Vous êtes sur la page 1sur 4

SEK. KEB.

TAMAN BUKIT TERATAI


56100 AMPANG
SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN KELAB SUKAN PING PONG


TAHUN 2011

PENDAHULUAN

Matlamat ko-kurikulum Kelab Ping Pong Sekolah adalah untuk melengkapkan


ahli-ahli persatuan agar berilmu, berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan
Negara.

Justeru itu, diharapkan Kelab Ping Pong dapat memberi sumbangan besar dalam
pembinaan modal insan ke arah pembentukan insan yang berintegrasi, sihat dan cergas tubuh
badan serta mengetengahkan bakat kepimpinan setiap ahli persatuan terutamanya berkaitan
permainan Ping Pong demi meningkatkan pencapaian sukan di Malaysia.

AHLI JAWATANKUASA GURU

PENGERUSI : PN. NIK AZIAH BT. NIK YUSOF

NAIB PENGERUSI 1: PN. NORAZILA BT. RAZALLI

TIM. PENGERUSI : EN. MOHD. ZAIDI BIN MOHD. ZAWAWI

SETIAUSAHA : PN. SIHAM BINTI MOHD IDRIS

AJK : EN. HUSSEN SHABEER BIN ABD. BASEER


PN. FAIRUZ BINTI HAJI HUSIN

AHLI JAWATANKUASA MURID

PENGERUSI : MUHAMMAD NAJMAN BIN ABD TABIB (6 LILI)

NAIB PENGERUSI : MUHD MUSTAKIM BIN SULAIMAN (6 LILI)

SETIAUSAHA : NUR ADRIANA BINTI ZAHURIN (6 KEKWA)

NAIB SETIAUSAHA : NUR SYAKIRAH BINTI JAMALUDDIN (5 KEKWA)


BENDAHARI : NORSYAFIQAH BINTI MD ALI (6 LILI)

AJK : DANIAL HAFIZUDIN B. OMAR SHARAFUDDIN (6 KEKWA)

SITI BALQIS BINTI SULAIMAN (6 LILI)

MOHD ASNAWI BIN SULAIMAN (5 LILI)

NURUL IZAH BINTI NASARUDIN (5 MAWAR)

MUHD SYAMEL BIN SAIFUL FAHMI (4 LILI)

NUR ALIA BINTI ZAMRI (4 KEKWA)

MATLAMAT

Matlamat penubuhan Kelab Ping Pong diadakan supaya setiap ahli persatuan:-

1. Mempelajari teknik serta kaedah yang betul di dalam permainan Ping Pong.

2. Menguasai kemahiran kegiatan luar bilik darjah untuk mengukuhkan,


mengayakan dan memantapkan kurikulum.

3. Membantu meningkatkan suasana sekolah supaya lebih menarik dalam usaha


melahirkan budaya sekolah tanpa kegagalan.

4. Sentiasa bersedia melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat.

5. Menanam semangat cintakan sukan tanah air disamping berusaha


meningkatkan keyakinan diri.

6. Menambahkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman setiap ahli.

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2011

1. Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan Ping Pong SKTBT 2011.

2. Jamuan suai kenal antara guru penasihat, AJK serta ahli-ahli persatuan.

3. Aktiviti pembelajaran berkaitan teknik-teknik, peraturan semasa bermain, teori


dan praktikal permainan ping pong.
4. Training.

5. Pertandingan lambung terbanyak bola ping pong.

6. Pertandingan persahabatan antara kumpulan.

7. Track Road Run 1 Malaysia.

8. Jamuan kecil akhir tahun antara AJK dan ahli persatuan.

MASALAH

1. Kekurangan alatan permainan seperti kayu ping pong, bola, dan gelanggang bola.

2. Kerosakkan pada barangan permainan serperti bola dan kulit(getah) pada kayu ping
pong.

3. Tempat atau ruang latihan yang kurang sesuai adakalanya menyebabkan sesi
latihan terpaksa ditunda disebabkan faktor cuaca.

4. Ahli-ahli tahun 6 tidak dapat menghadirkan diri semasa latihan kerana pertindihan
waktu dengan kelas tambahan UPSR.

5. Terdapat segelintir ibu bapa yang kurang menekankan ketidakhadiran anak mereka
semasa latihan dijalankan.

CADANGAN PENYELESAIAN

1. Pihak berkenaan perlu mengambil langkah terhadap segala kekurangan serta


kerosakkan alatan permainan dan mempertimbangkan tempat yang khusus untuk
sesi latihan.

2. Guru penasihat perlu menegaskan kepada semua ahli persatuan supaya


menggunakan alatan permainan dengan sewajarnya. Selain itu, mengalakkan
mereka menyediakan sendiri peralatan permainan.

3. Guru penasihat perlu memberi penekanan kehadiran ahli persatuan serta


mengambil tindakan tegas terhadap ahli yang rendah kehadirannya tanpa sebab
yang munasabah.

4. Menggunakan segala kepakaran dan aktiviti agar ahli persatuan ini berminat dan
memberi tumpuan sewaktu sesi latihan dijalankan.
PENUTUP

Semoga aktiviti yang telah dijalankan ini mendapat berkat olehNya . Segala kerjasama
daripada semua guru amatlah dihargai. Semoga Allah merahmati mereka yang telah
membantu melaksanakan aktiviti kelab ini. Kita sebagai manusia hanya merancang tetapi
Allah jualah yang menentukan segalanya mengikut kehendakNya. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

...................................... ...........................................
(Pn. Siham Bt. Mohd Idris ) (En. Mohd. Zaidi Bin Mohd. Zawawi )
Setiausaha Timbalan Pengerusi
Kelab Ping Pong Kelab Ping Pong
SK Taman Bukit Teratai SK Taman Bukit Teratai

Disahkan Oleh :

..............................................
(Pn.Norazila Bt. Razalli )
Penasihat
SK Taman Bukit Teratai

Vous aimerez peut-être aussi