Vous êtes sur la page 1sur 3

‫الر ِحي ِْم‬

َّ ‫الرحْ َم ِن‬ َّ ِ‫ِِس ِْم هللا‬


‫علَى آ ِل ِه‬ َ ‫علَى‬
َ ‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َوالعَاقِبَة ِل ْل ُمت َّ ِقيْنَ َوال‬, َ‫ب العَالَ ِميْن‬
ِ ِّ ‫ا َ ْل َح ْم ُد هللِ َر‬
َ‫ص َحابِ ِه أَجْ َم ِعيْن‬
ْ َ ‫َوأ‬

Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana
, penjaga masa, seterusnya warga dewan yang dirahmati Allah.

Bukan berdiri sebarang berdiri, namun berdirinya saya untuk menyampaikan sebuah syarahan
yang bertajuk: Al-Qur’an Benteng Gejala Sosial.

Hadirin sekalian,

“Al-Quran panduan penunjuk jalan..”

Tak kenal maka tak cinta. Terlebih dahulu, saya definisikan tajuk syarahan saya pada hari ini.
Secara konseptualnya, Al-Quran Benteng Gejala Sosial ialah apabila mereka menjadikan Al-
Qur’an sebagai panduan dalam kehidupan. Sebaliknya Kelemahan Umat Islam pada hari ini
adalah kerana mereka lalai dan alpa memahami isi kandungan Al-Qur’an yang diturunkan oleh
Allah SWT dan tidak mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Maka, terjadilah pelbagai masalah
gejala sosial yang merunsingkan seluruh masyarakat.

Wacana Fikrah saya yang pertama pada hari ini, Al-Quran Mukjizat Terulung.

Al-Qur’an adalah mukjizat agung yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Rasul
pilihan-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW. Kita sebagai Umat Islam yang mengaku beriman tidak
perlu ragu-ragu akan kebenaran Al-Qur’an sebagai kitab pegangan hidup manusia kerana telah
jelas sekali disebut dalam Al-Qur’an, Allah SWT berfirman :

Maksudnya: “Jika kamu dalam ragu-ragu tentang ( Qur’an ) yang Kami turunkan kepada
hamba Kami ( Muhammad ), maka perbuatlah olehmu satu surat seumpamanya dan
panggillah saksi-saksimu lain selain daripada Allah, jika kamu orang yang benar. ( Surah
Al-Baqarah,ayat: 23 )

1
Kita pasti bahagia dan sejahtera jika membangun dunia, memakmurkan bumi ini dengan
mengikut landasan Al-Qur’an. Sebaliknya cahaya kebahagiaan tidak akan terbit dari jiwa
masyarakat yang mahu membangunkan negara sekiranya mereka meminggirkan nilai-nilai Al-
Qur’an. Manusia juga tidak akan tersesat selagi berpegang teguh dengan kitabullah dan Sunnah
Rasulullah SAW. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-
duanya, iaitu, Kitabullah dan Sunnah pengajaranku”. (Al-Hadith)

Meniti wacana fikrah kedua saya berbunyi, Al-Quran Asas Kebahagiaan dan
Kesejahteraan Hidup.

Orang yang benar-benar menghayati ajaran Al-Qur’an akan memiliki nilai ukhwah dan perpaduan
yang tulen serta mengelak daripada berlaku sebarang persengketaan sesama insan khususnya
saudara seagama. Pembentukan keluarga adalah bergantung kepada kedua ibu bapa.
Bagaimana mereka perlu mencorak anak-anak yang bakal membesar dan seterusnya
membentuk masyarakat juga telah diceritakan di dalam Al-Quran. Sebagaimana sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadan fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang menyebabkan
dia menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi” (Al-Hadith)

Apabila Al-Quran tidak diterima sebagai asas kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, maka
pelbagai gejala sosial akan muncul. Antaranya, masalah rempit, pergaulan bebas, berzina,
minum arak dan sebagainya. Perkara ini lah yang kita takuti andainya menular dalam kalangan
generasi muda masa kini.

Saudara, wacana fikrah saya yang ketiga, Al-Quran Sumber Ilmu.

Al-Quran kaya dengan khazanah ilmu dan maklumat. Justeru, dalam rangka menjadi umat yang
berkualiti, mampan dan cemerlang, ilmu dan maklumat bermanfaat yang dirakamkan oleh Allah
SWT di dalam Kitab suci-Nya itu hendaklah dipelajari dan dihayati sepenuhnya. Ini boleh
dilakukan secara pembacaan dengan meneliti, memahami serta menghayati sungguh-sungguh
maksud dan tujuan setiap kalimat dan ayatnya.

Al-Qur’an Al-Karim menyajikan pelbagai bidang disiplin ilmu yang amat luas. Ia merangkumi ilmu
Tauhid, Akhlak, Ibadat, hukum-hakam, Muamalat di samping maklumat-maklumat seperti
Geografi, Sains, Perubatan, Peperangan, Politik, Peristiwa-peristiwa akan datang dan banyak
lagi. Ilmu-ilmu dan maklumat-maklumat tersebutlah yang menjadikan Al-Qur’an sebagai satu-
2
satunya kitab yang sempurna sebagai kekuatan atau rahmat dan pelajaran bagi orang-orang
yang beriman.

Konklusinya,

Kita perlulah mempelajari, memahami serta mempraktikkan ajaran di dalam Al-Quran.


Sesungguhnya, Al-Quran itu dapat menjadi banteng gejala sosial kerana ianya mukjizat terulung
Nabi Muhammad S.A.W, menjadi asas kebahagiaan manusia dan sumber ilmu yang cukup
komprehensif.

Akhir kalam, sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum w.b.t

Vous aimerez peut-être aussi