Vous êtes sur la page 1sur 3

1.

0 PERMODENAN MEIJI DALAM ASPEK POLITIK

1.1 PENGHAPUSAN SISTEM FEUDAL

Semasa Jepun terletak di bawah kuasa kepimpinan Shogun, negara tersebut telah
melaksanakan sistem pemerintahan berbentuk feudal. Pemerintahan pada ketika itu diketuai oleh
seorang yang memiliki kekuatan ketenteraan dan mampu menguasai jumlah tanah yang banyak,
sebagai contoh Tokugawa Ieyasu.1 Setiap kawasan di bawah kuasanya akan diwakili oleh seorang
gabenor yang dilantik dalam kalangan kaum kerabat atau orang bawahan shogun. Pemerintahan
Shogun adalah bersifat autokratik dan terdapat sebuah badan di pentadbiran pusat yang membantu
dalam membuat keputusan pentadbiran untuk negara iaitu dikenali sebagai sistem Bakufu.2 Selain
itu, wujud lagi golongan yang dikenali sebagai daimyo. Mereka adalah ahli keluarga Shogun yang
diberikan tanah dan berkuasa untuk menjalankan pentadbiran di kawasan yang diberikan. Walau
bagaimanapun, setelah berlaku peralihan kuasa sistem pemerintahan feudal telah dimansuhkan
oleh pemerintahan Meiji.

Langkah awal yang di ambil oleh pemerintah pada era restorasi adalah menghapuskan
sistem feudal yang telah dilaksanakan sejak sekian lama oleh pemerintah Keshogunan Tokugawa.
Semasa di awal era restorasi Meiji sebuah badan penasihat yang terdiri daripada golongan samurai
muda kelas rendah telah ditubuhkan. Badan penasihat tersebut dikenali sebagai Oligarki Meiji,
barisan oligarki meiji pada ketika itu melihat sistem feudal sebagai sebuah tembok yang
memisahkan Maharaja dan rakyat jelata. Keadaan tersebut juga menyukarkan kerajaan pusat untuk
melaksanakan dasar atau perubahan yang memerlukan sokongan daripada rakyat jelata.
Sehubungan dengan itu, oligarki Meiji yang terdiri daripada suku Kido, Okubo, Okurua dan
Itagaki Taisuke telah memujuk golongan Daimyo dari suku kaum Choshu, Satsuma, Toza dan
Hizen supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela kepada Maharaja.3 . Kemudian, pada 3
Mac 1869, sebuah memorandum bersama yang meletakan tanah-tanah mereka di bawah
penguasaan Maharaja telah diserahkan. Pada Julai 1869, daimyo-daimyo lain diperintahkan oleh
kerajaan Meiji supaya menyerahkan kuasa tanah mereka kepada kerajaan.4 Sejurus selepas itu

1
W.G. Beasley. (1990). The Rise of Modern Japan. United States of America. Hlm 3.
2
Ibid, hlm 4.
3
John Benson dan Takao Matsumura. (2001). Japan: From Isolation to Occupation 1868-1945. Kuala Lumpur:
Pearson Education, hlm. 7.
4
Ibid,hlm 9
beberapa orang pegawai diraja juga telah dilantik di setiap kawasan tanah feudal. Hal ini bertujuan
untuk membuatkan rakyat dan golongan Daimyo sedar bahawa terdapat sebuah kuasa pusat yang
lebih tinggi wujud dalam institusi pentadbiran.

Seterusnya, pada tahun 1871 Maharaja telah mengumumkan penghapusan semua tanah
feudal dan semua tanah menjadi hak milik diraja.5 Pada bulan berikutnya, semua tentera feudal
telah dibubarkan. Pengisytiharan tersebut telah menandakan bahawa berakhirnya kuasa para
daimyo sebagai pembesar sistem feudal. Sebagai tanda penghargaan kepada jasa para daimyo
tersebut, kerajaan telah bersetuju untuk membayar wang saguhati kepada mereka.6 Bagi golongan
samurai pula mereka diberi kebebasan untuk melakukan sebarang pekerjaan. Walau
bagaimanapun, hak-hak istimewa mereka telah ditarik balik. Mereka tidak dibenarkan lagi
menggunakan dua bilah pedang dengan ini hilanglah identiti mereka sebagai Samurai.7 Namun
begitu, golongan Samurai tidak memberikan sebarang tindak balas. Hal ini demikian kerana, sifat
semula jadi mereka yang sentiasa taat kepada golongan atasan dan tidak akan memberontak atau
menentang tindakan Maharaja.

2.2 PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN 1889

Pada tahun 1877, telah berlaku penentangan daripada golongan samurai yang mempunyai
jawatan di dalam jabatan pentadbiran terhadap pihak pemerintah. Golongan ini menuntut supaya
diadakan pemerintahan secara berparlimen dan sebuah perlembagaan seperti yang diamalkan di
negara Barat. Hal ini supaya wujud keseimbangan kuasa dalam pemerintahan. Perpecahan yang
wujud dalam kalangan ahli penasihat Satco-Hito telah menyebabkan kekacauan dalam institusi
pentadbiran. Tindakan membentuk badan parlimen dan perlembagaan ini telah disokong oleh
seorang ketua kerajaan yang baru pulang dari sesi lawatan ke Eropah iaitu Kido.8 Beliau telah
menulis sebuah artikel berkenaan usul tersebut. Menurutnya, “ Jepun perlu merangka sebuah
perlembagaan yang boleh dijadikan panduan untuk semua orang dalam melaksanakan

5
W. G. Beasley. (1975). Modern Japan: Aspect of History, Literature and Society. London: George Allen & Unwin
Ltd, hlm. 15.
6
Harold M. Vinacke. (1959). A History of The Far East In Modern Times. New York: Appleton Century Crofts Inc.
hlm. 139.
7
W.G. Beasley. (1990). The Rise of Modern Japan. United States of America. Hlm 71
8
Ibid, hlm 73
pentadbiran. Tambahan lagi, melalui perlembagaan tersebut Jepun akan mendapat pengiktirafan
daripada negara luar dan akan dapat mengurangkan ketidak harmonian rakyat pada ketika itu.”

Ekoran daripada itu, pada tahun 1875 sebuah badan pertubuhan untuk merangka
perlembagaan telah ditubuhkan menggantikan badan penasihat daripada golongan Samurai yang
sebelumnya. Proses merangka perlembagaan tersebut diketuai oleh Iwakura yang dibantu oleh tiga
orang menteri yang terdiri daripada Okuma Shigenobu dari Hisen selaku Menteri Kewangan, Ito
Hirobumi dari Choshu selaku Menteri Pekerjaan Awam, dan Yamagata Aritomo juga dari Choshu
selaku ketua dalam bidang ketenteraan Jepun yang baru.

Pada tahun 1881, Ito dan Iwakura telah membuat garis panduan berkenaan perlembagaan
yang bakal dilaksanakan di Jepun. Setelah diteliti oleh golongan atasan mereka bersetuju dengan
usul yang terdapat dalam garis panduan tersebut namun masih belum diisytiharkan. Seterusnya
pada Mac 1882, Ito telah pergi ke Eropah untuk melakukan lawatan dan mempelajari selok-belok
perlembagaan yang dilaksanakan di sana.9 Beliau telah mendapatkan nasihat daripada Rudolph
Gneist dan Lorenz von Stein yang mana idea mereka telah digunakan dalam draf perlembagaan
Jepun. Dalam perlembagaan tersebut semua kuasa adalah terletak di bawah kuasa Maharaja
termasuklah dalam hal berkaitan pengisytiharan perang dan hal ketenteraan namun semua
keputusan tersebut hendaklah dipersetujui oleh dewan perwakilan iaitu Imperian Diet atau
Shugiin. Perlembagaan tersebut diisytihar dan berkuat kuasa secara rasmi pada tahun 1889.

9
Ibid, hlm 76

Vous aimerez peut-être aussi