Vous êtes sur la page 1sur 28

BAB 1

PENGENALAN

Dalam tugasan saya kali ini akan menbincangkan bagaimana saya sebagai pengurus sebuah

restoran yang dimiliki oleh saya sendiri mengamalkan amalan-amalan yang beretika ditempat

kerja saya. Dalam tugasan saya ini juga, saya akan membincangkan bagaimana saya menjaga

hubungan saya denagan pekerja, pembekal dan alam sekitar. Saya berharap dengan perbincangan

ini dapat memberi panduan kepada orang lain dan sebagai pengajaran kepada diri saya sendiri.

1.1 Latarbelakang Tempat Kerja

Restoran Ujang Conner di buka hampir 18 tahun yang lalu, ia diusahakan oleh kedua orang tua

saya iaitu En. Mohd Saidi Bin Tawin dan Puan Robiah Bt Rais. Lokasi restoran ini adalah di

kawasan perumahan di Felda Bukit Damar, Lanchnag, Pahang. Hampir keseluruhan penduduk di

sini beragama islam dan berketurunan melayu. Lokasinya strategik, memudahkan pelanggan

datang untuk menikmati makanan yang disediakan. Kedua ibubapa saya amat berbangga dengan

perncapaian mereka ini.

Restoran ini menyediakan makanan untuk sarapan pagi sahaja. Antara menu utama

restoran ini ialah nasi lemak yang disertakan dengan beberapa jenis lauk pauk. Di samping itu,

pelbagai jenis kuih muih di sediakan untuk tatapan pelanggan kami. Selaian dari itu, restoran ini

juga sering mendapat tempahan makanan untuk jamuan atau majlis-majlis tertentu.

1
BAB 2

APA ITU ETIKA

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini kita akan membincangkan pelbagai kajian mengenai amalan etika di

tempat kerja saya. Bab ini akan merangkumi difinasi apakah itu etika dari pelbagai pandangan.

dengan ini kita akan dapat memahami erti etika itu sendiri.

2.2 Definisi Etika

Pengertian Etika ( Etimologi ), berasal dari bahasa Yunani adalah “Ethos”, yang bererti

kesusilaan atau adat kebiasaan ( custom). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral

yang merupakan istilah Latin iaitu “Mos”, yang bererti adat atau cara hidup seseorang dengan

melakukan perbuatan yang baik.

Etika adalah ilmu yang membahas perbuatan baik dan perbuatan buruk manusia yang

dapat dipahami oleh pemikiran manusia. Istilah – istilah lain bagi etika ialah:

 Susila (Sanskerta), lebih menunjukakan kepada dasar-dasar , prinsip, aturan hidup (sila)

yang lebih baik (su).


 Aklak (Arab), bererti ilmu akhlak, Filsuf Aristoteles, dalam bukunya Etika

Nikomachheia, ia menjelaskan tentang pembahasan Etika.


 Terminius Techicus, pengertian etika adalah etika yang dipelajari untuk ilmu pengetahuan

yang mempelajari masalah perbuatan atau tindakan manusia itu sendiri.

2
 Manner dan Custom pula berpendapat etika adalah berkait rapat dengan tata cara dan adat

yang melekat dalam kodrat manusia (Inherent in human nature) yang bermaksud “baik

dan buruk” sesuatu tingkah laku atau perbuatan manusia.


 Pergertian dan definasi dari para filsuf pula berpendapat:
1. Merupakan prinsip-prinsip moral yang termasuk ilmu tentang kebaikan dan sifat

dari hak.
2. Pedoman perilaku, yang berkaitan dari kegiatan manusia. (The rules of conduct,

recognize in respect to particular class of human action)


3. Ilmu watak yang ideal, dan prinsip-prinsip moral sebagai individu.(The science of

human character in its ideal state, and moral as of an individual)


4. Merupakan ilmu mengenai sesuatu kewajiban (The science of duty)
I. Menurut K. Bertens, dalam bukunya yang bertajuk Etika, 1994. Secara umumnya

berpendapat seperti berikut:


1. Etika adalah niat, apakah perbuatan itu boleh dilakukan atau tidak sesuai

dilakukan.
2. Etika adalah nurani (bathiniah) bagaimana untuk bersikap etis adalah dari

sikap kita sendiri.


3. Etika bersifat absolute, ertinya tidak dapat ditawar-tawar lagi, kalau perbuatan

baik mendapat pujian dan yang salah harus mendapat hukuman

2.3 Etika Dalam Perniagaan

a) Etika dan pengeluaran


Merupakan aktiviti perniagaan yang melibatkan manusia dan mesin, untuk menukarkan

bahan-bahan dan bahagian kepada produk yang boleh dijual (Straub & Attner,1994).
Wujudnya gelagat- gelagat yang tidak beretika semasa pengilangan atau

pembuatan beroperasi seperti laporan penyelidikan yang lain (Lancniak & Murphy,

3
1985) . Menurut laporan itu terdapat juga pengusaha yang mengeluarkan produk yang

tidak selamat mengikut piawan ynag ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat juga mereka

yang mengeksport produk ke negara yang sedang membangun atau negara miskin.

Lambakan barangan yang tidak selamat sebegini di negara-negara ini adalah tindakkan

yang amat tidak berperikemanusiaan.


b) Etika pemasaran
Pemasaran merupakan proses yang sentiasa berlaku bagi memenuhi kehendak dan

keperluan setiap individu. Ia dianggap sebagai pengurusan keadaan di mana setiap

individu dan kumpulan memperolehi yang mereka perlu dan mahu melalui pertukaran

antara produk dan nilai dengan orang lain (Kotler & Armstrong, 1991).
Terdapat juga sikap-sikap yang tidak berertika dari segi penghasilan produk

sehingga kepada pengagihan dalam pemasaran. Contohnya pengeluar yang mengekalkan

harga seunit produknya sedangkan saiz atau kandungan produknya telah dikurangkan

adalah antara amalan yang tidak beretika tentang harga.


Promosi boleh didefinisikan sebagai kaedah sesebuah organisasi berkomunikasi

dengan orang ramai untuk menyampaikan mesejnya (Kotler & Armstrong, 1991). Dalam

promosi juga terdapat sikap yang tidak beretika berlaku.


c) Etika dan sumber manusia
Dalam hubungan majikan dengan pekerja banyak nilai-nilai murni perlu disemai dan

dijaga. Isu-isu pengambilan kenaikan pangkat dan latihan memerlukan keadilan kepada

perkerja dan masyarakat. Pengurusan sumber manusia merupakan prinsip asas majikan

dan pekerja (Pastin, 1986).


Salah satu kajian kes yang melibatkan etika pengurusan sumber manusia yang

boleh dipersoalkan boleh dilihat dalam tulisan Zachary(1995), beliau mempersoalkan

tindakan syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang menggunakan buruh yang murah

dengan membuka kilang-kilang di Mexico, China dan India.


d) Etika dan kewangan

4
Objektif sesebuah organisasi adalah keuntungan yang maksimum. Keadaan ini

mewujudkan peraturan dan akta syarikat bagi mengelakkan penipuan dalam syarikat

tersebut.
Friedman (1970) berpendapat bahawa pengurus-pengurus kewangan sepatutnya

mengutamakan objektif tugas mereka iaitu memaksimumkan kekayaan pemegang saham

di atas dasar bahawa mereka sebenarnya hanyalah pekerja biasa.

BAB 3

KONSEP NILAI DALAM PERNIAGAAN

3.1 Pengenalan

Dalam menjalankan perniagaan makanan, saya perlu mempunyai memahami konsep dan nilai

dalam perniagaan, sebelum memulakan perniagaan. Keadaan ini akan dapat membantu saya

dalam memajukan pernigaan saya. Semua nilai ini perlu saya terapkan ke dalam diri saya dan

pekerja. Sebagai individu yang menguruskan perniaan saya perlu memastikan saya dan semua

pekerja saya memahami apa yang dibincangkan di sini.

3.2 Definisi Perniagaan

5
Perniagaan saya ini adalah melibatkan pengeluaran (operasi) dan jualan produk yang

dikehendaki oleh pengguna dengan keuntungan.

Jenis-jenis definasi perniagaan:

a. Pernigaan dianggap satu proses apabila perniagaan itu berfungsi sebagai pertukaran

harta dengan harta di atas persetujuan penjual dan pembeli mengikut cara-cara yang

diizinkan oleh syarak (Syed Sabiq, 1987)


b. Pernigaan adalah suatu bentuk kaedah pemusingan modal untuk tujuan keuntungan

(al-Alisi, 1978) dan perniagaan itu sebagai satu cara memperluaskan modal (Ibn

Khaldun, 1979)
c. Pernigaan adalah suatu usaha yang teratur oleh individu atau beberapa individu bagi

mengeluar dan menjual barangan dan perkhidmatan yang boleh memuaskan

keperluaan masyarakat untuk tujuaan keuntungan (Pride, Hughes & Kapoor, 1993).

Definasi ini tertumpu kepada pengurusan.


d. Perniagaan adalah organisasi yang berusaha untuk memperolehi keuntungan dengan

menyediakan barangan dan juga perkhidmantan (Griffin & Ebert, 1991)

3.3 Etika Perniagaan dan Peribadi

Perniagan saya ini saya warisi dari kedua ibubapa saya sejak 3 tahun lalu, dalam tempoh

berkenaan pelbagai telah saya pelajari tentenag bagaimana untuk mengurus penigaan yang

berasaskan makanan. Sebelum mengambil alih perniagaan ini kedua ibubapa saya telah

menerapkan beberapa etika yang bermoral untuk menjaga perniagan dan pelanggan kami.

Bagi kedua ibubapa saya, pernigaan meraka ini bukan hanya untuk mengaut keuntungan

semata-mata tapi ia diliahat sebagai salah satu cara meraka beramal. Tidak terlalu berkira dalam

6
penetapan harga makanan. Asalkan ia tidak memudaratkan perniagaan kami. Keuntungan yang

diterima adalah berpatutkan dengan kos yang dikeluarkan.

Keadaan ini menjadi kekuatan kepada perniagaan saya yang berasaskan makanan.

Kedudukan dan kekukuhan perniagaan ini mestilah diperolehi melalui cara yang halal dan

diredhai agar cirri-ciri keberkatan rezeki dapat dipelihara.

BAB 4

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERMORAL

4.1 Pengenalan

Di sini saya sertakan bagaimana kita boleh membuat keputusan mengikut cara yang rasional.

4.2 Proses Membuat Keputusan

Segala keputusan yang diambil biasanya perlu dilakukan dengan rasional dan melalui beberapa

langkah yang dirasakan boleh membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Keadaan ini

perlu untuk memastikan kita membuat keputusan yang betul dan tepat. Rajah di bawah

menunjukkan bagaimana proses membuat keputusan dibuat.

7
Mengenali
Difinasikan Bina Beberapa
Faktor-faktor
Masalah/Peluang Pilihan
Penghalang

Laksanakan Pilih Alternatif Analisiskan


Pilihan-Pilihan Terbaik Penyelesaian

Wujudkan Sistem
Kawalan Dan
penilaian

Rajah di atas menunjukkan bagaimana proses membuat keputusan dilakukan

4.3 Bagaimana ia dilaksanakan

Mengikut rajah di atas, apa yang perlu dilakukan oleh saya ialah saya perlu mengenal pasti

masalah dan peluang yang saya ada di dalam masalah yang dihadapi di dalam perniagaan saya.

Masalah adalah halangan yang perlu dikaji oleh saya. Di sini saya akan mencari alternatif dan

pilihan yang terbaik unuk menyelesaikan masalah itu. Di samping itu saya perlu mewujudkan

sistem kawalan dan penilaian di mana dengan adanya sistem ini masalah ynag sama tidak akan

berlaku lagi di masa hadapan.

Contohnya, kekurangan bahan mentah untuk memasak masakan di restoran saya, di sini

saya perlu mengikut proses seperti di atas. Pertama sekali saya akan mengkaji apakah masalah

yang sedang dihadapi dalam perniagaan saya ini. Adakah ia berpunca dari faktor luaran atau

dalaman. Segala masalah dan perlulah dikaji dengan teliti dan tepat. Setelah masalah dikaji

8
dengan teliti, saya akan mengenali faktor-faktor penghalang bagi masalah berkenaan. Pilihanan

akan disenaraikan dan hanya pilihan yang dirasakan bersesuaian akan dipilih. Dalam masalah

kekurangan bahan mentah ini, saya merasakan perlu untuk saya membuat keputusan dengan

cepat bagi mengelakkan keadaaan akan menjadi lebih teruk. Jadi segala pilihan akan dianlisis

dan saya akan memilih alternitif terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah ini saya atasi

dengan mencari pembekal baru bagi bahan mentah saya. Setelah masalah ini di atasi, saya akan

memwujudkan sistem kawalan dan penialaian unutk memastikan masalah yang berkaitan dengan

bahan mentah tidak akan berulang di masa akan datang.

BAB 5

ETIKA YANG DI AMALKAN DI TEMPAT KERJA

5.1 Pendahuluan

Perniagaan saya ini telah diusahakan hampir 18 tahun, untuk mengekalkan perniagaan ini ia

perlu dirancangan dengan teratur dan beretika. Perniagaan restoran ini saya warisi dari kedua

ibupada saya, banyak yang saya pelajari daripada mereka bagi mengekalkan pernigaan ini.

Kedua ibubapa saya sentiasa berpesan, jika saya mahu perniagaan ini terus maju dan sentiasa

dikunjungi oleh orang ramai amalan etika yang baik perlu saya perniagaan perlu saya terapkan di

dalam diri dan semua pekerja . Menjauhi etika yang tidak beretika akan terus saya amalkan.

9
5.2 Etika Kerja

Difinasi

Etika kerja bererti norma yang mengatur sikap perilaku seseorang di lingkup kerja, sikap

dan tanggungjawab di dalam menjalankan kewaijiban sebagai seorang pekerja. Di mana pada

dasarnya demi penyumbangan perusahaan yang telah melakukan kewajibannya yang memberi

upah dan gaji yang bersesuaian dengan pekerjaan yang dilakukan, di sini hak dan kewajiban

harus seimbang sehingga menghasilkan kejujuran di dalam melakukan kewajiban sebagai

pekerja.

Apabila terdapat penyimpangan di dalam menjalankan sesuatu kerja itu, pihak jabatan

berhak diberikan skorsing atau bentuk pemecatan untuk memberi peringatan kepada pekerja

yang lain. Keadaan ini akan membuatkan pekerja yang lain menjalankan kewajibannya sebagai

pekerja dengan baik. Di dalam perusahaan harus memiliki divisi-divisi yang mengawasi antara

satu dengan yang lain agar melahirkan satu perusahaan yang sihat di mana terciptanya etika

kerja yang baik.

5.3 Beberapa jenis etika yang saya amalkan di restoran

1) Etika dalam penggunaan bahan dalam penyediaan makanan

a. Tempoh hayat barangan


Penggunaan bahan yang tamat tempoh juga salah satu sikap yang

tidak beretika dalam penyediaan makanan. Jika keadaan ini berlaku,

kemungkinan besar para pelanggan saya akan mendapat penyakit akibat

dari pengambilan bahan makanan itu.


Biasanya barangan yang tamat tempoh , boleh didapati dengan

murah. Namun, ini tidak akan saya lakukan dengan membeli barangan

10
seperti ini. Pembelian barangan makanan yang tamat tempoh juga

merupakan salah satu amalan yang tidak beretika bagi pengusaha

makanan. Bagi saya, keadaan ini sebenarnya hanya memberi keuntungan

bagi jangka masa yang pendek sahaja.


Kemungkinan besar jika terdapat pelanggan yang mengambil

tindakkan makamah atas masalah kesihatan akibat pengambilan makanan

di restoran saya ini. Ini hanya akan mendatangkan kerugian yang berlipat

kali ganda kerana terpaksa membayar tuntutan mereka. Oleh sebab itu

saya sebagai pengurus restoran ini akan cuba mengelakkan dari

penggunaan bahan makanan yang tamat tempoh.


Sebagai langkah untuk mengelakkan penggunaan bahan yang

tamat tempohnya seperti memastikan pekerja saya atau saya sendiri

memastikan bekalan bahan masakan kami boleh digunakan dalam tempoh

ditetapkan. Selain dari itu, saya juga boleh menghentikan perjanjian jual

beli dengan pembekal yang menghantar barang dioder oleh saya dengan

serta merta. Keadaan ini saya akan lakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk memastikan restoran saya menghidangkan makanan yang berkualiti

dan sedap.

b. Jujur dalam penyedian makanan


Bagi pelanggan yang datang ke restoran saya, semestinya mahu

menikmati makanan yang sedap dan berbaloi dengan apa yang mereka

akan bayar nanti.


Oleh itu saya perlu jujur dalam penyediaan makanan iaitu tidak

menipu, contohnya tidak mencampurkan lebihan makanan semalam ke

dalam masakan yang baru dimasak. Ini bertujuaan untuk mengurangkan

11
kos dan mengelakkan kerugian disebabkan oleh makanan yang tidak habis

dijual. Dengan mencampurkan makanan tersebut akan membuatkan

makanan yang baru dimasak berkemungkinan akan basi sebelum

tempohnya.
Keadaan ini sebenarnya membuatkan pelanggan tertipu tanpa

mereka sedari.

2) Etika dalam melayan pelanggan


Pelanggan adalah individu yang penting amat penting yang perlu di ambil

perhatian. Pelangganlah yang menentukan perniagaan saya ini memberi

keuntungan atau sebaliknya.


Oleh itu, saya akan sentiasa berhati-hati dalam melanyan pelanggan-

pelanggan saya. Layanan yang diberi mestilah adil dan saksama, saya akan

pastikan semua pelanggan saya dilayan dengan baik dan sempurna. Adil di sini

bermaksud saya perlu peka memastikan pelanggan yang datang awal mestilah

mendapat layanan yang terawal. Keadaan ini untuk memastikan pelanggan tidak

menunggu lama untuk mendapatkan tempahan makanan mereka.


Selain masakan yang sedap, layanan yang mesra dan baik juga merupakan

faktor utama kemasukkan pelanggan ke sesebuah restoran itu. Senyuman sentiasa

dibibir juga perlu dalam melayan pelanggan-pelanggan yang datng. Keadaan ini

akan membuatkan pelanggan merasa selesa apabila mereka mengunjungi restoran

saya. Ini akan membuatkan pelanggan akan kembali semula untuk menikmati

makanan yang dihidangkan di restoran saya.


Etika dalam melayan pelanggan ini merupakan tunjak dalam memastikan

sesebuah restoran itu maju dan sering di kunjungi oleh pelanggan. Seperti yang

telah saya katakan, restoran ini telah saya warisi dari kedua ibubapa saya. Ini

bermakna restoran saya ini telah mempunyai pelanggan tetap, oleh itu pelanggan-

12
pelanggan inilah yang perlu saya jaga untuk mengekalkan kesetiaan mereka.

Namun pelanggan-pelanggan baru juga tidak dilupakan.


Setiap pelanggan mempunyai pelbagai kerenah yang berbeza dan

bermacam ragam. Ada yang ingin dilayan dengan cepat sedangkan masih ada

pelanggan yang awal dari mereka. Di sini saya perlu pandai mengawal keadaan,

seperti bercakap dengan lembut dan memohon maaf terlebih dahulu dari mereka

dan menerangkan keadaan sebenar.


Dengan keadaan seperti inilah membuatkan saya haruslah peka dalam

melayan segala kerenah pelanggan-pelanggan saya ini. Pengamalan segala etika

yang baik dalam melayan pelanggan saya adalah cara yang terbaik untuk menarik

pelanggan-pelanggan saya.
.
3) Etika dalam penetapan harga makanan yang dijual
Setiap pengusaha restoran mempunyai satu objaktif yang sama apabila restoran

mereka dibuka iaitu keuntungan begitu juga dengan saya, namun sebagai seorang

muslim saya menjalankan pernigaan ini bukan hanya untuk keuntungan namun

juga untuk beramal kepada masyrakat.


Ini bermaksud, saya akan memastikan harga makanan yang dijual di

restoran saya ini berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyrakat.

Harga makanan perlu tidak terlalu mahal sehingga dirasakan membebankan orang

ramai.
Lokasi restoran saya ini terletak di kawasan yang penduduknya

berpendapatan sederhana, jadi sebelum membuat penetapan harga saya perlu

mengkaji harga yang dirasakan bersesuaian dengan pendapatan atau taraf

ekonomi penduduk di kawasan restoran saya. Dengan ini restoran saya ini, akan

dikunjungi oleh semua golongan samaada yang berpendapatan tinggi ataupun

sederhana.

13
Harga yang ditetapkan haruslah melebihi satu kali ganda dari kos bahan

mentah yang digunakan bukannya harganya dikenakan berlipat kali ganda.

Keadaan ini perlu untuk memastikan tidak terjadi riba iaitu keadaan di mana

keuntungan yang berlipat kali ganda sedangkan kos bahan mentah yang dibeli

hanya berkadar minimum. Sebagai seorang peniaga semmestinya, saya akan dapat

bahan mentah yang murah dari pembekal tetap saya. Jadi saya tidak mempunyai

masalah untuk menetapkan harga yang berpatutkan tersebut.


Tidak pilih kasih dalam menetapkan harga makanan kepada pelanggan

adalah satu sifat yang beretika dalam perniagaan makanan.


Contohnya di sini ialah, tidak eloklah kita mengenakan harga yang rendah kepada

pelanggan yang kita suka atau yang kita kenali dan sebaliknya kita mengenakan

harga ynag tinggi kepada pelanggan yang kita tidak senangi.

4) Etika dalam menjaga kebersihan


Dalam perniagaan makanan, kebersihan amat dititik beratkan ini kerana

kebersihan juga merupakan salah satu yang tidak harus dilepas pandang.

Kebersihan juga merupakan faktor utama dalam pernigaan makanan. Tahap

kebersihan sesuatu restoran itu adalah melambangkan keperibadian pemilik

restoran itu sendiri. Jika restoran itu tidak bersih, orang ramai akan berpendapat

pemilik restoran itu seorang yang kurang mengambil berat tentang keadaan

restoran mereka. Namun jika ia bersih, orang ramai akan berpendapat pemilik

restoran itu seorang ynag berkeyakinan dan peka dengan keadaan permis mereka.
Kerajaan juga memandang serius pekara ini, oleh itu dengan kerjasama

Kementerian Kesihatan Malaysia kesemua restoran yang terdapat di Malaysia

tidak akan terlepas dari diperiksa tahap kebersihan restoran mereka. Keadaan ini

14
adalah bertujuan untuk melindungi pelanggan termakan makanan yang

memudaratkan mereka.
Restoran saya juga tidak terkecuali dari segala isu berkaitan dengan

kebersihan ini. Menjaga kebersihan adalah sifat yang beretika yang perlu ada

dalam perniagaan makanan seperti saya ini. Di sini saya sertakan amalan etika

yang diamalkan bagi menjaga kebersihan di tempat kerja saya:


a. Tempat penyediakan masakan atau dapur
Tempat yang paling utama yang perlu diambil kira adalah tempat

memasak. Dapur perlu di dalam keadaan bersih dan teratur. Ia perlulah

sentiasa dicuci dan kemas. Saya akan pastikan tempat penyediaan

makanan dalam keadaan yang bersih.


Tempat penyediaan makanan adalah merupakan tempat pertama

bermulanya aktiviti perniagaan makanan ini, Jika tempat tersebut kotor

dan tidak teratur, maka makanan yang disediakan tidak bersih dan

semestinya ia berkemungkinan telah dijangkti dengan pelbagai jenis

wabak penyakit contohnya pelanggan akan mendapat keracunan makanan.


Kesemua jenis pekakasan yang digunakan juga bersih dan dibasuh

dengan sempurna. Pekakasan yang telah lama dan berkarat akan

digantikan dengan yang baru.


b. Penampilan diri
Sebagai peniaga makanan, saya perlu menjaga penampilan saya.

berpakaian dan memakai apron yang bersih dan kemas. Pemakaian

penutup kepala atau tudung dan saya akan memastikan kuku saya dan

pekerja saya sentiasa pendek dan rapi. Ini adalah untuk mendapatkan

padangan yang baik oleh pelanggan-pelanggan saya. Kesemua amalan ini

saya jadikan salah satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh pekerja-pekerja

saya.

15
c. Meja pelanggan
Meja tempat pelanggan adalah temapt pertama yang dilihat oleh

pelanggan dari sinilah penilaian pertama tentang tahap kebersihan

sesebuah restoran itu. Sebelum memulakan perniagaan, saya pastikan ia

dibersihkan dan dalam keadaan kemas dan cantik. Ini akan menarik hati

pelanggan untuk makan di restoran saya. Di samping itu, selain dari itu

saya akan pastikan tiada lalat yang berterbangan di kawasan permis

perniagaan saya ini.

5) Etika dalam melayan pekerja


Pekerja merupakan sumber yang penting dalam menjayakan perniagaan restoran

saya ini. Memilik pekerja yang berdidikasi adalah merupakan satu bonos bagi

saya sebagai pemilik restoran ini. Dengan adanya pekerja seperti ini perniagaan

saya akan maju dan bertahan lama.


Dalam menguruskan restoran ini, etika melibatkan pekerja juga tidak saya

abaikan. Sebagai pemilik restoran ini saya perlulah bersifat mesra dengan

kesemua pekerja saya. Sentiasa tersenyum dan tidak berat mulut akan

membuatkan pekerja rasa di hargai oleh majikan.


Motif utama individu itu berkerja mestilah unutk mendapatkan gaji atau

ganjaran. Oleh sebab itu, saya akan memastikan pekerja-pekerja saya mendapat

gaji mengikut kelayakkan dan kebolehan mereka. Jika mereka berkerja lebih

masa, saya akan pastikan kerja lebih masa mereka itu dibayar dengan kiraan yang

betul. Gaji yang diberikan juga adalah berpatutan dengan kerja yang dilakukan

oleh mereka. Ini akan membuatkan mereka berasa puas hati, gembira untuk

bekerja di restoran saya ini.

16
Dalam pembahagian tugasan kerja, saya tidak akan bersifat pilih kasih

terhadap mereka. Maksudnya di sini, saya tidak akan memberi dua atau tiga kerja

kepada pekerja yang kurang bercakap dengan saya. Jika terdapat pekerja yang

saya kurang senangi saya juga tidak akan menunjukkan yang saya tidak

menyukai pekerja tersebut.


Jika terdapat pekerja yang mempunyai masalah, saya sebagai majikan

mereka akan cuba menyelesaikan masalah mereka dengan memanggil mereka

berjumpa dengan saya bersendirian. Keadaan ini akan membolehkan pekerja ini

meluahkan masalah mereka. Jika ia melibatkan pekerja lain saya akan cuba tidak

menyebelahi mana-mana pihak. Saya akan pastikan saya mendengar masalah dari

kedua-dua pekerja saya ini. Dengan ini, saya akan mengambil tindakkan yang adil

dan saksama ke atas kedua-dua pekerja ini.


Pemberian cuti juga perlu untuk pekerja-pekerja saya setelah penat

bekerja beberapa hari berturut-turut. Tidak meluluskan cuti adalah satu amalan

yang tidak beretika terhadap pekerja bagi seorang majikan seperti saya. Pekerja

perlu diberi cuti untuk merehatkan badan dan minda mereka. Hal berkaitan

dengan cuti para pekerja seperti cuti am, cuti bersalin perlu diambil berat oleh

saya. Keadaan ini akan membolehkan mereka bekerja dengan lebih semangat dan

berdidikasi. Di samping itu pemberiaan ganjaran seperti bonos dan hadiah hari

lahir juga dapat menaikkan semangat pekerja-pekerja ini.

6) Etika dalam menerima tempahan


Di samping menjalankan pernigaan restoran ini, kami juga menerima tempahan

untuk majlis-majlis sekitar perumahan yang berhampiran. Masakan yang

disediakan biasanya bersesuaian dengan majlis-majlis tersebut.

17
Setiap tempahan biasanya dibuat dengan bersertakan perjanjian yang

dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Oleh yang demikian, saya sebagai orang yang

bertanggungjawab dalam menerima tempahan ini akan memastikan perjanjian

tersebut tidak dilanggari.


Setiap tempahan akan dihantar mengikut masa dan tempat yang yang

dijanjikan. Kelewatan penghantaran adalah perlu dielakkan oleh saya. Jika ini

terjadi ia akan merosakkan reputasi saya sebagai pengusaha makanan. Selain dari

itu, saya perlu memastikan bahan yang digunakan di dalam masakan saya itu

mengikut dan memenuhi kehendak pelanggan saya tersebut.


Pembayaran bagi tempahan juga perlu mengikut perjanjian sebelum

tempahan dibuat. Meminta harga yang lebih setelah penghantaran tempahan

tersebut dan tidak mengikut harga yang terdapat dalam perjanjian adalah amalan

yang tidak beretika bagi situasi ini.

7) Etika dengan peniaga-peniaga lain


Dalam menjalankan apa saja jenis peniagaan, persaingan pasti akan terjadi tidak

kira ia pesaingan yang sihat atau pun tidak sihat. Persaingan adalah penting

dalam meningkatkan peniagaan saya. Dengan adanya persaingan ini saya akan

berusaha untuk memastikan saya sentiasa memberi perkhidamatn yang terbaik

kepada semua pelanggan saya.


Namun begitu, dalam persaingan ini saya perlu menghormati peniaga-

peniaga yang lain. Persaingan mestilah secara sihat seperti menambah menu baru

yang perlu dicuba oleh orang ramai.


Saya juga tidak seharusnya memburuk-burukkan peniaga-peniaga lain

untuk menarik pelanggan baru. Contohnya, dengan mengatakan atau memberitahu

orang lain bahawa pesaingan saya itu menjual denagn harga yang mahal atau pun

makanan yang dijual tidak bersih. Selain itu sebagai seorang muslim, perasan iri

18
hati atau busuk hati haruslah dijauhi. Segala amalan ini merupakan amalan etika

yang tidak baik dan yang tidak sihat.


Mengadakan promosi adalah salah satu cara yang beretika untuk menarik

pelanggan baru datang ke restoran saya ini. Promosi haruslah hanya berkaitan

dengan restoran dan menu dan harga yang ditawarkan. Selain dari itu promosi

yang digembar-gemburkan mestilah pekara yang benar kerana tidak mahu

memperdaya atau mengelirukan pelanggan. Dengan ini, satu persaingan yang

sihat akan terjadi, keadaan ini akan menyenangkan hati diantara peniaga-peniaga

yang lain.
Kedua ibubapa saya sering bekata bahawa segala rezeki itu datangnya dari

Allah SWT dan setiap manusia itu telah tertulis rezeki masing-masing itu. Dengan

berpegangkan kata-kata inilah saya yakin dengan rezeki yang Allah swt berikan

kepada saya salama ini.

8) Etika berurusan dengan pembekal


Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab membekal bahan-bahan mentah

dan bahan keperluaan kepada restoran saya. Tanpa pembekal-pembekal ini,

semestinya restoran saya tidak dapat menjalankan perniagaan dengan lancar.


Dalam berurusan dengan pembekal saya memerlukan saya mengamalkan

beberapa amalan yang beretika demi menjaga hubungan baik antara saya dan

pihak pembekal.
Saya tidak sahaja berurusan dengan satu pembekal sahaja tetapi dengan

beberapa pembekal yang lain. Kesemua pembekal ini mempunyai kerenah yang

pelbagai dan peraturan mereka sendiri. Jadi saya perlu bijak mengambil hati

semua pembekal ini.

19
Memburuk-buruk pembekal kepada pembekal yang lain adalah pekara

yang perlu dielakkan. Kerana jika ini diamalkan, konflik antara pembekal yang

lain akan terjadi.


Bagi mengelakkan perbalahan dengan pembekal saya telah membuat

perjanjian dengan mereka. Perjanjian dibuat meliputi penetapkan harga, jenis

barangan, waktu dan hari penghataran. Kesemua ini perlulah dipersetujuan oleh

kedua-dua pihak.
Saya akan memestikan setiap pembayaran ke atas pembekal dibuat pada

tarikh yang ditetapkan. Di samping itu, saya tidak boleh berdolak dalih dalam

membuat pembayaran tersebut. Pembayaran yang dibuat juga perlulah dalam

kuantiti yang ditetapkan.


Tidak menerima sebarang hadiah atau apa saja bentuk barangan dari pihak

pembekal adalah amalan yang beretika yang saya amalkan hingga kini.

Contohnya, terdapat pembekal cuba memberi hadiah kepada saya supaya saya

terus berurusan dengannya, namun saya menolak pemberian tersebut dengan cara

yang baik. Keadaan ini akan menjadi rasuah jika saya menerima hadiah dan

barangan dari pembekal tersebut.

9) Etika dalam pemilihan pekerja


Pekerja adalah satu asset penting bagi saya, tanpa pekerja perniagaan restoran

saya ini tidak akan dapat dilaksanakan atau matlamat perniagaan ini tidak akan

tercapai.
Pelbagai isu yang berkaitan dengan pemgambilan pekerja ini perlu saya

lakukan secara beretika dalam proses pengambilan pekerja tersebut. Antaranya

ialah :
 Merancang dan merekut pekerja

20
Proses pengambilan pekerja boleh dibuat semuala dengan merekrut

mereka, kemudian melalui proses pemilihan. Bagi untuk penstafan

semula, kami mengamalkan dengan kenaikan pangkat secara tertutup

dan sistem kenaikan pangkat secara terbuka. Ini perlu untuk

memastikan pekerja yang dinaikan pangkat benar-benar layak dengan

kenaikkan pangkat yang ditawarkan.

 Memilih pekerja
Kebiasaannya saya akan pastikan pemilihan pekerja melibatkan

penilaian terhadap calon yang memohon. Bagi yang menjalankan

perniagaan seperti saya, pemilihan boleh dilakukan dengan

menampalkan iklan yang menyatakan restoran saya memerlukan

pekerja.

Temuduga perlu dilakukan untuk hanya pekara yang berkaitan

dengan kerja sahaja. Soalan yang disoal mestilah tidak menyentuh

soal yang berkaitan peribadi . Ini akan membuatkan pemohon berasa

selesa dengan temuduga tersebut. Di sini juga saya perlu berlaku adil

kepada semua pemohon. Saya perlu tulus dan jujur dengan

mewujudkan soalan yang sama untuk semua pemohon, keadaan ini

juga dapat membantu saya mencapai matlamat.


 Keputusan perjawatan
Keputusan yang diperolehi adalah digunakan untuk membuat

keputusan berkaitan latihan, kenaikan pangkat, ganjaran dan dibuang

kerja.
Isu kenaikan pangkat adalah sesuatu yang kontroversail yang boleh

mencetuskan perkelahian, pergaduhan dan hasad dengki. Oleh itu, saya

21
perlu membuat keputusan yang betul dalam pemilihan kerja ini.

Sebagai pemilik restoran ini saya perlu mencari orang yang layak

sahaja apabila bercadang mengisi kekosongan jawatan. Contohnya ,

jika saya memerlukan seorang tukang masak bagi restoran saya maka

saya perlu mencari individu yang memiliki kepakaran memasak.


Secara amalan yang beretika sebagai seorang pengurus atau

pemilik restoran ini, saya perlu menimbangkan kesan pengambilan

pekerja dari luar ke atas moral pekerja yang sedang berkerja.


Amalan yang tidak beretika yang perlu dielakkan oleh saya ialah
Nespotism yang bermaksud amalan yang memberi keutamaan

terhadap saudara mara dan kawan-kawan yang rapat atau apabila

membuat pilihan pekerja dan amalan kenaikan pangkat.


10) Etika dengan Alam Sekitar
Pencemaran alan sekitar berlaku apabila terdapat lebihan bahan-bahan yang tidak

diperlukan di dalamnya dan boleh membahayakan kesihatan manusia itu sendiri.

Seperti perniagaan makanan saya ini, berkait rapat dengan alam sekitar,

pencemaran yang berkaitan seperti pencemaran air, pencemaran udara dan

pencemaran bunyi.

 Pencemaran air
Saya akan pastikan, semua bahan buangan dari restoran saya tidak

membuang sampah ke dalam sumber air seperti sungai. Jika saya

membuang sampah seperti ini, ia akan mengakibatkan sumber air

tercemar. Keadaan ini akan memberi kesan kepada penduduk sekitar.

Bukan itu sahaja ia akan memusnahkan hidupan di dalam sungai

berkenaan.
 Pencemaran udara

22
saya dibuang denagn cara yang betul dan selamat. Sampah dan sisa

Antara lain amalan yang beretika yang berkaitan dengan

kebersihan ialah cara pembuangan sampah dan sisa makanan.

Penyediaan tempat pembuangan sampah yang konsisten adalah

salah satu langkah yang diambil oleh saya unutk memastikan

kesemua bahan buangan dari restoran makanan akan dibuang

mengikut kotogeri yang ditetapkan. Jika semua ini tidak saya

amalkan pencemaran udara akan terjadi. Penduduk setempat akan

menghidu bau yang tidak menyenangkan dari tempat pembuangan

sampah di restoran saya.

 Pencemaran bunyi
Sudah menjadi tren sekarang, kebanyakan pemilik restoran akan

menyediakan televisyen dan tempat berkaroke untuk meberi hiburan

kepada pelanggan dan menarik pelanggan datang ke restoran mereka.

Namun keadaan ini akan mengeluarkan bunyi yang bising

dan kuat, ini membawa kepada pencemaran bunyi. Keadaan ini boleh

menyebabkan penduduk di sekeliling berasa terganggu dengan

peniaga tidak menghiraukan keadaan sekliling. Oleh itu saya akan

pastikan saya menjaga kesejahteraan penduduk setempat dengan tidak

melakukan pekara yang tidak beretika ini.

Di sini saya akan pastikan diri dan pekerja saya membuang bahan

berkenaan di tempat yang sepatutnya. Ini adalah kerana jika ia di buang di tempat

yang tidak sepatutnya pencemaran akan berlaku.

23
Dalam menjalankan perniagaan ini, saya perlu memastikan kami bukan

saja mengejar keuntungan tetapi dapat menjaga alam sekitar dan keharmonian

penduduk setempat.

11) Mematuhi undang-undang dan peraturan


Sebagai seorang peniaga semestinya saya tidak terlepas dari untuk memastikan

saya sentiasa mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh

kerajaan.
Dengan mematuhi segala undang-undang dan peraturan ini, saya akan

dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan selesa dan teratur. Misalnya, saya

tidak akan melanggari undang-undang yang memlibatkan tentang pengambilan

pekerja, pengguaan bahan dalam masakan dan sebagainya.

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

24
6.1 PENGENALAN

Dalam bab-bab yang sebelumnya, saya telah membincangkan tentang amalan etika dalam

menjalankan perniagaan saya. Dalam bab 6 ini pula, saya akan membincangakan kesimpulan

yang dapat dirumuskan dan cadangan yang boleh saya lakukan untuk memajukan perniagaan

saya dengan mengamalkan amalan yang beretika.

6.2 KESIMPULAN

Dalam bab 4, kita dapat pelajari bagaimana untuk mencari jalan untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Di sini, kita berpeluang untuk mengenal pasti masalah dan peluang yang

ada sebelum membuat perkara-perkara yang hendak terputus. Keputusan yang dibuat perlulah

keputusan yang mempunyai moralnya yang tersendiri.

Kita dapat lihat betapa sesuatu keputusan itu akan memberi kesan baik untuk jangka

panjang dan jangka pendek. Kita sering mengharapkan keputusan yang dibuat akan

mendatangkan hasil yang positif. Oleh itu, apa yang dibincangkan di dalam bab ini dapat

membantu kita memperolehi keputusan yang kita inginkan itu.

Manakala pula dalam bab 5 pula, apa yang dapat dirumuskan di sini ialah untuk berjaya

dalam pernigaan walau apapun jenis perniagaan itu, etika yang diamalkan ditempat kerja

memainkan peranan yang penting. Samaada etika yang diamalkan itu beretika ataupun tidak.

Jika kita mahu berjaya dan perniagaan kita itu mendatangkan keuntungan yang membanggakan

segala amalan yang beretika perlu diamalkan. Seperti yang dibincangkan, perniagaan makanan

yang dijalankan oleh saya ini memerlukan saya mengamalkan amalan yang beretika bila

berhadapan dengan pelanggan, pekerja, pembekal dan kawasan tempat kerja.

25
Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah segala amalan beretika atau tidak beretika

yang diamalkan di tempat kerja, adalah datangnya dari diri kita sendiri. Sama ada kita sebagai

seorang pekerja ataupun seorang pengurus etika-etika yang baik adalah amat digalakkan dan

dituntut oleh kita sebagai seorang muslim. Etika yang tidak beretika haruslah dielakkan untuk

menjadikan kita berjaya dalam berkerjaan yang kita lakukan.

6.3 CADANGAN

Daripada apa yang dibincangkan tentang etika-etika yang diamalkan di tempat

kerja`saya. Di sini saya, berharap agar dapat memberi panduan kepada peniaga-peniaga lain

tidak kira apa jenis perniagaan yang dilakukannya. Berdasarkan rumusan yang telah dibuat, saya

telah mengenal pasti beberapa bentuk cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh peniaga-

peniaga.

6.3.1 Cadangan untuk peniaga-peniaga menghadiri kelas cara mengamalkan etika yang

baik di tempat kerja

Peniaga-peniaga perlulah tahu menilai etika-etika yang perlu diamalkan dan yang tidak elok

untuk diamalkan semasa menjalankan perniagaan mereka. Mereka perlu tahu amalan- amalan

yang sesuai bagi memuaskan hati pelanggan mereka.

Oleh itu pelbagai langkah perlu diambil bagi menanam sifat yang murni di dalam diri

peniaga itu sendiri. Antaranya, peniaga-peniaga boleh meluangkan sedikit masa untuk

menghadiri kelas ilmiah yang memberi panduan yang berguna bagaimana amalan yang beretika

itu menjadi pekara yang utama untuk diamalkan di tempat kerja.

6.3.2 Cadangan untuk pihak pekerja

26
Para pekerja perlu ikhlas melakukan kerja, perlulah sentiasa menerapkan di dalam diri

bahawa setiap pekerjaan itu adalah kerana Allah S.W.T. Selain dari itu juga, para pekerja perlu

tidak memendamkan perasaan jika berlakunya konflik di tempat kerja . Para pekerja perlu

sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan majikan mereka. Semoga dengan cadangan-

cadangan ini dapat melahirkan pekerja yang berwibawa dan berakhlak mulia.

6.3. Cadangan untuk pihak kerajaan

Pihak kerajaan juga boleh mengambil bahagian dalam menerapkan amalan-amalan yang

beretika di tempat kerja. Misalnya dengan, mengadakan kempen kesedaran tentang pentingnya

mengamalkan amalan yang beretika di tempat kerja kita.

Pihak kerajaan juga, boleh menguat kuasa dan membuat undang-undang dan peraturan

yang berkaitan dengan pengamalan etika ini. Kerajaan juga boleh menawarkan pinjaman kepada

para peniaga bagi tujuan baik pulih kedai atau pun restoran. Ini akan membantu para peniaga

mengemas kinikan permis mereka. Jika ini dapat dilakukan para peniaga akan mempunyai

permis yang bersih dan kemas, keadaan ini akan membuatkan pekerja menjadi selesa untuk

bekerja. Secara tidak langsung amalan yang beretika akan dapat ditonjolkan oleh para pekerja.

RUJUKAN

Miritonga123.blogspot.com/2010/01/definisi-etika-html

27
www.pengurusan.info

www.google.com.my/webhp?source

Buku Rujukan model 8, Etika Perniagaan (Diploma Pengurusan, Universiti Malaya)

Bahan-bahan yang lain yang terdapat dalam tugasan ini adalah dari saya sendiri sebagai pemilik
restoran UJANG CONNER

28