Vous êtes sur la page 1sur 17

Laporan Reflektif Pengalaman Berasaskan Sekolah

HARI PERTAMA (12 MARCH 2017)

Saya tiba di kawasan sekolah pada pukul 6.50 pagi. Saya telah berjumpa

dengan dua orang guru pelatih lain yang hadir ke sekolah tersebut untuk menjalani

aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah, iaitu seorang guru pelatih dari IPG Kampus

Raja Melewar, Lexmi a/p Anpalagan dan seorang guru pelatih dari IPG Kampus Ipoh,

Subasinii Nookkaloo.

Setelah guru besar datang ke sekolah, saya terus melaporkan diri dan

menerangkan tujuan dan objektif Pengalaman Berasakan Sekolah(PBS) serta

menyerahkan segala dokumen yang perlu diserahkan kepada beliau. Beliau

mengucapkan tahniah kepada saya dan menjemput saya untuk melibatkan diri dalam

perhimpunan pagi. Murid-murid sekolah tersebut memulakan perhimpunan pagi

dengan menyanyikan lagu ‘Negaraku’, lagu sekolah dan lagu Negeri Kedah. Selepas

itu, seorang guru telah memberitahu beberapa maklumat-maklumat yang berkaitan

dengan peperiksaan kerana minggu tersebut ialah minggu peperiksaan. Pada masa

yang sama, perhimpunan diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada

murid yang menang dalam beberapa pertandingan larian daripada Penolong Kanan

Kokurikulum, Puan S.Ambika.

Selepas perhimpunan pagi kami telah diagihkan untuk menghadiri kelas-kelas

ganti pada hari tersebut oleh Cik A.Alli, Penolong Kanan Satu. Saya telah diberi tugas

untuk menggantikan guru bertugas bagi kelas 4 valluvar pada pukul 9.45 pagi.

Sebelum itu, saya telah berjumpa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan R.Barvate

untuk mendapatkan salinan takwim sekolah 2017. Saya mendapat maklumat-


maklumat seperti sejarah sekolah, logo sekolah, visi, misi, matlamat, dan piagam

sekolah dalam takwim tersebut.

Selepas waktu rehat, saya bersama guru pelatih yang lain juga membantu

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam mengendalikan perjumpaan ibu bapa

dengan guru besar sekolah bagi pendaftaran murid tahun 1 bagi tahun 2018 secara

talian. Kami mendapat peluang untuk mengakses sistem talian E-daftar bagi

mendaftar murid tahun 1 bagi tahun 2018. Ibu bapa telah pun memberi komitmen yang

baik kepada guru besar dan juga guru-guru lain. Guru-guru lain di sekolah tersebut

mengajar kami cara mengakses talian tersebut

Kemudian, pada pukul 12.45 saya telah diberi tugas untuk menggantikan kelas

5 valluvar. Murid-murid telah membuat ulangkaji disebabkan peperiksaan. Saya telah

mengambil kesempatan ini untuk membuat pemerhatian pada papan-papan

kenyataan yang disediakan di belakang kelas. Informasi-informasi yang terkini dan

juga bahan-bahan relevan disediakan kepada murid. Bahan-bahan bacaan telah

disimpan dengan teratur dan kemas. Kelas pula berada dalam keadaan ceria dan

bersih. Murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang kondusif dan selesa.

Pada pukul 1.15 tengah hari, saya bersama guru pelatih lain menuggu di

pondok pelajar untuk memerhati suasana di sana. Murid-murid telah menaiki bas, van

sekolah dan juga pengangkutan sendiri untuk balik ke rumah. Pada pukul 2.10 petang,

saya pun balik rumah .


HARI KEDUA ( 13 MARCH 2017)

Saya berada di sekolah pada pukul 7,10 pagi dan menandatangani dalam buku

kehadiran. Pada pagi itu, saya telah melihat kawasan sekolah dan melukis pelannya

seperti dalam tugasan saya. Mentor saya, Cik Alli membantu untuk melukis pelan

sekolah tersebut. Selepas itu, saya pula memerhatikan segala kemudahan-

kemudahan yang diperuntuhkan oleh kerajaan kepada sekolah ini. Saya juga

menggambil maklumat-maklumat ini dari papan kenyataan yang terdapat di pejabat

sekolah dan juga di bilik guru besar. Dengan menggunakan maklumat tersebut, saya

telah membuat refleksi. Selepas itu, saya bertemu bual dengan mentor saya. Mentor

saya memberi banyak maklumat-maklumat terkini pelajar sekarang dan menceritakan

tahap akademik sekolah ini.

Mentor saya membantu saya untuk mendapatkan maklumat jumlah pelajar di

sekolah ini. Beliau juga beritahu tentang bilik darjah sekolah ini. Sebelum waktu rehat,

saya bertemu janji dengan Puan Amirtham a/p Supperamaniam, Guru Penolong untuk

membuat temu bual. Saya menemu bual dengan beliau tentang cabaran yang

dihadapi oleh pelajar yang lemah. Beliau telah memberi banyak maklumat-maklumat

serta cadangan untuk mengatasi isi perbincangan yang dibincang kepada beliau

Pada waktu rehat, saya dan guru-guru sekolah tersebut makan bersama-sama.

Ketika itu, mereka bertanyakan tentang pengalaman saya di sekolah itu dan rutin saya

di maktab. Saya pun berkongsi rutin saya ketika berada di maktab. Di samping itu,

Saya juga melihat bilik bimbingan dan kaunseling, bilik kemahiran hidup, bilik muzik

dan juga pusat sumber. Saya telah memasuki kawasan prasekolah yang telah dibina

bersama dengan bangunan sekolah rendah ini.


Pada pukul 11.45 pagi saya masuk ke kelas 3 Agathiyar sebagai guru ganti.

Murid-murid telah membuat peperiksaan Bahasa Inggeris penulisan. Peperiksaan

tamat pada pukul 12.15 tengah hari. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk

menemu bual beberapa orang murid. Murid-murid telah memberi komitmen dalam

menjayakan temu bual saya. Saya telah menemu bual empat orang murid dari kelas

tersebut. Kempat-empat murid datang dari latar belakang dan pencapaian akademik

yang berlainan. Hali ini kerana, saya dapat berbanding keepat-empat murid dari aspek

akademik, kurikulum dan lain-lain. Selepas sekolah tamat, saya membuat

pemerhatian di pondok pelajar untuk mendapat tahu anggaran pengangkutan yang

digunakan oleh murid untuk datang ke sekolah. Saya pun mendapat tahu bahawa

kebanyakkan murid datang ke sekolah dengan van sekolah dan bas sekolah.
HARI KETIGA (14 MARCH 2017)

Pada hari yang ketiga saya sampai di sekolah pada pukul 6.50 pagi. Saya terus

menandatangani buku kehadiran dan masuk setiap kelas. Saya melihat beberapa

orang murid terlibat dalam rancangan makanan tamabahan. Saya memerhati ada

guru yang membuat kelas pemulihan bagi murid yang lemah. Seperti yang diberitahu

oleh guru besar, semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan oleh guru dengan

berjaya pada setiap pagi.

Saya telah diberi tugas untuk menjaga kelas 4 Agatiyar yang diadakan

peperiksan matematik kertas 1 pada pukul 8.15. Sebelum itu, saya mengambil kertas

peperiksaan di bilik peperiksaan yang disediakan oleh Puan Amirtham, Setiausaha

Peperiksaan. Selepas itu, saya berbincang dengan guru kelas 4 Agatiyar mengenai

pelaksanaan KSSR. Beliau telah memberi banyak maklumat mengenai KSSR serta

kebaikan kepada murid sekolah rendah. Beliau telah meluang masa selama setengah

jam. Dengan maklumat-maklumat tersebut, saya telah membuat refleksi berkaitan

dengan kemudahan sekolah dan kolaborasi.

Saya dan guru-guru lain makan bersama-sama ketika waktu rehat. Selepas itu,

saya bersama guru-guru pelatih yang lain melawat pusat sumber sekolah. Di sana

kami, melihat pelbagai jenis buku mengikut tahap pelajar. Sebagai contohnya, buku-

buku cerita, buku teks, buku latihan, komik dan juga majalah. Dinding-dinding pusat

sumber juga dilukis dengan gambar-gambar kartun dan juga slogan.

Seteusnya, saya masuk ke kelas 4 Agatiyar. Murid-murid sedang membuat

ulang kaji untuk peperiksaa seterusnya. Ada juga murid yang menanya beberapa

soalan kepada saya. Saya dapat menjawab semua soalan yang ditanya oleh murid.

Pada masa itu, saya mula menggumpul dan memerhatikan maklumat-maklumat yang

diperlukan di kelas ini seperti jadual tugas kelas, carta organisasi kelas, ruang bacaan
dan sebagainya. Saya menangkap beberapa gambar sebagai bukti hasil pekerjaan

saya. Semua maklumat yang disediakan teratur dan kreatif.

Sebelum balik saya telah menemu bual seorang guru Bahasa Tamil iaitu Encik

Sanjivi untuk mengetahui perkembangan pelajar bagi setiap tahun untul subjek

Bahasa Tamil. Saya menemu bual beliau selama dua puluh minit. Cadangan-

cadangan yang diberi oleh beliau sangat efektif dan juga relevan dengan pembelajran

abad ke-21. Saya pualng ke rumah pada pukul 1.45 petang.


HARI KEEMPAT (15 MARCH 2017)

Seperti biasa, saya telah melaporkan diri saya pada pukul 7.10 pagi. Saya

menggunakan waktu pagi ini, untuk membuat refleksi terhadap kemudahan-

kemudahan sekolah tersebut. Untuk mendapat maklumat lanjut, saya berbincang

tentang kemudahan sekolah ini dengan murid-murid, kakitangan sekolah dan juga

para guru. Kebanyakkan orang menyatakan bahawa keadaan sekolah kondusif bagi

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kawasan sekolah amat sesuai untuk

menjalankan aktiviti kurikulum dan aktiviti-aktiviti lain

Selepas itu, saya telah menemu bual dengan Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid, Puan Barvate. Saya bertanya peraturan sekolah ini, denda ketika pelajar

melakukan kesilapan, dan lain-lain lagi. Kami berbincangkan tentang masalah disiplin

pelajar di sekolah ini. Beliau berkongsi banyak maklumat mengenai disiplin pelajar

sekolah dan memberi beberapa cadangan bagi menangani masalah ini.

Selapas itu, saya dibertanggungjawbkan untuk menjaga kelas 3 vallular.

Murid-murid telah membuat peperikasaan sains kertas satu dengan bersungguh-

sungguh. Sebelum menyusun segala maklumat yang berkaitan dengan sekolah ini,

saya telah membuat refleksi kemudahan sekolah. Saya juga mendapatkan

tandatangan daripada guru-guru

Kemudian saya berjumpa dengan guru besar sekolah ini, iaitu Encik

Karunamurthy. Saya mengadakan perbincangan dengan beliau dan mendapat

banyak maklumat tentang sejarah penubuhan sekolah ini. Beliau juga mengingatkan

saya agar sentiasa bersemangat untuk mengajar. Beliau telah meluang selama atu

setengah jam untuk perbincangan walaupun beliau sangat sibuk dengan kerjanya.

Setelah perbincangan tamat, saya mengambil dengan beliau.


Selepas itu saya telah bejumpa dengan Penolong Kanan Kokurikulum untuk

mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepnajang tahun ini. Beliau telah member

banyak maklumat yang penting tentang bidang beliau. Oleh kerana, peperiksaan

sedang dijalankan sepanjang minggu tersebut, maka aktiviti kokurikulum bagi pelajar

ditangguhkan. Pada jam 12.45 tengah hari, saya masuk kelas 6 Agatiyar sebagai guru

ganti. Saya juga mendapat kesempatan untuk berbual dengan pelajar tahun 6 yang

lebih matang. Mereka sangat aktif dalam kurikulum dan juga kokurikulum. Ada

beberapa pelajar yang mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan yang diadakan

pada peringkat daerah ataupun negeri.

Saya berasa sangat gembira untuk menemu bual dengan murud tahun 6. Pada

hari ini saya pulang pada pukul 2.00 petang. Saya telah menandatangani rekod

kehadiran saya beredar dari sekolah.


HARI KELIMA (16 MARCH 2017)

Hari ini merupakan hari terakhir aktiviti PBS. Saya tiba di kawasan sekolah lebih

awal iaitu pada pukul 6.50 pagi. Setelah melapor diri, saya telah mula menyemak

borang kolaborasi, borang soal selidik, borang temu bual dan lain-lain lagi. Saya juga

menyemak segala maklumat-maklumat sekolah ini selama lima hari saya

mengumpulkannya. Pada pukul 9.00 pagi, saya dibertanggungjawabkan untuk

mengendalikan kelas 2 Valluvar. Selepas itu, guru besar sekolah menjemput saya dan

rakan setugas untuk menjamju selera. Di sana guru besar berbual dengan kami dan

memberi beberapa nasihat dan menjelaskan peranan guru serta tanggungjawab yang

harus dipikul.

Saya juga berpeluang untuk menyemak kertas ujian Sains bagi kelas 6

Agatiyar. Murid-murid telah membuat peperiksaan dengan cemerlang.Pada masa

yang sam. guru-guru sekolah tersebut sangat baik dan bertanyakan tentang

pengalaman saya di sekolah ini. Saya pun menceritakan pengalaman dan perasaan

saya ketika menjalankan program ini. Akhirnya, saya menyemak segala maklumat

yang dikumpulkan. Saya juga telah mengambil beberapa gambar dengan murid-murid

sekolah ini sebagai kenangan. Sebelum waktu sekolah tamat, saya berbincang

dengan murid-muridnya tentang mata pelajaran pendidikan jasmani.

Akhir sekali, saya telah menggucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar,

guru-guru sekolah, kakitangan sekolah dan murid-murid sekolah ini. Tanpa sokongan

dan bantuan mereka, saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan

baik. Saya sangat sedih untuk meninggalkan murid-murid dan juga sekolah ini. Saya

memang gembira mendapat peluang untuk menjalankan PBS di sekolah ini.


HARI 1

12 MARCH

2017
HARI 2

13 MARCH

2017
HARI 3

14 MARCH

2017
HARI 4

15 MARCH

2017
HARI 5

16 MARCH

2017
REFLEKSI
Saya telah melakukan tugasan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) selama

lima hari di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bestari Jaya,45600 Bestari Jaya,

Selangor.

Sebelum saya mengikuti tugasan ini, saya telah diberi taklimat tentang cara

membuat portfolio. Taklimat ini sememangnya menjadi garis panduan kepada saya

untuk menjalankan tugasan. Sehubungan itu, saya ingin berterima kasih kepada

pensyarah yang telah memberi taklimat.

Tugasan pengalaman berasaskan sekolah ini amat bermanfaat kepada para

guru pelatih untuk pendedahan awal sebelum menjalani praktikum. Seperti yang sedia

tahu budaya kami yang menuntut di institut adalah berbeza berbanding ketika

mengajar di sekolah. Oleh itu, pengalaman sebegini memberikan pendedahan awal

mengenai keadaan sekolah kepada guru pelatih seperti saya. Tugasan ini

memberikan pengalaman yang amat berguna kepada saya untuk memantapkan diri

saya sebagai seorang guru yang berdedikasi.

Mula-mula saya tidak ada sebarang pengetahuan mengenai tugasan ini. Tetapi

selepas berbincang dengan beberapa orang rakan, saya dapat memahami kehendak
tugasan ini dengan jelas. Bagi saya tugasan ini sangat mudah untuk dihasilkan. Hal

ini kerana, saya dapat mengumpul semua maklumat tentang tugasan ini di sekolah

tanpa sebarang masalah. Semasa membuat tugasan ini, saya membuat dengan teliti

dan mengambil maklumat-maklumat yang penting untuk menghasilkan satu tugasan

yang baik. Saya berharap, tugasan yang saya menghasilkan ini mengandungi data

yan tepat dan padat.

Saya menerima bantuan dan kerjasama yang penuh daripada guru besar,

guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid semasa menjalankan program

pengalaman berasaskan sekolah. Guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil)

Bestari Jaya bergaul mesra dengan saya. Murid-murid di sekolah tersebut juga

menghormati saya seperti guru biasa. Tugasan ini memberikan satu peluang kepada

saya untuk membandingkan pelbagai jenis perwatakan guru dan juga para murid.

Saya dapat melihat pelbagai ragam murid. Ada yang peramah, ada yang muram, ada

yang agresif, da nada juga yang pemalu. Saya berasa seronok bergaul dengan

mereka. Semasa murid mengucapkan salam pada saya, saya berasa seolah sudah

menjadi seorang guru.

Tugasan ini memberikan saya satu gambaran yang amat jelas mengenai alam

persekolahan. Melalui program pengalaman berasaskan sekolah, saya dapat

memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk

menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, tugasan ini juga memberikan peluang kepada saya untuk memahami

budaya sekolah dan menyesuaikan diri saya di sekolah dan di bilik darjah.

Saya juga mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Tambahan pula,

program ini membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah,

iklim pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat membina kemahiran inkurir
penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal melalui program ini.

Dalam pada itu, program ini juga memberikan saya pendedahan tugas dan

tanggungjawab seorang guru dalam pengurusan sekolah. Secara ringkasnya dengan

menjalani program pengalaman berasaskan sekolah saya telah lebih memahami

bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus

sekolah mentadbir sekolah.

Akhirnya, tugasan ini memberikan satu pendedahan yang agak baru kepada

saya. Saya dapat tahu bahawa faktor persekitaran memainkan peranan penting

dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Pada masa hadapan, saya akan

aplikasikan peranan guru dalam pengurusan sekolah bagi melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Selain itu, saya juga akan meningkatkan profesionalisme perguruan mengikuti

perkembangan terkini dalam bidang pendidikan agar menunaikan kewajipan sebagai

guru seterusnya mengahasilkan murid-murid yang berkualiti selaras dengan matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akhirnya, saya berjanji akan menunaikan amanah

saya dengan baik dan sempurna pada masa akan dating.

Sekian,terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi