Vous êtes sur la page 1sur 8

PENGGUNAAN MODEL LOGISTIK DALAM MELIHAT PERTUMBUHAN BENIH

KACANG HIJAU YANG BERBEZA KAEDAH SEMAIAN

1.0 PENGENALAN DAN TUJUAN

Matematik merupakan antara cabang ilmu yang luas dalam mengkaji pelbagai perkara
yang berlaku dalam kehidupan seharian. Aplikasinya yang meluas membolehkan kita melihat
pelbagai perkara dalam kehidupan ini melalui skop ilmu yang berbeza. Penggunaan model-model
matematik tertentu dalam mengenal pasti beberapa proses dalam kehidupan seharian tidak boleh
disangkal lagi penggunaannya. Antara model yang berguna dalam mengkaji perkara-perkara ini
ialah model logistik. Model logistik banyak digunapakai untuk melihat perhubungan biologi.
Perhubungan biologi dalam sebuah proses kehidupan boleh diterangkan dengan baik dan tepat
dengan menggunapakai model ini.

Bagi memperlihatkan lagi perhubungan biologi dengan menggunakan model logistik ini,
satu kajian berkenaan pertumbuhan benih kacang hijau yang menggunakan kaedah semaian
yang berbeza telah dijalankan. Antara tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk memperlihatkan
perhubungan kadar pertumbuhan bijih benih kacang hijau dengan kaedah semaian yang
berbeza. Kajian ini juga dijalankan bagi menentukan sama ada kaedah semaian yang berbeza
akan memberi kesan kepada pertumbuhan benih kacang hijau dalam tempoh masa 2 minggu.
Segala data yang diperoleh akan diterangkan menggunakan model logistik.

2.0 KAEDAH DAN METODOLOGI

Untuk kajian ini, terdapat 2 kaedah semaian yang digunakan. Kaedah pertama ialah
semaian yang mana benih kacang hijau ini di rendam didalam air semalaman. Kaedah semaian
yang kedua ialah benih kacang hijau tidak direndam di dalam air. Benih-benih ini kemudian
diletakkan diatas kapas yang basah dan disiram dalam selang masa 3 hari sekali. Untuk
memperlihatkan pembolehubah untuk kajian ini, pembolehubah dimanipulasi ditetapkan sebagai
kaedah semaian dan pembolehubah bergerak balas ditetapkan sebagai ketinggian benih kacang
hijau. Ketinggian benih kacang hijau ini akan memperlihatkan kadar tumbesaran bagi kedua-
kedua kedah semaian. Untuk kajian ini, hipotesis awal ditetapkan sebagai biji benih yang
direndam semalaman akan mempunyai ketinggian benih yang tinggi berbanding kaedah
semaian yang tanpa direndam terlebih dahulu. Berdasarkan kepada hipotesis ini, kajian
diperkukuhkan lagi dengan mengaplikasikan model logistik dalam menerangkan hasil kajian yang
diperoleh.

3.0 DATA

Hari 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Ketinggian Direndam 0.1 0.2 0.3 0.6 1 1.2 1.5 1.7 1.8 1.9 1.9 1.9 1.9 2
Benih air
(cm) Tidak 0.1 0.2 0.3 0.5 0.7 0.9 1.2 1.4 1.5 1.7 1.8 1.9 1.9 2
Direndam

Jadual 1 Data tumbesaran benih kacang hijau.

4.0 DAPATAN DAN GRAF

Bagi mendapatkan dapatan kajian ini, penggunaan model logistik digunapakai bagi menterjemah
titik graf yang akan ditunjukkan. Formula bagi model ini adalah seperti berikut.

𝑀
P= 1+𝐴𝑒 −𝑘𝑡

Dimana P= populasi

M = had maksimum output

A,k = pemalar

t = masa

Untuk kajian ini, had maksimum yang ditetapkan ialah 2.0 cm.
Seterusnya, kiraan secara berasingan bagi kedua-dua kes dikira bagi mendapatkan titik
untuk diletakkan pada graf. Kiraan akan dibuat menggunakan rumus yang telah ditunjukkan.
Berikut merupakan rumus dasar bagi kedua-dua pembolehubah. Nilai C bagi kedua-dua
pembolehubah ditetapkan sebagai 2.0 cm.

Diberi 𝑥0 =0, 𝑦0 = 0.1

2
0.1=
1+𝐴𝑒 −𝑘(0)

2
0.1=
1+𝐴

0.1+0.1A=2

0.1A=1.9

A=19

Diberi 𝑥1 =1, 𝑦1 = 0.2

2
0.2=
1+19𝑒 −𝑘(1)

2
0.2=
1+19𝑒 −𝑘

0.2+3.8𝑒 −𝑘 =2

𝑒 −𝑘 =0.47

k= -ln (0.47)

k= 0.76
Untuk mencari nilai C, rumus berikut digunakan.

𝐶
y(0)= 1+𝐴𝑒 −𝑘(0)

𝐶
y(0)= 1+𝐴

(1+A)y(0)=C

(1+19)(0.1)=C

C ≈ 2.0
Berdasarkan kepada kesemua rumus-rumus yang digunakan, maka berikut merupakan rumus
yang akan digunakan dalam mencari graf.

2
P= 1+19𝑒 −0.76𝑡

Bagi mencari titik lengkok balas, berikut adalah rumus dan nilai pada graf.

ln 𝐴 𝐶
= ( , 2)
𝐵

ln 19 2
= ( 0.76 , 2)

= (3.87, 1)

Bagi membina graf bagi kajian ini, setiap titik akan dicari titiknya menggunakan rumus yang
diperoleh daripada rumus asalan diatas.
Titik graf untuk pembolehubah benih yang direndam air dahulu.

𝑃0 2 𝑃7 2
= 1+19𝑒 −0.76(0) = 1+19𝑒 −0.76(7)

=0.1 =1.83
𝑃1 2 𝑃8 2
= 1+19𝑒 −0.76(1) = 1+19𝑒 −0.76(8)

=0.2 =1.92
𝑃2 2 𝑃9 2
= 1+19𝑒 −0.76(2) = 1+19𝑒 −0.76(9)

=0.39 =1.96
𝑃3 2 𝑃10 2
= 1+19𝑒 −0.76(3) = 1+19𝑒 −0.76(10)

=0.68 =1.98
𝑃4 2 𝑃11 2
= 1+19𝑒 −0.76(4) = 1+19𝑒 −0.76(11)

=1.05 =1.99
𝑃5 2 𝑃12 2
= 1+19𝑒 −0.76(5) = 1+19𝑒 −0.76(12)

=1.4 =2
𝑃6 2 𝑃13 2
= 1+19𝑒 −0.76(6) = 1+19𝑒 −0.76(13)

=1.67 =2
Hari 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Ketinggian Direndam 0.1 0.2 0.3 0.6 1 1.2 1.5 1.7 1.8 1.9 1.9 1.9 1.9 2

Benih air , realiti


(cm) Direndam 0.11 0.2 0.39 0.68 1.05 1.4 1.67 1.83 1.92 1.96 1.98 1.99 2 2
Air ,
Rumus

Graf 1 Perbandingan antara garisan realiti dan garisan rumus

Berdasarkan kepada hasil graf, hubungan graf antara titik realiti dan titik rumus adalah
tidak jauh berbeza. Ini bermakna data yang dikutip adalah tidak jauh berbeza dengan nilai
sebenar yang harus diperoleh. Graf berikut merujuk kepada perbandingan benih yang direndam
dan yang tidak direndam.
Graf 2 Perbandingan Kaedah Semaian Benih

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada graf dan data yang telah diperoleh, didapati bahawa pembolehubah
yang dipilih memberi kesan kepada tumbesaran benih kacang hijau. Melihat kepada perbezaan
yang dihasilkan oleh graf, benih yang direndam air terlebih dahulu memberi kesan tumbesaran
kepada benih kacang hijau jika dibandingkan dengan benih yang tidak direndam. Perbezaan
terhadap ruang-ruang antara dua graf ini menunjukkan beberapa perbezaan dari segi
tumbesaran benih kacang hijau yang digunakan dalam kajian. Selain itu, hasil graf ini
menunjukkan juga bahawa hipotesis awal kajian boleh diterima dan digunapakai.

6.0 REFLEKSI TERHADAP PEMBOLEHUBAH MATEMATIK

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa perkara yang perlu
diambil kira terhadap pembolehubah yang telah dipilih. Yang pertama ialah dari segi ketepatan
data yang dihasilkan. Berdasarkan kepada data yang diperoleh, kebanyakan ukuran yang diambil
hanyalah menggunakan satu tempat perpuluhan sahaja. Apabila dibandingkan dengan nilai
realiti, didapati kebanyakan nilai realiti yang diperoleh memiliki dua tempat perpuluhan. Di sini,
terdapat sedikit kelemahan dari segi ketepatan ukuran yang saya peroleh untuk kajian ini.
Ketepatan data ini dapat diubah seandainya ukuran ini diambil menggunakan dua tempat
perpuluhan dan boleh memberikan ketepatan dari segi data yang dikutip.

Yang kedua ialah dari segi bilangan benih yang digunakan. Pada hakikatnya, bilangan
benih yang digunapakai bagi kedua-dua kaedah tanaman haruslah sama supaya dapat
menghasilkan ukuran yang tepat. Faktor pembolehubah seperti ini mampu memberi kesan
kepada dapatan yang akan diperoleh sepanjang kajian. Hal ini kerana ia akan memberi kesan
kepada persaingan antara benih yang digunakan.

Seterusnya, penggunaan model logistik ini juga memberikan ruang untuk menyemak data
yang dikutip supaya mempunyai nilai yang baik dengan dapatan yang diperoleh. Jika melihat
kepada hasil dapatan yang baik, nilai realiti dan nilai rumus haruslah tidak mempunyai perbezaan
yang ketara. Perbezaan yang ketara akan menyebabkan berlakunya data yang tidak beberapa
tepat untuk digunakan dan memberi kesan kepada dapatan kajian diakhir nanti. Oleh yang
demikian, penggunaan model logistik membolehkan dapatan kajian boleh disemak dan
ditentukan kesahihannya untuk kajian yang dijalankan berkenaan dengan proses biologi.

Vous aimerez peut-être aussi