Vous êtes sur la page 1sur 3

SJK(T) LADANG MALAYA

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 3/2017

Tarikh : 14.06.2017 (Selasa)


Masa : 01.35 tengah hari
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Guru Yang Hadir 1) Pn.Umadevi (Pengerusi – Guru Besar)
2) Pn.Kalaivani (Guru Kanan Pentadbiran)
3) Cik.Christina (GK HEM)
4) En.Magenthran (GK. Kokurikulum)
5) Pn.Thavamalar
6) En.Ravindran
7) En.Thillai Amuthan
8) Pn.Gunamadey
9) Cik.Kohila
10) En.Kalidass
11) Cik.Puveena

Guru Tidak Hadir : Tiada

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kurikulum yang ke
3/2017.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa kerana dapat mengadakan
mesyuarat kali ketiga mengikut tarikh yang telah ditetapkan walaupun guru-guru agak
sibuk dengan pelbagai program sekolah.
1.3 Beliau memberitahu bahawa guru mata pelajaran tahun 6 perlu mengenal pasti dan
merancang program yang efektif untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam
peperiksaan UPSR yang akan menjelang dalam bulan September nanti.
1.4 Menjelaskan pengurusan pemantauan SOP bagi Peperiksaan Percubaan.
1.5 Beliau meminta semua guru harus mengamalkan SOP peperiksaan.

2.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lepas


2.1 Minit mesyuarat yang lalu telah dibentangkan oleh pengerusi. Minit mesyuarat telah
diterima oleh Cik.Puveena dan disokong oleh Cik.Christina.

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Semua guru diminta supaya memantau kerja pelajar setelah pembetulan dilakukan.
3.2 Jika semua pelajar telah memahami topik yang dipelajari, barulah guru-guru
akan masuk ke bab-bab baru
3.3 Guru-guru memastikan tidak berlaku defisit pembelajaran dalam kalangan murid.
Oleh itu, guru-guru perlu memberi perhatian dan perlu mengajar semua kemahiran
yang perlu belajar bagi setiap tahun dan setiap matapelajaran.
3.4 Mengingatkan kepada jawatankuasa bahawa mesyuarat ketiga diadakan selepas
peperiksaan pertengahan tahun bagi tujuan menganalisis penambahbaikan headcount
dan post mortem. Seterusnya merancang program tindakan susulan untuknya.
4.0 Pelaksanaan SOP

4.1 Pengerusi telah menerangkan SOP Peperiksaan.


4.2 kandungan SOP perlu dilaksanakan dan diamalkan dalam sekolah.
4.3 Guru-guru perlu menerangkan kepada murid-murid.

5.0 Analisa dan postmortem PPT 2017


5.1 Beliau telah menerang keputusan UPSR mengikut mata pelajaran bagi tahun
2017. Keputusannya adalah seperti berikut :-

ANALISIS KEPUTUSAN KESELURUHAN MURID


THN JUM PERATUS PERATUS TH
LULUS GAGAL
JUM A+B+C+D JUM E+F
1 5 3 60% 2 40% 0
2 1 1 100% 0 0% 0
3 2 0 0% 2 100% 0
4 1 0 0% 1 100% 0
5 2 0 0% 2 100% 0
6 1 1 100% 0 0% 0

5.0 Laporan Keputusan


5.1 Semua ketua panitia masing-masing telah membincangkan Analisis Keputusan
Pertengahan Tahun.
5.2 Semua guru telah membincangkan tentang kelemahan pencapaian keputusan dan
tindakan susulan bagi Keputusan Pertengahan Tahun 2017.
Tindakan : Semua Guru
6.0 PKSR 1 (Target)
6.1 Target UPSR pada tahun ini ialah 6A 2B, GPS = 1.25.
6.2 Pencapaian murid UPSR dalam Ujian 1 Mac 2017 ialah 2B 6C,GPS (2.75)
6.3 Pencapaian murid UPSR dalam PPT 2017 ialah 2A,1B,4C,1D ,GPS (2.50)
6.3 Oleh itu, guru-guru tahun 6 perlu menggandakan usaha dan tolong melatih murid
dengan memberi set soalan seperti yang dicadangkan oleh pegawai PPD.
6.5 Markah perlu dicatatkan dalam buku rekod masing-masing.

8.0 Program Peningkatan UPSR


8.1 Program peningkatan UPSR perlu disediakan selepas membuat postmortem.
8.2 Program jangka pendik perlu disediakan untuk membaiki kelemahan murid yang
dikenalpasti dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun.
8.3 Pelan intervensi perlu dilampirkan bersama postmortem peperiksaan.
8.4 Para guru perlulah memilih program yang sesuai dan boleh dijalankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

9.0 Dapatan Pencerapan Buku Tulis


9.1 pencerapan terhadap buku tulis adalah memuaskan.
9.2 didapati ada guru yang memberi banyak kerja yang banyak dan memberi pelbagai
jenis latihan.
9.3 latihan perlu disediakan mengikut tahap kebolehan murid.

10.0 Dapatan Pencerapan P&P Guru


10.1 Keputusan pencerapan adalah memuaskan.
10.2 Penggunaan ABM dan Pembelajaran Abad ke 21 perlu ditingkatkan bagi menarik
minat murid-murid terhadap P&P.

9.0 Kelas Tambahan Tahun 6 Dan Tahun 5


9.1 Kelas tambahan perlu dijalankan dengan efektif dan guru-guru yang mengajar tahun 5
perlu memberi tumpuan yang secukupnya. Hal ini disebabkan markah ujian 1 murid-
murid tahun 5 pada aras rendah.
9.2 Guru besar meminta guru-guru yang terlibat dalam kelas tambahan menghantar buku
latihan murid yang digunakan dalam kelas tambahan untuk menyemak.

10.0 Penggunaan Pss


10.1 Guru-guru menggalakkan murid-murid untuk datang ke pusat sumber sekolah untuk
membaca. Guru-guru juga digalakkkan membaca di pusat sumber sekolah dan
menjadi teladan kepada murid-murid.

11.0 Panitia Matapelajaran


11.1 Ketua panitia memastikan menjalankan mesyuarat panitia kali-ketiga dan
membincangkan analisa dan postmortem.
11.2 Pelan intervensi juga perlu disediakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
murid.

12.0 Hal-Hal lain


12.1 Guru-guru diminta melengkapkan borang keberhasilan individu dan serahkan kepada
guru kanan dalam minggu ini.
12.2 Markah prestasi PBPPP bagi semua guru telah dimasukkan dalam sistem.

Makluman : Semua Guru


13.0 Ucapan Penangguhan
13.1 Pengerusi telah mengakhiri ucapan dengan mengharapkan mesyuarat kurikulum ini
dapat memberi manfaat kepada semua guru yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 2.30 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

……………………… ………..……………………

(Pn.Kalaivani a/p Palani) Pn.Umadevi A/P Rengasamy


S/U Kurikulum Guru besar

Vous aimerez peut-être aussi