Vous êtes sur la page 1sur 4

Activity:

Game 1: RUNNING DICTATION

1) Guru menampal aritkel di sekeliling kelas.


2) Murid berada dalam kumpulan masing-masing.
3) Setiap orang dalam kumpulan akan bergilir-gilir pergi ke artikel yang telah ditampal -
i. ingat satu ayat.. atau perkataan
ii. kembali ke kumpulan
iii. Maklumkan ke pencatat
iv. Pencatat akan mencatat apa yang diberitahu.

4) Setelah masa tamat... guru akan memeriksa jawapan murid.

GAME 2: READ-ACT-OUT

Lupa pulak macamana.. rasanya macam biasa... baca petikan dan act out.. beramai-ramai.

GAME 3: BINGGO

Contoh cerita.
Guru mengedarkan lembaran ini untuk murid isi.

Guru menyebut perkataan dan murid memasukkan dalam kotak yang mereka pilih.

Permainan bermula. Guru menyebut perkataan dan murid menanda.


Murid yang dapat satu garisan lurus... menyebut BINGGO dan diumumkan sebagai pemenang.

GAME 4: MINI ROLE PLAY.

1) Guru menyediakan dialog ringkas.


2) Murid bekerja secara berpasangan.
3) Murid bergilir-gilir main peranan.

Contoh:

Salim : Hi! Ah Tim. Do you have a pet?


Ah Tim : Yes. It is a gold fish.

Ah Tim : Do you have a pet?


Salim : Yes. It is a white big cat.

GAME 5: CIRCLE ALL DOWN.

1) Guru mengedarkan lembaran seperti di bawah kepada setiap murid.


2) Murid bekerja secara berpasangan.
i) Mula-mula seorang murid akan membuat aksi, atau bunyi yang menggambarkan perkataan
tersebut.
ii) Setelah dikenalpasti, murid yang satu lagi akan membulatkan perkataan yang berkenaan.
iii) Proses yang sama diulang kepada murid yang satu lagi.

3) Setelah selesai, mereka akan memeriksa jawapan masing-masing.

Semasa berbincang dengan Mr. J... katanya aktiviti2 di atas dilakukan oleh seorang guru.. tak
tanya pulak dia guru kat mana... kat negara dia ker kat Malaysia. Katanya.. guru tersebut berjaya
menarik minat murid-muridnya... Setiap hari ... dia akan ulang aktiviti yang sama. Cuma bila
murid dah menguasai... dia akan tukarkan content nya sahaja.

Seperkara lagi... saya mati-mati ingat... 5 aktiviti di atas adalah untuk 5 hari. Tetapi... rupanya
tidak. 5 aktiviti tersebut dilakukan dalam satu lesson. Menurutnya lagi... berdasarkan masa yang
saya ada..iaitu 1 jam untuk setiap sesi pengajaran.... saya sepatutnya melaksanakan 3-4
aktiviti!!!.... wow... mujur tanya..kalo tak... satu hari.. satu aktivitilah jawabnya.

Terkejut juga saya bila di cakap macam tu.. rupanya... reasonnya untuk kepelbagaian aktiviti ini
adalah untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai kecerdasan pelbagai.

Vous aimerez peut-être aussi