Vous êtes sur la page 1sur 5

KERTAS KERJA

ANTI-GANGSTERISM
ANTI-NARKOTIK
&
ANTI-BULI

UNTUK PELAJAR-PELAJAR INDIA


SEKOLAH MENENGAH DI SELURUH
MALAYSIA

ANJURAN

MALAYSIAN INDIAN YOUTH DEVELOPMENT FOUNDATION

1
MAKLUMAT ASAS

1. Projek : Ceramah Anti-Gangsterism, Anti-Narkotik dan

Anti-Buli untuk pelajar-pelajar India sekolah

menengah di seluruh Malaysia

2. Anjuran : Malaysian Indian Youth Development Foundation

(MIYDF)

3. Rasional : Seminar ini bertujuan untuk membanteras isu


gejala gangsterism, narkotik dan buli di kalangan
pelajar-pelajar sekolah menengeh di seluruh
Malaysia.

4. Objektif :

i. Bertujuan untuk berjumpa dan memberi ceramah kepada 10,000 pelajar


India sekolah menengah di seluruh Malaysia;

ii. Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar India di sekolah berkenaan


kegiatan-kegiatan jenayah dan hukuman-hukuman yang akan dijatuhkan;

iii. Menjalankan pameran anti-narkotik untuk kesedaran para pelajar;

iv. Memberi pengetahuan kepada orang ramai khususnya masyarakat India


mengenai isu-isu jenayah semasa.

2
Projek ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Kami merancang untuk mengadakan ceramah tersebut untuk semua pelajar-

pelajar India sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia. Kami juga akan

mengadakan satu pameran narkotik, sessi kaunseling dan sessi perjumpaan dengan

ibubapa.

Aturcara Ceramah

Tempat : Dewan Lestari, SMK Pasir Gudang, Pasir Gudang, Johor

Tarikh : 28hb April 2018

Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari

8.00 am – 8.15 am - Ketibaan para jemputan

8.15 am – 8.30 am - Sarapan pagi

8.30 am – 8.45 am - Perasmian program

8.45 am – 12.30 pm - Ceramah bermula

12.30 pm – 1.00 pm - Pameran anti-narkotik

Ucapan terima kasih/ Bersurai

- Seorang anggota polis akan memberi ceramah mengenai tahap jenayah di

negara dan apakah faktor yang mendorong pemuda india ke dalam

jenayah dan langkah-langkah untuk mencegah penyertaan tersebut;

- Seorang bekas banduan berkongsi pengalaman beliau semasa berada di

penjara;

3
- Tiga orang graduan India untuk memberi motivasi bagaimana untuk berjaya

melalui pelajaran;

- Seorang pemotivasi berpengalaman untuk memberi cabaran, ilham dan

iktibar kepada pelajar untuk berjaya melalui pelajaran;

- Sesi perjumpaan dengan ibubapa.

PENUTUP

Baru-baru ini masalah berkenaan masyarakat India banyak telah pun diselesaikan

oleh kerajaan. Seterusnya terdapat banyak masalah serius yang timbul dikalangan

pelajar-pelajar India kebelakangan ini. Salah satunya ialah kes pembunuhan T.

Nhaveen. Oleh itu, adalah menjadi visi MIYDF untuk menjalankan projek-projek

untuk membenteras gejala-gejala sosial di kalangan pelajar-pelajar India. Kami

bersedia untuk menjalankan tugas ini untuk kebaikan masa depan masyarakat

India di negara ini.

4
GALERI

Projek-projek yang telahpun dijalankan di negeri Johor kebelakangan ini adalah


seperti berikut :-

Motivasi kepada 74 orang murid UPSR dan


seramai 40 ibubapa di SJK (T) Ulu Tiram, Johor oleh
ASP Tn. Rajagopal dan En. Poobalan, bekas
Gurubesar SJK (T) Tun Aminah, Johor.

Motivasi berkenaan Anti-gangsterism dan anti-


narkotik yang diadakan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Ulu Tiram, Johor pada 23.04.2017

Motivasi berkenaan Anti-gangsterism dan


anti-narkotik yang diadakan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Johor Jaya 1,Johor
pada 18.06.2017

Vous aimerez peut-être aussi