Vous êtes sur la page 1sur 2

ii

Abstrak

Pada masa ini, sejajar dengan pembangunan Negara, teknologi dalam industry pembinaan
sedang mengalami perubahan yang pesat. Terdapat banyak teknologi baru yang
diketengahkan di dalam setiap projek dan ianya berbeza. Baru-baru ini, konkrit berbusa,
salah satu daripada jenis konkrit ringan telah menjadi kegemaran di sektor pembinaan.
Selain daripada kebolehkerjaan, pertumbuhan penggunaan kerana ketumpatan dan ringan
membuatkan konkrit berbusa menarik kepada pembina. Pelbagai ujian telah dijalankan
untuk membuktikan kekuatan dan kualiti konkrit berbusa adalah lebih baik atau
sekurangnya sama dengan konkrit konvensional. Walaubagaimanapun, kajian tenaga
patah pada konkrit berbusa masih berjalan. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan
tenaga patah konkrit berbusa menggunakan formula tenaga patah konkrit. Selain itu,
untuk melihat hasil corak dan panjang keretakan pada sampel rasuk apabila dikenakan
beban. Saiz rasuk 150x150x700mm dengan ketumpatan 1600 kg/m3 dengan nisbah
kedalaman takuk U yang berbeza telah disediakan. Rasuk kemudian diuji di bawah ujian
lenturan tiga titik. Berdasarkan dapatan keputusan, tenaga patah boleh ditentukan
menggunakan empat persamaan yang berbeza, iaitu Hillerborg, Bažant dan Becq-
Giraudon dan Comité Euro-International du Béton (CEB), serta Japan Concrete Institute
Standard (JCIS). Dari hasil ujikaji, nilai tenaga patah bagi konkrit berbusa adalah diantara
18 hingga 25 N/m. Melalui ujian yang dijalankan, retak tegangan lenturan dikenalpasti
sebagai retak yang berlaku pada permukaan rasuk. Keputusan menunjukkan bahawa
formula tenaga patah konkrit boleh digunakan untuk menentukan tenaga patah bagi
konkrit berbusa. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberikan kelakuan konkrit berbusa
dari segi tenaga patah dan corak dan panjang keretakan sampel rasuk.
iii

Abstract

At present, in line with the development of the country, the technology in the construction
industry is experiencing a rapid change. There are many new technologies featured in
each project and vary. Recently, foamed concrete, one of the types of lightweight
concrete has become a favorite in the construction sector. Other than the workability, the
growth of usage due to the density and lightweight make foam concrete attractive to the
builder. Various tests have been conducted in order to prove the strength and quality of
foamed concrete is better or atleast equal to conventional concrete. However, studies of
fracture energy on foamed concrete are still ongoing. The aim of this study is to
determine the fracture energy of foamed concrete using concrete fracture energy formula.
Others, to observe a cracking pattern and the resulting length of the beam under load
applied. A 150x150x700mm beam size with a density of 1600 kg/m3 with a different U-
notch depth ratio were prepared. The beam is tested under three-point bending test. Based
from the result obtain, fracture energy can be determine by using four different equation,
which is Hillerborg, Bažant and Becq-Giraudon and Comité Euro-International du Béton
(CEB), and Japan Concrete Institute Standard (JCIS). From the experimental result, the
fracture energy value of foamed concrete is in between 18 to 25 N/m. From the test,
flexure tension crack is identified as the resulting crack occur at the beam surface. Results
shows that the concrete fracture energy formula can be used to determine the fracture
energy of foamed concrete. As conclusion, this study can provide the behavior of foamed
concrete in term of the fracture energy and the crack length and pattern of the beam
sample.

Vous aimerez peut-être aussi