Vous êtes sur la page 1sur 3

Minit Mesyuarat Ketiga 2015

SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM


MINIT MESYUARAT UNIT PENGAJIAN AM
KALI KETIGA/2015

Tarikh : 8 Julai 2015 (Rabu)


Masa : 2.30 hingga 3.30 ptg.
Tempat : Pusat Sumber Pra-U

Kehadiran:
1. Pn.Hjh.Che Noora bt.Md.Said - GPK Ting. 6 DG52
2. Dr.R.Dhanapal - Ketua Unit PA
DG52
3. Cik Gok Poh Suan - Guru P.Am DG48
4. Pn.Shanthi K.Shanmugam - Guru P.Am
DG48
5. En.Chong Ken Tong - Guru P.Am DG52
6. En.Hamidon bin Abu Bakar - Guru P.Am DG52

BUTIRAN MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru PA yang hadir ke
mesyuarat hari ini
1.2.Pengerusi memberitahu bahawa mesyuarat ini penting kerana panitia
dikehendaki membincangkan amanat pengetua kepada semua ketua panitia dalam
mesyuarat kurikulum tempoh hari.
2. Pengesahan Minit Yang Lepas
2.1.Cik Gok mencadangkan minit lepas diterima dan disokong oleh En.Chong.

3 Perkara-Perkara Berbangkit
3.1.Laporan program panitia telahpun dihantar kepada setiausaha kurikulum sekolah.
3.2.Setakat ini empat program telah dilaksanakan.
3.3.Pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran serta yang kurang berminat
telahpun diberi kaunseling oleh Cik Gok dan PK Tingkatan Enam.
3.4.En.Hamidon memberitahu bahawa beliau telah menyimpan kesemua fail kerja
kursus pelajar di bilik fail.
3.5.Kesemua guru diingatkan supaya membanyakkan latihan penulisan kerana pelajar
kita lemah dalam penulisan.
3.6.Sekurang-kurangnya guru-guru perlu minta pelajar menyediakan rangka karangan.
Jangan sering minta pelajr merujuk rangka daripada buku rujukan. Galakkan pelajar
berfikir sendiri dan guru sila memantau kerja pelajar.
3.7.Semua guru diminta supaya memantau kerja pelajar setelah pembetulan dilakukan.
3.8.Jika semua pelajar telah memahami topik yang dipelajari, barulah guru-guru akan
masuk ke bab-bab baru.
3.9.Guru-guru diminta mencadangkan penceramah bagi kertas 3 dan 1 nanti kerana kali
ini panitia hendak mencuba menjemput penceramah luar supaya semua pelajar
dapat menumpukan perhatian semasa teknik menjawab di dewan.
3.10. Panitia sebulat suara bersetuju untuk mengambil giliran untuk mencatat minit
mesyuarat. Minit mesyuarat akan datang akan dicatat, ditaip dan dicetak oleh
En.Chong.
3.11. Pengerusi memberitahu bahawa besar kemungkinan panitia akan bermesyuarat
semula untuk membincangkan post- mortem keputusan peperiksaan P2 yang akan
diumumkan secara rasminya pada 13 Julai 2015.
3.12. Semua guru diminta membuat analisis bagi kelas masing-masing dan mencari
apakah punca kelemahan dan kekuatan pelajar dalam P2.
3.13. Analisis ini akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat akan datang.
3.14. Pengerusi memberitahu mesyuarat akan datang boleh diadakan apabila pelajar-
pelajar pulang awal pada hari Rabu.

4. Amanat Pengetua dalam Kursus Pengurusan dan Profesional/Mesyuarat


Kurikulum

4.1. Guru-guru wajib memberi perhatian terhadap subjek yang wajib lulus oleh
pelajar. Semua guru mempunyai peranan dan tanggung jawab untuk memastikan
semua pelajar lulus dengan cemerlang dalam subjek ini.
4.2.Setiap panitia dikehendaki menyediakan modul relief. Modul ini dapat digunakan
apabila guru-guru mengambil cuti. Modul ini akan diletakkan di bilik guru kanan.
Guru yang masuk relief akan memberikan kerja kepada pelajar mengikut modul ini.
4.3.Setelah dibincang, panitia memutuskan bahawa semua guru PA perlu
menyediakan kerja kepada pelajar jika mereka berkursus atau bercuti.
4.4. Pelajar tingkatan enam sememangnya membuat kerja PA mereka walaupun
guru PA tiada dalam kelas.
4.5.Sejak belakangan ini tiada guru masuk untuk relief tingkatan enam. Pelajar
membuat kerja PA yang disediakan oleh guru PA.
4.6.Bagaimanpaun panitia diminta menyediakan latihan bertulis jika guru-guru PA
mengambil cuti panjang atau berurusan rasmi di luar.
4.7.Panitia juga dikehendaki pengetua supaya menyediakan modul pelajar gagal.
4.8 Setelah berbincang, setiap guru PA perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua
latihan iaitu satu latihan kenegaraan dan satu lagi latihan tafsiran atau karangan
untuk P3 dan P1 ini.
4.9. Pengetua memberitahu bahawa mulai tahun hadapan, skrip pelajar yang telah
disemak hendaklah dismpan balik oleh guru subjek untuk ditunjukkan kepada waris
sewaktu waris datang mengambil kad pelaporan anak-anak.
4.10.Guru subjek perlu menjelaskan sebab-sebab pelajar mendapat markah kurang
dan kelemahan pelajar kepada waris.
4.11.Pengetua meminta panitia mengadakan dua kelas tambahan setiap minggu
mulai tahun hadapan.
4.12.Panitia perlu menyediakan rekod kehadiran dan melaporkan ketidakhadiran
pelajar kepada waris jika perlu.
4.13.Pengetua telah memperkenalkan satu program baru yang dinamakan
PAUT.(Pupil’s Auditing Task)
4.14. PAUT dianggotai oleh beberapa orang guru dan pihak pentadbiran sekolah.
4.15. Sekeping borang PAUT akan disediakan oleh jawatan kuasa peringkat sekolah
untuk diisi oleh guru-guru jika mereka mendapati pelajar-pelajar tidak melakukan
kerja sekolah, tidak menunjukkan minat terhadap pembelajaran atau sering
mengganggu P&P dalam kelas.
4.16. Borang yang diisi akan diserahkan kepada jawatan kuasa tersebut mereka
akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
4.17. Pengetua menurunkan kuasa kepada semua ketua panitia untuk menyemak
buku latihan pelajar pada bila-bila masa apabila P&P subjek berkenaan
berlangsung.
4.18. Ketua Panitia perlu mengecop buku latihan dan memastikan pelajar telah
melakukan kerja guru dengan tertib, memastikan pembetulan dibuat oleh pelajar dan
menulis ulasan ringkas pada borang ULASAN KERJA PELAJAR. Borang ini akan
disediakan oleh guru kanan nanti.
4.19.PK Pentadbiran meminta semua panitia supaya membina sebuah blog bagi
panitianya sendiri.
4.20. Pengerusi memberitahu bahawa Panitia Pengajian Am sudahpun mempunyai
blognya sendiri. Pelajar dan guru boleh melayarinya di alamat
pabmhigh.blogspot.com. Pelajar-pelajar telahpun dimaklumkan mengenainya dalam
perhimpunan.
4.21. Pengerusi menjelaskan dengan adanya blog ini, maka pelajar atau guru dapat
berinteraksi dan menulis komen atau bertanya sebarang soalan mengenai subjek
kepada pentadbir blog.

5. Hal-Hal Lain
5.1.Guru-guru diminta supaya mencadangkan satu program yang lebih besar untuk
pelajar. Pihak sekolah akan membiayai program tersebut. Program tersebut kalau
boleh diadakan sewaktu cuti sekolah. Hal ini kerana dapat mengelakkan
gangguan P & P subjek lain.
5.2. Pengerusi berharap semua amanat yang disampaikan oleh pengetua dapat
dilaksanakan oleh guru-guru PA dengan penuh bertanggung jawab dan integriti

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh:

(Dr. DHANAPAL A/L RENGASAMY) (En.CHONG KEN


TONG)
Ketua Unit Pengajian Am DG52 Guru Pengajian AM
DG52

Vous aimerez peut-être aussi