Vous êtes sur la page 1sur 16

ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

1.0 PENGENALAN

“Saya melihat perkembangan yang positif dalam industri francais di Malaysia


dan saya ingin sekali melihat sistem francais melahirkan lebih ramai
usahawan golongan menengah”
(Tun Dr Mahathir Mohamad , 2008).

Dalam era ekonomi negara sekarang, ramai usahawan berminat untuk


menceburi industri francais. Ianya mendapat tempat dihati para usahawan
muda mahupun peniaga-peniaga kecil yang baru berkecimpung dalam bidang
perniagaan ini.

Secara am, pada dasarnya perkataan francais berasal daripada


perkataan Perancis yang bermakna ‘kebebasan’ atau ‘pengecualian dari
cukai’, (Nek Kamal dan etc, 2007, M. Nurul Hadi, 2015). Akan tetapi walaupun
istilah francais diambil dari bahasa Perancis, namun negara yang
mempopularkan sistem ini adalah Amerika Syarikat. Sejarah perkembangan
francais di dunia menjadi bukti bahawa bentuk francais yang sedia ada pada
saat ini merupakan pengembangan daripada sistem francais yang telah
diterokai sejak tahun 1850-an dan mula berkembang tahun pada 1950-an
serta 1960- an di Amerika Syarikat. Latar belakang dan matlamat daripada
sistem ini adalah untuk mengedarkan barangan yang dikeluarkan oleh satu
kawasan dijual ke seluruh bahagian lainnya (Juajir, 1995; M.Nurul Hadi,
2015).

Bentuk francais pertama yang paling sederhana adalah format


perniagaan yang dipelopori pada sekitar tahun 1850-an oleh Singer Sewing
Machine Company. Isaac Singer sebagai pembuat mesin jahit
memperkenalkan sistem francais untuk mengembangkan dan meningkatkan
pengeluaran mesin jahitnya (Katherine, 1998; M. Nurul Hadi, 2015).
Walaupun usaha yang dilakukannya tidaklah berjaya, akan tetapi ia menjadi
orang pertama yang mengenalkan kepada dunia perniagaan tentang format
perniagaan francais ini di Amerika Syarikat.

1
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

Namun terdapat pendapat lain yang menyatakan sejarah francais


bermula di Zaman Pertengahan yang mana pemimpin-pemimpin feudal akan
memberikan hak-hak tertentu kepada pihak lain dalam menjalankan beberapa
aktiviti seperti pengangkutan feri, manakala perkembangan francais moden
dikesan pada tahun 1845 di Jerman iaitu melalui perjanjian antara pembuat
bir dengan pemilik tavern untuk hak pengedaran eksklusif jenama-jenama
tertentu (Miranda, 1995; Mohd Hizam dan Zafir, 2008). Walau
bagaimanapun, Industri francais mula menapak dan berkembang di Malaysia
pada sekitar tahun 1940‐an hingga kini dan mempunyai kira‐kira 760 sistem
francais yang terdiri daripada pelbagai sektor telah didaftarkan dengan
Pejabat Pendaftar Francais KPDNKK. Menurut ucapan dari YB Dato’ Sri
Hasan, (2015) di Program Francais Komuniti Port Dickson, daripada jumlah
760 sistem francais itu, sejumlah 7,525 perniagaan francais telah berjaya
diwujudkan. Selain itu, kerajaan juga kini giat menggalakkan perniagaan
francais mikro bagi menarik orang ramai terutama di kawasan bandar kecil
dan luar bandar membabitkan diri dalam perniagaan francais.

Menurut Nurli (2012), francais ialah perkhidmatan yang dimiliki oleh


francaisor mengikut amalan dan piawai yang ditetapkan oleh kedua-dua
pihak. Usahawan yang memilih untuk melibatkan diri dengan perniagaan
francais boleh mengurangkan risiko dalam perniagaan jika dibandingkan
dengan memulakan perniagaan sendiri. Perniagaan francais, pada
kebiasaannya, sudah terbukti kejayaannya melalui rekod perniagaan
francaisor. Oleh yang demikian, francaisi dikehendaki membayar yuran
francais dan yuran lain termasuklah royalti kepada francaisor kerana francaisi
akan menduplikasi keseluruhan sistem francais yang dipunyai oleh francaisor.

Terdapat pelbagai bidang yang diceburi dalam industri francais ini,


antara yang paling digemari oleh usahawan adalah industri makanan dan
minuman (F&B), peruncitan, perkhidmatan, pendidikan, konsultasi, produk
kecantikan dan kesihatan, pelancongan, perhiasan dan banyak lagi. Industri
makanan dan minuman menjadi pilihan utama kerana ianya merupakan suatu

2
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

keperluan asas dalam kehidupan dan sudah pasti industri ini tidak akan
mengecewakan peniaganya kerana ia akan didatangi oleh setiap orang.

2.0 KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN


EKONOMI DAN SOSIAL

Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012-2016 (PIPFN),


telah dilancarkan pada tahun 2012 bagi menetapkan hala tuju strategik
membangunkan industri francais ini supaya ia berdaya saing serta mampu
memanfaatkan penggiat industri francais negara. Selain daripada itu, dijangka
nilai KDNK Malaysia akan meningkat sehingga sekali ganda kepada 4.3
peratus menjelang 2016 berbeza daripada 2.2 peratus pada tahun 2012.
Kenaikan ini dijangka daripada sumbangan industri francais. Selain daripada
itu industri francais di Malaysia mempunyai potensi yang tinggi dan
berperanan penting dalam menjana ekonomi negara, pada pengumuman
Bajet 2015, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan untuk
memperuntukkan sehingga RM20 juta kepada industri francais Malaysia
khususnya untuk mempergiatkan eksport syarikat francais Malaysia ke luar
negara (Dato’ Sri Hasan Malik, 2015). Ini menunjukkan bahawa industri
francais penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Di samping itu, perniagaan secara francais juga dilihat mampu


berkembang dengan pantas melalui rangkaian yang besar dalam tempoh
masa yang singkat. Antara lain, industri ini juga mampu merancakkan lagi
aktiviti ekonomi negara, terutamanya di dalam bidang peruncitan dan
perkhidmatan. Melihat dari aspek pembangunan usahawan, sistem francais
mampu melatih usahawan baru yang tidak mempunyai banyak pengalaman
untuk menceburi bidang perniagaan secara terus. Pelbagai usaha telah
dipergiatkan oleh kerajaan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) seperti mengadakan
program perintis francais dan juga bekerjasama dengan Persatuan Francais
Malaysia (MFA) dalam memberikan khidmat runding dan juga latihan.

3
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

Melalui industri ini, selain ianya memberi peluang kepada usahawan


muda untuk memulakan perniagaan, ianya juga membuka peluang pekerjaan
kepada masyarakat lain, yang mana setiap pembukaan 1 francais akan
memerlukan 6 peluang pekerjaan (PIPFN, 2012). Oleh itu, ianya dapat
membantu mengurangkan masalah pengangguran dalam negara.

3.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Menurut data pada tahun 2015, terdapat kira‐kira 760 sistem francais
yang terdiri daripada pelbagai sektor telah didaftarkan dengan Pejabat
Pendaftar Francais KPDNKK. Selain itu, daripada jumlah 760 sistem francais
itu, sejumlah 7,525 perniagaan francaisi telah berjaya diwujudkan (Dato’ Sri
Hasan, 2015). Ini menunjukkan bahawa industri francais di Malaysia sedang
berkembang dengan jayanya sejajar dengan 4 teras yang telah dilancarkan di
dalam PIPFN. Selain itu, industri francais Malaysia juga turut melebarkan
sayapnya ke luar negara dan sehingga 2012, terdapat 46 buah outlet yang
telah menempah nama di 50 buah negara asing.

Mengikut sumber Bahagian Pembangunan Francais, KPDNKK


sehingga Disember 2013, sejumlah 689 perniagaan francais telah didaftarkan
di Malaysia dengan 491 produk tempatan. Sektor makanan masih mendahului
iaitu sebanyak 35 peratus diikuti Pusat pembelajaran kanak-kanak (12
peratus) dan pakaian dan aksesori (11 peratus). Sejumlah 55 produk francais
Malaysia telah berjaya menembusi pasaran di 52 negara dengan 1,962 outlet
merangkumi Indonesia, Singapura, China, Arab Saudi, dan Emiriah Arab
Bersatu.

Menurut Datuk Hajah Rohani (2012), dalam pembentangan laporannya


di Dewan Rakyat, perniagaan francais Nelson’s telah mendahului perniagaan
lain dengan 675 outlet dan diikuti Daily Fresh sebanyak 481 outlet, Secret
Recipe, England Optical, Old Town White Coffee, World of Feng Shui, Smart

4
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

Reader, Royal Selangor, Ideal Malaysian Support dan Marrybrown yang


begitu menyerlah sekali di negara- negara luar dan kebanyakannya adalah di
Arab Saudi, UAE, Turki, China, Indonesia, Afrika Selatan, Singapura, Bahrain,
Filipina dan juga di Oman.

Secara amnya, perniagaan francais secara langsung mampu memberi


sumbangan yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Pada ketika
ekonomi negara berada pada landasan yang kukuh, permintaan domestik
telah memainkan peranan penting di dalam pertumbuhan ekonomi.
Perkembangan positif ini memberi petanda baik bukan sahaja kepada masa
depan pertumbuhan ekonomi negara, bahkan ke arah mewujudkan
kehidupan yang lebih selesa dengan menggalakkan keusahawanan
terutamanya usahawan kecil dan sederhana, mendekatkan jurang perbezaan
ekonomi serta mengurangkan pengangguran.

Perniagaan francais adalah sesuai untuk semua lapisan masyarakat,


samaada penduduk di kawasan bandar atau luar bandar. Di negara-negara
membangun seperti Uganda, Kenya dan Kemboja, francais Mikro telah
digunakan sebagai model alternatif yang berkesan untuk menangani isu
kemiskinan. Francais Mikro memainkan peranan penting untuk membasmi
kemiskinan terutamanya di kawasan luar bandar dengan mewujudkan pakej
atau program kepada usahawan-usahawan kecil seperti gerai-gerai buah-
buahan, gunting rambut, kedai runcit, dan kedai-kedai makanan seperti
cendol dan gerai rojak boleh dimodenkan menjadi model perniagaan francais.

Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian


Pembangunan Francais KPDNKK, ia menunjukkan peningkatan dalam
industri francais dari tahun ke tahun. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan
tahap pembangunan industri francais di Malaysia adalah dalam keadaan baik
dan membangun dengan jayanya sejajar dengan matlamat PIPFN (2012-
2016) yang telah memasuki fasa kedua pada tahun ini.

5
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

Selain itu, maklum balas yang diterima daripada masyarakat Malaysia


dan antarabangsa menunjukkan industri francais di negara ini semakin
matang dan berkembang sejajar dengan pembangunan negara. Didapati juga
masyarakat kini semakin celik mengenai perniagaan francais disebabkan
program dan pendedahan yang dijalankan oleh kementerian. Terdapat satu
program yang dikenali sebagai Francais Komuniti iaitu program melibatkan
kementerian, PNS dan MFA berkongsi maklumat mengenai perniagaan
francais kepada masyarakat luar bandar. Program tersebut turut
mempamerkan perniagaan-perniagaan yang sedia ada di samping
memperkenalkan jenama francais tempatan yang terdapat dalam pasaran.
MFA turut menganjurkan pameran francais terbesar di ASEAN pada setiap
tahun yang dikenali sebagai Francais Antarabangsa Malaysia. Pameran
tersebut merupakan platform terbaik khususnya kepada masyarakat bagi
mengenal pasti lebih lanjut perniagaan-perniagaan francais yang berpotensi
tinggi (Harian Kosmo, 5 Mac 2015).

4.0 SISTEM SOKONGAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Dalam mempertingkatkan industri francais di negara ini, pelbagai


usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memantapkan industri
francais di Malaysia. Antaranya ialah meningkatkan daya saing, melakukan
transformasi dalam menjalankan perniagaan, di samping pembangunan
modal insan serta koordinasi di antara agensi di bawah KPDNKK seperti PNS
dengan Bahagian Pembangunan Francais bersama-sama dengan Persatuan
Francais Malaysia (MFA). Terdapat pelbagai jenis sokongan yang telah
diberikan kepada usahawan-usahawan francais bagi membantu mereka
memulakan perniagaan dan di samping itu, menggalakkan perkembangan
industri francais di Malaysia. Antaranya adalah sseperti:

i. Penubuhan Persatuan Francais Malaysia (MFA)

6
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

Malaysia Franchise Association (MFA) telah di berikan kelulusan


dan kebenaran untuk operasi sementara mulai 18 Januari 1994.
Seterusnya pelancaran rasmi penubuhan MFA telah disempurnakan
oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Y.A.Bhg. Tun Dr.
Mahathir Mohamad pada 27 Januari 1994 serentak dengan
pelancaran Program Pembangunan Francais (PPF) dan Persidangan
dan Pameran Francais Antarabangsa Malaysia yang pertama anjuran
bersama Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (Jabatan Perdana
Menteri), MFA dan International Franchise Association (IFA).
Sementara kelulusan rasmi MFA di bawah Akta Pertubuhan 1966 telah
diperoleh pada 30 Ogos 1994 (Laporan Mesyuarat Tahunan MFA,
2013).

Menurut laporan tahunan MFA (2013), MFA memainkan peranan


:

a) Menyatukan tenaga ahli-ahli untuk menjaga kepentingan mereka.


b) Memupuk dan mempertahankan imej perniagaan francais dengan
menggalakkan amalan perniagaan secara beretika.
c) Mendokong usaha kerajaan untuk menggalakkan penyertaan
bumiputera secara langsung dan aktif dalam perniagaan francais.
d) Untuk menyelaras kemudahan dan infrastruktur yang tersedia bagi
pembangunan francais di peringkat kebangsaan, serantau dan
antarabangsa.

Oleh yang demikian, dengan adanya penubuhan MFA ini,


usahawan-usahawan industri francais dapat bersatu dan membantu
antara satu sama lain bagi memajukan lagi industri ini di persada
antarabangsa dengan penambahan francais Malaysia di negara luar.

ii. Penubuhan PNS Academy dan Maktab Koperasi Malaysia

7
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

Modal insan adalah merupakan aset yang paling penting dalam


mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai hub industri
francais di Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang tahun 2020
selaras dengan matlamat akhir Pelan Induk Pembangunan Francais
Negara (PIPFN,2012-2016). Dalam hal ini, agensi di bawah KPDNKK
bergabung tenaga untuk memastikan latihan modal insan di pelbagai
peringkat dalam industri francais dipergiatkan dan semestinya
kerjasama seperti ini perlu sentiasa dipertingkatkan.

Oleh yang demikian pada 1 Julai 2009 Akademi PNS telah


dilancarkan. Akademi ini bergerak bersama-sama Maktab Koperasi
Malaysia yang mana berperanan untuk melatih usahawan-usahawan
francais serta menyediakan dan mengendalikan program-program
latihan kepada usahawan francais yang sedia ada dan yang baharu.
Selain itu, akademi ini berperanan untuk mengendalikan program
latihan modal insan kepada warga kerja kementerian dan agensi-
agensi di bawahnya di samping mengendalikan program kesedaran
keusahawanan berteraskan francais kepada pelajar IPTA dan IPTS.
Akademi ini juga telah mengadakan kerjasama strategik bersama IPTA
dan IPTS tempatan dan luar negara bagi meningkatkan penyampaian
latihan francais serta mengadakan usaha sama strategik bersama dan
badan korporat tempatan dan luar negara untuk meningkatkan ilmu
keusahawanan francaisor dan francaisi tempatan (Buletin PNS, 2014).

iii. Akta Francais 1998 @ 2002

Akta Francais 1998 mendapat persetujuan daripada Seri


Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 24 Disember 1998 dan
dikuatkuasakan pada 8 Oktober 1999. Akta ini digubal untuk
mengadakan sistem pendaftaran yang sistematik, mengawal selia
perniagaan francais dan perkara yang berkaitan dengannya agar

8
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

pembangunan perniagaan francais di negara ini dapat berkembang


dalam persekitaran yang sihat dan teratur (Nurli, 2012).

iv. Program Transformasi Perniagaan (B.I.T)

Kementerian melalui PNS juga telah melaksanakan program


Transformasi Perniagaan (B.I.T). Melalui program B.I.T ini, PNS akan
mengenalpasti dan membantu usahawan PKS ini memodenkan
perniagaan mereka. Program-program di bawah B.I.T ini digarap
meliputi usaha menaiktaraf Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
dari segi imej, kualiti perkhidmatan dan konsep perniagaan.

Menurut Dato’ Sri Hasan (2015), dalam ucapan beliau


menyatakan program ini merupakan suatu program yang memfokuskan
kepada usahawan PKS bagi membentuk mereka agar menjadi lebih
kompetitif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan serta
membimbing mereka supaya mampu berdaya saing di pasaran dan
seterusnya perniagaan tersebut dapat dibangunkan ke arah
perniagaan francais. Hasilnya kelak, gerai berbentuk tradisional di tepi-
tepi jalan akan ditransformasikan kepada bentuk gerai yang lebih
moden sekaligus menjadikan perniagaan tersebut berkembang menjadi
pra-francaisor. Sekaligus, usahawan akan menjana lebih keuntungan
dan mengembangkan perniagaan mereka secara lebih efektif. Di dalam
program B.I.T ini juga, para usahawan kecil-kecilan yang mempunyai
produk dan perkhidmatan yang mampu dikomersilkan akan diberikan
bantuan dan dibimbing sehingga mampu menjadi francaisor dalam
tempoh masa tertentu.

v. Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012-2016 (PIPFN)

Pelan ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2012. Ianya


dilancarkan bagi meluaskan tumpuan dalam pembangunan francais
daripada sektor campuran yang lebih pelbagai, termasuk beberapa

9
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

sektor niche yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya secara sistem


francais, seperti pelancongan, perubatan, eco-tourism, perkhidmatan
dan produk pematuhan syariah serta produk dan perkhidmatan hijau.
Sasaran ini bertepatan dengan agenda pembangunan negara seperti
yang telah digariskan melalui Model Baru Ekonomi, Program
Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Wawasan
2020 (PIPFN, 2012).

Menurut modul PIPFN (2012), pelan ini mempunyai 3 fasa iaitu:

a) Fasa 1 bermula dari 2012 hingga 2014 (3 tahun) - yang mana


akan melibatkan pemantapan peserta francais dan rangka kerja
pembangunan francais.
b) Fasa 2 bermula dari 2015 hingga 2016 (2 tahun) – ianya melibatkan
usaha ke arah industri dalam negeri yang dinamik dan teguh,
selaras dengan visi PIPFN
c) Fasa 3 bermula dari 2017 hingga 2020 – akan melibatkan usaha
menjadikan Malaysia sebagai Pusat Francais.

vi. Bantuan kewangan

Terdapat beberapa badan kewangan yang tampil bagi


menyokong usaha KPDNKK seperti Perbadanan Nasional Berhad
(PNS) dan TEKUN Nasional bagi memberikan pinjaman modal
permulaaan sehingga 70 peratus kepada usahawan baru yang ingin
memulakan perniagaan francais. Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan, KPDNKK
(2015), terdapat 534 syarikat francais tempatan dan 234 syarikat
francais asing yang telah didaftarkan sehingga bulan Mac 2015.
Industri francais dilihat juga mempunyai potensi yang besar dan tahap
kesedaran rakyat Malaysia tentang peluang perniagaan. Ini
menunjukkan reaksi yang positif kerana setiap tahun, jumlah
penglibatan usahawan baru semakin bertambah. Perniagaan francais

10
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

sering dilabel sebagai perniagaan kecil dan sederhana di mana ianya


dilihat mampu mencipta peluang pekerjaan dan juga kurang berisiko.

5.0 CABARAN DAN HALANGAN DALAM INDUSTRI FRANCAIS

Walaupun industri francais telah lama menapak di Malaysia, namun


industri ini masih dalam proses pembangunan. Oleh yang demikian, ia tidak
dapat lari daripada menghadapi cabaran dan halangan yang datang bagi
mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat francais dunia
menjelang tahun 2020. Namun, setiap cabaran dan halangan yang datang,
pastinya disebabkan oleh kelemahan sesuatu industri itu. Antara
kelemahannya adaah:

i. Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisor

Francaisor adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan,


perkembangan dan daya saing perniagaan francaisi. Francaisor perlu
memberikan bantuan kewangan dan khidmat sokongan kepada pihak
francaisi bukan sekadar di peringkat awal tempoh francaisi memulakan
perniagaan, bahkan untuk seumur hidup perniagaan francais itu
dikendalikan oleh francaisi. Apabila francaisi gagal untuk mematuhi
segala prosedur perniagaan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
francaisor seperti garis panduan mengenai mutu produk, tentu sekali
nilai nama atau reputasi francaisor akan terjejas.

Pihak francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran


untuk menangani masalah penipuan seperti bayaran royalti, bayaran
caj perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk dan
sebagainya apabila cawangan francais pihak francaisor bertambah dan
berkembang pesat. Kegagalan francaisor menangani masalah
sedemikian boleh mengakibatkan kemusnahan ikatan pemfrancaisan.

11
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

ii. Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisi

Penglibatan serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan


francais adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian
perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini secara tidak
langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi
terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya. Tambahan
pula, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar
menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal
usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini.

Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak


jujur dan tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan, pihak francaisor
memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais
kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di
kawasan yang kurang membangun. Apabila perniagaan francais
berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak
francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri.
Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi
yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.

iii. Perselisihan faham atau pendapat antara francaisor dengan francaisi

Sesetengah francaisor di Malaysia menganggap perniagaan


francais yang berakhir atau ditutup kebanyakannya berpunca daripada
masalah dengan francaisi, seperti:

a) Francaisi kurang komitmen dan kurang melibatkan diri dalam


perniagaan
b) Francaisi tidak mematuhi pengendalian dan standard perniagaan yang
ditetapkan oleh francaisor
c) Sesetengah francaisi menjual produk yang tidak dibenarkan
d) Francaisi berulang kali gagal mematuhi perjanjian francais.
12
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

Perkara sebaliknya berlaku kepada sesetengah francaisi yang


mana menganggap kegagalan perniagaan francais mereka berpunca
terutamanya kerana :

a) Francaisor tempatan tidak memainkan peranannya untuk menyokong


francaisi.
b) Tiada sistem infrastruktur sokongan francais yang kukuh dan terbukti
berkesan (contohnya, tiada sistem sokongan pusat, tiada lawatan tetap
oleh eksekutif francais untuk menyokong francaisi)
c) Tiada jenama francais yang kukuh (contohnya, francaisor tertentu
tiada komitmen untuk melabur dalam perbelanjaan pengiklanan dan
promosi)

iv. Wujudnya jurang antara francaisor dan francaisi

Rentetan daripada ketiadaan persefahaman antara francaisor


dan Francaisi, ianya meninggalkan kesan yang buruk terhadap industri
francais. Oleh yang demikian, suatu jurang antara francaisor dan
francaisi telah wujud dan ianya menyebabkan terdapat perbezaan
dalam pengambilan dan jualan francais dengan francaisor.

Oleh yang demikian, kurangnya persefahaman dan


kepercayaan antara francaisor dengan francaisi menyebabkan berlaku
pertikaian antara kedua-dua pihak, lalu menjejaskan pertumbuhan
perniagaan francais masing-masing. Justeru itu, perselisihan ini telah
memberikan cabaran dan halangan yang besar dalam mencapai
matlamat Malaysia menjadi Pusat Francais menjelang tahun 2020.

6.0 MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

13
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

Menurut Dato’ Sri Hasan (2015), jabatan beliau menyasarkan industri


francais di negara ini akan lebih berdikari dan kukuh sejajar dengan pelan
yang bakal bermula pada tahun 2017 sehingga 2020 iaitu bagi menjadikan
Malaysia sebagai pusat francais bagi pasaran Asia Tenggara menjelang tahun
2020. Industri francais sedikit sebanyak telah menyumbang kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM24.6 bilion dan dijangka terus
meningkat dengan kerjasama daripada kementerian, PNS dan Persatuan
Francais Malaysia (MFA). Berdasarkan kenyataan itu, didapati industri
francais negara berkembang dengan jayanya walaupun terdapat beberapa
kelemahan, namun ianya masih boleh dilakukan penambah baikan. Secara
tidak langsung, ia dapat membangunkan modal insan malah
mempertingkatkan perniagaan francais tempatan.

Selain daripada itu, sebanyak 68 peratus merupakan perniagaan yang


berdaftar dengan pihak kementerian manakala bakinya iaitu 32 peratus
merupakan jenama asing. Penerimaan jenama francais Malaysia di luar
negara juga semakin meningkat iaitu sebanyak 60 jenama francais tempatan
di 55 negara. Jenama francais Malaysia dilihat mempunyai potensi besar dan
secara tidak langsung ia dapat meningkatkan aliran wang serta eksport
produk tempatan ke negara luar dan sekaligus dapat meningkatkan
perdapatan per kapita Malaysia ke arah mencapai negara berpendapatan
tinggi.

Secara kesimpulannya, industri francais dilihat sebagai satu bentuk


perniagaan yang semakin banyak menyumbang kepada penglibatan
usahawan baru di Malaysia. Kaedah Francais itu sendiri dalam pemasaran
yang berasaskan pemberian hak dan juga tanggungjawab bagi sesuatu
perniagaan dengan menggunakan tanda nama dan juga konsep atau model
perniagaan yang ditentukan telah memberi keyakinan kepada usahawan-
usahawan muda ini. Perniagaan francais telah terbukti mampu beroperasi
dengaan maju di samping jenama yang sudah terkenal dan juga sasaran
pelanggan yang telah ada dan dapat mengurangkan risiko kerugian yang

14
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

mana dapat memberikan kesan negatif dalam dir usahawan muda yang baru
menceburi bidang ini.

7.0 RUJUKAN

Buletin Aspirasi Pengguna, Keluaran 29 April 2015. KPDNKK

Juarjir Sumardi. (1995). Aspek-aspek hukum Francais dan Perusahaan Trans


Nasional. Bandung: Citra Aditya Bakti, 21-22.

Katherine T. Durack. (1998). “Authority and Audience-centered Writing


Strategies: Sexism in 19th Century Sewing Machine Manuals”,
Technical Communication second Quarter . 186.

Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir Mohamed Makhbul. (2008). “Kesan


Kegawatan ekonomi Ke atas Perniagaan Kecil : Penemuan Dalam
Perniagaan Francais. UKM.

Muhammad Nurul, Hadi (2015) Pelaksanaan kontrak Al-Musharakah dalam


perniagaan Francais: Satu kajian di Jarimatika Indonesia / Muhammad
Nurul Hadi. Masters Tesis, Universiti Malaya.

Nurli Yaacob, (2012). “Alasan Penamatan Perjanjian Di Bawah Akta Francais


1998”. UUM, Kedah.

Nurul Ashykin Abd Aziz dan Nurul Aien Abd Aziz, (2015). Buletin
Usahawan UiTM Edisi 9.Terengganu.

Nek Kamal Yeop Yunus dan Hain Hilman Abdullah, Pengurusan Peruncitan
Konsep, Strategi dan Kes, ed. ke-3 (Petaling Jaya: Prentice Hall,
2007), 118.

15
ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013

Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012-2016 (Blueprint). 2012.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan.

Teks Ucapan YB Dato’ Sri Hasan Bin Malek dalam Perasmian Program
Francais Komuniti Port Dickson pada 14 Februari 2015 di Dataran Seri
Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140127/ek_02/Meraikan-20-
Tahun-FrancaisMalaysia#ixzz437P0OV7a © Utusan Melayu (M) Bhd

16

Vous aimerez peut-être aussi