Vous êtes sur la page 1sur 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAAN

“SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI”


SEMPENA PERSARAAN
PN HAJAH ZAITON BT ISMAIL

BIL CUE ATURCARA / SKRIP CATATAN


1. MURID- MURID Mengumumkan ketibaan yang diraikan, Puan Hajah Zaiton bt Ismail diiringi oleh Yang Berbahagia
BERKUMPUL Datin Hajah Siti Rokiah bt Salleh, Guru Besar SK Setiawangsa dan barisan guru penolong kanan.
DI DEWAN
DATUK
RUSLAN
MADON
2. UCAPAN ALU- Daun layu di tengah gurun,
ALUAN Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Bismillahhirahmanirrahim.

Pagi yang indah penuh ceria. Hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis “Sanjungan
Budi Kilauan Bakti” sempena persaraan Puan Hajah Zaiton bt Ismail.

Yang Berbahagia, Datin Hajah Siti Rokiah bt Salleh, Guru Besar SK Setiawangsa, Yang Dihormati
Pn Zation bt Dahari, Guru Penolong Kanan Tadbir& Kurikulum, Pn. Jasniza bt Mohamed,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Syaiful Amri b Abdullah, Guru Penolong Kanan Ko
kurikulum, Yang Diraikan Puan Hajah Zaiton bt Ismail, guru guru, wakil daripada PIBG SK
Setiawangsa, seterusnya murid-murid yang dirahmati Allah sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakuh dan salam sejahtera.
Selamat datang ke :
Majlis “Sanjungan Budi Kilauan Bakti” sempena persaraan Puan Hajah Zaiton bt Ismail.
1
3. BACAAN DOA Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bagi menambah keberkatan majlis kita,marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dilafazkan oleh …………………………………………………………………….

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Amin amin ya rabbal ‘alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada…………………………………………………… atas


bacaan doa itu tadi.

4. TAYANGAN Para hadirin yang diraikan sekalian,


VIDEO
Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang biografi dan memori
perjalanan buat yang diraikan Puan Hajah Zaiton Bt Ismail. Marilah kita sama sama saksikan dan
hayati momen- momen indah tersebut.

Begitulah persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan


persembahan tersebut dapat memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.

2
5. UCAPAN Bukan keris tanpa ulunya
GURU BESAR Bukan majlis kalau tanpa ucapannya

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berbahagia Datin Hajah Siti Rokiah bt Salleh, Guru Besar SK Setiawangsa untuk menyampaikan
ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin Hajah Siti Rokiah bt
Salleh, Guru Besar SK Setiawangsa atas ucapan sebentar tadi.

Yang diraikan, Puan Hajah Zaiton Bt Ismail

Jasamu di kenang, budimu tak terbilang,


Semangatmu di julang, kepimpinanmu gemilang.
RASHID EDIT
Begitulah yg boleh kita perkatakan atas segala bakti dan jasa yg dilakukan oleh Puan Hajah UCAPAN
Zaiton Bt Ismail sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru. Beliau telah melalui semua fasa YANG KAT
dalam perkhidmatannya samada fasa kegembiraan, kesedihan, kebuntuan, kejayaan , kegagalan SEBELAH NI
dan sebagainya. YE...IKUT
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- RASHID LA
NK TULIS APE
Warga dewan sekalian, SBB RASHID
LEBIH
Majlis diteruskan dengan mempersilakan yang diraikan Puan Hajah Zaiton Bt Ismail diiringi Yang MENGENALI K
Berbahagia Datin Hajah Siti Rokiah bt Salleh, Guru Besar SK Setiawangsa ZAITON
untuk naik dan duduk di singgahsana yg telah dikhaskan di atas pentas ini. Dipersilakan. KAN..TU WATI
COPY PASTE
JE

3
6. BACAAN Sudah biasa kita dengari
BIODATA Patah tumbuh hilang berganti
YANG DIRAI Namun tak sama dengan yang ini
Tak mungkin ada galang ganti.

Hadirin sekalian,

Agenda majlis diteruskan dengan sedikit bacaan biodata diri buat yang diraikan Puan Hajah Zaiton
Bt Ismail............................(rashid blh la tambah ape2 lg)

7. UCAPAN Tampak dari Tanjung Agas,


YANG Menggamit rindu datang ke mari;
DIRAIKAN PN Rinduan kami tetap berbekas,
HAJAH Kenangan bersama memahat memori.
ZAITON BT
ISMAIL Hadirin sekalian,
Bakti dan jasa Puan Hajah Zaiton Bt Ismail terbukti sudah, kehadirannya merupakan sebutir
permata yg menyinari dunia pendidikan. Kata nasihat tidak pernah putus dari mulut
beliau,bersama-sama dengan khidmat beliau yg tak pernah kenal erti lelah. Hari ini kita bertuah
kerana berpeluang untuk mendengar ucapan dan kata-kata nasihat daripada beliau. Marilah
bersama-sama kita hayati barisan ucapan terakhir beliau di sekolah ini pada hari ini dan ketika ini.
Majlis dengan syahdunya mempersilakan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menggamit rindu datang ke mari,
Teman sepermainan di tengah laman;
Kenangan bersama memahat memori,
Tautan kasih sepanjang zaman.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan beliau itu tadi.

4
8. PERSEMBAHA Hadirin sekalian,
N MURID
Persembahan 1

Sebagai tanda penghargaan daripada murid2 SK Setiawangsa, kita perdengarkan dan saksikan
persembahan lagu-lagu daripada mereka khas disampaikan untuk Puan Hajah Zaiton Bt Ismail.
Dengan itu majlis mempersilakan kumpulan koir yang terdiri daripada murid- murid thn 6
Wawasan dengan lagu mereka Count On Me dan Doa Perpisahan.
Dipersilakan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Untuk pengetahuan hadirin semua, persembahan
koir itu tadi adalah di bawah bimbingan Puan Norlaina bt Abdullah.

Persembahan 2

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
daripada dua orang murid kelas 6 Cerdas. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang
bertajuk ………………………………………………………………………
Dipersilakan adik Syed Muhammad Kadzim AlAttas b Syed Sheikh AlAttas dan adik Alifah
Maisarah bt Abdul Halim.

Itulah sebentar tadi persembahan sajak yang sangat hebat khas buat yang diraikan Puan Hajah
Zaiton Bt Ismail.

9. PERSEMBAHA Terbang bebas si rama-rama


N GURU Teratai mekar di tengah lembah
Majlis Persaraan diiringi irama
Persembahan nyanyian turut dipersembah.

5
Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama2 saksikan persembahan nyanyian daripada guru
guru Tahun 6 SK Setiawangsa dengan lagu mereka, Lagenda. Dipersilakan.
Begitulah persembahan yang hebat daripada guru guru tahun 6 SK Setiawangsa sebagai
kenangan pada hari yang terakhir kita bersama sama dengan yang diraikan Puan Hajah Zaiton Bt
Ismail.

10. PENYAMPAIA Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


N HADIAH DAN
CENDERAMAT Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan
A buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Puan Hajah Zaiton Bt Ismail.
Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia Datin Hajah Siti Rokiah bt Salleh, Guru Besar SK Setiawangsa bersama sama barisan
Guru Penolong Kanan SK Setiawangsa untuk mengiringi Yang Diraikan Puan Hajah Zaiton Bt
Ismail naik ke pentas bagi menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada

1. Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Setiawangsa. Untuk itu majlis mempersilakan
pengerusi BKGK, Ust Ahmad Shauki b Hj Sepian naik ke pentas bagi menyampaikan
cenderamata. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.

2. Seterusnya, majlis menjemput Yang Dihormati Pn Hajah Zation bt Dahari, GPK Tadbir dan
Kurikulum SK Setiawangsa bagi mewakili pihak pentadbir SK Setiawangsa untuk menyampaikan
cenderamata kepada yang diraikan Puan Hajah Zaiton Bt Ismail.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.

6
3. Seterusnya majlis dengan berbesar hatinya menjemput Yang Berbahagia Datin Hajah Siti
Rokiah bt Salleh, Guru Besar SK Setiawangsa untuk menyampaikan cenderamata bagi mewakili
semua guru SK Setiawangsa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih buat Yang Berbahagia Datin Hajah Siti Rokiah bt Salleh, Guru Besar SK
Setiawangsa atas kesudian menyampaikan cenderamata tersebut.

4. Bagi mewakili guru2 aliran Tahun 6 SK Setiawangsa, majlis mempersilakan Puan Zurita bt
Jaafar naik ke pentas bagi menyampaikan cenderamata.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kpd Puan Zurita atas penyampaian cenderamata itu tadi.

5. Majlis seterusnya mempersilakan Ketua Aliran Tahun 5 SK Setiawangsa mewakili guru2 aliran
Tahun 5 SK Setiawangsa untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sedikit tanda kenang
kenangan buat yang diraikan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.

6. Dan yang terakhir, majlis mempersilakan Yang Dihormati En Amiruddin b Sahudi, YDP PIBG
SK Setiawangsa untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak PIBG. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kpd Yang Dihormati En Amiruddin b Sahudi atas kesudian menyampaikan
cenderamata tersebut.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan
Puan Hajah Zaiton Bt Ismail.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hajah Zaiton Bt Ismail atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Yang Berbahagia Datin Hajah Siti Rokiah bt Salleh, Guru Besar SK Setiawangsa
mengiringi Yang Diraikan Puan Hajah Zaiton Bt Ismail sebentar tadi.

7
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.

11. PENUTUP Tiba waktunya untuk menyusun jemari


Membuang segala kerikil bersalut dihati
Maafkan kami andai ada salah silap tanpa disedari
Agar saat perpisahan ini indah
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebentar lagi akan diadakan acara
bersalam salaman antara guru- guru SKS dan murid murid dengan yang diraikan Puan Hajah
Zaiton Bt Ismail.

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hajah Zaiton Bt Ismail.
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan
agar Yang Diraikan Puan Hajah Zaiton Bt Ismail bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi Kilauan Bakti ” ini.

Buat Yang Diraikan Puan Hajah Zaiton Bt Ismail.

Jelinglah kami jika rindu masih bertamu


Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat bersara menjadi guru
Semoga Allah sentiasa merahmatimu

8
Dari mana asalnya usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan disimpam di dalam hati

Ubi manis ubi keladi


Kalau ada ditambah lagi
Sekiranya umur panjang direstui
Kita pasti berjumpa lagi.

Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.


Majlis bersurai.

Vous aimerez peut-être aussi