peut-être aussi