Vous êtes sur la page 1sur 8

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL SHAH ALAM

SEKSYEN 17, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

LAPORAN PROGRAM:
PELANCARAN PROGRAM MEMBACA
NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM) DAN VLE FROG 2018
PERINGKAT SEKOLAH

Disediakan oleh :

Guru NILAM
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam,Jalan Senangin 17/2
Seksyen 17, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL SHAH ALAM
JALAN SENANGIN 17/2 SEKSYEN 17 40200 SHAH ALAM SELANGOR

PUSAT SUMBER SEKOLAH

LAPORAN PROGRAM

Nama Program : Pelancaran Program NILAM dan VLE FROG 2018


Tarikh : 14 Februari 2018
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi – 9.00 pagi
Tempat : Dewan Besar SMPKVSA

Pendahuluan

NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua
aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan
yang sesuai. Aktiviti ini bertujuan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat
suka membaca, cintakan buku dan sumber ilmu pengetahuan sama ada melalui media
cetak ataupun media elektronik.

Dalam era globalisasi pada hari ini, kita dapat memperoleh pelbagai maklumat dan
ilmu pengetahuan dengan pantas dan cekap melalui hujung jari sahaja. Teknologi maklumat
yang kian berkembang pesat dapat membantu mewujudkan masyarakat minat membaca
melalui internet di mana informasi dapat diperolehi dengan cepat dan mudah.

Oleh itu, Program NILAM dan Program 1Bestarinet Frog VLE yang dilaksanakan di
sekolah ini dilihat mampu memupuk budaya membaca dan meneroka bidang ilmu dan
informasi dalam kalangan murid dan warga SMPKVSA. Program ini berjaya memberi satu
gambaran yang jelas kepada semua warga sekolah agar lebih bersedia dalam menerima
konsep maya dalam pendidikan konvensional seterusnya dapat merealisasikan pendidikan
bersepadu bertaraf dunia dengan mengubah platform pendidikan di Malaysia.

Rasional

Memupuk minat membaca dan cintakan buku dikalangan murid-murid dan seluruh warga
SMPKVSA

Objektif

i. Meningkatkan minat membaca di kalangan warga SMPKVSA


ii. Beri pendedahan kepada warga SMPKVSA mengenai adanya Program 5 minit
Membaca Bersama.
iii. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali penulis-penulis, mengenali majalah
dan surat khabar
iv. Mempertingkatkan budaya membaca dan sikap cintakan ilmu pengetahuan
v. Memupuk semangat setia kawan dan kekitaan dikalangan murid-murid dan seluruh
warga SMPKVSA
vi. Memperkenalkan VLE Frog kepada guru dan murid.
vii. Memotivasi dan memberi inspirasi kepada para peserta tentang perlunya kaedah
pengajaran baru.
viii. Memberi kemahiran kepada guru-guru dan murid-murid cara menggunakan VLE
Frog dengan berkesan.

Sasaran

Seluruh warga Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Seksyen 17,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

i. Murid Bermasalah Pendegaran (BD) dan Bermasalah Pembelajaran (BP)


ii. Guru
iii. Staf Sokongan & PPM

Butiran aktiviti

MASA AKTIVITI / PELAKSANAAN TINDAKAN

7.20 pagi  Perhimpunan Mingguan  Pelajar, Guru dan semua


Pembantu Pengurusan Murid
(PPM)

7.45 pagi  Pelajar dan guru berkumpul di Dewan  Pelajar, Guru dan semua
Besar SMPKVSA Pembantu Pengurusan Murid
 Nyanyian Lagu Negaraku (PPM)
 Nyanyian Lagu Negeri Selangor
 Nyanyian Lagu Aku Negaraku

8.00 pagi  Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis  En. Nurul Rabiah

 Bacaan Doa  Tn. Syed Mohd Nazri bin Syed


Aziz
 Ucapan Guru Penyelaras Bestari  Pn. Noor Mellisa binti Azlan

 Ucapan Perasmian oleh Pengetua  YBhg. Er (Assoc.) Haji Sazali


SMPKVSA bin Mohd Karli

8.30 pagi  Gimik Pelancaran NILAM  Barisan Pentadbiran SMPKVSA


 Boneka dan Jahitan Mata VLEFROG  Panitia Ladies Dressmaking
oleh Panitia Ladies Dressmaking Pelajar LDM
SMPKVSA  Demo Bersama MBC (Maskot)
 Nyanyian Lagu NILAM
 Tayangan Video VLE Frog

8.45 pagi  Aktiviti Membaca 5 Minit bersama seluruh  Bahan Bacaan disediakan oleh
warga SMPKVSA Panitia Bahasa Melayu
 Pelajar, Guru dan semua Pembantu
Pengurusan Murid (PPM)
9.00pagi  Majlis Bersurai + Sesi Fotografi Bersama  Pelajar, Guru dan semua
Mobile Book Cafe Pembantu Pengurusan Murid
(PPM)
Penilaian

Program ini adalah bagi memberi pendedahan dan informasi betapa ilmu itu ada di mana-
mana. Sumber ilmu itu adalah buku, internet, komunikasi dan sebagainya. Komunikasi dan
informasi adalah tiada had sempadan disamping meningkatkan tahap motivasi untuk warga
SMPKVSA untuk lebih berilmu.

Masalah Yang Dihadapi :

Program telah berjalan lancarsebagaimana yang dirancang.

Refleksi/Cadangan

Program sebegini harus berjalan secara kolaborasi semua panitia untuk lebih
menampakkkan cirri-ciri TVET dan kemahiran disamping subjek teras.

Dokumentasi

 Lampiran 1 dan 2

Disediakan oleh

……………………………......................
( NORLAILA BINTI ZAINAL )
Ketua Unit NILAM
SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam,
Seksyen 17, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL SHAH ALAM


LAPORAN / DOKUMENTASI

KURSUS/ PANITIA/ UNIT : PROGRAM JK PUSAT SUMBER SEKOLAH


NAMA GURU : NORLAILA BINTI ZAINAL
JAWATAN : Ketua Unit NILAM
SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam,
Seksyen 17, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

BUTIRAN AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN :

PERKARA / AKTIVITI Pelancaran NILAM dan VLE FROG 2018


/ PROGRAM Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Seksyen
17, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

TARIKH 14 Feb 2018


HARI Isnin
MASA 7.40 pagi hingga 10.10 pagi
LOKASI Dewan Besar SMPKVSA

KUMPULAN Seluruh warga Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah


SASARAN Alam, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 Murid Bermasalah Pendegaran (BD) dan Bermasalah


Pembelajaran (BP)
 Guru
 Staf Sokongan & PPM

TARIKH SERAHAN 17 Februari 2018


DOKUMENTASI

PENERIMA  GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA


DOKUMENTASI  KETUA UNIT DOKUMENTASI PUSAT SUMBER SEKOLAH

ULASAN :

Program ini adalah bagi memberi pendedahan dan informasi betapa ilmu itu ada di mana-
mana. Sumber ilmu itu adalah buku, internet, komunikasi dan sebagainya. Komunikasi dan
informasi adalah tiada had sempadan disamping meningkatkan tahap motivasi untuk warga
SMPKVSA untuk lebih berilmu.

MASALAH YANG DIHADAPI :

Program telah berjalan lancarsebagaimana yang dirancang.

CADANGAN DI MASA HADAPAN :

Program sebegini harus berjalan secara kolaborasi semua panitia untuk lebih
menampakkkan cirri-ciri TVET dan kemahiran disamping subjek teras.

Disediakan oleh,

……………………………......................
( NORLAILA BINTI ZAINAL )
Ketua Unit NILAM
SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam,
Seksyen 17, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh :

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL SHAH ALAM


SEKSYEN 17, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Perkara: Pelancaran NILAM dan VLE FROG 2018


Tempat: Dewan Besar SMPKVSA
Tarikh/Hari: 14 Februari 2018 / Rabu
Masa: 7.30 pagi – 8.20 pagi
UCAPAN DARIPADA PENGETUA DAN GURU PENYELARAS BESTARI : Pegetua menyampaikan ucapan
perasmian manakala Guru Penyelaras Bestari memberi penerangan tentang VLE Frog kepada semua guru dan murid
sebelum majlis pelancaran diadakan.

PERSEMBAHAN MURID : Murid mempersembahkan Koir Kod Tangan “Lagu NILAM” yang dikendalikan oleh
Cikgu Norlaila dan Cikgu Nadia dalam Majlis Pelancaran NILAM dan VLE FROG 2018.

SIMBOLIK GIMIK PERASMIAN: Pengetua menjahit mata katak sebagai simbolik gimik perasmian.

Dokumentasi oleh:

Norlaila binti Zainal


Guru NILAM SMPKVSA

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL SHAH ALAM


SEKSYEN 17, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
Perkara: Pelancaran NILAM dan VLE FROG 2018
Tempat: Dewan Besar SMPKVSA
Tarikh/Hari: 14 Februari 2018 / Rabu
Masa: 7.30 pagi – 8.20 pagi

BUKU NILAM : Penyerahan Buku NILAM sebagai simbolik pelancaran NILAM peringkat Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam 2018.

KAD ID FROG : Kad id Frog telah diedarkan kepada semua guru di kaunter katak.

AKTIVITI MEMBACA 5 MINIT : Semua guru dan murid tekun membaca bahan bacaan yang disediakan.