Vous êtes sur la page 1sur 25

Bahagian Sekolah-Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar, Telefon : 2922066

KP (BS) 8584/8/1/(29)
29 Disember 1986

Semua Pengarah Pelajaran


Negeri Malaysia.

Y.B. Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1986

Penyalahgunaan Dadah

Seperti Y.B. Datuk/Tuan/Puan maklum, satu gejala salahlaku baru yang terdapat di
kalangan pelajaran sekolah ialah menyalahgunakan “Inhalan”. Kementerian
Pelajaran telah menerima kes-kes ini semenjak tahun 1983 dan didapati bilangan
pelajar yang terlibat telah semakin bertambah. Kementerian Pelajaran amat
memandang berat hal ini kerana perbuatan ini membahayakan diri pelajar
berkenaan; oleh itu langkah-langkah pencegahan/penyekatan dan pembasmian
perlu dijalankan.

2. Bagi tujuan membantu pihak sekolah memahami perkara ini, Pasukan Petugas
Anti Dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan
kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Bahagian
Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan Buku Kecil
“PENYALAHGUNAAN INHALAN – Panduan Untuk Para Guru” yang telahpun
dihantar oleh Pasukan Petugas Anti-Dadah ke Jabatan tuan untuk diagihkan ke
sekolah.

3. Untuk tujuan mengendalikan kes penyalahgunaan Inhalan ini, keputusan


mesyuarat Jawatankuasa Anti Dadah Negara adalah menjadi dasar yang mesti
dipatuhi:

3.1 SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI INHALAN SEPERTI BUKU-


BUKU KECIL, RISALAH, POSTER, VIDEO, FILEM DAN
SEBAGAINYA, HENDAKLAH DITENTUKAN TIDAK SAMPAI KE
TANGAN PELAJAR.

3.2 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN INHALAN YANG TERDAPAT DI


SEKOLAH HENDAKLAH DIKAWAL DENGAN RAPI DAN
DITENTUKAN TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PELAJAR.
3.3 JIKA TERDAPAT KES-KES MENYALAHGUNAKAN INHALAN DI
KALANGAN PELAJAR, IA HENDAKLAH DIKENDALIKAN MELALUI
PROSES MENOLONG DENGAN PENUH HATI-HATI TANPA
DIHEBOH-HEBOHKAN, DI MANA KEBAJIKAN DAN
KESEJAHTERAAN PELAJAR TERSEBUT HENDAKLAH
DIUTAMAKAN.

4. Langkah-langkah berikut selain dari yang terdapat dalam buku kecil tersebut
hendaklah diikuti:

4.1 Ibu bapa/penjaga pelajar mestilah diberitahu SEGERA dan diberi


maklumat yang tepat dan nasihat mengenainya.

4.2 Pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat,


nasihat/kaunseling individu/kelompok, kelompok dinamis/penjelasan
nilai-nilai dan lain-nilai yang bersesuaian untuk mengubah tabiat ini.

4.3 Ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan


pengawasan yang rapi.

4.4 Sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai


Kebajikan Sekolah, Rawatan dan Pemulihan, Perubatan, Polis, PIBG,
Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah, PEMADAM dan
lain-lain yang berkenaan.

5. Sila Y.B. Datuk/Tuan/Puan maklumkan Surat Pekeliling ini kepada semua


Pengetua dan mengarahkan untuk :

5.1 Melaporkan kes-kes penyalahgunaan Inhalan ini dengan SEGERA ke


Jabatan Pelajaran Negeri untuk dipanjangkan ke Kementerian
Pelajaran (lihat borang terlampir).

5.2 Membincangkan buku kecil berkenaan dengan semua guru.


Maklumat/pertanyaan (jika ada) sila kemukakan ke Bahagian
Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran (u.p. Unit Bimbingan dan
Kaunseling).

5.3 Membawa perkara ini ke pengetahuan Jawatankuasa PIBG Sekolah


dan membincangkan buku kecil ini dalam mesyuarat PIBG.

Sekian dimaklumkan. Didahului dengan ucapan terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yangmenurut perintah,

tt

(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR)


Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.
s.k.

1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran

2. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

3. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

4. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I

5. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II

6. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran

7. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran

8. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan

9. Pegawai Khas kepada Y.B. Menteri Pelajaran

10. Ketua Unit Hal Ehwal Awam, Kementerian Pelajaran


BAHAGIAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Telefon : 2556900
50604 KUALA LUMPUR. Kawat : ‘PENDIDIKAN’

KP(BS)8591/Jld.III/(3)

3 Februari 1988

Semua Pengarah Pendidikan Negeri,

Y.B. Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1988 :


Program Skim Lencana Anti Dadah
Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD)

Sebagaimana Y.B. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum Kerajaan memandang serius


terhadap ancaman dadah ke atas golongan belia di negara ini. Kementerian
Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab merancang
dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh
digunakan bagi menanam perasaan benci, jijik dan jelek dalam jiwa generasi muda
terhadap dadah.

2. Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan telah melancarkan program


Skim Lencana Anti dadah ini merupakan satu daripada program pendidikan
pencegahan dadah yang telah diperakukan dalam Rancangan Keselamatan Negara,
Jabatan Perdana Menteri. Murid-murid sekolah yang menjadi anggota pasukan
seragam seperti Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam, St. John
Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran program ini. Mereka
dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, peraduan melukis
poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh
murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara percuma oleh
Kementerian Pendidikan. Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan
menyimpan buku log tersebut. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti anti dadah
akan diberi markah tertentu seperti yang disyaratkan dalam Buku Log SLAD, mereka
akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Lencana ini memberi pengertian bahawa
murid itu telah bergiat dengan aktif dan berkesan dalam aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah.

3. Sehingga ini 104 buah sekolah telah menyertai program ini. Seramai 336 orang
guru penasihat/guru pemimpin persatuan Pasukan Seragam telah diberi latihan
untuk persatuan menjalankan program ini di sekolah masing-masing. Pihak
Kementerian Pendidikan telah menyediakan Buku Log dan Lencana untuk diedarkan
ke sekolah-sekolah. Buku Log yang akan dibekalkan kepada kepada peserta
hendaklah disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin persatuan. Buku ini hanya
akan diserahkan kepada murid-murid apabila mereka hendak mencatatkan aktiviti
yang telah mereka sertai. Program ini akan diteruskan dan diperluaskan sehingga
meliputi semua sekolah di seluruh negara. Untuk makluman, bagi sekolah-sekolah
yang belum menjalankan program ini, guru-guru penasihat/pemimpin persatuan akan
diberi latihan secukupnya.
4. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan
program ini adalah diarah untuk memperkemas dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti
seperti yang dirancang dalam Kurikulum Skim Lencana Anti Dadah. Bagi sekolah-
sekolah yang menyertai program ini sejak tahun 1986, penganugerahan Lencana di
jangka akan dibuat seawal-awalnya pada akhir Mac 1988. Dalam hal ini guru
penasihat/pemimpin persatuan hendaklah menentukan segala pengurusan dan
pelaksanaan aktiviti dijalankan dengan rapi dan sempurna. Sekolah-sekolah yang
telah menghantar guru penasihat/guru pemimpin persatuan menyertai latihan untuk
program ini dalam tahun 1986 tetapi masih belum melaksanakan digesa
menggerakkan program ini secara secepat mungkin. Bagi sekolah-sekolah yang
memulakan program ini dalam tahun 1988 guru penasihat/guru pemimpin persatuan
hendaklah merancang aktiviti Skim Lencana ini dari awal penggal persekolah lagi.

5. Dengan ini jasa baik Y.B. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk memaklumkan
isi kandungan Pekeliling ini kepada semua Pengetua sekolah di negeri
Y.B.Datuk/Tuan/Puan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

tt
(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR)
Bahagian Sekolah
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan.

s.k. 1. Setiausaha Sulit Kepada


Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia.

2. Setiausaha Sulit kepada


Y.B. Dr. Leo Michael Toyad,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

3. Setiausaha Sulit Kepada


Y.B. Encik Woon See Chin,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

4. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK J, PARAS 7, Tel : 03-2556900
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Fax : 03-2543107
50604 KUALA LUMPUR. Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan :
Ruj.Kami : KP(BS)8591/Jld.VII/(13)
Tarikh : 27 Julai 1992

Semua Pengarah Pendidikan Negeri


Malaysia.

Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/1992:


Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan
(Syringer) Di Sekolah-sekolah

Dimaklumkan bahawa satu ketetapan telah dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri
pada 1 Julai 1992 MENGHARAMKAN pensil berbentuk alat suntikan (syringe)
daripada diimport, diedar, dijual, dibeli atau dimiliki oleh orang ramai.

2. Sila maklumkan pengharaman ini kepada semua sekolah di negeri tuan untuk
mempastikan pensil dalam bentuk sebagaimana dinyatakan di atas tidak digunakan
atau dimiliki oleh pelajar sekolah.

Sekian.

“BERKHIDMATA UNTUK NEGARA”

tt
DATO’ ASIAH BTE ABU SAMAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Bahagian Sekolah-sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Kuala Lumpur. Telefon : 922066

KP.8591/ (99)

25hb Februari 1983

Pengarah Pelajaran
Semua Negeri Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983


Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah
_______________________________________________

Sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mendidik, melindungi dan mencegah


murid-murid daripada melibatkan diri dengan amalan merokok kerana merokok boleh
merosakkan kesihatan mereka. Maksud merokok di sini termasuklah menghisap
rokok atau cerut atau menghisap paip.

2. Guru-guru serta kakitangan-kakitangan sekolah mempunyai peranan dan


pengaruh yang kuat dalam menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada
murid-murid. Larangan merokok di bilik-bilik darjah atau di bilik-bilik yang dijadikan
bilik-bilik darjah jelas dinyatakan dalam para 38, ‘The Registration of School
Ordinance, 1950 – School (General) Regulation’. Larangan menghisap rokok ke atas
murid-murid sekolah juga telah ditegaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
6A/1975 bertarikh 5hb. September 1975.

3. Surat siaran ini adalah bertujuan untuk meminta sekolah-sekolah mengambil


langkah-langkah positif bagi menjayakan kempen anti merokok.

4. Berikut adalah garis panduan bagi menjayakan kempen ini.

4.1. Guru-guru dan Kakitangan sekolah

Menghisap rokok di kawasan sekolah dan dalam mesyuarat-


mesyuarat/ majlis-majlis rasmi di sekolah adalah dilarang kecuali di:-

4.1.1. Bilik guru/ bilik rehat bagi guru-guru, (apabila dibilik ini
diadakan mesyuarat rasmi atau diadakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran maka merokok adalah dilarang).
4.1.2. Bilik pekerja atau di tempat-tempat yang terselindung dari
pandangan murid-murid bagi kakitangan-kakitangan sekolah;
dan
4.1.3. Bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin. Mereka juga
dilarang merokok semasa bertugas.

4.2. Penyimpanan dan Penjualan Rokok di Kantin Sekolah

Menyimpan dan menjual rokok serta memaparkan iklan-iklan rokok di


kantin adalah dilarang.

4.3. Majlis Keramaian (Hari Ibu Bapa , Hari Penyampaian Hadiah, Hari
Sukan dan lain-lain )

Pihak sekolah hendaklah meminta kerjasama daripada pihak ibu


bapa dan orang ramai bagi menjayakan kempen ini. Poster-poster
atau papan-papan tanda dengan menggunakan bahasa yang halus
seperti “Terima Kasih kerana tidak merokok disini” boleh diadakan
dan dipamerkan di tempat-tempat tertentu.

4.4. Kerjasama Ibu Bapa

Untuk menjayakan kempen ini, Guru Besar, melalui PIBG, boleh


meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa bagi menyedarkan anak-
anak mereka bahawa amalan merokok itu membahayakan kesihatan
dan membazir wang.

4.5. Sekolah Digunakan Oleh Pihak Luar

Ababila kawasan/ bangunan sekolah digunakan oleh pihak luar, maka


penerangan yang jelas mengenai larangan merokok hendaklah
dinyatakan kepada mereka.

4.6. Untuk menjayakan lagi kempen anti merokok ini, sekolah sekolah juga
adalah digalakkan berusaha mengadakan cara-cara lain yang sesuai
dengan kemudahan yang ada di sekolah dan mengikut keadaan
setempat.

5. Bersama-sama dengan surat siaran ini, disertakan juga Garis Panduan Tata
Susila Untuk membantu menjayakan kempen Anti Merokok’ dari Pekeliling AM
bilangan 12 Tahun 1982 bertarikh 17hb Ogos 1982 adri Jabatan Perdana menteri.

6. Harap maklumkan kandungan surat siaran ini dan Garis Panduan dari surat
Pekeliling Am Bilangan 12 1982 ini kepada semua sekolah di negeri tuan.

Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

tt
(DATO’ HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN)
Bahagian Sekolah-sekolah
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran

s.k. 1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia.


2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Khalil bin Yaakob,
Timbalan Menteri Pelajaran.
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tang Tiong Hong,
Timbalan Menteri Pelajaran.
4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.
5. Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran.
6. Timbalan Ketua Setiausaha l, Kementerian Pelajaran.
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l, Kementerian Pelajaran.
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll, Kementerian Pelajaran.
9. Timbalan Ketua Setiausaha ll, Kementerian Pelajaran.
10. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.
11. Ketua Jemaah Nazir, Kementerian Pelajaran.
12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
13. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KP/(BS)8591/Jld.VIII/(76)

22 Mei 1997

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.5/1997:

Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

Dimaklumkan bahawa ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk


menjadikan bangunan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN
MEROKOK mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau,
1993.

2. Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, semua guru,
kakitangan, Ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah
adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.

3. Larangan ini meliputi keselurahan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka
mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan
murid. Perkara 4.1 dalam Surat Pekeliling Bil.1/1983:
Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah adalah terbatal.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt
(DATUK MATNOR DAIM)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia.
2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Khalil bin Yaakob,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
3. Y.B. datuk Dr. Chan Fong Onn,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan.
5. Timbalan -Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian.
6. Timbalan - Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.
7. Ketua –Ketua Bahagian Kementerian.
8. Ketua Unit Perhububgan Awan.
Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1979

Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko


Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan

Saya adalah merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian ini KP(BS) 8786-51 Jld.III(34)
bertarikh 27 hb. Jun 1978 mengenai Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah
di kalangan murid-murid di sekolah. Kerjasama tuan adalah diminta untuk mengarahkan
sekolah-sekolah di negeri tuan supaya meneruskan penghantaran laporan penggal kes-
kes penyalahgunaan dadah mengikut peraturan dan jadual seperti yang telah ditetapkan.

2. Oleh kerana didapati maklumkan tersebut adalah terhadap, iaitu hanya kes-kes yang
disahkan oleh doktor-doktor kerajaan sahaja yang dilaporkan dan memandangkan
keperluan untuk mengkaji kes-kes murid-murid yang dianggap berada di dalam keadaan
risiko penyalahgunaan dadah, maka adalah didapati perlu bagi sekolah-sekolah
membuat laporan tambahan di dalam borang yang dilampirkan bersama ini.

3. Bagi maksud surat Pekeliling Ikhtisas ini, murid-murid seperti yang yang di bawah ini
adalah dianggap sebagai berada di dalam keadaan risiko.

(a) Murid-murid yang mengakui sendiri bahawa ia adalah bergantung kepada


dadah.

(b) Murid-murid yang menerima rawatan/pemulihan daripada pihak-pihak


yang lain daripada agensi-agensi yang ditugaskan oleh Kerajaan
(Misalnya – Doktor Swasta, dukun/bomoh, Sinseh dan lain-lain).

(c) Murid-murid yang kerap kali ponteng dan yang disyaki terlibat dalam
penyalahgunaan dadah.

(d) Murid-murid yang ditangkap oleh pihak penguatkuasa atau pihak sekolah
kerana menpunyai dadah, walaupun belum disahkan oleh Doktor
Kerajaan.

(e) Murid-murid yang bercampur dengan kumpulan luar yang terlibat di dalam
kegiatan penyalahgunaan/pengedaran dadah dan ianya disyaki terlibat
sama.

(f) Lain-lain pengesahkan yang berkaitan dengan garis-garis tersebut di atas.

Guru Panduan adalah diingatkan bahawa adalah menjadi kebiasaan murid-murid yang
berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah ini selalunya mempunyai lebih
daripada satu tanda-tanda pengesahan, oleh yang demikian apabila mengisi ruangan ini
adalah dikehendaki mencatitkan dengan selengkap-lengkapnya.

4. Berkenaan dengan borang yang dilampirkan, ruangan rujukan ialah untuk


mencatitkan tindakan ikhtisas yang telah dijalankan oleh pihak sekolah mengenai kes-
kes tertentu (misalnya: kepada pegawai Kebajikan Masyarakat, Doktor-doktor
Kerajaan/Pakar Ilmu Jiwa, Pegawai Panduan Negeri dan lain-lain).

5. Tuan adalah diminta mengarahkan sekolah-sekolah menengah menengah di negeri


tuan supaya menyediakan laporan tersebut sebanyak tiga kali setahun mengikut tarikh-
tarikh yang ditetapkan di atas borang yang dilampirkan bersama.

11
6. Laporan itu hendaklan dihantar satu salinan kepada Unit Panduan & Kerjaya
Kementerian Pelajaran dan satu salinan kepada Pengelola Panduan Negeri pada tiap-
tiap penggal untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Sekian untuk makluman tuan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

tt

(SYED ABU BAKAR BARAKBAH)


Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.

12
SULIT MURID-MURID DALAM KEADAAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH
YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN

NAMA & ALAMAT SEKOLAH : LAPORAN PENGGAL I (I/I-30/4/19.........)


II (1/5-31/8/19.......)
............................................................................ III (1/9-31/12/19.....)

............................................................................

Jantina Keturunan Tindakan


Ting- Keadaan Tindakan Yang Rujukan Yang Selanjutnya
Bil. Nama Murid Umur
katan L P M C I Risiko Telah Diambil Telah Dibuat Yang
Diperlukan

NOTA
Lapuran Penggal I hendaklah dihantar sebelum 14hb. Mei
Lapuran Penggal II hendaklah dihantar sebelum 10hb. September
Lapuran Penggal III hendaklah dihantar sebelum 14hb. Januari

@ Potong mana-mana yang tidak dikehendaki ....................................................


(Tandatangan Guru Besar)

/II/zi.

13
JABATAN PERDANA MENTERI
KUALA LUMPUR.

Telefon : 201957
Kawat : PERDANA

Ruj. Kami : PPAD(S)133/883/1

Tarikh : 29 Januari 1985

SURAT PEKELILING AM. BIL. 1 TAHUN 1985

Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan.

Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri.

Ketua-ketua Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Pampasan.

PROGRAM-PROGRAM MENCEGAH DAN MEMBASMI KEGIATAN


PENAGIHAN DADAH DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

PENDAHULUAN

1. Adalah menjadi matlamat Kerajaan bahawa semua Kementerian, Jabatan dan


Badan Berkanun hendaklah bebas dari kegiatan penagihan dadah di kalangan
pegawai dan kakitangan mereka. Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan
kegiatan penagihan dadah ini khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan sendiri.
Ketua-ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan ke atas pengawal dan
kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1994 bertarikh 25 hb. Oktober 1984.

2. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan


Kerajaan untuk mengujudkan suasana yang bebas dari penagihan dadah dalam
agensi masing-masing. Untuk mencapai matlamat ini tiap-tiap Kementerian, Jabatan
dan Badan Berkanun hendaklah melaksanakan program-program anti dadah
masing-masing yang meliputi perkara-perkara berikut:

(I) Program Pencegahan:yang bertujuan menanam sikap membenci


dadah di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan.

(II) Program Pembasmian: yang bertujuan untuk membasmi


kegiatan-kegiatan penagihan dadah jika berlaku di kalangan pegawai
dan kakitangan kerajaan.

JAWATANKUASA ANTI DADAH

14
3. Satu jawatankuasa Anti Dadah hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap Kementerian,
Jabatan dan Badan Kerajaan bagi merangka dan melaksanakanprogram-program
ini. Jawatankuasa Kecil hendaklah juga ditubuhkan di setiap Cawangan atau
Bahagian yang terletak berasingan termasuklah di peringkat Persekutuan, Negeri
dan Daerah. Jawatankuasa ini hendaklah merupakan badan tetap dalam tiap-tiap
pejabat.

4. Jawatankuasa ini di peringkat Kementerian,Jabatan dan Badan Berkanun


bolehlah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketau
Pengarah atau Timbalan Pengurus Besar atau jawatan-jawatan setaraf.

5. Keanggotaannya jawatankuasa-jawatankuasa ini seboleh-bolehnya hendaklah


terdiri daripada pegawai dan kakitangan berikut:

(a) Ketua Bahagian Pentadbiran atau pegawai yang bertanggungjawab


mengenai kekitangana di pejabat berkenaan;

(b) Pegawai Kebajikan, jika jawatan ini wujud, atau seorang pegawai lain
yang dipilih.

(c) Salah seorang daripada jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan


atau Badan Agama dalam agensi.

(d) Kerani Besar.

6. Bidang tugas Jawatankuasa Anti dadah tersebut dicadangkan sepertiberikut:

6.1 Merangka dan melaksanakan program mencegah dadah melalui


ceramah-ceramah, poster-poster, risalah-risalah kecil, pameran-
pameran dan tayangan filem mengenai bahaya penagihan dadah.
Program ini bolahlah diselengarakan dengan kerjasama Kementerian
Penerangan di peringkat Persekutuan dan Jabatan-jabatan
Penerangan di peringkat negeri dan daerah.

6.2 Merangka dan melaksanakan program untuk membasmi kegiatan


penagihan dadah yang berlaku di kalangan kakitangan. Program ini
bolehlah meliputi aktiviti-aktiviti berikut:

6.2.1 Mengadakan satu sistem untuk mengenalpasti kakitangan-


kakitangan yang terlibat dengan penagihan dadah:

6.2.1.1 Menyeru supaya mereka tampil ke hadapan secara


sukarela dalam tempoh yang ditentukan oleh
jawatankuasa. Setelah tamat tempoh ini cara-cara
berikut bolehlah digunakan.

6.2.1.2 Menganjurkan supaya diadakan ujian air kencing


secara mengejut ke atas mereka yang disyaki sahaja
dengan kerjasama Pegawai Pemulihan Dadah,
Kementerian Dalam Negeri.

6.2.1.3 Menjalankan pengawasan ke atas kakitangan-


kakitangan dengan cara mengenalpasti tanda-tanda

15
penagihan. Tanda-tanda penagihan dadah adalah
seperti di Lampiran ‘A’.

6.2.1.3.1 Cara mengesan penagihan dadah melalui


pengawasan bolehlah diasaskan kepada
sistem hirarki yang bermula dari peringkat
kakitangan atasan hingga ke peringkat
bawah. Walau bagaimanapun Ketua-ketua
Jabatan dan Jawatankuasa ini hendaklah
menggalakkan setiap kakitangan
melaporkan sesiapa sahaja yang diketahui
terlibat atau disyaki terlibat dengan
penagihan dadah.

6.2.2 Mereka yang menagih dadah yang tampil ke hadapan secara


sukarela perlu dirujukkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan
Dadah, Kementerian Dalam Negeri seperti di Lampiran’B’ untuk
menjalani ujian-ujian. (Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih
dadah yang menjalaninya dengan sukarela diperuntukkan dalam Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Seksyen 8(1)).

6.2.3 Mereka yang dikenalpasti atau disyaki menagih dadah seperti


di para 6.2.1.2 dan 6.2.1.3 tetapi tidak tampil ke hadapan secara
sukarela perlu dilaporkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan
Dadah atau mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah
dari Sarjan atau mana-mana pegawai Penjaga Balai Polis (Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983 Seksyen 3(1)).

6.2.4 Mengarah supaya Bahagian Pentadbiran atau pegawai-


pegawai yang bertanggungjawab mengenai kakitangan yang terlibat
kepada Ketua Jabatan atau pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk
apa-apa tindakan yang sewajarnya dari segi perkhidmatan mengikut
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1984.

6.2.5 Merangka dan melaksanakan satu program bimbingan di


kalangan pegawai dan kakitangan untuk memberi khidmat
rundingcara (counselling) kepada kakitangan yang telah tamat tempoh
pemulihan di Pusat Pemulihan atau yang sedang menjalani pemulihan
di bawah pengawasan Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian
Dalam Negeri. Kursus-kursus pendek untuk pegawai dan kakitangan
Kerajaan yang berminat memberi khidmat rundingcara (counselling)
mungkin dapat diadakan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan
Masyarakat.

MAKLUMBALAS DARI AGENSI-AGENSI

16
7. Ketua-ketua Jabatan hendaklan melaporkan dalam masa tiga bulan
dari tarikh surat ini tentang penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah di dalam pejabat
masing-masing. Ini hendaklah disusuli dengan laporan bulanan mengenai aktiviti-
aktiviti Jawatankuasa Anti Dadah termasuk butir-butir kes-kes penagihan dadah
dengan menggunakan format seperti yang dikembarkan. Laporan-laporan dari
pejabat di peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Keselamatan Negeri masing-masing/Setiausaha Keselamatan Wilayah
Persekutuan. Laporan-laporan bagi Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan
Badan-badan Kerajaan di peringkat Persekutuan hendaklah dihantar kepada :

PENGARAH,
PASUKAN PETUGAS ANTI DADAH,
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA,
JABATAN PERDANA MENTERI,
BLOK K-1, JALAN DUTA,
KUALA LUMPUR.

Tel. No. : 942533

PEMAKAIAN SURAT PEKELILING AM INI

8. Surat Pekekliling Am ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya


dikeluarkan. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini, maka:

(I) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914 bertarikh 25hb.


Julai, 1977;

(II) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914/4 bertarikh 5hb.


Mei,1978 adalah dibatalkan.

t.t.
(TAN SRI DATO’ SALLEHHUDDIN BIN MOHAMED)
Ketua Setiausaha Negara.

17
LAMPIRAN ‘A’

PANDUAN UNTUK MENGENALI SESEORANG


PENAGIH DADAH

i) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di pejabat, mutu kerja, disiplin,


hasil kerja.

ii) Meradang tidak tentu sebab, selalu mengucap dan tidak bermaya.

iii) Mengelakkan diri dari tanggungjawab.

iv) Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.

v) Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

vi) Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan serta dimiliki.

vii) Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair
atau mata yang redup.

viii) Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat
kesan menghisap dadah.

ix) Berdamping dengan mereka yang diketahui menagih.

x) Mengasing diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.

xi) Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang
mudah dijual dari tempat kerja atau kawan-kawan.

xii) Selalu mengunjungi tempat-tempat aneh tanpa sebab seperti bilik-bilik stor,
Bilik kecil, tingkat bawah bangunan (untuk mengambil dadah).

18
KP(BS)8548/4/Jld.IX/(I)
Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur 01-34,

27. Januari, 1979,

Pengarah Pelajaran,
Semua Negeri,
Semenanjung Malaysia.

Tuan,

Surat Pekeliling Iktisas Bil: i/1979


Senarai Tugas-Tugas Guru Panduan
Di Sekolah Menengah

Memandang bahawa kepentingan mengadakan satu perkhidmatan panduan


pelajaran dan kerjaya yang berkesan di Sekolah Menengah, tiap-tiap Guru Besar
Sekolah Menengah adalah dikehendaki meneliti Rancangan Panduan Pelajaran dan
Kerjaya meliputi kegiatan-kegiatan dengan tujuan-tujuan yang berikut:-

(a) Panduan Pelajaran – murid-murid diberi pertolongan untuk memiliki mata


pelajaran pilihan supaya mereka memahami akan implikasi-implikasi
pilihan itu terhadap pelajaran dan pekerjaan pada masa hadapan.

(b) Panduan Kerjaya – murid-murid diberi pertolongan dalam perkembangan


kemajuan pekerjaan melalui kegiatan-kegiatan Kelab Panduan Kerjaya,
mengambil ujian minat pekerjaan, lawatan ke tempat
pekerjaan/latihan/alam pekerjaan, mendapat maklumat mengenai
pekerjaan daripada Papan Kenyataan Pekerjaan, Kutub Khanah dan
sebagainya.

(c) Panduan peribadi – murid-murid diberi pertolongan untuk


mengatasi/menyelesaikan masalah-masalah peribadi, perhubungan
antara murid dengan guru, masalah-masalah dalam pelajaran dan lain-
lain melalui Rundingcara(Counseling Interview) antara murid dan guru
panduan.

(d) Rancangan Mencegah Salahguna Dadah bertujuan untuk

(i) Mengesan murid-murid yang mengalami masalah-masalah yang


mungkin di dalam kumpulan risiko tinggi penyalahgunaan
dadah dapat diberi pertolongan dan diselamatkan.

(ii) Mengesan murid-murid yang terlibat dalam penyalahgunaan


dadah dapat dirujukan kepada agensi-agensi yang berkenaan
untuk mendapat rawatan dan pemulihan.

(iii) Jika sekiranya murid yang telah menjalani pemulihan dapat


diterima semula di Sekolah Kerajaan, diberi tindakan seliaan.

19
Bersama-sama ini dilampirkan senarai “Tugas-tugas Guru Panduan Sekolah
Menengah” yang ditetapkan kuatkuasa mulai dari Januari, 1979. Guru-Guru Besar
Sekolah Menengah adalah diarah menitikberatkan perkara ini dan mengambil
langkah-langkah sewajarnya untuk menjamin perlaksanaan perkhidmatan Panduan
Pelajaran dan Kerjaya adalah dikelolakan dengan sempurna.

Tuan adalah diminta memberitahu perkara ini kepada tiap-tiap Guru Besar/Guru
Panduan Sekolah Menengah di Negeri tuan. Pengelola Daerah Panduan Pelajaran
Negeri adalah dikehendaki mempastikan supaya Guru-Guru Panduan menjalankan
tugas-tugasnya dengan sempurna.

Saya yang menurut perintah

t.t

(SYED ABU BAKAR BARAKBAH KMN.PSM)


Pengarah Sekolah-Sekolah,
Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran, Malaysia.

20
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

19hb. Ogos 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,


Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.

Pengarah Latihan Guru.

Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas


No.7/1975 Ruj.KP.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975.
Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar

Seperti yang telah diketahui, telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja
atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Pada umumnya
polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan
mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan, perawatan dan pemulihan) dan
mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu
supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Tindakan disiplin
hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan
untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan
Pengarah Pelajaran Negeri.

2. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil

Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang tindakan
yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai perkara
yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan menggunakan
kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Garis panduan yang dinyatakan di bawah
ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang murid telah dikenali sama
ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau pengguna dadah tetap.

2.1. Rujukan Sendiri (Self-referral)

2.1.1 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa
Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. Pada mulanya
menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal).
Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi
penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs).
Lazimnya dalam kes seperti ini, murid-murid meminta perkara ini
dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk
mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada
ibu bapa/penjaga, guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan.
Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuh-
penuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya.
Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau

21
menyalahgunakan dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada
Guru Panduan. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk
menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada
badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan.

Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang


guru lain, maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.2
di bawah.

2.1.2 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan


masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah
tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. Dalam kes seperti ini,
Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan
membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan
Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya
rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga, Guru Besar,
pegawai masyarakat dan lain-lain. Murid itu hendaklah diberi jaminan
bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan
tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika
ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang
sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. Guru
Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan
yang akan diambil. Jika murid itu tidak dapat dipujuk, adalah menjadi
tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:-

a) Peraturan sekolah.
b) Kuasa ibu bapa/penjaga.
c) Perbekalan undang-undang (akta Dadah Berbahaya
(pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau
dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang
wajar untuk rawatan/pemulihan).

2.2. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid

Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia


mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan
sedang mencuba dadah. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela
memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan
dijalankan.

2.2.1 Dalam kes-kes seumpama itu, (setelah diadakan hubungan baik


dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah
memanggilnya untuk ditemuramah. Dalam temuramah itu maka
ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang
berhubung dengan kerja sekolah, sifat sendiri dan lain-lain. Guru
Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang
keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah
ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu
sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Jika Guru
Panduan menetapkan bahawa pengesyakkan itu sah, dia haruslah
menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang-
orang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong
murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan
dihormati.

22
2.3. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin

Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya


hukuman rotan, penggantungan terhadap seseorang murid kerana
kesalahan, kelakuan tidak senonoh misalnya mencuri, ponteng sekolah, tidak
hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil, murid itu bolehlah
dirujuk kepada Guru Panduan.

2.3.1 Dalam kes seperti ini, guru panduan haruslah menemuramah dan
berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk
menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami
yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak
senonoh. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang
ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan
diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin
merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu.
Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan
mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah,
maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk
bersetuju :-

i) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini


kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga.
ii) Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi
yang wajar untuk rawatan dan pemulihan.

Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut


prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada
kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada
bahaya itu.

3. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan


Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar.

a) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah.


b) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan.
c) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah
perundingan/temuramah-temuramah.
d) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain.
e) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera
memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid
yang terlibat.
f) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan.
g) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan
murid itu kepada doktor.
h) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu
menyalahgunakan dadah.
i) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai
Kebajikan Masyarakat.
j) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.
k) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.
l) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah.

4. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang.

23
a) Ganja (Marijuana)
b) Heroin (Heroin)
c) Morfin (Morphine)
d) Pil M dan Pil MX (M Pill. MX Pill)
e) Tranquilisers
f) Hallucinogen (Hallucinogens)

5. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya (Pindaan)


1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru Besar.

6. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah


menengah di bawah sampul SULIT.

Saya yang menurut perintah,

tt
(KUM BOH)
Bahagian Sekolah-sekolah.
b.p Ketua Setiausaha.
Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran
Setiausaha Sulit kepada Y.B Timbalan Menteri.

24
25

Vous aimerez peut-être aussi