Vous êtes sur la page 1sur 5

PENGENALAN

Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah bahawa
metematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa
matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Mengapakah keadaan demikian terjadi?
Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah
rendah dan menengah mempelajari matematik. Sebagai contoh, pada masa dahulu apabila
mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru Cuma menulis sifir darab pada papan tulis dan
murid menyalinnya kedalam buku latihan. Kemudiaan, ,murid-murid menghafaznya dan
meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal oleh guru.

Selain itu, mereka juga diberi banyak latihan kira-mengira dalam topik berkenaan.
Akhirnya, murid-murid memang mahir dalam kira-mengira operasi darab tetapi tidak mengerti
apa yang dilakukannya. Oleh sebab matematik merupakan mata pelajaran yang bertimbun dan
memerlukan kefahaman pada pelajaran yang diajar dahulu sebelum mempelajari topik baru
dimulakan, pembelajaran matematik akan bertambah susah kepada murid-murid apabila mereka
meningkat sehingga kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham paa
peringkat awal.

Sebagai seorang guru matematik yang berkesan dan pendidik matematik yang pakar,
maka wajar bagi kita mengetahui perkembangan kognitif murid-murid dan cara-cara bagaimana
mereka memahami konsep matematik supaya pengajaran kita lebih berkesan. Dengan
mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak, pendidik-pendidik matematik yang sesuai
dengan kebolehan kognitif dan psikologi murid dalam mata pelajaran matematik.

Berdasarkan Teori Pembelajaran Jean Piaget, Beliau adalah ahli psikologi yang agung
dalam bidang pendidikan dan banyak membuat kajian dan eksperimen dalam bidang psikologi
pembelajaran kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa pemikiran kanak-kanak berbeza dari satu
peringkat ke satu peringkat dan telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak empat
peringkat.
1. Peringkat Deria Motor
Peringkat ini bermula dari masa lahir hingga ke umur dua tahun. Kanak-kanak
mengetahui alam sekitarnya melalui kesan deria dan gerak balasnya. Mereka mengetahui
benda-benda wujud dalam alam persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal,
tetapi tidak berfikir langsung kepada benda itu wujud. Misalnya, kanak-kanak tahu ibu
akan mendampinginya jika dia menangis. Dia juga mengetahui adanya perhubungan
antara benda-benda. Misalnya jika dia berasa lapar, dia menangis, dia juga mengetahui
adanya perhubungan antara benda-benda. Misalnya, jika dia berasa lapar, dia menangis;
jika hendak menaiki meja, dia akan menggunakan kerusi.
2. Peringkat Pra-Operasi
Peringkat ini bermula dari umur dua tahun hingga keenam tahun. Pada peringkat ini,
kanak-kanak lebih social dan menggunakan bahasa serta tanda untuk mengambarkan
sesuatu konsep. Mereka masih tidak dapat membuat perbandingan antara benda, tidak
mengetahui padanan satu dengan satu antara objek dan hubungan antara objek;tidak
dapat mengelaskan objek-objek mengikut saiz, warna dan sebagainya. Tambahan pula,
pemikiran mereka dipengaruhi oleh apa yang diamatinya.
3. Peringkat ini bermula dari umur enam tahun hingga dua belas tahun. Kanak-kanak mula
dapat mengekalkan konsep padanan 1 dengan 1 antara dua set; mereka dapat juga
memahami konsep keterbalikan dan dapat membalikkan proses secara abstrak. Pada
peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari lebih daripada dua perkara pada satu
masa dan dapat menguasai konsep keabadian. Dalam eksperimen menuangkan kuantiti
air yang sama ke dalam dua silinder berukuran berbeza, kanak-kanak menyimpulkan
bahawa kuantiti air tidak berubah walaupun bentuk berubah. Selain itu, kanak-kanak
mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek. Mereka dapat
juga memahami aritmetik asas, jisim, sifat transitif dan proses matematik. Tetapi
pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman
secara langsung.

Selain ini, Bergeson (2000) menyatakan bahawa bahan manipulatif dapat membantu murid
memahami konsep dan proses Matematik. Dalam penukaran unit ini, focus diberikan kepada
proses yang terlibat dan bahan yang dipersembahkan mestilah menarik serta praktikal untuk
digunakan. Afifah Abdul Majid (2011) bahan manipulatif merupakan bahan yang boleh
diaplikasikan kepada deria manusia terutama kanak-kanak dimana mereka sangat memerlukan
bahan manipulatif sebagai bahan ransangan dalam pembelajaran. Setelah dibuat pemerhatian dan
tembual, murid kelihatan lebih keliru jika untuk mendarab atau bahagi dengan nombor gandaan
10, 100 dan 1000. Pendapat ini telah disokong oleh Tsamir, Sheffer & Tirosh (2000) dimana
pembahagian nombor bulat, khususnya pembahagian melibatkan gandaan 10 adalah satu konsep
yang sukar. Secara khusus, R.E Reys dan D.A Grouws (1975) mendapati ramai murid tidak
menganggap sifar sebagai nombor. Menurut Mohd Ghazali bin Ismail dan Marzuki bin Ngah
(2011), rata-rata murid mengalami masalah dalam mengenal pasti unit yang besar dan unit yang
kecil bagi membuat penukaran unit dalam Sistem Metrik. Murid tidak memahami hubung antara
setiap unti dan tidak memahami pergerakan dan perubahan titik perpuluhan apabila menukar
unit. Kajian yang dijalankan oleh Maryam Nur Syaheeda Wahib, Aziz Omar (2009) mendapati
murid-murid yang mempunyai masalah mengingat fakta asas darab akan menyebabkan mereka
mengalami masalah dalam perdaraban nombor bulat. Demikian itu, pengkaji akan menunjukkan
pengiraan secara congakk samada darab ataupun bahagi. Menurut clement and Callahan (1983)
dan Cobb (1987), kepentingan pendedahan pengiraan secara kognitif dan menyerlahkan
hubungan antara aktiviti yang berbentuk logical serta pembangunan dalam penyelesaian
masalah. Selain itu, kaedah ataupun teknik jari akan di tunjukkan untuk membuat sebarang
penukaran unit antara jisim. Teknik jari diambil daripada satu kaedah orang korea yang lama
dipanggil Chisanbop. Kaedah ini dapat membantu anak-anak yang bermasalah kinestik dimana
memerlukan kaedah sentuhan, perasaan dan pergerakan untuk belajar, kaedah ini akan menjadi
kaedah yang sangat berkesan bagi kanak-kanak yang merasakan ianya dan mudah untuk
dipelajari, Christine M. Field.

Pengertian berat dalam sains, terminologi untuk jisim dan berat adalah dua pengertian yang
berbeza. Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam suatu objek manakala berat ialah tindakan gravity
ke atas jisim. Walaubagaimana pun, kedua-dua penggunaan terminologi ini agak kurang
berkesan tetapi pada bahasa maksudnya adalah sama. Biasanya proses berat objek merujuk
kepada jisim. Konsep jisim adalah lebih sukar untuk difahami kerana jisim tidak boleh dilihat,
tetapi boleh dipegang dan diarasa. Dengan kata lain berat dua objek tidak boleh dibandingkan
dengan melihat. Berat objek tidak berkadar terus dengan saiz. Ketulan besi yang kecil mungkin
lebih berat daripada bungkusan besar tidak semestinya lebih berat daripada bungkusan besar
kapas. Maka adalah penting untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa “saiz objek yang
besar tidak semestinya lebih berat daripada objek bersaiz kecil” Unit bukan piawai berat ialah
sebarang ukuran berat abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh objek yang biasa digunakan
adalah kekacang, biji getah, klip kertas, paku tekan dan batu kelikir. Unit ukuran berat boleh
diterima di peringkat antarabangsa.

KESIMPULAN

Selepas mengetahui teori-teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi dan ahli-ahli
matematik yang terkenal, apakah implikasinya kitabsebagai guru matematik dalam pengajaran
kita di sekolah? Daripada teori-teori yang dibincangkan sebelum ini murid-murid mempelajari
konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Tugas guru ialah menyediakan berbagai-bagai
situasi dan aktiviti dengan menggunakan alat-alat bantu mengajar untuk membekallan pelbagai
pengalaman konkrit kepada murid. Pengajaran guru hendaklah berpusatkan murid dan murid
menjalankan aktiviti untuk menemui rumus, kesimpulan atau konsep matematik yang hendak
disampaikan.

Disamping itu, guru hendaklah menggunakan pengetahuan yang sedia ada pada murid
sebagai asas untuk menyampaikan konsep matematik yang baru. Guru harus juga mengetahui
penguasaan murid terhadap topik yang diajar dahulu sebelum memulakan topik yang baru,
contoh-contoh matematik yang ditunjukkan seharusnya berkaitan rapat dengan kehidupan
seharian murid supaya mereka berasa pembelajaran in bermakna.

Satu faktor penting dalam pengajaran matematik ialah struktur yang terdiri daripada
konsep dan petua dan perkaitan dengan bahagian-bahagian yang lain. Hal ini menunjukkan
bertapa perlunya perancangan pengajaran matematik yang berbentuk jangka masa panjang.
Selain itu, konsep matematik bolehlah diserapkan kepada mata pelajaran yang lain supaya
murid-murid dapat mempelajari secara langsung. Guru harus memastikan bahawa istilah dan
bahasa matematik jelas dan mudah dufahami oleh murid-murid, kerana hal ini memudahkan
pemgajaran matematik.

Dalam pengajaran guru, cirri-ciri spesifik, cirri-ciri persamaan dan perbezaan pada
sesuatu topic patut diberikan penekanan untuk mengelakkan kekeliruan dan mengekalkan
ingatan. Isi pelajaran juga disusun secara logic agar pemindahan pengetahuan menjadi mudah.
Pemberian latihan hendaklah berperingkat-peringkat kesukarannya, iaitu daripada yang mudah
kepada yang susah, agar pembelajaran berlaku secara licin dan lebih berkesan.

Akhir kata, dengan mempraktikkan teori-teori psikologi pembelajaran bahawa


pembelajaran matematik akan lebih berkesan lagi.

RUJUKAN

1. Dr. Isahak Haron. 1982, Asas-asas dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur; Utusan
Publications & Distributor Sdh. Bhd.
2. Frank J. Swetz. 1983. Pengajaran Matematik di Sekolah Menengah Malaysia. Petaling
Jaya; Fajar Bakti Sdn, Bhd.

Vous aimerez peut-être aussi