Vous êtes sur la page 1sur 29

COVER

Isi Kandungan
1.0 Pengenalan

Kesenian adalah pancaran daripada sebuah tamadun. Ketinggian tamadun sesuatu bangsa
besar itu dicerminkan melalui kecemerlangan keseniannya, baik dalam aspek warisan fizikal
mahupun dalam bentuk pemikiran. Keseniaan wujud, berkembang dan diturunkan dalam
atau melalui tradisi-tradisi sosial atau masyarakat. Kesenian adalah milik masyarakat, dilihat
sebagai cara hidup yang bertalian dengan keindahan dari para ahli masyarakat. Kesenian ini
menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Dengan
adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.
Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.

Kraftangan adalah hasil seni untuk memberi bentuk yang mudah dan menarik hati serta
teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil itu dicipta. Dalam konteks bangsa
Melayu kedua-duanya telah banyak merubah corak dan cara hidup masyarakat khususnya
setelah mereka menerima Islam sebagai pegangan hidup. Kedatangan Islam amat penting dan
bersejarah. Proses perkembangannya telah banyak mempengaruhi corak hidup masyarakat
Melayu. Pada masa itu, banyak warisan budaya yang dicipta telah menjadi alat kegunaan
harian yang kemudian dicetuskan dalam pengucapan rasa dan seterusnya menjadi lambang
citarasa masyarakat. Warisan budaya seperti seni batu bersurat, seni bina, tembikar dan
pertukangan logam.

Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu
masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan jelas
terhasil melalui bentuk, gaya sifat, garis, gerak, dan warnanya. Barang-barang kraf dihasilkan
mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad sama
ada untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Kraf tradisional ini memenuhi ciri-
ciri estetika untuk diamati dan dinikmati. Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur
dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa.

Menurut Kamus Dewan Bahasa (2005) Edisi 4, perkataan kraf membawa maksud
‘perusahaan (kerja seni) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan’
manakala kraftangan pula membawa makna ‘perusahaan’ (kerja seni) yang memerlukan daya
cipta dan kemahiran tangan.
Menurut Akta 222-Akta Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979 “Keluaran Kraf
Tangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau
tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau
sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun
dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian.

Kraftangan berasal dari bahasa Jerman. Kraft yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan
kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian,
kecekapan dan ungkapan seperti ‘pengetahuan ialah kuasa .

Menurut Paul J. Smith dalam bukunya “Craft Today’ Poetry of the physical”, mensifatkan
kraftangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang
insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman
yang dilahirkan melalui kraftangan di samping melahirkan kraftangan individu.

2.0) Falsafah Islam Konsep Islam Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu

Kraf Tradisional Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang melayu
dengan kepercayaannya iaitu Islam. Islam merupakan falsafah hidup masyarakat Melayu
yang mempercayai hanya satu Tuhan iaitu Allah yang patut disembah. Menurut Wan Su
Othman, (1984) falsafah ukiran kayu Melayu boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Falsafah
Ketuhanan dan Falsafah Kemasyarakatan. Beliau menerapkan motif awan larat dengan
memetik imej awan berarak yang bergumpal dan terapung tiupan angin. Lakaran awan larat
mempunyai konsepnya yang tersendiri. Konsep pada batang merupakan satu gambaran
perkembangan dan pertumbuhan alam itu sendiri. Alam itu hidup, berkembang, membiak dan
membesar dengan cabang-cabang keturunannya yang melata di bumi. pertumbuhan dan
perkembangan alam digambarkan dengan indah dan dirasai dengan akal dan hati. Ia
merupakan panduan hidup yang menggalakkan pencarian ilmu dan mengamalkan ilmu itu
untuk memberi manfaat kepada manusia lain dan sekaligus ketaatan kepada Allah swt.

Berbagai jenis daun diambil dan dijadikan reka corak. Motif-motif dari alam termasuklah
pucuk kacang, pucuk rebung, bayam kukur, setulang, awan selimpat,awan telipot, dan
sebagainya. Masyarakat Melayu tidak melihat alam ini dari sudut kebendaan semata-mata,
tetapi dari sudut yang lebih luas. Motif tumbuh-tumbuhan ialah suatu daripada unsur yang
memberi sifat yang tersendiri dalam seni rupa Islam. Seni ukiran kayu termasuk dalam seni
mukaddas,yang mengandungi maksud simbolik selain maksud zahirnya. Misalnya motif flora
sulur bayung yang menjalar mesti ada umbi atau panggal yang menjadi asas kehidupan. Ia
melambangkan dasar aqidah yang kukuh, kemudian ia menjalar dan berkembang menjadi
berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat bersesuaian dengan angka-angka popular dalam Islam
seperti tiga tingkat (Allah, Muhammad, Adam), 4 tingkat (zat, sifat, asma dan af’a) 5 tingkat
(rukun Islam) manakala 6 tingkat (rukun iman) dan terakhirnya 13 tingkat iaitu rukun 13
dalam solat yang menjadi teras kehidupan.

Dalam menjalar, ia tidak oleh menindih atau menikam. Apabila bertemu halangan ia akan
menyulur ke bawah sebagai gambaran merendahkan diri. Walau kemana ia berkembang atau
membiak, akhir sekali pucuk mesti ke atas mengadap langit sebagai tanda berakhir perjalanan
insan. Seni ukiran Melayu adalah satu jalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah.
Secara simboliknya punca atau umbi atau akar adalah terhasil dari biji benih (yang 40 hari
dirahim bapa kemudian, 9 bulan 10 hari di rahim ibu) lahir bersulur bertunas membesar
menyusur kehidupan berlapis-lapis dalam pelbagai tahap kehidupan iaitu kanak-kanak,
remaja, dewasa dan seterusnya bertemu sang pencipta (Allah Subhanawataala). Ini adalah
asas atau dasar dalam semua jenis ukiran Melayu seperti batik, seni senjata, perahu dan
sebagainya.
2.1 Definisi Batik

Batik merupakan kraf yang dihasilkan melalui proses melilin dan mewarnakan kain. Kraf
tradisional ini unik dan amat terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan
coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan ‘batik’
berasaal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang
berwarna atau bercorak. Dalam bahasa Melayu ‘batik’bermaksud titik, manakala dalam
bahasa Jawa perkataan ‘batik’ bermaksud setitik lilin.

2.1.1 Sejarah dan Perkembangan

Seni batik telah bertapak di Mesir dan Parsi sejak 2000 tahun dahulu. Mula digunakan di
China dan Jepun pada abad ke-7. Negeri Kelantan dan Terengganu menjadi perintis kepada
sejarah perusahaan batik di Malaysia. Rakyat Kelantan telah mempelajari pembuatan batik di
Indonesia dan Kepulauan Jawa. Kain batik di Malaysia mula dicipta pada tahun 1913 oleh
Haji Che Su bin Ishak. Kain ciptaan beliau dinamakan kain pelangi dan dihasilkan melalui
teknik ikat dan celup. Seterusnya perusahaan batik berkembang di Terengganu dan negeri-
negeri yang lain.

2.1.2 Teknik Batik

Terdapat empat jenis teknik batik iaitu:

a) Batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudian digantikan dengan blok
tembaga untuk menghasilkan corak.
b) Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui
leker.

c) Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian
untuk dibuat corak.

d) Batik Pelangi (tanpa penggunaan lilin)

2.1.3 Motif Hiasan

Ragam hias yang terdapat pada batik Malaysia dipercayai dipengaruhi oleh ragam hias batik
Indonesia. Motif batik ini mempunyai dua gaya bentuk iaitu gaya organik dan gaya geometri.
Motif gaya organik biasanya berdasarkan kepada sumber alam seperti awan, tumbuhan,
bunga, ranting,pucuk, kuntum dan sebagainya. Manakala unsur fauna pula seperti unggas,
serangga, dan haiwan yang dalam rupa abstrak dan secara simbolik. Unsur benda buatan
manusia meliputi wayang kulit, wau, jaring ikan dan seumpamanya. Motif batik gaya
geometri merujuk kepada pengolahan garis-garis halus, bentuk ‘s’, swastika, parang rosak,
segi empat dan susunan rupa geometri lain.

2.2) Definisi Anyaman

Anyaman Tikar
Anyaman merupakan satu proses menjalin, atau menjaring-jaringkan atau menyilangkan
helaian bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun buluh, rotan, lidi, bertam, paku
pakis ribu-ribu dengan menggunakan teknik menyilang-nyelikan helaian antara satu sama
lain untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuhan yang
boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan lain-lain lagi yang
dikeringkan untuk dijadikan perkakas atau objek kegunaan harian seperti tikar, bakul,tudung
saji dan lain-lain lagi.

2.2.1 Sejarah dan Perkembangan

Perusahaan anyaman pandan dan mengkuang terdapat di Kelantan, Terengganu, Pahang,


Melaka dan Selangor serta tempat-tempat lain di serata Semenanjung. Anyaman tikar yang
halus terdapat di Terengganu iaitu di Paka dan Rusila.

2.2.3 Jenis-Jenis Anyaman

Jenis Anyaman Bahan Hasil Anyaman


1. Mengkuang Daun Mengkuang Tikar, tudung saji, bekas pakaian dan
lain-lain.
2. Pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding.

3. Buluh Jenis-jenis buluh yang sesuai Bakul, bekas pakaian, beg dan lain-lain.

4. Rotan Rotan yang telah diproses Bakul, bekas pakaian, tempat buaian
anak dan lain-lain.
5. Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekan telur.

6. Ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas sirih terbus,


bakul, beka serba guna dan lain-lain.
2.2.4 Motif Hiasan

Seniman anyaman merujuk kepada alam sekitar untuk untuk mengilhamkan motif
ciptaannya. Motif berasaskan tumbuh-tumbuhan ialah bunga berembang, bunga cempaka,
bunga cengkih, bunga cina,bunga durian, tampuk berembang, tampak pinang, tampuk pisang,
akar selusuh dan sebagainya. Manakala motif berasaskan berasaskan haiwan ialah ketam
bawa anak, sayap lipas, siku keluang, dan siku keluang bunga, tapak anjing, kapak harimau
sisik kelah, mata punai, mata bilis, anak ikan, buntut siput, jari kedidi, kepala gajah, kepala
lalat cdan mata ketitir.

2.3) Definisi Tembikar

Tembikar merupakan kraf tradisional yang paling awal dikesan oleh tamadun manusia.
Ragam bentuk dan ragam hias yang terdapat pada sei tembikar melambangkan keunikan
penciptaan tukang pandai Melayu. Di Malaysia, terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar.
Kebanyakan tembikar yang dihasilkan menggunakan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan
digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-
lain lagi. Tembikar dicipta bagi memenuhi bukan sahaja keperluan kegunaan harian tetapi
juga keperluan kerohanian.

2.3.1 Sejarah dan Perkembangan

Barangan tembikar bagi setiap negeri di Malaysia dapat dibezakan melalui reka corak, reka
bentuk atau warnanya kerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersendiri
serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Nilai-nilai kegunaan dan
estetika bersatu di dalamnya yang terhasil melalui bahan, bentuk, pertukangan, hiasan dan
warna. Mengikut kajian, bentuk tembikar tradisi yang dihasilkan di Malaysia tidak
mengalami perubahan sehingga kini. Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang terkenal
dengan penghasilan seni tembikar. Antaranya ialah Sayong dan Pulau Tiga di Perak,
Mambong di Kelantan dan di Serawak.

2.3.2 Jenis-jenis Tembikar

Tembikar boleh dikategorikan mengikut bentuk, warna, fungsi dan tempat asal dihasilkan.
Antara jenis-jenis tembikar seperti berikut:

Jenis Fungsi Ciri-ciri


Geluk Bekas air  Ragam hias daripada motif yang kecil dan
ringkas.
Buyung Bekas air  Mempunyai leher dan badan.
 Saiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat
penuh.
 Mempunyai permukaan yang licin tanpa hias.
Jambangan Meletak bunga  Badannya berbentuk labu yang ditinggikan
seperti tempayan atau buyung berkaki.
Labu Bekas air  Berbentuk buah labu
 Mempunyai corak alam sekeliling dan geometri.
 Banyak terdapat di Perak.
Bekas Bara/ Membakar  Digunakan dalam upacara pengubatan dan
Bekas Kemenyan kematian.
Perasapan

2.3.3 Motif Hiasan

Hampir semua motif dan corak tembikar diilhamkan daripada flora yang terdapat di alam
sekeliling. Terdapat motif yang berunsurkan fauna contohnya tembikar di Serawak. Corak
geometri amat popular dan sering digunakan. Reka coraknya tersusun menggunakan teknik
garisan dan tekanan dalam ragam hias.
2.4 Definisi Tenunan

Tenunan ialah proses menjalin helaian benang sehingga menjadi sebidang kain. Tenunan
dihasilkan daripada jalinan benang loseng (benang dasar) dengan benang pakan (benang
sisip)

2.4.1 Sejarah Perkembangan

Tenunan bermula daripada keperluan hakiki manusia, iaitu pakaian. Kesukaran membawa
masuk kain dari luar negara menyebabkan masyarakat tempatan terpaksa jalan untuk
menghasilkan kain sendiri. Tenunan dipercayai bermula daripada zaman Che Siti Wan
Kembang di negeri Kelantan. Tenunan berkembang dari keperluan hidup menjadi
perusahaan kecil-kecilan.

2.4.2 Jenis-Jenis Tenunan

Terdapat tiga jenis tenunan yang popular di Malaysia iaitu;

a) Tenunan Pahang

b) Tenunan Songket (kain benang emas)

c) Tenunan Pua

Tenunan Pahang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak mempunyai ragam hias. Tenunan
ini ditenun dengan menggunakan kek Siam. Bahan yang digunakan ialah benang sutera dan
kapas. Manakala tenunan songket menggunakan kaedah tenunan asas (Tenunan Tabby) iaitu
tenunan asas, benang pakan dan satu benang loseng. Tenunan ini sama seperti tenunan
Pahang menggunakan benang emas atau perak. Terdapat dua jenis songket iaitu tekad 3 dan
tekad 5. Terdapat tujuh jenis kain tenunan:

i) Kain bujang atauSamping

ii) Kain sarung tenunan corak berang

iii) Kain sarung

iv) Kain kampuh

v) Kain lepas

vi) Kain dester / Tanjak / Tengkolok

vii) Kain selendang

2.4.2 Motif Hiasan

Mengutamakan motif flora. Namun terdapat sebilangan kain songket yang bermotifkan unsur
benda bernyawa seperti burung, ayam, kupu-kupu,unduk-unduk dan sebagainya.Motif yang
berunsurkan alam sekitar seperti bukit, awan, ombak dan laian-lain. Di samping itu, kaligrafi
atau bentuk abstrak sering digunakan. Manakala benda buatan manusia seperti keris dan
mahkota.Makanan seperti kuih madu manis dan seri kaya wujud sebagai motif yang popular.

2.5 Menjelaskan Proses Penggarapan Motif Berasaskan Kepada Subjek Alam Iaitu
Flora, Arabes, Geometri Dan Contoh-Contoh Bersesuaian.

2.5.1 Motif flora

Motif adalah sesuatu yang hendak disampaikan sama ada dalam bentuk corak atau rekacipta
yang berilhamkan persekitaran suasana alam serta mesej yang hendak disampaikan. Setelah
pengaruh Islam meresap segenap pelusuk rantau ini, orang Melayu telah bertukar arah kepada
pemilihan motif flora kerana Islam melarang penggunaan motif haiwan. Sebagai contoh motif
itik ditukar menjadi itik pulang petang dan motif badar bertukar menjadi badar mudik. Alam
adalah sumber inspirasi kepada seniman Melayu. Menurut Kemajuan Kraftangan Malaysia
(2009), dengan daya kreatif yang ada para pengukir mempu menghasilkan seni ukiran yang
menarik.

Motif Pucuk Rebung

2.5.2 Motif Geometri

Motif geometri ini terus berkembang selari dengan penerimaan bangsa Melayu terhadap
agama Islam. Apabila motif haiwan tidak dibenarkan, pengukir mula menerapkan corak
geometri dalam ukiran. Biasanya corak geometri ini digabungkan dengan motif kaligrafi.
Namun ada juga geometri digabungkan dengan motif motif flora (Ismail said, 2001).
Penggunaan motif geometri ini telah berkembang dengan pesat dan banyak menggunakan
unsur geometri Islam dan banyak didapati di masjid, surau, makam, istana dan rumah. Ada
motif geometri yang telahditukarkan namanya kepada nama tempatan. Contohnya motif
‘Pilih Berganda’ dan ‘Swastika’ ditukar namanya kepada motif Polong Wajik dan Siku
Keluang. (Kraftangan Malaysia, 2009:68). Unsur geometri pada batik menjadi pilihan yang
menarik dan mempunyai keistimewaan tersendiri dan sering dijadikan kaki kain atau gigi.
Kadang-kadang garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cengkerang, siput,
kisi-kisi dan lain-lain.
Motif Arabes

2.5.3 Motif Arabes

Unsur Arabesque

Corak arabesque terdiri daripada beraneka bentuk geometri, motif-motif tumbuhan gayaan
(stylised) dan kaligrafi dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ. Corak
disusun dengan indah dan teratur memberi gambaran pengukir cuba melihat dunia ciptaan
Allah yang luas ini dan menterjemahkannya dengan cara tersendiri. Di samping itu, pengukir
menghayati kebesaran illahi dan mengagumi bahawa setiap apa yang diciptakan Allah
mempunyai fungsinya tersendiri. sifat Allah yang tiada permulaan dan akhirannya. Konsep
penting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan
tenang, aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang esa.

Sebagai rumusannya motif dalam seni ukiran menurut perspektif Islam ialah membimbing
manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk
melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni ukiran bermatlamatkan
kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni ukiran juga seharusnya lahir sebagai satu proses
pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batas-batas syariat.

2.6 Menjelaskan Ciri-Ciri Seni Islam Serta Pengaruh Budaya Dalam Hasil
Keseniaan Melayu Dari Aspek Estetik, Fungsi Dan Makna

Menurut Othman Yatim (2009) fahaman fundamental Islam telah mendorong penerapan seni
ukiran kayu Melayu dalam bangunan dengan melahirkan motif baru yang berasaskan
geometri, bunga-bungaan, pucuk tumbuhan dan dedaunan. Menurut Ismail dan Ahmad
(2001), seni ukiran kayu Melayu adalah sebahagian dari seni budaya masyarakat Melayu
yang mempengaruhi tiga aspek penting kehidupan masyarakat Melayu iaitu status,
kepercayaan dan kebudayaan. Ternyata perubahan sosio budaya masyarakat Melayu sangat
mempengaruhi perkembangan karakter seni ukiran Melayu terutama dari segi motifnya.

Menurut Norzehan (2009), motif ukiran boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang utama
iaitu Motif Kraf Tradisional dan Motif Kraf Kontemporari yang merupakan gabungan
elemen-elemen baru dalam rekaan seni ukiran Melayu yang bersifat semasa dan setempat.
Hasil ciptaan seni ukiran ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini
terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif yang menunjukkan ciri-ciri keislaman.
Tiada rupa figura manusia ataau binatang yang digambarkan dalam ragam hias kerana
pengukir Melayu telah membuat beberapa perubahan mengubah bentuk secara stailisasikan
sehingga bentuk asal fauna tidak jelas kelihatan lagi. Ciri-ciri Islam ini jelas diperlihatkan
dalam ragam hias seperti arabes, motif berulang dan unsur geometri.Manakala subjek flora
paling banyak diilhamkan sebagai motif ragam hias Melayu seperti rupa daun, bunga dan
sebagainya. Di samping itu. penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri
banyak digunakan. Antara objek yng amat kaya dengan nilai dari aspek budaya, estetik dan
fungsi ialah yang melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat
permaianan, alat perburuan dan kenderaan.

Dalam seni ukiran kayu, terdapat banyak motif-motif yang dibuat berdasarkan pengamatan
kepada alam persekitaran seperti pohon-pohon yang menjalar dan bunga-bungaan. Sebagai
memenuhi fungsi kegunaannya, motif-motif tertentu diletakkan di tempat-tempat yang
tertentu pula, misalannya panel ukiran kayu yang diletakkan di ruang atas daun pintu,
diukirkan dengan ayat-ayat yang dipetik daripada kitab suci al-Quran dan ayat-ayat itu
dikelilingi pula oleh motif pohon menjalar atau bunga-bungaan. Ia juga menampakkan
pembahagian ruang yang harmoni di samping mengutarakan unsur seni reka Islam yang
ketara iaitu pengulangan motif yang serupa secara berterusan. Pengulangan motif secara
berterusan ini mengingatkan kita kepada salah satu jalan pilihan manusia bagi mengingati
Tuhan iaitu dengan melakukan zikir secara berterusan.

Di samping itu, unsur-unsur ragam hias seni bina pada rumah-rumah tradisi Melayu di dapati
penggunaan atau penerapan motif-motif matahari dan bulan bintang yang semuanya
melambangkan cakerawala alam (Kosmos). Sejenis lagi ukiran kayu yang terdapat pada
perahu-perahu nelayan dipanggil bangau oleh nelayan Melayu pantai Timur. Bangau
melambangkan kerajinan dan kemahiran menangkap ikan.

Selain itu, bahan seni tembikar juga menampakkan unsur-unsur keindahan dan penuh
simbolik. Dekorasinya sama ada dalam bentuk gurisan, turisan, tempelan dan sebagainya
adalah dalam bentuk geometri yang sungguh menarik dan indah. Bagi masyarakat tembikar
ini melambangkan kemampuan mereka menggunakan bahan-bahan yang ada di persekitaran
untuk kepentingan dan kesejahteraan hidup. Dari segi fungsinya kegunaan tembikar pada
zaman dahulu adalah bekas untuk menyimpan air dan dapat menyejukkan air minuman.
3.0) Analisis Perbincangan Ciri-Ciri Falsafah Melayu

3.1) Prinsip Halus

Kehalusan adalah persoalan yang paling mustahak di dalam daya kreativiti orang Melayu.
Dalam membincangkan prinsip halus dalam ciri-ciri falsafah Melayu, keris contohnya
memainkan peranan yang tersendiri dalam budaya Melayu. Menurut Zakaria Ali terdapat
dua faktor yang mempengaruhi objek seni iaitu cara pembuatan, dan kejujuran pada bahan.
Keris mempunyai tiga bahagian iaitu hulu, mata dan sarung. Ukiran di hulu yang menentukan
kehalusan rasa pembuat dan pemiliknya. Gabungan bentuk-bentuk bunga dan binatang yang
digayakan seperti kepala burung raja udang. Dari segi bentuk ,keris menunjukkan
ketampanan rupa, kekacakan garis dan kehalusan hiasan kerana bentuknya yang berliku-liku
seperti gerak ular, alunan ombak dan arus yang mengalir lemah-lembut seperti “lenggang-
lenggok bagai cupak hanyut” adalah ciri-ciri yang terdapat tangkai keris. Selembut bayu,
mata keris dengan lok-loknya membayangkan ketegasan yang selamba.

Tambahan pula, kehalusan seni ukiran keris memerlukan ketekunan dan kesabaran. Sebagai
contoh dalam pembuatan ukiran kayu pada kepala keris mengambil masa berbulan-bulan
untuk mengukirnya. Kehalusan motif-motif ukiran kayu yang menjadikan alam sebagai
panduan melambangkaan kekereatifan orang Melayu. Sejarah seni Melayu menegaskan
bahawa tanpa kemahiran tidak mungkin terciptanya objek seni yang halus.
Keris mempunyai peranan tersendiri dalam budaya Melayu. Ia melambangkan kesempurnaan
kewibawaan Melayu dan barang pusaka yang mempunyai kuasa magis. Kini keris menjadi
suatu lambang keindahan seni pertukangan dalam budaya Malaysia kerana kedudukan dan
keistimewaannya dalam sejarah.

3.2) Prinsip Berguna

Menurut Zakaria Ali ( )Prinsip berguna bermaksud objek seni dibuat sebagai alat yang
berguna untuk tujuan lain. Sebagai objek yang functional, ia dibuat bukan hanya sekadar
mendapatkan satu objek yang sedap dipandang atau selesa dipegang. Sebagai contoh, kukur
untuk mengukur kelapa, saji menutup sarapan,tembikar mengisi air, keris sebagai senjata dan
lambang, ukiran di tangga, di tingkap dan di dinding sebagai hiasan permukaan dan
sebagainya. Namun, sebagai objek yang berfungsi, maka ia dibuat sebagai sebahagian dari
satu keseluruhan. Jarang objek seni dibuat hanya untuk digunakan oleh seorang sahaja. Orang
lain turut boleh menggunakannya.

Dari segi tafsiran idenya menunjukkan sikap berkongsi yang dipegang oleh masyarakat
Melayu mencerminkan falsafah eqalitarianisme atau ringan sama dijinjing dan berat sama di
pikul adalah faktor yang mempengaruhi seniman apabila berkarya. Tembikar adalah contoh
terbaik yang bukan hanya berfungsi tetapi juga sederhana sifatnya dan indah bentuknya.
Sebuah tembikar bukan dimiliki oleh seorang individu tetapi hak milik seluruh keluarga.
Malahan pada masa-masa tertentu ia boleh dipinjamkan untuk majlis kenduri. Manakala di
Gua Cha, tembikar diberikan tempat yang istimewa di dalam upacara pengkebumian mayat.
Di dalam tembikar mungkin diletakkan bahan-bahan makanan untuk membekali si mati ke
alam baka. Walaupun pengguna tembikar pada hari ini tidak menilainya seperti zaman pra-
kegunaan alat-alat plastik moden namun langkah ke arah mengapresiasikan objek seni
sebagai salah satu lambang daya cipta bangsa adalah merupakan titik permulaan yang sihat.
Ini mungkin boleh diperyatakan dengan meletakkan tembikar-tembikar di atas rak, di sudut
meja, di tepi pintu dan sebagainya. Itulah prinsip berguna yang dapat dijelaskan oleh sebuah
tembikar, satu objek yang cukup sederhana tetapi melambangakan tradisi yang ulung.

3.3) Prinsip Bersatu

gambar ukiran ambang pintu

Bersatu ialah soal perkaitan. Prinsip bersatu dalam sesebuah karya seni ada permulaan dan
pengakhirannya. Konsep bersatu umumnya terhad kepada unitnya sendiri sahaja. Perkaitan
dan integrasi wujud, khususnya di antara dan unit tersebut. Dalam ukiran kayu yang datar, ini
bererti perkaitan antara bahagian-bahagian yang berbeza kedudukannya seperti yang di luar
dan yang di dalam. Selagi nampak garis lurus di luar itu kuat dan teguh, tidak terancam oleh
gelora bunga-bungaan yang terukir di bahagian dalam maka selagi itulah wujud satu
komposisi yang terjamin kukuh. Sebagai contoh ukiran di bawah ambang pintu jelas
menunjukkan bahawa belitan tangkai bunga tidak dibiarkan liar. Sebaliknya belitan itu
bertujuan mengajak mata pemerhati menerokai daerah dalaman. Belitan itu ialah satu ikatan
yang menyatukan.

3.4) Prinsip Berlawan

Bermakna adanya pertentangan yang terkawal antara dua atau lebih jenis permukaan iaitu
licin, kusut, gerutu, lekuk, junam atau kesat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kesan
tampakan yang janggal tetapi suasana yang tegang. Walaupun prinsip ini bertentangan
dengan sifat orang Melayu yang enggan bertegang atau berlawan berdepan-depanan. Dalam
dunia ukiran Melayu, sudut merupakan bahagian yang agak istimewa. Pada sudut-sudut
inilah ukiran tiga segi ditambahmasukkan umpamanya demi meredakan ketajaman 90 darjah
antara tiang dengan rusuk. Dalam contoh ukiran di ambang pintu rumah Encik Osman bin
Katas menunjukkan alang di atas langsung tidak berukir sedangkan tiang-tiang pintu di seb
elah kiri dan kanan pula mempunyai jenis ukiran yang jauh berbeza dari ukiran yang
tergantung dari alang tersebut.

Dari segi tampakan, menonjol satu persaingan yang hebat kerana terletak pada jenis ukiran
yang tergantung iaitu bunga dan daun yang bergulung-gulung. Gulungan seakan bergerak
dari sisi ke tengah. Dua tenaga yang bertembung di tengah-tengah akan tercipta sepasang
mata burung hantu. Tujuan pengukir adalah untuk mencari penyudahan yang sesuai dengan
pintu. Ukiran diukir melengkung ke atas supaya senamg memasuki pintu dengan menunduk
sedikit sahaja.

3.5 Prinsip Berlambang

Nilai sebuah ukiran bukan hanya sebagai hiasan, namun juga bernilai sebagai lambang.
Lambang adalah faktor yang menentukan penyatuan antara isi dengan bentuk. Dalam ukiran
keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa segala unsur perlambangn yang
diperlukan demi mengukuhkan maruah bangsa Melayu. Nilai keris sebagai senjata sudah
berkurangan namun nilainya sebagai lambang amat berharga. Keris sekaligus menjadi kawan
dan lawan

3.6 Prinsip Bermakna

Makna sesuatu objek seni wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Contoh objek seni yang
bermakna intrinsik ialah ukiran berbunga yang diketahui nama bunga-bunga dan juga
kaligrafinya. Abjad-abjad yang dicat, diukir dan dipahat; diatur dan digubah berupa utusan
biasa, puisi, doa, mentera, perintah dan sebagainya.

4.0) Ukiran Kayu Tradisional

Kraf ukiran kayu tradisional merupakan hasil seni rupa tradisional melayu yang terulung.
Seni ukiran kayu tradisional Melayu menerapkan unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup
sebagai identiti ukiran mereka. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti
orang-orang Melayu yang unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah, makam,
kepala sampan, perabot, serta barangan kegunaan harian. Ukiran kayu merupakan seni
pertukangan tangan yang menjadi tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun-temurun.

Menurut istilah dewan bahasa, seni ukiran merupakan satu proses menorah, menggores, dan
memahat dengan menggunakan pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu atau barang
perhiasan dan lain-lain. Seni ukiran kayu juga adalah seni yang memperlihatkan pelbagai
susunan motif dan akhirnya menghasilkan satu corak yang tinggi nilai estetikanya. Biasanya
bentuk motif ukitan kayu mempunyai silat iaiitu bentuk timbul dan tenggelkam yag diukit
untuk memperlihatkan irama pergerakan sesuatu corak. Corak awan alarat merupakan motif
flora yang paling digemari oleh pengukir kerana ia memggambarkan suasana alam.
Kepakaran tukang ukir terserlah apabila ia berjaya mengukir komposisi gubahan awan larat
yang mengandungi daun, bunga, da buah yang berliuk-liuk, berlingkar-lingkar, dan bertindih-
tindih antara satu sama lain.
Kesimpulannya, ukiran kayu adalah kerja mengukir atau menggores kayu mengikut reka
corak yang tertentu dengan menggunakan alatan seperti pahat, pisau, dan sebagainya.
Usaha kerja mengukir merupakan satu cara penghayatan, penyataan seni emosi pengukir dan
daya cipta dalam bentuk tampak terhadap beraneka benda serta berfungsi terhadap
penggunaannya pada masyarakat. Tekniknya paling bebas dan tidak tertakluk kepada seni
bina. Walaubagaimanapun, tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa pertolongannya kerana
ianya penyokong kepada rupa ukiran tersebut.

4.1 Ukiran Tebuk Tembus

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan
menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau
corak. Ukiran jenis ini dibuat atas papan dan ia tidak mempunyai latar belakang kerana latar
tersebut di gerudi sehingga tembus bagi menimbulkan motif ukiran yang dihasilkan. Selain
berfungsi sebagai hiasan, ukiran tebuk tembus ini juga berfungsi sebagai pengalir udara
tradisional. Oleh itu, ukiran ini sering terdapat di serambi dan bahagian atas dinding rumah
Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak bersilat dan ukiran tebuk bersilat.

Gambar diatas merujuk kepada contoh ukiran kayu tebuk tembus tidak bersilat. Ukiran ini
menerapkan falsafah ketuhanan dan falsafah kemanusaiaan. Ukiran ini mempamerkan punca
penuh rahsia melalui motif ukiran yang dihasilkan. Selain itu, ukiran ini juga mempunyai
falsafah kemanusiaan yang lilit tidak memaut kawan dan mempunyai ruang serta tajam tidak
menikam lawan.ukiran kayu jenis ini mempunyai nilai estetik yang tinggi kerana mempunyai
nilai kehalusan dan ketelitian dalam proses penghasilan silat dan kekemasan hasil karya.
Motif flora yang dititikberatkan dalam penghasilan karya juga mempunyai unsur simetri.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar,
lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat,
siling, kaligrafi dan simetri.

Gambar diatas merujuk kepada contoh ukiran kayu tebuk tembus bersilat. Ukiran ini juga
menerapkan falsafah ketuhanan dan falsafah kemanusaiaan. Ukiran kayu jenis ini
mempamerkan punca penuh rahsia melalui motif ukiran yang dihasilkan. Falsafah ketuhanan
yang penuh rahsia ini menegaskan bahawa sesuatu yang wujud pasti ada puncanya namun itu
adalah rahsia pengcipta yang asli. Selain itu, ukiran ini juga mempunyai falsafah
kemanusiaan yang tajam tidak menikam lawan dan lilit tidak memaut kawan serta
mempunyai ruang. Ukiran kayu jenis ini mempunyai nilai estetik yang tinggi kerana
mempunyai nilai kehalusan dan ketelitian dalam proses penghasilan silat dan kekemasan
hasil karya.

Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan
bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya
silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk
disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri..

4.2 Ukiran Bunga Timbul

Ukiran bunga timbul dihasilkan pada permukaan papan dengan bahagian latar corak ini
ditebuk sedikit namun tidak tembus. Hal ini menyebabkan, corak ukiran jenis ini lebih timbul
dan bersilat. Permukaan latar belakang ditebuk supaya terhasil paras tenggelam sedikit
daripada permukaan motif.

Ukiran bunga timbul mempunyai dua paras permukaan yang berbeza iaitu motif diukir timbul
dan bersilat. Ukiran jenis ini biasanya terdapat pada perabot, mimbar masjid, barangan hiasan
yang diperbuat daripada kayu, hulu serta sarung senjata.

Gambar diatas merujuk kepada contoh ukiran kayu bunga timbul. Falsafah ketuhanan dan
falsafah kemanusaiaan diterapkan dalam penghasilan ukiran kayu ini. Ukiran kayu jenis ini
mempamerkan punca penuh rahsia melalui motif ukiran yang dihasilkan. Falsafah ketuhanan
yang penuh rahsia ini menegaskan bahawa setiap benda hidup mempunyai punca. Selain itu,
ukiran ini juga mempunyai falsafah kemanusiaan yang tajam tidak menikam lawan dan
mempunyai ruang. Ukiran kayu ini mempunyai nilai estetik yang tinggi kerana mempunyai
nilai kehalusan dan ketelitian dalam proses penghasilan silat dan kekemasan hasil karya.
Motif flora dititikberatkan dalam penghasilan karya juga mempunyai unsur simetri.

4.3 Ukiran Arca

Ukiran arca ialah ukiran tiga dimensi (3D) dan banyak terdapat pada hulu senjata, hulu keris,
kepala tongkat, kotak nelayan serta peralatan domestik seperti kukur kelapa dan congkak.
Corak yang digunakan untuk menghasilkan ukiran arca adalah corak daripada jenis ukiran
timbul yang dihasilkan dengan lebih halus dan kecil.
Gambar diatas merujuk kepada contoh ukiran kayu jenis arca. Falsafah ketuhanan dan
falsafah kemanusaiaan diterapkan dalam penghasilan ukiran kayu arca ini. Ukiran kayu jenis
ini mempamerkan punca penuh rahsia melalui motif ukiran yang dihasilkan. Falsafah
ketuhanan yang penuh rahsia ini menegaskan bahawa setiap benda hidup mempunyai punca.
Selain itu, ukiran ini juga mempunyai falsafah kemanusiaan yang tajam tidak menikam lawan
dan mempunyai ruang serta lilit tidak memaut kawan.

Falsafah kemanusiaan ini menegaskan bahawa nilai kemanusiaan manusia yang tidak
berhasad dengki yang merosakkan sesiapa sahaja termasuk musuh. Selain itu, falsafah ruang
yang diterapkan bertujuan untuk menyatakan setiap manusia mempunyai hak bersuara dan
mempuyai peranan sendiri. Falsafah kemanusiaan yang lilit tidak memaut kawan menegaskan
bahawa perjuangan bersama-sama sahabat tetapi tidak menyusahkan kawan. Ukiran kayu ini
mempunyai nilai estetik yang tinggi kerana mempunyai nilai kehalusan dan ketelitian dalam
proses penghasilan silat dan kekemasan hasil karya. Motif flora dititikberatkan dalam
penghasilan karya juga mempunyai unsur simetri.

4.4 Ukiran Larik

Melarik merupakan satu cara orang melayu mengukir kayu. Ukiran larik atau melarik ialah
sejenis ukiran berbentuk bulat dengan susunan yang bergerlang-gerlang dan bergenting-
gentat yang menarik pada batang kayu menggunakan mesin atau alat larik. Ukiran larik
dihasilkan pada batang kayu dan kemudian ia dilarik dengan menggunakan pahat dan mesin
pelarik. Batang kayu yang dilarik itu akan menjadi bulat dan mempunyai susunan gegeiang.
Ukiran larik ini biasanya terdapat pada perabot, tiang, tongkat, hulu senjata, perhiasan rumah
dan sebagainya.

Gambar diatas merujuk kepada contoh ukiran kayu jenis larik. Falsafah ketuhanan dan
falsafah kemanusaiaan diterapkan dalam penghasilan ukiran kayu ini. Ukiran kayu jenis ini
mempamerkan punca penuh rahsia melalui motif flora pada ukiran yang dihasilkan. Falsafah
ketuhanan yang penuh rahsia ini menegaskan bahawa setiap benda hidup mempunyai punca
yang berahsia dari Tuhan yang Maha Esa. Selain itu, ukiran ini juga mempunyai falsafah
kemanusiaan yang tajam tidak menikam lawan dan lilit tidak memaut kawan serta
mempunyai ruang. Ukiran kayu ini mempunyai nilai estetik yang tinggi kerana mempunyai
nilai kehalusan dan ketelitian dalam proses penghasilan silat dan kekemasan hasil karya.
Motif flora dititikberatkan dalam penghasilan karya juga mempunyai unsur simetri pada
bahagian atas dan bawah motif.

4.5 Ukiran Kayu Hanyut

Ukiran kayu hanyut ini merupakan jenis ukiran terakhir buat masa ini yang diperkenalkan
oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian
tertentu dan dibentuk menyerupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induk yang digunakan
untuk menghasilkan ukiran kayu hanyut ini adalah diambil daripada kayu atau akar yang
terdapat di dalam sungai.
Gambar diatas merujuk kepada contoh ukiran kayu hanyut. Falsafah ketuhanan dan falsafah
kemanusaiaan diterapkan dalam penghasilan ukiran kayu ini. Ukiran kayu jenis ini
mempamerkan punca penuh rahsia melalui motif ukiran yang dihasilkan sama seperti ukiran
jenis lain. Falsafah ketuhanan yang penuh rahsia ini menegaskan bahawa setiap benda hidup
mempunyai punca tersendiri daripada Tuhan Yang Maha Mencipta. Selain itu, ukiran ini juga
mempunyai falsafah kemanusiaan yang tajam tidak menikam lawan dan lilit tidak memaut
kawan.

Ukiran kayu ini mempunyai nilai estetik yang tinggi kerana mempunyai nilai kehalusan dan
ketelitian dalam proses penghasilan silat dan kekemasan hasil karya. Motif flora
dititikberatkan dalam penghasilan karya juga mempunyai keunikan tersendiri apabila dapat
mengisi ruang pada setiap jenis kayu berbeza yang diambil di sungai. Ukiran ini juga
dianggap mengetengahkan konsep sains yang tinggi dengan menerapkan unsur kitar semula
melalui bahan yang digunakan dalam penghasilan ukiran jenis ini.

5.0) Kesimpulan

Kesimpulannya, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan daya
cipta dan kemahiran terutamanya menggunkan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan
bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang
erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Orang Melayu
sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya penglihatan dan pemikiran yang tajam
kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar kehidupan mereka untuk mendapat
idea. Sumber ideaitu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai bentuk corak yang akhirnya
setiap satunya diberi namayang memberi gambaran tentang apa yang difikirkan oleh mereka.
Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai motif dan corak dari sumber yang
hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes dan sebagainya. Selain itu, motif-motif ini
mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah
diri hambakepada Penciptanya.

6.0) organisasi

RUJUKAN

http://creativem2g.com/kraftangan/?page_id=75)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kraftangan

http://e-
journal.um.edu.my/filebank/published_article/4354/Pengaplikasian%20Seni%20Ukiran%20Melayu%
20dalam%20Seni%20Bina%20Malaysia%20FINAL%202.pdf

http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/pengenalan.php

http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/mengenal-kraf-
tradisional.html?p=motif+fauna+ukiran+kayu

http://ejournal.um.edu.my/filebank/published_article/4354/Pengaplikasian%20Seni%20Ukiran%20
Melayu%20dalam%20Seni%20Bina%20Malaysia%20FINAL%202.pdf

ml.scribd.com/doc/49855023

http://www.similarsites.com/goto/kemuningwarisan.blogspot.com?searchedsite=kemuningwarisan.
blogspot.com&pos=0

Vous aimerez peut-être aussi