Vous êtes sur la page 1sur 24

BORANG MAKLUM BALAS

SOALAN KERJA KURSUS

HALAMAN PENGAKUAN i

ISI KANDUNGAN ii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN DIRI 3

2.1 Gaya Pembelajaran

2.2 Pengurusan Masa

2.3 Perbezaan Pembelajaran Ipg Dan Sekolah(Spm)

3.0 KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT 9


3.1 Sumber Maklumat

3.2 Teknik Membaca

3.3 Alamat Berfikir

4.0 KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 16

4.1 Word

4.2 Powerpoint

4.3 Excel

4.4 Excess

4.5 Blog

5.0 BAGAIMANA KEMAHIRAN BELAJAR MEMBANTU PEMBELAJARAN 18

REFLEKSI 19

LAMPIRAN 21

RUJUKAN 23

i
1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke 3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau
kepandaian. Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Hal ini kerana adanya rangsangan – rangsangan, pemilihan rangsangan yang
sesuai dengan organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak,
membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang
sepadan serta perubahan tingkah laku seseorang.

Dengan kata lain, belajar adalah satu proses tindakan yang dilakukan oleh
seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara
keseluruhan. Selain itu, belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan
seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada
perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.

Di samping itu, belajar adalah cara memproses maklumat yang membawa kepada
perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang. Pelbagai sifat
boleh didapati dalam diri manusia. Cara belajar, mahupun persepsi manusia terhadap
belajar juga turut berlainan. Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan
kewajipan bagi manusia pada zaman ini, namun masih terdapat segelintir manusia yang
menganggap belajar itu adalah suatu proses yang susah.maka secara tidak langsung
wujudlah kelompok masyarakat yang tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar
sehingga mana-mana peringkat kelulusan pun.

Namun, dalam keadaan sedar atau pun tidak, belajar bukan sahaja untuk
golongan bijak pandai, golongan kaya dan ia juga tidak dijalankan pada setiap hari dan
setiap masa secara formal. Sebenarnya, tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak belajar
kerana manusia mengalami proses belajar pada bila-bila masa sahaja termasuklah
belajar dari pengalaman hidup.

Ramai yang menganggap belajar hanya boleh berlaku di dalam kelas, bersama
guru yang mengajar, mengambil nota, dan mengulangkaji untuk peperiksaan. Hakikatnya,
belajar boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila malah dengan sesiapapun. Contohnya,

1
sejak kecil lagi manusia telah mula belajar. Belajar untuk bertatih, berjalan dan bercakap.
Proses awal ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal
persekitaran dan seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran,
bau dan rasa.

Manakala, definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi


teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan
pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak
Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi
motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil
pembelajaran tertentu.

Seterusnya, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai


pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang
positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru itu, kaedah dan
pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan
kepada para pelajar.

Menurut Selmes (1987), Kemahiran Belajar adalah kemahiran yang membolehkan


seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan
menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran Belajar merupakan keupayaan dan
kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan
menyimpan maklumat serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk mengecapi kejayaan akademik, kajian lalu


telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran
dan kemahiran belajar yang diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar
setiap pelajar dengan sempurna. Terima kasih.

2
2.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN DIRI

2.1 Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran adalah salah satu cara untuk mempelajari sesuatu kecenderungan
individu. Terdapat pelbagai teori dan model pengajaran. Seorang murid perlu mengetahui
kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya
pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka. Pada asasnya, terdapat dua model gaya
pembelajaran iaitu Gaya VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik) dan Gaya Pembelajaran Dunn
dan Dunn.

Gaya pembelajaran VAK ialah satu gaya pembelajaran yang mengandungi tiga
aspek, iaitu gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestetik. Gaya pembelajaran visual
adalah satu gaya pembelajaran yang melibatkan penggunaan deria penglihatan. Melalui
gaya pembelajaran visual, seorang murid dapat belajar dengan lebih baik dengan melihat
sesuatu teks berbentuk perkataan didalam buku, di papan hitam atau paparan komputer.
Cara ini dapat membuatkan mereka untuk lebih mengingati dan memahami arahan dan
penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Kebiasaannya murid
“visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori” tetapi mereka
selalunya dapat belajar melalui pembacaan.

Seterusnya, adalah gaya pembelajaran auditori. Gaya pembelajaran auditori


adalah satu gaya pembelajaran yang memerlukan seorang murid untuk mendengar.
Murid auditori adalah murid yang belajar dengan mendengar perkataan disebut dan juga
arahan lisan. Murid auditori boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau
menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
Murid auditori dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita
audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.

Gaya pembelajaran Kinestetik adalah gaya pembelajaran yang melibatkan fizikal.


Murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian
secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik
apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on.

3
Gaya Gaya
Pembelajaran Pembelajaran
Visual Auditori

Gaya
Pembelajaran
Kinestetik
Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di
mana murid-murid belajar dengan cara yang paling optima. Mengikut Dunn (2000), ramai
orang mempunyai kaedah unik untuk mempelajari sesuatu. Menurut Dunn & Dunn lagi,
adalah penting untuk bukan sahaja untuk mengenal pasti tingkah laku individu tetapi juga
untuk mengkaji kecenderungan seseorang itu terhadap pembelajaran. ( Dunn, Thies dan
Honigsfeld, 2001).

Menurut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran murid telah dipengaruhi oleh beberapa
faktor iaitu persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Faktor persekitaran
langsung seperti bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk semasa pembelajaran amat
mempengaruhi pembelajaran seseorang murid. Ada sesetengah murid lebih suka belajar
di tempat yang sunyi dan tiada bunyi bising, tetapi ada murid yang suka memasang radio
ketika belajar. Contohnya, ada murid yang suka tempat yang cerah dan suhu yang selesa
untuk pembelajaran yang berkesan pada mereka, namun ada murid yang tidak suka
tempat cerah, dan begitu juga sebaliknya. Seseorang individu mempunyai gaya
pembelajaran yang tersendiri. Sebagai contohnya, murid yang mempunyai personaliti
introvert adalah berbeza dengan murid yang extrovert. Murid yang mempunyai ciri
introvert lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih formal dan memerlukan satu
tempat khas yang ada meja dan kerusi untuk mereka. Manakala murid yang extrovert

4
lebih suka belajar di tempat yang lebih tidak formal seperti di atas lantai, di taman bunga
dan sebagainya.

Dengan ini, suasana persekitaran yang berbeza akan melahirkan gaya


pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, setiap individu mempunyai rutin pembelajaran yang
berbeza. Sebagai seorang pendidik, tidak boleh memaksa murid-murid menerima cara
pembelajaran yang tertentu sahaja.

Faktor yang kedua adalah emosi sendiri murid tersebut. Sebagai


contohnya,motivasi, usaha, tanggungjawab dan keperluan untuk struktur dan fleksibiliti.
Motivasi seseorang yang merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan
seseorang. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu motivasi ekstrinsik dan
motivasi instrinsik. Motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang dipaksa atau didesak untuk
mendapatkan ganjaran atau markah yang tinggi manakala motivasi instinsik adalah
motivasi yang lebih kepada dorongan dalaman seperti keperluan, sikap dan emosi yang
semula jadi yang menyebabkan mereka turut serta dalam proses pembelajaran. Di
samping itu, struktur adalah suatu peraturan yang spesifik yang digunakan untuk
melaksanakan tugasan atau kerja. Arahan guru yang jelas dan berstruktur amat penting
kepada pelajar dalam proses pembelajaran tetapi ada murid yang suka gaya
pembelajaran yang bebas. Oleh itu, sebagai seorang guru harus memberi perhatian
kepada murid yang mempunyai pelbagai jenis struktur pembelajaran. Sementara itu, ada
murid yang berasa dirinya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembelajaran
maka murid tersebut akan berusaha dan sentiasa melaksanakan tugas dengan baik.
Tetapi ada sesetengah murid yang berasa tanggungjawab mereka bukan di
pembelajaran, maka mereka akan mengabaikan pembelajaran mereka begitu sahaja.

Faktor sosiologi dipengaruhi oleh diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan
dan lain-lain. Terdapat murid yang suka bersendirian dan belajar dengan sendiri tanpa
bergaul dengan orang lain. Mereka percaya bahawa lebih mampu belajar tanpa gangguan
orang lain. Selain itu, ada juga murid yang suka belajar dengan berpasangan. Hal ini
kerana mereka rasa lebih suka belajar dengan kehadiran kawan baiknya yang dapar
berinteraksi dua hala. Sementara itu, belajar dalam kumpulan juga merupakan gaya
pembelajaran yang amat popular dan digalakkan kerana murid-murid akan lebih
bermanfaat dalam memberi idea. Bagi faktor orang dewasa pula, banyak dipraktik di
sekolah atau di rumah. Murid-murid lebih cenderung menanya soalan yang mereka tidak

5
faham kepada orang dewasa. Oleh itu, gaya pembelajaran ini juga amat berkesan bagi
murid-murid dalam proses pembelajaran.

Faktor fizikal seperti persepsi pancaindera, makanan dan minuman,waktu atau


tempoh belajar dan pergerakan. Seseorang itu akan menggunakan kesemua pancaindera
dalam proses mengingati maklumat. Sebagai contohnya, melalui auditif, dapat membantu
murid mengeluarkan bunyi untuk mendengar dan mengingati semasa proses
pembelajaran. Visual pula membolehkan murid belajar melalui pengamatan kepada
asosiasi visual yang kuat dan cenderung untuk melihat gambar yang menarik. Taktual
adalah melalui sentuhan semasa pembelajaran, dengan menggunakan cara ini murid
akan mudah mengingati apa yang dibelajari. Seterusnya adalah kinestetik yang belajar
melalui hasil kerja dan pengerakan. Selain itu, terdapat murid yang makan dan minum
sementara mereka belajar atau membuat kerja. Ini dapar mengurangkan tekanan mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor yang seterusnya adalah tempoh
belajar seseorang murid. Terdapat murid yang hanya dapat belajar dan memberi fokus
pada waktu pagi sahaja dan ada yang dapat memberi perhatian pada waktu perdananya
sendiri. Oleh itu, waktu pembelajaran yang agak berbeza bagi setiap murid. Ada murid
yang gemar melakukan pergerakan setelah seketika untuk belajar. Oleh itu, waktu rehat
menjadi keperluan kepada murid-murid untuk merehat dan melakukan pergerakan
supaya fokus dapat diberi kepada pembelajaran yang seterusnya.

Faktor yang terakhir adalah faktor psikologi yang menekankan reflektif dan
impulsif, global dan analitikal. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran impulsif suka
belajar dengan cepar dan tidak suka membuat sebarangan persediaan awal manakala
murid yang bersifat reflektif adalah lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu dan akan
memikir dengan lebih mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Di
samping itu, murid jenis analitikal suka belajar dalam persekitaran yang cerah dan lebih
formal manakala murid jenis global lebih suka belajar dalam persekitaran yang suram dan
duduk secara tidak formal seperti di atas sofa dan lantai.

6
2.2 Pengurusan Masa

Pengurusan masa ialah “kemahiran untuk menguruskan sikap dan tingkah laku kita
terhadap masa”. Kita perlu memahami bahawa pengurusan masa adalah satu mitos. Kita
perlu membezakan antara “masa jam” dan “masa psikologi”. Kita menetapkan matlamat,
merancang dan bekerja untuk mencapai matlamat pada masa.

Pengurusan masa adalah sesuatu yang amat penting khusunya kepada para
pelajar. Pengurusan masa melibatkan pembahagian masa dengan baik dan teratur serta
sistematik. Pengurusan masa dapat dibuat dengan membuat jadual belajar. Susunan
jadual belajar perlulah fleksibel iaitu mampu diubah. Ianya perlu diubah mengikut masa
semasa.
Masa amat penting bagi kehidupan manusia. Justeru itu, setiap individu
berkewajipan menguruskan masanya dengan penuh teliti supaya setiap detik perjalanan
masa dapat dimanfaatkan. Masa adalah sesuatu yang berharga bagi setiap individu.
Pengurusan masa mampu membuat pelajar menjadi berdisiplin dan menepati
waktu. Konsep jadual pengurusan masa ialah fleksibel, teratur dan sistematik.

fleksibel

sistematik teratur

7
2.3 Perbezaan Pembelajaran Ipg & Sekolah(Spm)

Pembelajaran di peringkat IPG atau IPTA adalah berbeza diantara pembelajaran di


peringkat sekolah. Di peringkat IPG atau IPTA banyak menuntut kita untuk lebih
berkorban di mana kita dibiarkan berdikari. Kita harus berdikari dan lebih berdisiplin
terutama sekali di dalam menguruskan masa. Di peringkat ini kita harus bijak
menguruskan dan membahagikan masa dengan baik. Kita juga hendaklah berdikari
mencari nota – nota kuliah jika tidak diberikan oleh pensyarah. Secara ringkasnya, di
peringkat ini segala – galanya dilakukan secara berdikari. Kita harus menguruskan aktiviti
seharian secara efisien agar segala – galanya berjalan dengan lancar. Kita juga harus
banyak bertanya. Hal ini kerana diperingkat ini kita tidak boleh berdiam diri jika kita tidak
memahami sesuatu benda, kita seharusnya banyak bertanya kepada pensyarah terutama
sekali ketika melakukan tugasan.

Ternyata pembelajaran di peringkat IPG atau IPTA jelas berbeza dengan


pembelajaran di peringkat sekolah. Di sekolah, mereka yang mempunyai masalah
pembelajaran akan lebih diberi fokus oleh guru mereka. Mereka juga diberi latihan dan
nota – nota yang dapat membantu mereka belajar dan mengulangkaji. Mereka juga
mempunyai buku rujukan yang dapat memberi mereka maklumat lebih tentang sesuatu
pelajaran.

• Buku rujukan sukar dicari


IPG • Perlu lebih berdikari seperti
mencari dan membuat nota
sendiri.
• Buku rujukan mudah dicari
• Nota diberi oleh guru ketika
Sekolah di dalam kelas.
• Pelajar yang lemah akan
lebih diberikan tumpuan.

8
3.0 KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat
tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat
dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh
didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu
membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

Menurut DOYLE (1992) , Literasi Maklumat adalah satu kebolehan untuk


mengakses, menilai dan menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber. American
Library Association (1989) mentakfrikan Literasi Maklumat sebagai seseorang yang
berliterasi maklumat adalah seseorang yang boleh mengenalpasti bila maklumat
diperlukan dan mempunyai kebolehan untuk menentu, menilai dan mengguna secara
berkesan maklumat yang diperlukan. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) juga
mendefinisikan literasi maklumat sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai
maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.

Konsep literasi maklumat mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980 oleh
American Library Association (ALA). ALA membentuk Forum Kebangsaan Mengenai
Literasi Maklumat (National Forum on Information Literacy) yang dianggotai 65 organisasi
bagi menggembangkan konsep literasi maklumat atau celik maklumat. Pada tahun 1989,
ALA mengeluarkan definisi literasi maklumat yang diterima dan diguna pakai oleh umum
sehingga sekarang.

Jika dilihat secara terperinci, literasi bermaksud keupayaan untuk membaca dan
mendapatkan makna daripada perkataan. Selain itu, literasi juga didefinisikan sebagai
mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu. Manakala,
maklumat pula ialah hasil daripada pemprosesan , pengumpulan dan penganalisaan data
yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkasnya,
maklumat merupakan konteks apabila data digunakan. Tambahan lagi, maklumat ialah
sesuatu penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber terutamanya dalam
bentuk data, pengetahuan atau kebijaksanaan. Maklumat juga merupakan proses
menambah pengetahuan secara langsung atau tidak langsung melalui pengalaman
sendiri dan pengalaman orang lain seperti pengetahuan yang disimpan dalam bentuk
bahan cetak, bahan tayang dan bahan tiga dimensi.

9
Jadi, literasi maklumat boleh digambarkan sebagai keupayaan mendapat makna
daripada maklumat. Menurut Rader (1991), literasi maklumat ialah satu keupayaan untuk
mengakses dan menilai maklumat dengan berkesan bagi menyelesaikan sesuatu
masalah dan mengambil keputusan. Doyle,C (1994) pula merujuk kepada keupayaan
untuk mengakses, menilai dan mengguna maklumat daripada pelbagai sumber.

3.1 Sumber Maklumat

Terdapat tiga jenis sumber maklumat seperti sumber primer, sumber sekunder dan
sumber tertier. Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan
baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu
perkara merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier dan contohnya ialah tesis,
jurnal dan prosiding.

Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber


primer melelui perkhidmatan melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah
dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari.
Selain itu, Sumber tertier dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang
telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks,
data, ulasan artikel dan juga laman web.

Terdapat juga bahan - bahan terbitan bersiri. Bahan-bahan terbitan bersiri adalah
seperti akhbar, majalah , jurnal tempatan dan luar negeri, yang dilanggan oleh
perpustakaan. Koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja. Bahan rujukan perpustakaan
termasuklah ensiklopedia, kamus, tesaurus, almanak, buku tahunan, direktori, buku
istilah, atlas, dsb. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari
perpustakaan tanpa kebenaran.

Selain koleksi bahan seperti di atas, perpustakaan juga melanggan kepada


beberapa pangkalan data atas talian seperti Academic Search, Business Source Premier,
Thesis and Dissertations Abstracts, Sports Discuss, dan World Magazine. Pangkalan-
pangkalan data ini mengandungi abstrak, indeks dan teks penuh bahan dari berpuluh ribu
judul jurnal, disertasi dan tesis.

10
Mendengar secara aktif ialah mendengar dengan jelas sambil membuat nota
ringkas tentang sesuatu maklumat.Nota ringkas tersebut perlulah ringkas dan mempunyai
maklumat yang penting sahaja. Selain itu,semasa mendengar kita juga perlu fokus pada
penerangan yang diberikan.Kita juga perlu memberi sepenuh tumpuan semasa
mendengar penjelasan sesuatu perkara.Penyoalan perlu berlaku agar pihak yang tidak
memahami sesuatu perkara dapat memahami dengan jelas dan nyata.

Membaca dibahagikan kepada dua iaitu membaca secara pantas dan perlahan.
Membaca secara pantas iaitu skimming ialah membaca secara lalu pintas untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan. Membaca secara perlahan pula ialah
membaca, memahami dan menghayati segala maklumat yang ada di dalam bahan
tersebut untuk mendapatkan maklumat tambahan atau sokongan.

Mencatat nota juga merupakan cara untuk mendapatkan sumber maklumat.


Mencatat nota menggunakan peta minda mampu merangsang otak untuk mengingati apa
yang dicatat. Seterusnya kita juga boleh mencipta singkatan perkataan atau pun akronim
untuk sesuatu maklumat agar kita mudah mengingati. Selain itu, kita boleh menggunakan
pengurusan grafik agar nota kita menjadi lebih menarik dan mudah untuk diingati.

3.2 Teknik Membaca

Di dalam kehidupan kita, membaca adalah menjadi sesuatu kemestiaan untuk


mendapatkan maklumat. Membaca ini adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan di dalam
masyarakat. Bahkan sejak kecil lagi kita diasuh untuk mengeja dan seterusnya membaca.
Melalui pembacaan kita akan lebih mudah untuk mengklasifikasi sesuatu maklumat lebih
– lebih lagi maklumat yang tertulis di dalam buku mahupun yang berada di internet.
Pembacaan juga untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau
perkara,untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang
sesuatu konsep dan untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu
persoalan

Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca iaitu


membaca pantas, membaca kritis. Untuk membaca pantas seseorang boleh

11
menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis
seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.

Teknik Membaca KWLH

Maksud KWLH adalah seperti berikut :

•Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)


K (know)

•Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)


W (what)

•Apa yang telah diketahui (selepas membaca)


L (learned)

•Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan


H (how) seterusnya)

Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada,
mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya.

Melalui teknik pembacaan ini pelajar dapat meningkatkan keupayaan pemahaman


pengetahuan dan maklumat bahan/teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat
menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan
apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.

12
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang
di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.

Know (K) Want (W) Learned (L) How (H)


Apa yang sudah Apa yang Apa yang telah Apa lagi
diketahui? hendak dipelajari/diperol maklumat
diketahui? eh? tambahan
diperlukan?

Teknik Membaca SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia
merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian
maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu
diselesaikan.

SQ3R adalah singkatan bagi :

13
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti
tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca
perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.Di
sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas
iaitu skimming dan scanning.

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan
satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan
keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang
maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan
semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan
tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan
yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan
menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan
keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal
pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca,


pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah
diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar
juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk
kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-


bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada
soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting
yang tertinggal.

Skimming dan Scanning

14
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang
ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku,
jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian
kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea
khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita
diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi
kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat
gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan
bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara
ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika
kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas
mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat
yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada
pembacaan cara skimming.

Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama.


Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu
bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan
teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

3.3 Alat Berfikir

Alat berfikir memerlukan kita untuk berfikir dan memahami apa yang difikirkan serta cuba
untuk mengingati. Alat berfikir yang boleh digunakan dalam kemahiran belajar ialah
pengurusan grafik, peta minda dan penyoalan.

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta
cerita dan alat pengurusan kognitif. Ia merupakan alat komunikasi yang menggunakan
simbol-simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan
juga hubungan antara mereka. Antara tujuan utama alat pengurusan grafik adalah untuk
menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar untuk berfikir.

15
Peta Mind (Mind Mapping) adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan
daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconscious mind.
Tumpuan yang diberikan adalah kepada para pelajar sekolah rendah sehingga peringkat
universiti.

Penyoalan ialah alat rangsangan untuk mendapatkan maklumat,meninjau


kefahaman, mencungkil minat, menilai kebolehan dan pencapaian seseorang. Tujuan
penyoalan adalah untuk mengembangkan proses berfikir, mengumpul dan menganalisis
maklumat, menggalakkan pencetusan dan penggunaan idea, mengenalpasti objektif
pengajaran tercapai serta menilai kemajuan pembelajaran. Penyoalan mempunyai dua
bahagian iaitu penyoalan bertumpu dan penyoalan mencapah. Penyoalan bertumpu
bermaksud jawapan terhad dan langsung dari dalam teks atau skrip. Ciri penyoalan
bertumpu ialah mempunyai satu jawapan,terhad kepada teks, tersurat dalam soalan,
berbentuk mengingat semula dan mempunyai objektif. Penyoalan mencapah pula
membawa definisi jawapan terbuka dan tidak terhad di dalam teks atau skrip. Ciri
penyoalan mencapah ialah mempunyai pelbagai jawapan, tidak terhad kepada teks,
tersirat dalam soalan, berbentuk taakulan atau agakkan dan mempunyai tujuan subjektif.

Pengurusan grafik ialah suatubentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk


membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan
pemikiran. Tambahan pula, pengurusan grafik dapat menyedarkan individu tentang
proses pemikiran yang berlaku. Pengurusan grafik mengambarkan secara mudah dan
jelas sesuatu idea dan perhubungannya dengan aspek yang berkaitan.

4.0 KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

4.1 Word

Microsoft Office Word ialah perisian pemproses kata utama Microsoft yang julung kalinya
dikeluarkan pada tahun 1983 dengan nama Multi-Tool Word bagi sistem Xenix. Versi-
versi lain turut dikembangkan untuk beberapa platform lain yang ada didunia seperti
komputer peribadi IBM mengendali DOS (1983), AppleMacintosh (1984), SCOUNIX,
OS/2 dan Microsoft Windows (1989). Microsoft Word ialah satu komponen dalam sistem
Microsoft Office, namun perisian ini juga dijual sebagai produk bersendirian atau

16
dimuatkan dalam Microsoft Works. Mulai versi 2003, penjenamaanya diubah suai untuk
mengetengahkan identiti Word sebagai satu komponen dalam bungkusan Office,
Microsoft mula memanggilnya Microsoft Office Word dan bukannya Microsoft Word lagi.
Kedua-dua nama tersebut digunakan dengan sama-rata. Keluaran versi terbarunya ialah
Word 2010.

4.2 Power Point

Microsoft Office Power Point ialah perisian di mana pengguna boleh menggunakan slides
untuk membuat persembahan grafik media komputer. Power Point digunakan untuk
mempersembahkan idea atau bahan di depan orang ramai. Microsoft mula
memanggilnya Microsoft Office Power Point dan bukannya Microsoft Power Point lagi.
Microsoft Power Point ialah salah satu komponen dalam perisian Microsoft Office namun
perisian ini digunakan lebih ramai pengguna dari golongan pelajar, pensyarah, ahli
perniagaan dan lain-lain.

4.3 Excel

Microsoft Office Excel ialah hamparan elektronik,hamparan kerja atau helaian


rebak merupakan perisian komputer yang meniru helaian kerja kertas. Ia memaparkan
banyak sel yang bersama membentuk grid yang terdiri dari baris dan jalur, setiap sel
mengandungi sama ada teks angka abjad atau nilai nombor. Sel helaian kerja juga boleh
mengandungi formula yang mentakrifkan bagaimana kandungan sel tersebut boleh dikira
dari kandungan sel lain (atau gabungan sel-sel lain) setiap kali sel tersebut dikemas kini.
Hamparan kerja sering kali digunakan bagi maklumat kewangan kerana keupayaannya
bagi mengira semula keseluruhan hamparan secara automatik setiap kali perubahan
dilakukan pada satu sel.Pada tahun 1971, Rene K. Pardo dan Remy Landau menghantar
paten bagi algoritma berkait hamparan kerja. Visicalc biasanya dianggap sebagai
hamparan kerja elektronik pertama (sungguhpun kini ia dicabar), dan ia telah membantu
menukar komputer keluarga Apple II menjadi berjaya dan banyak membantu
penggunaannya secara meluas. Lotus 1-2-3 merupakan pemimpin helaian kerja
era DOS. Excel kini dianggap secara umum sebagai memiliki pegangan pasaran
terbesar.

17
4.4 Excess

Microsoft Access (atau Microsoft Office Access) adalah sebuah program aplikasi data
komputer relasional yang ditujukan untuk kalangan rumahan dan perusahaan kecil hingga
menengah.Aplikasi ini merupakan anggota dari beberapa aplikasi Microsoft Office, selain
tentunya Microsoft Word, Microsoft Excel, dan Microsoft PowerPoint. Aplikasi ini
menggunakan mesin basis data Microsoft Jet Database Engine, dan juga menggunakan
tampilan grafis yang intuitif sehingga memudahkan pengguna. Microsoft Access dapat
menggunakan data yang disimpan di dalam format Microsoft Access, Microsoft Jet
Database Engine, Microsoft SQL Server, Oracle Database, atau semua kontainer basis
data yang mendukung standar ODBC. Para pengguna programmer yang mahir dapat
menggunakannya untuk mengembangkan peringkat lunak aplikasi yang kompleks,
sementara para programmer yang kurang mahir dapat menggunakannya untuk
mengembangkan perangkat lunak aplikasi yang sederhana. Access juga mendukung
teknik-teknik pemograman berorientasi objek, tetapi tidak dapat digolongkan ke dalam
peringkat membantu pemograman berorientasi objek.

4.5 Blog

Blog adalah perisian yang berkongsi pelbagai maklumat untuk semua pengguna blog.
Mereka dikenali sebagai blogger. Blogger-blogger tersebut menggunakan blog untuk
berkongsi maklumat atau cerita kepada public. Blog boleh diakses di internet untuk
mencari maklumat.Pengguna-pengguna blog boleh komen terhadap blog itu di ruangan
komen. Itu juga menandakan bahawa mereka telah melayari blog tersebut. Ianya bukan
sebahagian perisian kompenen dari Microsoft Office tetapi adalah perisian sendirian.

5.0 BAGAIMANA KEMAHIRAN BELAJAR MEMBANTU PEMBELAJARAN

Pada pandangan saya, kemahiran belajar dapat membantu pembelajaran dengan gaya
pembelajaran yang efektif dan sistematik. Gaya pembelajaran banyak mempengaruhi
pembelajaran seseorang pelajar kerana setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran

18
yang berbeza. Jika kita mempunyai gaya pembelajaran yang betul kita secara langsung
dapat meningkatkan pembelajaran ke arah yang lebih efektif.

Kemahiran belajar membantu pembelajaran dengan kaedah-kaedah yang ada


dalam kemahiran belajar. Kemahiran mendengar sangat penting kerana pelajar mampu
membuat nota dengan mendengar. Hal ini kerana kemahiran mendengar memerlukan
pendengaran yang jelas serta fokus dengan dengan apa yang didengar serta mencatat
isi penting yang ada semasa dalam penerangan oleh guru.

Kemahiran mencatat nota juga penting kerana nota yang dicatat akan dibaca pada
kemudian hari. Nota- nota tersebut dapat diubah kepada bentuk yang lain seperti peta
minda, pengurusan grafik dan lain-lain. Peta minda dibuat dengan bentuk-bentuk serta
warna-warni yang mampu membuat otak kiri dan kanan berfungsi. Menurut kajian warna
mampu membantu kita mengingat sesuatu perkara. Ini adalah perlu untuk setiap pelajar
untuk membantu pembelajaran mereka.

Akhir sekali, kaedah kemahiran belajar yang sangat diperlukan adalah ingatan.
Ingatan adalah kunci utama dan terpenting kerana ingatan yang baik mampu membuat
penambahbaikan dalam pembelajaran secara automatik. Setiap pelajar perlu mempunyai
ingatan yang baik walaupun hakikatnya setiap pelajar mempunyai daya ingatan yang
berbeza.

REFLEKSI

Pertama sekali, saya sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan dalam masa
yang diberikan. Apa yang saya dapat gambarkan semasa menerima tugasan ini saya
telah menghadapi pelbagai halangan dan cabaran semasa melaksanakan tugasan ini.
Namun begitu, melalui penerangan yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu En.Hj
Muzafar Shah Bin Mustafa. Akhirnya, penerangan dan bimbingan dari beliau, saya dapat
mengetahui, membayangkan dan dapat merangka dengan baik dalam menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pada mulanya, semasa menjalankan tugasan ini, saya telah menghadapi


beberapa kesulitan. Ini berlaku disebabkan pengetahuan yang saya ada mengenai kursus
kemahiran belajar ini amatlah sedikit, ditambah pula dengan kerja kursus dalam mata
pelajaran yang lain yang harus dilakukan serta disiapkan pada masa yang sama di

19
samping masa terluang yang saya ada amatlah singkat. Walaubagaimanapun, saya
menganggap ia sebagai cabaran kepada diri saya sendiri sebagai bakal guru dimana saya
haruslah pandai membahagikan masa semasa menjadi seorang guru suatu masa nanti.

Antara pengalaman semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini ialah


pengalaman menyediakan dan mencari bahan yang diperlukan bagi menjawab soalan
tugasan. Tambahan lagi, aktiviti untuk mencari bahan sedikit terganggu apabila berlaku
kesulitan dimana tiada akses kepada internet. Hal ini sangat membebankan, namun saya
tetap gigih berusaha untuk mencari bahan yang diperlukan. Saya juga sangat bersyukur
kerana hadirnya rakan – rakan yang banyak berkongsi bahan, pendapat dan idea yang
menarik. Aktiviti berkumpulan juga banyak membantu saya dalam mempelbagaikan,
menvariasikan dan menambahbaikan bahan – bahan yang sedia ada. Melalui
pengalaman ini , saya menyedari bahawa rakan – rakan banyak membantu kita , tidak
kiralah ketika kita susah mahupun senang. Mereka ini juga memainkan peranan yang
sangat penting kerana mereka adalah insan yang paling rapat dengan kita ketika ini.

Akhir sekali, saya amat bersyukur pada teknologi yang ada pada zaman kini
khususnya dunia maya. Melalui dunia maya, sesuatu maklumat itu mudah untuk ditemui
dan dikongsi. Saya bersyukur kerana melalui dunia maya saya dapat mencari maklumat
dengan lebih mudah dan lebih meluas. Hal ini kerana terdapat pelbagai laman sesawang
yang memaparkan maklumat yang akhirnya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan.
Namun begitu, tidak semua maklumat yang diperolehi di laman sesawang yang ada di
dunia maya bersesuaian dengan kehendak soalan. Saya terpaksa mencari laman
sesawang yang mempunyai sumber maklumat yang bersesuaian dengan kehendak
soalan. Melalui pengalaman ini, saya juga dapat menemui dan mengolah pelbagai
maklumat dalam menyiapkan tugasan ini.

20
Lampiran 1 : Blog yang dibuat bersama rakan – rakan.

21
Lampiran 2 : Gambar jenis - jenis aplikasi teknologi maklumat

22
RUJUKAN

Apple Classrooms of Tomorrow(ACOT)(1995).A report on 10 years of ACOT research.


Cupertino, CA:Apple Computers Inc.

Christopherson,j (1997).The growing need for visual literacy at the university.Proceedings


of the
internatrional literacy association 1996annual meeting, Cheyeenne, WY (ERIC
document
reproduction NO. ED 408963).

DfEE (1998)Teaching:high status, high standards.Requirements for courses of initial


teacher
Training. Circular 4/98.

Heinich et al. (1997).Instructional media and technologies for


learning.Englewood:Prentice Hall.

International Society for Tecnology in Education (1998) National education Technology


standard
for student. Eugene, Oregon : ISTE.

International Society and Technology in Education (2000) National education technology


Standard(nets) and performance indicators for teachers. Eugene, Oregon : ISTE.

Leask, M & Pacher, N (1999), Learning to teach using ICT in the secondary school.
London: Routledge.

23

Vous aimerez peut-être aussi