Vous êtes sur la page 1sur 8

ISI KANDUNGAN

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU .................................................. 2


PERBINCANGAN TENTANG KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
YANG DILAKSANAKAN .......................................................................................................................... 3
RUJUKAN ................................................................................................................................................... 8

1
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU

Saya telah membuat satu pemerhatian di sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah (2) Petaling Jaya
di Selangor. Pemerhatian dilakukan dalam seisi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
oleh salah seorang guru Bahasa Melayu di sekolah tersebut. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan adalah seperti berikut:

Guru mengajar di kelas 4 Cerdas yang terdiri daripada 32 orang murid. Tema pengajaran
ialah Patriotisme dan Kewarganegaraan dengan tajuk “Saya anak Malaysia”. Guru telah memilih
standard kandungan 1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila dan standard pembelajaran 1.6.2
Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada media. Bahan bantu mengajar yang
digunakan ialah Chromebook, pembesar suara dan lembaran kerja.

Dalam set induksi, murid diperdengarkan bunyi laungan kemerdekaan melalui pembesar
suara. Seterusnya, guru bersoal jawab dengan murid-murid. Contoh soalan yang diajukan adalah
seperti berikut:

a. Apakah bunyi yang kamu dengar sebentar tadi?


b. Pada tahun bilakah laungan tersebut dilakukan?
c. Siapakah yang melaungkan laungan kemerdekaan tersebut?
d. Di manakah laungan tersebut dilakukan?

Seterusnya, guru mengaitkan hasil soal jawab tersebut dengan isi pelajaran pada hari tersebut
iaitu berkaitan dengan tema Kemerdekaan.

Langkah pertama, guru membahagikan murid kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan
terdiri daripada empat hingga lima orang. Setiap kumpulan diberi satu Chromebook. Seterusnya,
murid diarahkan untuk membuka youtube. Guru memberi kata kunci kepada murid iaitu “Kembara
Merdeka 2011”. Murid akan mencari video melalui kata kunci tersebut. Apabila berjaya mencari
video tersebut, murid akan menonton video tersebut sebanyak dua kali. Ahli kumpulan akan
berbincang tentang video tersebut.

Langkah kedua, seorang wakil dari setiap kumpulan akan datang ke hadapan dan
menceritakan semula tentang aktiviti dan suasana dalam video yang telah mereka tonton. Dalam
langkah ini, guru menggunakan teknik bercerita iaitu murid menceritakan semula video yang
mereka tonton dengan tepat. Semasa bercerita, sebutan murid perlu jelas dan menggunakan
intonasi yang betul.

2
Langkah ketiga, murid membuat latihan di dalam buku kerja masing-masing. Dalam
lembaran kerja tersebut, murid membuat ayat majmuk berdasrkan dua ayat tunggal yang
disediakan menggunakan kata hubung yang sesuai. Semasa aktiviti menyiapkan latihan tersebut
berlangsung, guru bertindak sebagai fasilitator iaitu guru membimbing murid mencari jawapan
dan pada masa yang sama guru juga membetulkan kesilapan murid.

Secara keseluruhannya, guru mengaplikasikan pendekatan berpusatkan murid iaitu murid


melakukan kerja sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Guru bertindak sebagai
fasilatator. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, guru telah menggunakan kaedah
audio-lingual, teknik bercerita dan teknik soal jawab.

PERBINCANGAN TENTANG KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


YANG DILAKSANAKAN

Dalam set induksi ini, guru telah menggunakan kaedah audio-lingual iaitu kaedah yang
menggabungkan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (Tuan Jah & Faridah,
2011: 55). Justeru itu, kaedah ini sesuai untuk mengajarkan kemahiran mendengar dan bertutur.
Contohnya, murid mendengar dengan teliti bunyi yang diperdengarkan oleh guru. Melalui
pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat
yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi.

Semasa guru memperdengarkan laungan kemerdekaan, murid mendengar dengan teliti


bunyi tersebut. Setelah selesai bunyi laungan tersebut, guru menyoal murid dan murid dapat
menjawab soalan tersebut dengan tepat seperti berikut:

a. Apakah bunyi yang kamu dengar sebentar tadi?


- Bunyi laungan merdeka.
b. Pada tahun bilakah laungan tersebut dilakukan?
- Pada tahun 1957
c. Siapakah yang melaungkan laungan kemerdekaan tersebut?
- Mantan Perdana Menteri YAB Tunku Abdul Rahman
d. Di manakah laungan tersebut dilakukan?
- Stadium merdeka Kuala Lumpur.

Seterusya, guru menggunakan teknik perbincangan. Teknik perbincangan ialah satu


aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk dengan tujuan untuk melatih
murid mengeluarkan idea yang bernas (Kementerian Pendidikan, 1990). Selaras dengan itu,

3
setiap murid perlu bercakap, mendengar serta memberi maklum balas, memahami topik yang
dibincangkan serta membuat keputusan dalam isu tersebut. Perbincangan yang dilakukan oleh
murid dalam langkah ini meliputi aktiviti yang terdapat dalam video dan suasana dalam video.

Semasa teknik perbincangan berlangsung, murid-murid berada dalam kumpulan masing-


masing dan berbincang tentang situasi yang dilihat di dalam video. Perbincangan tersebut
berlangsung selama 10 minit. Setiap kumpulan dilihat memberikan kerjasama idea masing-
masing. Semasa aktiviti ini berlangsung, guru bertindak sebagai fasilatator untuk membantu
pelajar yang lemah. Murid-murid berjaya membentangkan hasil perbincangan mereka kepada
rakan-rakan sekelas. Tegasnya, teknik ini berkesan untuk mengajarkan kemahiran bertutur.

Setelah itu, guru menggunakan teknik bercerita untuk menyampaikan maklumat yang
terdapat dalam video. Teknik bercerita bukan sahaja dapat menimbulkan suasana yang seronok
dalam kalangan murid tetapi juga dapat melatih percakapan mereka. melalui teknik ini, murid
dapat merumuskan isi-isi penting serta nilai murni dan pengajaran dalam cerita tersebut.
tambahan lagi. Teknik ini sesuai untuk melatih murid bercakap menggunakan intonasi yang betul
dan sebutan yang jelas. Semasa bercerita, murid dapat menggunakan intonasi suara yang betul
dan sebutan yang jelas.

Teknik latih tubi pula bermaksud aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari (Tuan Jah
& Faridah, 2011). Latih tubi bertujuan untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping
menjamin ketekalannya. Latih tubi boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Dalam konteks ini,
latih tubi diberi dalam bentuk tugasan. Oleh hal yang demikian, murid akan mencapai tahap
kefahaman yang maksimum terhadap sesuatu topik yang diajarkan. Guru bertindak sebagai
fasilatator untuk membetulkan kesilapan murid. Semua murid telah berjaya menyiapkan dan
menghantar tugasan yang diberi oleh guru.

Secara keseluruhannya, guru telah menggunakan kaedah berpusatkan bahan. Selain itu,
guru juga menggunakan kaedah latih tubi dan teknik bercerita. Kaedah dan teknik yang
digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berkesan untuk mengajar
kemahiran bertutur dan menulis kerana murid terlibat secara aktif sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui penglibatan tersebut, murid mendapat pengalaman membina
pegetahuan berdasarkan pengalaman tersebut. Tegasnnya, kaedah dan teknik yang digunakan
berkesan dalam menyampaikan isi pengajaran.

4
Gambar 1: Murid mendengar bunyi laungaan kemerdekaan melalui pembesar suara.

Gambar 2: Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri daripada empat
hingga lima orang. Setiap kumpulan diberi kata kunci.

Gambar 3: Murid menonton video dan berbincang dalam kumpulan.

5
Gambar 4: Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.

Gambar 5: Salah seorang murid membentangakn hasil perbincangan mereka.

Gambar 6: Guru sebagai fasilatator murid untuk menyiapkan lembaran kerja.

6
Gambar 7: Guru menyemak hasil kerja murid.

Gambar 8: Guru membetulkan kesalahan murid.

7
RUJUKAN

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, 2011. Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Penerbitan Multimedia: Selangor Darul Ehsan
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1990). Teknik pengajaran bahasa Malaysia II, Jilid 3.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Vous aimerez peut-être aussi