Vous êtes sur la page 1sur 4

Analisis Teori Sosial Albert Bandura

Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory) diperkenalkan oleh Albert Bandura,
seorang ahli psikologi yang berasal dari Kanada. Teori ini merupakan perluasan dari teori
belajar perilaku iaitu Teori Behaviouristik (Fadillah, 2012). Teori pembelajaran Sosial
boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku melalui pengamatan
terhadap orang di sekeliling atau modelling (Noriati, 2017: 128). Teori ini turut
menekankan tentang peranan persekitaran dalam pembentukan peribadi manusia
(Hadhari, 2012).

Menurut Bandura manusia belajar secara semulajadi melalui proses peniruan atau
pemerhatian persekitaran. Individu akan meniru semua perlakuan yang diperhati sama
ada tingkah laku yang positif ataupun negatif (Noriati, 2017: 125). Bagi membuktikan teori
tersebut, Bandura telah menjalankan satu eksperimen menggunakan Bobo Doll. Dalam
eksperimen tersebut, 3 kumpulan kanak-kanak tadika telah menonton video yang
berbeza tentang perlakuan orang dewasa terhadap patung Bobo. Dapatan eksperimen
tersebut menunjukkan bahawa kanak-kanak meniru segala perlakuan orang dewasa
tanpa berfikir.

Terdapat tiga jenis peniruan iaitu peniruan secara langsung, peniruan sekat laluan
dan tak sekat laluan dan peniruan elisitasi (Noriati, 2002: 64). Peniruan secara langsung
ialah peniruan yang berlaku secara langsung apabila melihat model. Peniruan sekat
laluan dan tak sekat laluan ialah tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi (tak
menyekat laluan) dan tindakan yang boleh dilakukan dalam situasi tertentu sahaja
(menyekat laluan) sementara peniruan elisitasi ialah peniruan yang melibatkan emosi dan
keinginan (Noriati, 2017: 126).

Bandura telah mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran
melalui pemerhatian atau permodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan
peneguhan dan motivasi (Subaki, 2011:110-111). Sebahagian besar manusia belajar
melalui peniruan tanpa mengira umur. Bandura menyatakan bahawa pembelajaran
peniruan merupakan suatu proses semulajadi (1997). Justeru, pembelajaran melalui
peniruan merupakan fitrah yang tetap bagi setiap individu. Atas sebab inilah saya
berpendapat bahawa Teori Pembelajaran Sosial amat sesuai dijalankan dalam proses
pembelajaran dalam bilik darjah pada abad ke-21.

Rasional utama penggunaan teori ini ialah kerana teori ini sangat releven dengan
penyelesaian masalah tingkah laku agresif dan keganasan (Azizi). Memaki, memukul
rakan secara tiba-tiba, menggertak dan bergaduh semasa bermain merupakan tingkah
laku agresif (Aini, 2012). Jika diperhatikan kanak-kanak pada masa kini perilaku agresif
sudah menjadi suatu perkara biasa. Perilaku agresif terbentuk melalui pengamatan anak
pada orang lain, pengalaman langsung, peneguhan positif ataupun negatif (Bandura,
1986; Feist & Feist, 2006). Seperti yangt dikatakan oleh Hadhari (2012) teori ini
menekankan pembentukan peribadi, justeru teori ini amat sesuai dilaksanakan dalam
kelas.

Bagi merealisasikan hasrat yang dicita-citakan, guru berperanan sebagai role


model dan model simbolik yang menunjukkan perwatakan yang positif dalam bilik darjah
supaya murid dapat menirunya (Subki, 2011: 112). Sebagai contoh, guru perlu
menggunakan bahasa yang sopan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Strategi dan teknik yang digunakan perlu disesuaikan dengan kebolehan murid untuk
meniru tingkah laku tersebut. Setiap perlakuan guru akan dinilai oleh murid kerana guru
merupakan individu yang signifikan bagi mereka. Jiika guru tidak menunjukkan perilaku
yang baik, apatah lagi murid. Maka muncullah peribahasa Melayu yang berbunyi ‘guru
kencing berdiri, murid kencing berlari’.

Guru juga boleh memilih ciri-ciri model yang ada ketokohan seperti dipandang
tinggi, cekap dan baik selaras dengan matlamat modelling untuk dijadikan teladan dalam
kelas. Remaja sering meniru orang yang terkenal atau berkuasa. Model seperti ini
biasanya terdiri daripada pemimpin, bintang popular dan individu yang terkenal di
peringkat nasional mahupun internasional. Maka selain daripada menunjukkan sendiri
perilaku yang diharapkan guru juga boleh mendedahkan pelajar dengan model yang
terbaik.

Model tidak hanya terhad kepada golongan yang berprestij tetapi juga boleh
diambil dalam kalangan pelajar dalam kelas itu sendiri. Guru perlu menunjukkan kepada
murid contoh hasil kerja yang terbaik. Dengan itu, mereka boleh meniru idea-idea yang
berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka (Subki, 2011: 113). Melalui cara ini,
murid dapat menegembangkan lagi skema sedia ada seterusnya memperkembang ilmu
pengetahuan. Tambahan lagi, guru boleh menggunakan rakan sebaya sebagai model.
Sebagai contoh, guru boleh mengambil murid yang rajin menolong guru atau rakan untuk
dijadikan model tingkah laku dalam kelas. Dengan demikian, rakan-rakan lain boleh
meniru sikapnya.

Seterusnya, teori ini juga boleh diaplikasikan melalui didik hibur iaitu permainan
dan simulasi untuk menjadikannya lebih menarik dan berkesan. Melalui teknik main
peranan dan simulasi, guru boleh mengajarkan nilai dan peranan watak-watak yang
penting. Guru perlu memberi penjelasan kepada murid mengenai timgkah laku yang baik
dan menggalakkan mereka untuk mengaplikasikan perlakuan tersebut dalam situasi
sebenar. Situasi ini sama apabila murid menonton televisyen dan melihat pelbagai jenis
perlakuan yang positif dan negatif. Murid akan membuat peniruan secara tidak langsung
tanpa memikirkan baik buruknya.

Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian Abdul Halim (2012) tentang pengaruh media
massa terhadap remaja. Beliau mendapati bahawa media massa merupakan salah satu
penyebab utama keruntuhan akhlak dan hilang pegangan agama. Hal ini disebabkan
peniruan tidak langsung remaja tanpa memikirkan baik buruknya. Kesimpulannya, guru
perlu menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih serta tingkah laku yang
boleh dicontohi (Subki, 2011). Sebagai contoh guru menggalakkan murid-murid
menonton cerita kertun seperti Upin Ipin, Didi and Friend dan sebagainya.

Tuntasnya, Teori Pembelajaran Sosial merupakan satu proses pembelajaran


melalui peniruan. Pembelajaran merupakan fitrah manusia iaitu sikap semulajadi yang
ada pada setiap individu. Justeru, sikap ini harus dikembangkan oleh guru melalui Teori
Pembelajaran Sosial. Guru perlu mengplikasikannya dalam bilik darjah bagi membantu
pembentukan peribadi yang positif dalam kalangan murid-murid. Lebih dari itu, guru perlu
mempertimbangkan kesesuaian model yang akan ditunjukkan kepada mereka.
Pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air, jika tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya. Maka guru perlu berusaha untuk memastikan pelajar yang berakhlak
mulia dapat dilahirkan.
Rujukan

Azizi Yahya & Mohd Sofie Bin Bahari, 2010. Teori-teori tingkah laku berisiko.

http://eprints.utm.my/10403/1/30.9_Teori-Teori_Tingkah_Laku_Berisiko.pdf,

diakses pada 1 Mac 2017.

https://core.ac.uk/download/pdf/11494944.pdf

https://bagawanabiyasa.wordpress.com/2017/01/16/teori-belajar-sosial-albert-bandura/

Vous aimerez peut-être aussi