Vous êtes sur la page 1sur 18

SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL

JALAN SENANGIN 17/2, SEKSYEN 17,


40200 SHAH ALAM, SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM/ PROGRAM’S SS-100-3:2013 – BATIK PRODUCTION OPERATION
CODE & NAME
TAHAP/ LEVEL L3
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPENTENSI/
E01 – BATIK SKECTH MAKING
COMPETENSI UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PERNYATAAN WA1 : IDENTIFY BATIK SKETCH MAKING
AKTIVITI KERJA/ WORK REQUIREMENTS
ACTIVITIES NO. AND WA2 : PREPARE DRAWING MATERIALS AND
STATEMENT TOOLS
WA3 : PRODUCE BATIK SKETCHES
Muka Surat / Page : 1
NO. KOD/ CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

TAJUK / TITLE : MENGENAL PASTI KEPERLUAN MEMBUAT LAKARAN


BATIK

TUJUAN / PURPOSE :

Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang asas seni reka batik iaitu
berkaitan dengan unsur-unsur seni, prinsip seni, teknik lakaran dan asas ilustrasi
fesyen.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

PENERANGAN / INFORMATION :

Lakaran merupakan penghasilan lukisan yang bersahaj (spontan), ringkas dan


cepat. Tujuan lakaran sebelum penghasilan lukisan akhir adalah untuk meluahkan
idea dengan pantas dan memberikan pemahaman tambahan terhadap idea awal.
Pemilihan lakaran yang sesuai untuk menghasilkan batik amat penting terutamanya
dalam penghasilan Batik Lukis. Lakaran idea yang terkini dan menepati kehendak
pelanggan perlu dikaji sebelum sesuatu lakaran tersebut dibuat. Kualiti sesuatu
lakaran dipengaruhi oleh kebersihan, kualiti garisan dan ketepatan lakaran.

Terdapat empat (4) kaedah untuk melukis dan melakar, iaitu melalui
pengukuran, menggunakan grid, menggunakan paksi dan lakaran bebas.

1. ASAS SENI REKA

1.1. Setiap penghasilan karya seni memerlukan kombinasi aplikasi unsur seni
dan prinsip rekaan bagi memastikan karya itu bermutu.

1.2. Penggunaan unsur seni adalah perlu sebagai elemen asas yang wajib bagi
sesebuah karya seni, iaitu: garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna.

1.3. Penerapan prinsip rekaan secara sebahagian atau keseluruhan pula


dianggap sebagai pelengkap kepada cara pengolahan sesuatu gubahan
karya seni. Prinsip rekaan terdiri daripada harmoni, kontra, penegasan,
imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

2. ELEMEN UNSUR SENI


Unsur seni adalah elemen asa yang terdapat dalam karya seni.

2.1. Garisan :

i. Garisan ialah satu siri susunan titk-titik yang bersambung-sambung.

ii. Garisan merupakan unsur seni yang paling asas apabila penghasilan
sesuatu karya seni.
iii. Garisan boleh didapati di sekeliling kita sama ada objek buatan
manusia atau pada alam semula jadi.

iv. Garisan boleh dilihat secara fizikal melalui ciri-cirinya seperti berikut:
a) Panjang d) Nipis
b) Pendek e) Halus
c) Tebal

v. Garisan terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:


a) Garisan tebal. h) Garisan putus-putus.
b) Garisan belingkar. i) Garisan berbulu.
c) Garisan halus. j) Garisan bergetar.
d) Garisan berserabut. k) Garisan berpusar.
e) Garisan kasar. l) Garisan berduri
f) Garisan berpancar. m) Garisan bergerigi
g) Garisan beralun.

vi. Kesan yang dihasilkan oleh garisan mampu menimbulkan pelbagai


kualiti yang dapat memberikan ekspresi dalam sesuatu karya seni
visual.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

2.2. Rupa :

i. Rupa terhasil apabila hujung garisan bertemu dengan permulaannya.

ii. Rupa mempunyai satu permukaan dan bersifat dua dimensi (2D) tanpa
jisim.

iii. Rupa dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:


a) Rupa organik.
b) Rupa geometrik.

iv. Rupa boleh dipersembahkan secara positif dan negetif.

v. Pengolahan rupa boleh dilakukan secara:


a) Penambahan.
b) Pengurangan.
c) Gabungan atau tindanan.

vi. Rupa yang disusun secara berulang-ulang mampu menghasilkan corak.

2.3. Bentuk :

i. Bentuk terhasil daripada dua atau lebih rupa atau permukaan.

ii. Bentuk mempunyai struktur, jisim dan isi padu serta bersifat tiga
dimensi (3D) apabila ia mempunyai panjang, tinggi dan lebar.

iii. Terdapat dua (2) jenis bentuk, iaitu:


a) Bentuk konkrit : bersifat bentuk sebenar objek. Ia boleh dilihat,
disentuh dan dirasai dengan pancaindera sentuh.
b) Bentuk ilusi yang bersifat dua dimensi (2D), ia boleh dilihat melalui
gambar atau ilustrasi.

iv. Kedudukan struktur bentuk adalah berbeza-beza jika dilihat melalui


sudut yang berlainan.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

2.4. Jalinan :

i. Jalinan merujuk kepada sifat kualiti permukaan sesuatu objek.

ii. Jalinan dapat memberikan kesan rasa dan ekspresi kepada objek
tersebut.

iii. Kesan jalinan mampu memberikan watak kepada objek melalui


penampilannya seperti lembut, kasar, licin, kesat, halus dan
menggerutu.

iv. Terdapat dua jenis jalinan, iaitu:


a) Jalinan sentuh yang merupakan jalinan yang boleh dirasai melalui
deria sentuh seperti yang terdapat pada kulit rambutan, permukaan
jalan raya, tayar kenderaan dan bulu haiwan.
b) Jalinan tampak yang merupakan jalinan yang hanya boleh dirasai
melalui ilusi tetapi tidak dapat dirasai melalui seria sentuh seperti
yang terdapat pada gambar, lukisan, catan dan beberapa hasil
karya seni.

v. Jalinan dalam karya seni boleh dihasilkan melalui teknik seperti:


a) Gosokan. e) Pualaman.
b) Lukisan. f) Catan.
c) Anyaman. g) Ukiran.
d) Cetakan.

2.5. Ruang :

i. Ruang ialah kawasan atau jarak yang wujud pada sekeliling sesuatu
objek atau di antara dua objek.

ii. Ruang juga boleh didapati di dalam rongga sesuatu objek.

iii. Ruang dapat dibezakan anatara dua objek melalui kedudukannya sama
ada dekat, jauh, cetek, dalam, luas atau sempit.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

iv. Terdapat dua jenis ruang seperti berikut:


a) Ruang nyata : ruang yang terdapat disekeliling kita secara fizikal
melalui kedudukan bentuk konkrit.
b) Ruang ilusi : ruang yang terdapat pada foto, gambar, ilustrasi dan
hasil karya seni visual seperti lukisan, catan, cetakan dan karya
grafik.

2.6. Warna :

i. Warna adalah salah satu unsur seni yang penting kerana ia dapat
memberikan maklumat yang lebih jelas tentang sesuatu objek
disamping dapat mempengaruhi perasaan kita.

ii. Warna boleh berubah daripada segi ton bergantung pada kekuatan
cahaya yang jatuh pada permukaan objek tersebut.

iii. Variasi warna daripada terang kepada gelap dikenali sebagai ton
warna.

iv. Terdapat tiga jenis kumpulan warna iaitu warna asas, warna sekunder
dan warna tertier.

2.6.1. Warna Asas:

i. Warna asas dikenali sebagai warna utama yang tidak boleh


dihasilkan dengan campuran warna lain.
ii. Warna asas terdiri daripada warna merah, biru dan kuning.

2.6.2. Warna Sekunder:

i. Warna sekunder dikenali sebagai warna kedua dan dihasilkan


melalui campuran dua warna asas.
ii. Warna sekunder terdiri daripada warna jingga, ungu dan hijau.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

2.6.3. Warna Tertier:

i. Warna tertier dikenali sebagai warna ketiga dan dihasilkan


melalui campuran satu warna asas dan satu warna sekunder.
ii. Warna tertier terdiri daripada warna kuning hijau, kuning jingga,
merah jingga, merah ungu, biru ungu dan biru hijau.

3. ELEMEN PRINSIP REKAAN


Prinsip rekaan ialah elemen yang digunakan bagi tujuan mengolah dan
menyusun unsur-unsur seni bagi menghasilkan sesuatu gubahan seni visual
yang lebih menarik.

3.1. Harmoni :

i. Harmoni bermaksud sesuatu gubahan yang mempunyai eleman unsur


seni ayng seakan-akan serupa atau nilai yang sama.

ii. Harmoni sering ditampilkan dalam sesuatu gubahan melalui susunan


atau ulangan unsur seni yang sesuai dan berhubung kait.

iii. Aplikasi prinsip rekaan harmoni mampu menampilkan kesan selesa,


tenang, seragam, teratur, aman dan kesatuan.

3.2. Kontra :

i. Kontra bermaksud sesuatu gubahan yang mempunyai elemen unsur


seni yang berlawanan atau bercanggah dari segi nilai serta
penampilannya.

ii. Penampilan kontra dalam sesuatu gubahan berfungsi untuk menarik


perhatian serta memberikan daya tarikan di samping mampu
mengelakkan kebosanan.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

3.3. Penegasan :

i. Penegasan bermaksud sesuatu gubahan yang mempunyai elemen


unsur seni yang sama tetapi berlawanan dari segi penampilannya.

ii. Aplikasi penegasan mampu menampilkan daya tumpuan yang lebih


fokus kepada sesuatu gubahan.

iii. Kehadiran penegasan dalam sesuatu gubahan juga mampu


mengelakkan kebosanan.

3.4. Imbangan :

i. Imbangan bermaksud penggunaan unsur yang sepadan daripada


aspek saiz, tumpuan, penampilan dan warna.

ii. Prinsip rekaan imbangan diaplikasikan secara mewujudkan tumpuan


yang sekata pada hasil karya dari segi berat dan graviti.

iii. Imbangan terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu imbangan simetri dan
imbangan tidak simetri.

3.4.1. Imbangan Simetri :

i. Imbangan semetri terhasil apabila terdapat paksi yang diapit


membahagikan bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah
sesuatu gubahan kepada komposisi yang sama.

ii. Terdapat satu atau beberapa garisan paksi dalam gubahan yang
mempunyai imbangan simetri.

iii. Elemen imbangan pada sesuatu gubahan dapat menampilkan


kesan yang lebih stabil, kukuh dan kelihatan formal.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

3.4.2. Imbangan Tidak Simetri :

i. Imbangan tidak simetri terhasil apabila terdapat unsur atau reka


bentuk yang berbeza tetapi masih mampu menimbulkan
imbangan dari segi penampilan.

ii. Imbangan tidak simetri tidak mempunyai paksi simetri atau grid
tertentu.

iii. Imbangan tidak simetri mampu menghasilkan satu gubahan


karya yang spontan dan bersahaja.

3.5. Irama dan Pergerakan :

i. Irama dan pergerakan dalam sesuatu gubahan boleh disamakan


dengan intonasi dalam gubahan lagu yang sentiasa berubah-ubah.

ii. Irama dan pergerakan sering ditampilkan secara beralun, bergetar,


bergoyang, memancar, berselang-seli dan berubah-ubah.

iii. Kehadiran irama dan pergerakan mampu menghasilkan gubahan yang


hidup serta tidak membosankan.

iv. Terdapat lima (5) jenis irama, iaitu : irama biasa, irama rawak, irama
berselang-seli, irama aliran dan irama progresif.

1.5.1 Irama Biasa :


Irama yang mempunyai motif yang sama dengan susunan dari jarak
yang sama.

1.5.2 Irama Rawak :


Irama rawak mempunyai ulangan motif yang tiada susunan tetap.

1.5.3 Irama Berselang-seli:


Irama berselang-seli mempunyai posisi motif yang disusun secara
selang-seli.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

1.5.4 Irama Aliran :


Irama aliran mempunyai garisan yang beralun dibuat secara
berulang-ulang bagi memandu tumpuan penglihatan kita ke sesuatu
arah.

1.5.5 Irama Progresif :


Irama Progresif mempunyai motif atau objek yang disusun akan
mengalami perubahan setiap kali diulang.

3.6. Kepelbagaian :

i. Kepelbagaian merujuk kepada penggabungan pelbagai unsur seni dan


prinsip rekaan dalam satu gubahan melalui pelbagai cara dan idea
dalam penampilannya.

ii. Penggunaan prinsip kepelbagaian akan menjadikan gubahan itu lebih


meriah dan seronok untuk dihayati.

iii. Tujuan penggunaan prinsip kepelbagaian adalah untuk mengelakkan


kebosanan dan kelihatan kaku dalam sesuatu gubahan.

3.7. Kesatuan :

i. Kesatuan bermaksud kesesuaian penggabungan unsur-unsur seni dan


prinsip rekaan dalam sesuatu gubahan.

ii. Prinsip kesatuan akan tercapai apabila penggabungan unsur seni dan
prinsip rekaan lebih menjurus kepada tema dan idea yang sama serta
saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

iii. Aplikasi prinsip kesatuan mampu menghasilkan satu gubahan yang


lengkap, teratur, menarik dan sempurna.
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

iv. Setiap karya seni perlu disokong dengan kepelbagaian elemen yang
mempunyai tema yang sama agar kesatuan dapat diwujudkan.

v. Pengabaian prinsip kesatuan akan mengakibatkan hasil gubahan


dalam karya seni visual kelihatan janggal dan pincang.

4. TEKNIK MELAKAR

Dalam menghasilkan lakaran atau melukis, terdapat beberapa teknik yang boleh
digunakan, iaitu hatching, garisan, gosokan dan scribbling/scumbling.

4.1. Hatching

i. Hatching berasal dari perkataan


hachure (Perancis).

ii. Hacthing dan cross-hatching adalah


Gambarajah 1 : Contoh
teknik dalam lukisan dan karya grafik
lukisan teknik hatching
yang digunakan untuk memberikan
efek warna mahu pun bayangan dengan membuat garis-garis parallel.

iii. Jika garis-garis parallel ini ditimpa


dengan garisan parallel lain yang saling
berpotongan, maka teknik ini menjadi
cross-hatching.

iv. Teknik crosshatching atau penggarisan


silang dilakukan dengan menggunakan
garis-garis kecil yang ditarik berdekatan. Teknik ini digunakan untuk
tahap awal pembuatan efek bayangan objek.
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

v. Teknik ini dapat dilakukan dengan cara menarik garis dalam satu arah
kemudian menarik garis lain yang melintasi garis sebelumnya sehingga
garis-garis itu saling menyilang. Semakin banyak dan dekat garis, maka
akan semakin realistis kesan yang ditampilkan.

vi. Perupa menggunakan teknik ini dengan mevariasikan jarak, sudut,


panjang dan jenis-jenis garis sehingga menghasilan gradasi bayangan
tertentu.

vii. Contoh-contoh hatching seperti gambarajah 3:

4.2. Shading

i. Teknik shading adalah teknik membuat efek bayangan pada objek.

ii. Shading umumnya dihasilkan melalui interaksi gelap terang yang


terlihat dari hatching yang anda hasilkan.

iii. Umumnya efek bayangan yang halus memberikan nilai estetika yang
lebih, berbanding efek bayangan yang lebih kasar.

iv. Ada beberapa cara untuk membuat


shading halus yaitu menggunakan sisi
pensil pensil untuk membuat sambaran
halus yang berdekatan, mengatur
penggarisan silang sedemikian rupa
untuk menibulkan efek bayangan halus,
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

dan menggunakan alat bantu (kapas) atau gosokan hujung jari untuk
menghaluskan hatching sehingga didapat efek bayangan yang halus.

v. Untuk membuat shading halus, mulailah dengan garis cahaya dengan


titik awal yang bervariasi kemudian lanjutkan dengan menggelapkan
nilai-nilai (value) dengan menekan sedikit lebih keras menggunakan
pensil yang lebih lembut.

vi. Jangan paksakan untuk menggunakan satu jenis pensil untuk membuat
value karena tiap-tiap pensil memiliki karakter dan fungsi masing-
masing.

vii. Oleh karena itu, anda harus benar-benar memahami jenis-jenis yang
sesuai untuk pembuatan efek bayangan. Anda dapat menggunakan
alat shading untuk menimbulkan kesan yang lebih halus.

viii. Contoh lakaran/lukisan menggunakan teknik shading.


Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

4.3 Teknik Melingkar (Circular Technique)

i. Teknik melingkar merupakan teknik menciptakan tekstur yang kontras


dengan membuat lingkaran dan coretan-coretan besar.

ii. Teknik ini umumnya dilakukan selaras dengan teknik shading.

iii. Perpaduan antara lingkaran-lingkaran kecil yang anda buat dengan


shading yang selaras akan menciptakan efek gelap terang yang lebih
nyata. Teknik ini umum digunakan untuk menciptakan tekstur kulit.

iv. Jika anda membuat bayangan pada objek potret, maka anda dapat
menggunakan lingkaran kecil yang padat dengan nilai yang bervariasi.

v. Jika perpaduan tersebut benar-benar serasi, maka ketika seseorang


melihat karya anda, mata mereka akan berbaur dengan lingkaran-
lingkaran tersebut.

vi. Contoh lakaran/lukisan menggunakan teknik melingkar.


Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

4.5 Teknik outline

i. Untuk menghasilkan gambar menggunakan pensil, awali kegiatan anda


dengan membuat sebuah outline atau garis rancangan mengenai objek
yang akan anda gambar. Gunakanlah pensil yang lebih keras untuk
membuat garis ringan.

ii. Umumnya, sebuah gambar objek memiliki dua lapisan garis iaitu garis
cahaya yang digunakan sebagai pedoman untuk membuat bentuk
dasar objek dan yang kedua adalah garis yang lebih tebal sebagai
penunjuk tepi objek.

iii. Teknik untuk membuat garis cahaya adalah dengan menggunakan


gerakan halus untuk menghasilkan sedikit tekanan dan tarikan. Garis
cahaya biasanya tidak terlihat begitu jelas dan biasanya seringkali
dihilangkan pada saat finishing atau shading.

iv. Setelah membuat garis cahaya, maka selanjutnya adalah membuat


garis yang lebih berat untuk menentukan tepi elemen objek. Mulailah
dengan menapak garis asli dengan gerakan dan tekanan yang
bertahap. Mulailah dengan halus dan kemudian tambah tekanan
sehingga garis yang terbentuk terlihat lebih jelas.

v. Akan tetapi pada penekanan juga harus berhati-hati agar garis masih
dapat dihapus jika diperlukan dan tidak meninggalkan bekas pada
kertas. Pada tahap ini garis yang anda buat masih dalam tahap
perkembangan sehingga masih ada kemungkinan salah dan harus
dihapus.

vi. Selain gerakan dan tekanan, pada tahap ini anda juga harus
memperhatikan karakter dari pensil yang anda gunakan. Anda harus
memahami karakter bagaimana yang tepat untuk menciptakan berbagai
tingkat ketebalan.
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

vii. Anda dapat menggunakan sisi pensil untuk membuat garis tebal. Hal ini
lebih baik daripada menggunakan titik pensil. Teknik pemilihan karakter
pensil sangat penting dalam pembuatan outline dan bayangan objek.
Memahami prinsip garis master akan memungkinkan anda untuk
membuat gambar yang lebih baik

viii. Contoh lakaran/lukisan menggunakan teknik melingkar.

5. ASAS ILUSTRASI FESYEN

Melakar bentuk manusia memerlukan pemerhatian yang tajam dan latihan yang
tekun. Untuk mencapai taraf kesempurnaan dalam bentuk lukisan ini, gerak-geri,
pernyataan muka, bahagian tangan dan kaki orang yang hendak dilukis haruslah
dititik beratkan.

Setiap bahagian bentuk tubuh manusia mempunyai ukuran dan saiz yang
tertentu. Ukuran kepala biasanya digunakan sebagai panduan untuk melukis
bentuk manusia mengikut skala atau kadar.

Pengetahuan tentang anatomi manusia juga penting. Anatomi manusia


boleh dibahagikan kepada nisbah tertentu. Biasanya dengan menggunakan
lapan (8) untuk lelaki dan tujuh setengah (7.5) unit bentuk perempuan.
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

Kadar yang terpilih adalah menurut unit-unit yang berikut :

a) Kepala - 1 unit
b) Badan - 2 unit
c) Kepala ke lutut - 5 unit
d) Kepala ke tapak kaki – 7 unit
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. SS-100-3:2013-E01/P(1/2)
Drpd / of : 18

SOALAN / QUESTION :

1. Senaraikan tiga (3) unsur seni dalam asas seni reka.

i. _____________________________________________

ii. _____________________________________________

iii. _____________________________________________

2. Namakan dua (2) jenis jalinan.

A. _____________________________________________

B. _____________________________________________

3. Apakah maksud kontra?

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCE :

1. Azimah A. Samah dan Zailani Yaacob. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual.
2014. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.
2. Mohd Johari Ab. Hamid. 2006. Asas Seni Visual. Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Tanjung Malim.
3. Arba’iyah bt. Ab. Aziz. 2007. Batik Merbok. MPH Group Printing (M) sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.