Vous êtes sur la page 1sur 8

Tugasan 2: Penulisan Akademik (50 markah)

Berdasarkan domain yang telah dipilih, secara individu anda dikehendaki menulis
satu laporan ilmiah tentang implikasi proses pengajaran dan pembelajaran guru
dalam bilik darjah.

1.0 Pengenalan

Satu domain yang telah saya pilih dalam perkembangan kanak-kanak ialah
perkembangan moral. Melalui tugasan satu menghasilkan bahan pengajaran dan
pembelajaran untuk “Flipped Classroom”, saya telah mencari tiga orang dalam satu
kumpulan untuk mengumpul pelbagai maklumat mengenai konsep, prinsip asas,
faktor-faktor dan peringkat perkembangan kanak-kanak tentang perkembangan
moral. Oleh itu, saya telah lebih memahami tentang konsep dan implikasi
perkembangan moral terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam
bilik darjah.

2.0 Perkembangan Moral

Perkembangan moral adalah perkembangan yang berkaitan dengan


peraturan mengenai apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam
interaksinya dengan orang lain (John W.Santrock, 2003). Perkembangan moral juga
merupakan perubahan-perubahan perilaku yang terjadi dalam kehidupan anak
berkenaan dengan tatacara, kebiasaan, adat, atau standar nilai yang berlaku dalam
kelompok sosial. Selain itu, perkembangan moral dipandang sebagai hasil rangkaian
rangsangan dan tindak balas yang dipelajari oleh anak, antara lain berupa hukuman
dan pujian yang sering dialami oleh anak.

Menurut Wong Kiet Wah et. al (2016), beliau menjelaskan bahawa


perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran dan tingkah laku terhadap
nilai kebenaran atau kesilapan. Ia melibatkan regulasi dalaman seseorang individu
dan interaksi sosial dengan individu lain di persekitaran mereka. Anak-anak ketika
dilahirkan tidak memiliki moral tetapi dalam dirinya terdapat potensi moral yang siap
untuk dikembangkan. Melalui pengalamannya berinteraksi dengan orang lain (orang
tua, saudara, teman sebaya atau guru), anak belajar memahami tingkah laku mana
yang buruk atau tidak boleh dilakukan dan mana yang baik atau boleh dilakukan
sehingga terjadi perkembangan moral anak tersebut.

1
Moral seseorang individu terbahagi kepada tiga komponen, iaitu: komponen
emosi, komponen kognitif dan komponen tingkah laku. Dalam komponen emosi,
emosi dan perasaan yang kuat dalam diri seseorang yang boleh menimbulkan rasa
empati terhadap kesusahan orang lain atau rasa bersalah sekiranya telah melukakan
hati orang lain. Namun begitu, komponen kognitif ialah seseorang individu mampu
membuat penilaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada ia betul atau salah dan
komponen tingkah laku ialah seseorang individu akan bertingkah laku mengikut apa
yang dirasakan atau dinilai sebagai tindakan yang betul.

3.0 Teori Perkembangan Moral Kohlberg

Menurut Kohlberg, individu menyelesaikan konflik dan memberikan justifikasi


terhadap tindakan penyelesaian yang diambil. Kohlberg juga menyatakan bahawa
cara individu memberikan justifikasi terhadap tindakan yang diambil yang akan
menentukan kematangan moral seseorang. Penaakulan moral adalah berkait rapat
dengan perkembangan kognitif seseorang individu. Namun, kadangkala tahap
pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin peningkatan dalam tahap penaakulan
moral seseorang. Menurut beliau juga, penaakulan moral terbahagi kepada tiga
peringkat dan setiap peringkat terdapat dua tahap.

3.1 Peringkat 1: Prakonvensional

Pada peringkat satu iaitu tahap prakonvensional dan prakonvensional ini


adalah tingkat yang paling rendah dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Pada
peringkat ini, pelakuan atau moral individu dikawal oleh faktor luaran. Kanak-kanak
tidak memperlihatkan internalisasi nilai-nilai moral, penaakulan moral dikendalikan
oleh ganjaran dan hukuman ekternal. Maksudnya, kanak-kanak menerima peraturan
dan menilai pelakuan berdasarkan akibat yang akan diterima selepas pelakuan
tersebut. Pelakuan yang terdapat ganjaran dinilai sebagai baik manakala pelakuan
yang mendapat hukuman akan dinilai sebagai jahat.

Orientasi kepatuhan dan hukuman ialah tahap pertama dalam teori


perkembangan moral Kohlberg. Individu memfokuskan diri pada akibat langsung dari
tindakan mereka yang dirasakan sendiri. Pemikiran moral kanak-kanak adalah
berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Pada tahap ini
perkembangan moral berdasarkan atas hukuman. Oleh itu, kanak-kanak mematuhi
peraturan untuk mengelakkan hukuman dan kanak-kanak beranggapan bahawa
tingkah laku tidak bermoral ialah tingkah laku yang boleh menyebabkannya dihukum.

2
Orientasi ganjaran peribadi adalah tahap kedua dari teori ini. Pada tahap ini
penalaran moral berdasarkan pada ganjaran dan kepentingan diri sendiri. Dengan itu,
kanak-kanak mematuhi peraturan dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu
sebagai ganjaran di mana ganjaran itu adalah untuk memenuhi kepentingan peribadi.
Sebagai contoh“saya tolong awak dalam mata pelajaran Sejarah tetapi awak perlu
tolong saya cara-cara untuk menulis karangan tentang Bahasa Melayu.”

3.2 Peringkat 2: Konvensional

Peringkat konvensional adalah tingkat kedua atau tingkat menengah dari teori
perkembangan moral Kohlberg. Individu mula bertingkah laku berdasarkan peraturan
yang telah diteteapkan untuk menjaga hubungan sesama manusia dan kehidupan
yang lebih teratur. Seorang ini mentaati standard - standard (internal) sendiri tertentu,
tetapi mereka tidak mentaati standard-standard (internal) orang lain, seperti orang
tua atau masyarakat, umumnya ada pada seorang remaja atau orang dewasa.
Orang di tahap ini menilai moral dari suatu tindakan dengan membandingkannya
pada pandangan dan harapan masyarakat.

Tahap orientasi perlakuan baik dikenali juga sebagai tahap ‘budak baik.’
Pada tahap ini seseorang menghargai kebenaran, kepedulian, dan kesetiaan pada
orang lain sebagai landasan pertimbangan-pertimbangan moral. Kanak-kanak sering
menggunakan standard-standard moral orang tuanya pada tahap ini, sambil
mengharapkan dihargai oleh orang tuanya sebagai seorang perempuan yang baik
atau lelaki yang baik. Kanak-kanak bertingkah laku baik adalah untuk mendapatkan
penghargaan daripada keluarga, guru dan rakan sebaya dan dikenali “budak baik.”
Kanak-kanak akan cuba menunjukan sikap baik seperti jujur, rajin, setia dan berani.
Oleh itu, mereka mula mengaplikasikan nilai moral yang telah ditetapkan oleh ibu
bapa atau guru.

Pada tahap keempat ialah akur kepada sistem sosial dan etika peraturan.
Pada peringkat ini, individu telah melihat sesuatu dalam perspektif yang lebih luas,
iaitu peraturan masyarakat. Pada tahap ini, pertimbangan moral berdasarkan atas
pemahaman peraturan sosial, hukum-hukum, keadilan, dan kewajiban. Pandangan
individu tidak lagi hanya tertumpu kepada diri mereka sahaja tetapi mula berfikir
tentang kesan terhadap kesejahteraan masyarakat atau orang lain sekiranya mereka
tidak mematuhi peraturan.

3
3.3 Peringkat 3: Pos Konvensional

Peringkat pos konvensional ini adalah peringkat tertinggi dari teori


perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini, moral benar-benar diinternalisasikan
dan tidak berdasarkan pada standard-standard orang lain. Seorang mengenal
tindakan moral alternatif, menjajaki pilihan-pilihan, dan kemudian membuat
keputusan berdasarkan suatu kod moral peribadi. Individu telah melihat konsep
moral sebagai nilai moral dan prinsip yang diamalkan dalam setiap keadaan.

Tahap etika kontrak sosial dan hak individu menekankan bahawa seseorang
mengalami bahawa nilai-nilai dan peraturan-peraturan adalah bersifat relatif dan
bahawa standard boleh berbeza dari satu orang ke orang lain. Seseorang menyedari
undang-undang penting bagi masyarakat tetapi nilai-nilai seperti kebebasan lebih
penting dari pada undang-undang. Selain itu, individu juga memahami tentang
keperluan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang untuk keharmonian
masyarakat. Namun begitu, adakala individu tersebut akan membuat atau memilih
untuk mempedulikan peraturan sekiranya ia bertentangan dengan prinsip nilai yang
dipegang. Mereka menganggap undang-undang sebagai satu yang fleksibel dan
tidak tetap.

Tahap etika prinsip sejagat merupakan tahap yang tertinggi dalam teori ini.
Tindakan seseorang individu adalah berdasarkan kepada prinsip ini akan
memberikan kebaikan sejagat. Individu menunjukkan tingkah laku moral yang
berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manuisa, keadilan dan
maruah pada peringkat tertinggi.

4.0 Implikasi perkembangan moral terhadap proses pengajaran dan


pembelajaran guru dalam bilik darjah.

Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak


meningkatan perkembangan moral mereka. Justeru, guru sendiri perlu menjadi
teladan yang baik kepada murid terutama dalam aspek tingkah laku dan amalan
nilai-nilai murni dalam kehidupan. Oleh itu, setiap peringkat dalam perkembangan
moral Kohlberg telah memberi implikasi proses pengajaran dan pembelajaran guru
dalam bilik darjah.

Menurut Mohd Zuri Ghani. Aznan Che Ahmad. (2015), beliau menyatakan
bahawa pada peringkat Prakonvensional, guru perlu memberikan peneguhan seperti
ganjaran terhadap tingkah laku yang positif. Hal ini kerana kanak-kanak pada

4
peringkat ini akan cuba mengelakkan tingkah laku yang boleh menyebabkan mereka
menerima hukuman. Sebaliknya mereka akan melakukan tingkah laku yang
membolehkan menerima ganjaran. Oleh itu, guru perlulah menjadi sebagai teladan
yang baik untuk dicontohi oleh kanak-kanak. Contohnya, guru perlu menunjukan
tingakah laku dan sikap yang baik kepada murid-murid seperti berbudi bahasa,
sentiasa senyum, mesra dan sabar supaya kanak-kanak boleh meniru tingkah laku
daripada guru. Tegasnya, guru perlu menjadi contoh yang baik kepada murid-murid.

Selain itu, implikasi peringkat konvensional juga terdapat dalam proses


proses pengajaran dan pembelajaran iaitu guru perlu mendidik murid-murid supaya
menghormati pandangan orang lain dan memberikan peluang kepada orang lain
untuk mengeluarkan pendapat diri dalam sesuatu perbincangan atau aktiviti yang
dilakukan oleh guru supaya murid-murid tidak berlaku sebarang konflik dalam bilik
darjah (Wong Kiet Wah et. al, 2016) Contohnya, aktiviti kerja kumpulan boleh
dijalankan oleh guru. Hal ini akan memupuk murid mempunyai semangat
berkerjasama dan sanggup mendengar serta menerima pendapat orang lain. Guru
juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pembelajaran dan pengajaran
mereka kerana aspek nilai adalah merentasi kurikulum. Sebagai contoh, nilai
mencintai alam sekitar ketika mengajar subjek Sains dan Bahasa Melayu. Di
samping itu, guru perlu menunjukan tingkah laku yang baik supaya boleh menjadi
contoh kepada murid dan memberikan murid jangkaan terhadap tingkah laku yang
perlu ditunjukkan. Hal ini kerana kanak-kanak memerlukan masa yang panjang untuk
mengubah tingkah laku yang tidak baik pada diri sendiri dan mempelajari
bagaimana menunjukan tingkah laku yang baik dalam kehidupan mereka.

Pada peringkat pos konvensional, guru perlu berbincang dengan murid


tentang kesalahan yang dilakukan dan menggalakkan murid untuk membuat refleksi
dan membetulkan tingkah laku mereka (Cg Narzuki, 2008). Misalnya, apabila
seseorang murid sentiasa suka mengganggu orang lain di dalam kelas, guru boleh
mencari murid ini selepas kelas secara persendirian untuk berbincang apa kesalahan
yang dilakukan oleh dia tadi supaya murid ini akan berasa menyesal terhadap
kesalahan yang dilakukan oleh dia sendiri dan guru tidak boleh terus marah atau
tegur dia. Maka, guru juga perlu menggalakkan murid ini supaya membuat refleksi
dan tidak menggangu orang lain lagi apabila guru mengajar di dalam kelas.
Seterusnya, menurut Wong Kiet Wah et. al, 2016 , guru boleh
membincangkan isu-isu semasa dan sejagat serta membuat penyelesaian masalah
tentang isu moral bersama dengan kanak-kanak. Hal ini untuk menggalakan murid
membuat penaakulan terhadap isu-isu semasa yang melibatkan moral sejagat.

5
Contohnya, guru boleh membincangkan tentang isu-isu tentang masalah
pencemaran alam sekitar di seluruh dunia dan membolehkan murid-murid membuat
penaakulan terhadap tindakan yang negara Amerika Syarikat membuang sampah ke
atas angkasa lepas adalah betul atau salah. Akhir sekali, murid-murid akan mencuba
berfikir untuk menyelesaikan masalah tentang pencemaran alam sekitar ini. Guru
boleh meminta mereka dan membuat satu peta minda tentang fikiran dan cara-cara
sendiri bahawa penyelesaikan masalah pencemaran di atas kertas kosong. Hal ini
akan membantu pelajar-pelajar untuk mengeluarkan fikiran mereka dan guru juga
boleh menerapkan unsur moral dan nilai murni kepada pelajar-pelajar. Oleh itu,
guru-guru perlu menguasai teori perkembangan moral Korlberg dengan genggam
untuk memberi implikasi yang berkesan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.

5.0 Penutup

Secara keseluruhan, guru dan pihak sekolah perlu peka terhadap


perkembangan moral kanak-kanak dan Teori Perkembangan Moral Kohlberg juga
perlu sentiasa dipegang dengan tegas oleh guru-guru. Guru perlu bertanggungjawab
untuk menerapkan moral, niali-nilai, sikap, tingkah laku, emosi dan fikiran yang baik
dalam pengajaran terhadap kanak-kanak dan guru perlu sentiasa ingat diri sendiri
tentang pendidikan bukanlah mengajar mata pelajaran yang tertentu sahaja.
Sebaliknya, pendidikan adalah mendidik pelajar-pelajar seimbang dalam bidang
JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini kerana negara kita memerlukan
tiang negara dan tidak memerlukan pengganas, seorang sentiasa menganggu
keselamatan negara dan melakukan jenayah. Oleh itu, semua pihak perlu memberi
kerjasama untuk memberi perhatian atas perkembangan kanak-kanak kerana kanak-
kanak ialah aset negara dan harapan negara. Apabila kanak-kanak menjadi orang
dewasa, dia akan sanggup berkorban dan memberi sumbangan kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Hal ini kerana kanak-kanak telah mempelajari moral tentang
bersyukur pada masa kecil.

6
Bibliografi

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan
Kanak-kanak EDISI KEDUA. Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.

John W.Santrock. (2003). Edisi keenam ADOLESCENCE Perkembangan Remaja.


Penerbitan Erlangga.

Mohd Zuri Ghani. Aznan Che Ahmad. (2015). KAEDAH DAN STRATEGI
PENGAJARAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS. Penerbitan
Universiti Sains Malaysia Press. Pulau Pinang.

Cg Narzuki. (October 25, 2008). PnP Berkesan dan Berkualiti. http://cgnarzuki.com/.


Diakses pada 31 Ogos 2016.

Zulhasni. (September 23, 2012). Perkembangan moral.


https://zulhasni.wordpress.com/2012/09/23/perkembangan-moral/. Diakses
pada 31 Ogos 2016.

Abdullah Zhidi bin Omar, Mahdi bin Shuid, Mazlan Bin Aris, Mohd Fuad bin Sam &
Roslina binti Suratnu . (2014). Pengantar Pendidikan Moral IPTA, IPTS, IPG
& KOLEJ. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.

7
Lampiran

Vous aimerez peut-être aussi