Vous êtes sur la page 1sur 2

Penghargaan

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah En.

Mohd Arifin Bin Ghazali di atas galakan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian

tindakan ini. Seterusnya, jutaan terima kasih juga ditujukan kepada Pengetua SMK

Pokok Sena, Tuan Hj Zulkifli Bin Khamis yang telah memberikan dorongan dan

sokongan moral kepada saya dalam melaksanakan kajian tindakan ini. Terima kasih

juga kepada guru pembimbing En Ahmad Fakri Bin Othman yang telah memberi

tunjuk ajar dan bantuan semasa saya menjalankan kajian tindakan ini. Penghargaan

paling istimewa saya tujukan kepada anak didik saya para pelajar 6 Rendah 3 (6R3)

SMK Pokok Sena, Kedah yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang

tinggi sehingga kajian tindakan ini dapat disempurnakan.

i
ABSTRAK

Saya selaku guru mata pelajaran Pengajian Am bagi kelas tingkatan 6 Rendah 3 (6R3),

timbul pelbagai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama para pelajar.

Antaranya, masalah para pelajar dalam menguasai konsep dan bidang-bidang yang terdapat

dalam bahagian kenegaraan iaitu kertas 1 Pengajian Am. Kajian tindakan ini melibatkan para

pelajar 6R3 seramai 20 orang, SMK Pokok Sena Kedah. Bagi menangani permasalahan

yang berlaku ini, saya telah menjalankan suatu kajian tindakan bagi bab 4 bahagian

kenegaraan iaitu Kerajaan Tempatan. Hasrat untuk menjalankan kajian tindakan ini timbul

setelah melihat pencapaian para pelajar dalam ujian selaras 1 yang lalu tidak begitu

memuaskan saya. Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan memori fakta kenegaraan

dalam kalangan pelajar 6R3 menggunakan nota neurobik. Tinjauan awal telah dijalankan

melalui analisis keputusan ujian selaras 1, ujian pra, temu bual dan pemerhatian. Hasil

tinjauan awal saya mendapati dalam kertas 1 bahagian kenegaraan para pelajar lemah

dalam menjawab soalan berkenaan Kerajaan Tempatan bab 4. Oleh itu bagi mengatasi

masalah ini saya telah memperkenalkan kaedah ‘ nota neurobik’. Melalui kaedah ‘nota

neurobik’ ini saya telah menukar rutin P&P para pelajar daripada kaedah penerangan biasa

yang menyebabkan mereka mudah bosan dan tidak dapat mengingati fakta-fakta penting

kepada suatu kaedah P&P yang baru. Dalam kaedah ‘nota neurobik’ ini para pelajar akan

dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang setiap kumpulan. Mereka

akan dibekalkan dengan koleksi soalan-soalan 10 tahun STPM yang lalu mulai tahun 2001

sehingga 2010 untuk dianalisis. Setelah itu mereka akan menghasilkan nota berdasarkan

hasil analisis soalan mengikut kreativiti masing-masing dengan penggunaan warna, simbol

dan bahasa yang ringkas. Keputusan para pelajar dalam ujian pos menunjukkan

peningkatan prestasi yang begitu ketara berbanding ujian yang sebelum ini.

ii

Vous aimerez peut-être aussi