Vous êtes sur la page 1sur 1

Kuasa akal dan jiwa yang digabungkan akan dapat melahirkan kesan emosi

terhadap proses berkarya.

Kesan-kesan ekspresi akan membentuk emosi dan mood apabila subjek yang
dilukis atau diwarnakan menggunakan alatan, bahan dan teknik yang pelbagai
(simbahan, sapuan, lorekan, picitan, renjisan dan sebagainya) akan dapat
dirakamkan apabila proses gabungan jiwa dan akal berlaku.

Saya akan berinteraksi dengan perasaan yang dipengaruhi oleh ‘rasa nikmat’
atau ‘kesedaran’ sewaktu mencampakkan warna atau melukis supaya apa yang
terhasil adalah kenyataan-kenyataan tentang keseronokan, khayalan atau
keinsafan.

Perasaan keseronokan akan terpancar dengan warna-warni yang terang dan


meriah dengan ruang dalaman dan objek yang disusun indah. Tetapi jika
keinginan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau perlambangan maka
garisan, warna dan jalinan yang dihasilkan dengan menggunakan tanda-tanda
simbol tertentu sama ada dalam bentuk peniruan atau ekspresi yang bersifat
hiasan dan simbol keindahan(keseronokan dan keceriaan).

Akhirnya, menjadi karya yang bersifat dekoratif dan imaginatif.