Vous êtes sur la page 1sur 2

PENGAJARAN NOVEL MERENANG GELORA

1. Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.


Contoh, Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas
sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar.
2. Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan
Contoh, Badri dapat mengelakkan serangan Shahrul secara spontan dengan menggunakan ilmu
silatnya.
3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Contoh, Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan
SPM.
4. Kita mestilah tegas dan adil menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain.
Contoh, Cikgu Jailani menyelidiki secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri.
5. Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah.
Contoh, Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin pelajar.
6. Kita hendaklah berbincang secara rasional supaya tidak dipengaruhi emosi.
Contoh, Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai
telefon bimbitnya setelah percaya dengan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang mencuri telefon
bimbit dari kedainya.
7. Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan.
Contoh, Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah.
8. Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus mengalami
kesusahan.
Contoh, Shahrul tidak sedar dan insaf sekalipun terlibat dalam kemalangan dan dikenakan hukuman
rotan di sekolah oleh pengetua.

PENGAJARAN NOVEL WIRA PESONA AVATARI

1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamatnb


Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam pasukan
Contoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu terhadap Anjali.
3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat
Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari
Kebangsaan Kali Kesepuluh.
4. Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama
Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad
semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan.

5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita


Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam
pertandingan Avatari.

6. Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin


kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan
Contoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga
berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

PENGAJARAN NOVEL KASUT KELOPAK JANTUNG

1. Kita hendaklah bercita-cita untuk memajukan diri sendiri, masyarakat, dan negara.
Contoh: Adit dan Akeh bersekolah kerana ingin keluar daripada kepompong kemiskinan dan tidak mahu
meneruskan kehidupan dalam keadaan serba miskin dan mundur. Mereka turut ingin mengubah pemikiran
kaum mereka supaya menjadi masyarakat berilmu. Tanpa pelajaran, mereka akan terpinggir dan terus miskin.

2. Kita hendaklah menerima kemajuan dengan fikiran yang positif.


Contoh: Pak Katan dan Mak Tawi mengubah persepsi dan pandangan hidup yang selama ini menjadi tradisi
masyarakat orang asli untuk hidup tanpa kemajuan. Mereka mengizinkan Adit bersekolah dengan harapan
anak lelaki sulung mereka itu akan membawa perubahan kepada masyarakat orang asli di perkampungan
mereka.

3. Kita hendaklah berusaha untuk mengejar cita-cita.


Contoh: Adit tidak patah semangat untuk ke sekolah walaupun perjalanannya pergi balik sekolah mengambil
masa yang lama dan memenatkan.

4. Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan dengan ikhlas.


Contoh: Penduduk Kampung Bakai bekerjasama membantu mencari Adit yang tidak pulang ke rumah
walaupun hari sudah lewat. Selain itu, Tok Batin dan isterinya, Mak Ca menjaga anak-anak Pak Katan
semasa Pak Katan menjaga Adit di hospital.

5. Kita hendaklah kuat semangat dan tidak mudah berputus asa apabila ditimpa musibah.
Contoh:Kadangkala Adit terpaksa berjalan kaki apabila kenderaan yang dinaikinya tersangkut di jalan yang
berselut.
Kemalangan yang menimpa Adit tidak mematikan hasratnya untuk terus menimba ilmu sehingga berjaya
mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR.

6. Ibu bapa bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anak dengan sempurna dan menjaga
keselamatan mereka.
Contoh: Pak Katan menemani Adit mandi di sungai pada pukul 4.00 pagi. Mak Tawi pula memasak makanan
untuk bekal Adit ke sekolah. Selain itu, Pak Katan dan Mak Tawi tinggal di asrama jururawat selama dua
bulan untuk menemani Adit menjalani rawatan kaki di hospital.

Vous aimerez peut-être aussi