Vous êtes sur la page 1sur 10

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK

1.0 MAKSUD MORAL DAN ALIRAN PEMIKIRAN MORAL

Isitilah moral sebenarnya dari perkataan Latin moralis yang bermaksud tingkah
laku yang sesuai dengan tatasusila sesebuah masyarakat. Aliran pemikiran berkait
dengan fahaman dan keyakinan kita terhadap apa yang kita fikir dan meneliti serta
menyaring apa yang orang lain fikir. Aliran ini akhirnya menjadi teguh kepada diri
seseorang menyebabkan kita tahu konsep dan falsafah hidup serta hala-tuju
perjuangan.Pemikiran aliran terbahagi kepada empat aliran iaitu,pemikiran
Naturalis,pemikiran Emotivis,pemikiran Intuitionis dan pemikiran Rasionalis.

1.1 Aliran Pemikiran Naturalis

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam


keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan
yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis. Menurut Peter R.S. dalam
Ethnics and Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami
cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia
adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain.
Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk
berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh
menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak
mereka.Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan
mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan
hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini
tidak terdapat di antara haiwan yang lain.
Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat
dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi
naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja
dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar
dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.Secara logik,
sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi
sahaja.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang


berfikiran sedemikian ialah Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana
kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu
tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain masyarakat
disitu mempunyai pemikiran naturalis kerana mereka menerima sumpahan Mahsuri
hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut
sebelum tujuh keturunan berakhir.

1.2 Aliran Pemikiran Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih. Emotivis berasal dari perkataan emosi yang
merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa
pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan
oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.

Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak


memerlukan sebarang teori asas yang istimewa. Pandangan emotivis memberi
sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja
berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba
menganalisis “apa yang salah” dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak
dipersetujui. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau
perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai
konsep “emosi” yang lengkap.Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat
tindak balas emosi berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan
keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.
Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang
gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.Situasi
ini menunjukan bahawa kumpulan lelaki yang telah merogol gadis itu bertindak
mengikut emosi mereka tanpa memikir kerasionalan dari tindakan tersebut.

1.3 Aliran Pemikiran Intuisionis

Perkataan ‘intuisi’ berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna ‘saya
memandang tepat kepada sesuatu’. Ia merupakan satu proses ‘melihat’ atau
‘memahami’ secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh
diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan.
Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu
yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh
dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak
secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan
dengan aliran pemikiran ini.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang


berfikiran sedemikian ialah gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau
‘kasanova’ mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung
belang.Dengan kata lain,gadis remaja yang tertipu mempunyai pemikiran intuisionis
kerana mereka mengambil keputusan mengikut gerak hati mereka.

1.4 Aliran Pemikiran Rasionalis


Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab.
Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar
dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama
dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis berpendapat bahawa
pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-
pentafsiran yang sah. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera
kita seperti penglihatan, pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan
bahan-bahan mentah pengetahuan. Bagi golongan rasionalis, pengetahuan itu
diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan
daripada deria fizikal sahaja.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang


berfikiran sedemikian ialah jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180°
atau dua sudut tepat kerana mereka ia merupakan konsep Matematik yang telah
dibuktikan oleh pakar matematik.
2.0 JENIS-JENIS NILAI DALAM PENDIDIKAN MORAL

Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu
benda. Nilai merupakan criteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda iaitu manusia, objek,
idea, tingkah laku dan situasi sebagai faedah, baik, diingini atau sebaliknya iaitu buruk, tidak
berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70) Menilai
sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah sesuatu penilaianyang dibuat
oleh akal manusia mengikut piawai mereka.

2.1 Nilai Subjektif

Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu
dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara.
Sebenarnya, Nilai subjektif adalah berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu berpunca
daripada dalaman individu.

Berdasarkan maklumat, boleh dirumuskan bahawa nilai Subjektif mempunyai beberapa


fungsi yang penting. Antaranya adalah membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap
sesuatu benda atau perkara. Nilai Subjektif juga berperanan dapat membayangkan perasaan
gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.

Terdapat banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan Nilai Subjektif dalam proses
pembentukan moral individu, antaranya ialah pengunaan buku teks dalam pengajaran
Pendidikan Moral. Secara amnya, penggunaan buku teks Pendidikan Moral adalah membantu
pelajar mengkaji perkara-perkara yang dibincangkan. Pelajar boleh memberi nilai atau
pendapatnya berdasarkan kehendakan soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini dapat
membentuk yakin diri dalam pelajar sendiri. Akan tetapi, sekiranya buku ini dibaca oleh individu
yang mempunyai pemikiran kasar, maka buku itu tidak nilai bagi mereka. Kerana mereka akan
berpendapat bahawa segala pengajaran atau maklumat dalam buku adalah tidak relevan dalam
kehidupan.

2.2 Nilai Objektif

Nilai Objektif adalah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau
ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar yang
dipersetujui oleh kebanyakkan orang.
Nilai Objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut
mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau
kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya.

Bagi contoh nilai ini, seperti isu pergaduhan dalam masyarakat hendak dielakkan menjadi
satu pengajaran bagi remaja masa kini bagi aspek perpaduan. Contoh ini adalah diterima dengan
sokongan bukti pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969. Secara umunnya, pengaduhan
sememangnya akan membawa kesan yang negatif kepada banyak pihak dan harus dielakkan.
Jadi, ia secara langsung dijadikan pembentukan moral yang kukuh dalam jiwa anak bangsa yang
cinta kepada keamanan.

2.3 Nilai Instrumental

Nilai instrumental adalah nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu
matlamat. Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai
instrumental ini adalah nilai peringkat kedua (second order value), misalnya berani, rajin, dan
hormat-menghormati.

Nilai Instrumental dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan serta
membentu adalam menunjukan arah dan menjadi penentu dan dalam membuat pilihan dan
tindakan. Akan tetapi, nilai ini menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap
tindakan.

Bagi contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai instrumental ini adalah: Albert suka
membantu rakan-rakannya menyelesaikan masalah matematik bukannya mengharapkan
sebarang balasan daripada rakan-rakannya tetapi untuk memantapkan kemahirannya dalam
menyelesaikan masalah matematik pada diri sendiri. Contoh ini dapat membantu remaja
mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa memberi bantuan juga boleh
mendatangkan kelebihan pada diri sendiri.

Di samping itu, contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah mengenakan tindakan
disiplin bagi pelajar yang merokok demi menjaga tatatertib para pelajar. Tindakan sekolah ini
bukan sahaja boleh menjaga tingkah laku murid-murid, malah ia juga dapat membentuk nilai
moral dalam kalangan murid, khasnya remaja kini.

2.4 Nilai Instrinsik

Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai
lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir. Kualiti bagi
nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya.
Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih saying,
keadilan dan sebagainya.

Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi penentuan dalam membuat
pilihan atau tindakan. Nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta
mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan.

2.5 Nilai Relatif

Secara umunya, nilai relatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak
dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini
adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang
berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut semasa dan fahaman mengenai benar
atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan.

Nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang
berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Nilai ini mampu
mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia.
Nilai relatif yang berdasarkan pandangan digunakan untuk menggantikan nilai atau norma
masyarakat yang tidak sesuai atau kurang relavan.

Contoh bagi nilai relatif ini adalah seperti situasi pergaulan bebas antara remaja yang
berleluasa serta menjadi isu hangat pada masa kini. Walaupun perkara ini adalah biasa di negara
barat, tetapi ia adalah masalah sosial yang hangat di Malaysia. Negera Barat berpandangan
perkara ini adalah tidak bersalah dari sisi undang-undang, manakala Malaysia berpandangan
serius tentang isu ini kerana ia membawa kesan seperti orang yang terlibat akan dipandang keji
dan dikutuk oleh orang lain. Ini membawa pengajaran kepada remaja supaya mengamalkan nilai
relatid yang mengutamakan pandangan dan peraturan dalam masyarakay yang mana ia berada.

Selain itu, kes bersedudukan sebelum berkahwin juga merupakan contoh bagi nilai relatif.
Kita tahu bahawa amalan suami isteri tinggal bersama tanpa nikah adalah perbuatan yang tidak
dibenarkan dari segi agama dan dikeji oleh masyarakat. Akan tetapi, kes ini dialukan semata-
mata bertujuan untuk memadankan bakal pasangan suami isteri. Disebabkan kes ini dipandang
serius di Malaysia, maka ia beri pengajaran kepada remaja masa kini supaya bertindak dengan
rasional dan mesti selaras dengan pandangan masyarakat.
3.0 CIRI-CIRI PEMBENTUKAN SEORANG INDIVIDU BERMORAL

Biasanya kita dapat melihat ciri-ciri insan moral melalui perlakuan yang menggambarkan
pemikiran dan jiwanya.Marcapada ini, remaja lalai dan leka dibuai arus modenasi.Penglibatan
remaja dalam masalah sosial merupakan topic perbuatan hangat dalam kalangan masyarakat
kita.Hai ini berpunca daripada kekurangan ilmu pendidikan moral kepada remaja kita yang zaman
sekarang. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia seseorang. Ia juga
memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang
berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik.Dengan ini terdapat
beberapa strategi untuk menerapkan sifat moral dalam jiwa remaja.

Untuk menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa
dan Nilai Murni.Justeru kesedaran sivik masyarakat umum mestilah ditingkatkan oleh semua
orang untuk melahirkan warganegara yang bermoral dan berakhlak mulia.Sementara itu,amalan
berterima kasih hendaklah disuburkan semula. Alangkah eloknya tradisi masyarakat silam ini
diamalkan secara menyeluruh di mana-mana sahaja pada setiap masa.Dalam kehidupan
bermasyarakat, nilai kerjasama dan tolong-menolong tidak boleh diabaikan.Antara amalan harian
yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan warisan silam itu termasuklah budaya berbahasa
yang bersopan dan berakhlak mulia.

Tambahan pula,ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk sahsiah


anak-anak supaya membesar dengan akhlak yang terpuji.Cabarannya hebat kerana ibu bapa kini
terhimpit oleh tuntutan kerjaya masing-masing.Pada peringkat sekolah pula, guru-guru perlu
mendidik murid mereka supaya mengamalkan nilai-nilai murni kerana banyak masa murid
dihabiskan di sekolah.Satu langkah drastic yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Oleh sebab itu,amalan menerapkan nilai-nilai wajib kita laksanakan baik di
sekolah atau di rumah.Malahan amalan ini perlu dihayati dan diamalkan oleh seluruh
rakyat.Dengan perkataan lain, setiap orang bertanggungjawab dalam mengekalkan sifat
kemoralan ini.

Jika hal ini dapat diwujudkan,maka usaha untuk mencapai taraf Negara maju menjelang
tahun 2020 akan berhasil kerana nilai-nilai murni merupakan satu daripada ukuran kemajaun
bangsa dan Negara.Rakyat dan kerajaan mesti berusaha bersama-sama untuk mewujudkan
masyarakat yang berhemah dan berakhlak mulia.
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, aliran pemikiran dan kefahaman agama yang betul dan penghayatan
nilai-nilai agama dan moral di kalangan masyarakat menjadi satu daripada strategi
penting dalam menjaga dan meningkatkan keutuhan moral masyarakat. Di samping itu,
cara menyampaikan ajaran agama kepada generasai muda hari ini dan juga golongan
menengah aliran pemikiran yang sesuai mestilah dilakukan dengan mengambilkira cara
berfikir, minda dan psikilogi kedua-dua golongan itu. Mereka hendaklah didekati dengan
cara yang mesra pelanggan, simpati, sabar, rasional dan tidak memaksa.
RUJUKAN

1) Abdul Rahman Md.Aroff (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral,

Serdang: Penerbit UPM.

2) Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia

Sdn. Bhd.

3) Rajendram, N.; Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala

Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd

4)Frankena.(1973).Program Persediaan ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan

Kepujian (Pendidikan Moral)

Vous aimerez peut-être aussi